P. 1
budi bahasa

budi bahasa

4.8

|Views: 14,122|Likes:
Published by Roszelan Majid
kempen berbudi bahasa
kempen berbudi bahasa

More info:

Published by: Roszelan Majid on Jun 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Nilai-nilai murni 1.

PENDAHULUAN

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berrhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 11 Januari 2005 di Istana Budaya Kuala Lumpur. Kempen ini merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan dengan kerjasama beberapa jabatan,institut, sektor korporat dan swasta.Kempen tersebut bertujuan menerap dan menanam nilai-nilai murni dalam fikiran, hati budi, dan perilaku warganegara Malaysia.

Adalah diharapkan melalui kempen tersebut dapat meneguhkan jati diri masyarakat, Budi bahasa dan nilai-nilai murni yang kian terhakis dalam arus paca modenisasi.. Penekanan diberi terhadap institusi keluarga, masyarakat, pembelajaran,perkhidmatan dan organisasi. Pelbagai agensi kerajaan, sektor korporat, swasta dan badan sukarela turut bersama menjayakan kempen tersebut.

Fenomena krisis sosial dan budaya yang di bawa oleh barat di eksport ke Negara-negara lain amnya dan Malaysia khasnya melalui gaya hidup universal, kehidupan moden dan pasca-modenisasi mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Budi bahasa, nilai-nilai murni dan semangat patriotik semakin luntur. Pengaruh-pengaruh baru seperti globalisasi, universalisme dan internasionalisme kerap melupakan kita kepada kepentingan agama, bangsa dan Negara. PTK Kohort 3 2005

2 Menyedari hakikat ini Malaysia haruslah berhati-hati dan lebih memilih nilai-nilai barat yang ingin diamalkan. Tanpa mekanisme pemilihan nilai yang berkesan, kita akan terdedah kepada penjajahan gaya hidup barat, pengaruh globalisasi, dunia tanpa sempadan dan perkampungan dunia. Sebagai rakyat Malaysia khususnya penjawat awam perlu hadapi fenomena ini dengan matang dan berani berasaskan kekuatan nilai-nilai murni dalam budaya kita dan

kekuatan agama sebagai teras (Prosiding Pendidikan Negara Abad Ke-21,1998).

Sejak berzaman –zaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adab sopan,. mereka menitikberatkan nilai-nilai budi bahasa dalam setiap perbuatan, pergaulan dan kehidupan bermasyarakat. Budi Bahasa dan nilai-nilai murni mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina. Berdasarkan pantun di bawah jelas menunjukkan masyarakat Melayu dulu memandang berat tentang perkara tersebut (Siswi, April 2005); Bintang di timur cuaca baik Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik Itulah budi dikenang orang Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi bangsa kerana bahasa Dewasa ini kedapatan di kalangan masyarakat kita mengamalkan hidup yang kasar, tidak mengendahkan tatasusila kehidupan dan beradab. Layanan mesra di kaunter agensi kerajaan dan melayani panggilan telefon secara tidak berbudi bahasa dan kurang cekap seterusnya menimbulkan rasa tidak puashati PTK Kohort 3 2005

3 di kalangan pelanggan.Justeru itulah penjawat awam perlu perlu melihat kembali Pekelililing Kemajuan Pentadbiran Awam pada tahun 1991 seperti berikut ; 1. Pekeliling Kemajuan Pentdbiran Awam Bil.1 Tahun 1991 ‘Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon.’ 2. Pekeliling Kemajuan Awam Bil .7 Tahun 1991 ‘Panduan Mengenai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja [KMK]’. 3. Pekeliling Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter’.

2. 2.1

DEFINISI KONSEP Budi Bahasa

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. 2.1 Nilai

Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berdasarkan nilainilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan, dan iktidal (temperance) merupakan nilai-nilai utama dalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat dengan PTK Kohort 3 2005

4 perilaku etikat sosial dan budaya ilmu. (Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, 1991) Nilai juga merupakan konsep asas yang digunakan oleh masyarakat untuk mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan mutu, kualiti dan taraf perilaku seseorang atau sesebuah kelompok masyarakat (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005) 2.2 Nilai-nilai Murni

Nilai murni adalah tanggapan tentang perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga ia menjadi kriteria atau ukuran.Ia merujuk kepada tanggapan tentang perkara-perkara yang baik, mulia dan tetap. Dari sudut sosiologi, nilai-nilai murni dimaksudkan sebagai luhur (sacred). Nilai sebaliknya dimaksudkan sebagai nilai-nilai yang tidak kudus (profane) yang bersifat nisbi, cair dan berubah-ubah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990). Penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ia bertujuan untuk mendidik individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi kognitif, efektif dan psikomotor (Ee Ah meng, 2005)

3.

KEPENTINGAN KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI

Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk PTK Kohort 3 2005

5 menjadikan Malaysia sebuah Negara cemerlang,gemilang dan terbilang perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkukuh dan dipertingkatkan. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni bertujuan untuk menerap dan menanam nilai-nilai murni dalam fikiran, hati budi dan perilaku warganegara Malaysia. Kempen ini diharapkan dapat meneguhkan kembali kekuatan keluarga, masyarakat, pembelajaran, perkhidmatan dan organisasi. Pelbagai agensi kerajaan, sektor korporat, pihak swasta dan badan-badan sukarela turut bekerjasama menjayakan kempen ini (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005). Untuk mencapai suatu tahap yang tinggi dalam sistem pentadbiran negara perlulah mempunyai imej yang bersih serta dapat mendukung pembangunan negara ke arah peningkatan kualiti kehidupan rakyatnya. Hasrat ini juga adalah diharapkan oleh Kerajaan Malaysia berasaskan kesedaran bahawa

perkhidmatan awam amat penting dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berasaskan kepada budi bahasa dan nilai-nilai murni sejagat. Untuk mencapai awam perlu diperkukuhkan dan matlamat ini, jentera pentadbiran

dikemaskinikan agar keperluan mengikut

perubahan persekitaran dan cabaran-cabaran semasa dapat dihayati. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan cara berbudi bahasa,nilai-nilai murni serta pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. PTK Kohort 3 2005

6 Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan nilai-nilai murni serta prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan

dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum. Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen

terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara. Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan. Kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanpun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahun-tahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada

penghayatan konsep 'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piagam Pelanggan' dan 'ISO 9000'. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing dan membentuk akhlak yang mulia yang berfungsi menggerakkan perkhidmatan awam dengan berkesan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. Nilai-nilai murni merupakan pemangkin dalam menggerakkan seseorang untuk melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dan gemilang. Justeru itu, perkhidmatan awam memerlukan PTK Kohort 3 2005

7 pengurusan yang cekap, bersih, adil, amanah dan kesannya ke arah pencapaian matlamat pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Menurut Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid bekas Ketua Setiausaha Negara: “Nilai-nilai dan contoh-contoh yang tertera dalam Tonggak Dua Belas perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam di setiap peringkat, demi untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang berkualiti dan beretika mulia”.

TONGGAK DUA BELAS
(THE TWELVE PILLARS)

NIKMAT MENCIPTA

MENGHARGAI MASA

KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

PENINGKATAN BAKAT

KESERONOKAN BEKERJA

KEUTAMAAN KESABARAN

TUNGGAK DUA BELAS

KEMULIAAN KESEDERHANAAN

KEBIJAKSANAA N BERKHIDMAT

KETINGGIAN PERIBADI

KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

KEKUATAN SIFAT BAIK HATI PENGARUH TELADAN PTK Kohort 3 2005

8

(RAJAH INI DIUBAHSUAI DARIPADA UCAPUTAMA Y.BHG.TAN SRI DATO’ SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID.KETUA SETIAUSAHA NEGARA DI UPACARA PERASMIAN SEMINAR NILAI DAN ETIKA,2 MAC 1992)

Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita. Berdasarkan pandangan dan maklum balas yang diperolehi mereka telah menerima dan memuktamadkan 16 nilai yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di negara ini. Nilai-nilai tersebut adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Dalam KBSR dan KBSM terdapat 17 nilai murni dengan penembahan nilai patriotisme (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2005). Menurut buku edaran dalaman ‘Maklumat’ Jabatan Penerangan Malaysia terdapat 45 nilai-nilai murni untuk amalan rakyat Malaysia. 4. NILAI-NILAI UNIVERSAL MASYARAKAT MALAYSIA Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia sama ada di peringkat individu, keluarga,masyarakat dan negara merupakan nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara nilai-nilai murni universal tersebut (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005): a) • Amanah Tugas merupakan amanah perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya

PTK Kohort 3 2005

9 • • Kepentingan terhadap tugas perlu diutamakan daripada diri sendiri Tidak melakukan penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja b) • • Bertanggungjawab Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan Sentiasa berwaspada dan jujur dalam menjalankan tugas dan sedar tentang implikasi baik atau buruk tugas yang diberikan • • • • Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila masa sahaja Tidak mengkhianati kepentingan organisasi semasa menjalankan tugas Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, mencari rezeki yang halal serta mencari keredaan-Nya • Mengikis sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas

c) • • • • • •

Benar Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab Bercakap benar dan menepati janji Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan Bertindak berasaskan profesionalisme Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas Sanggup menerima teguran dan nasihat

d)

Sederhana PTK Kohort 3 2005

10 • • Menjamin keseimbangan antara kebolehan diri dan tugasan Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku

e) • • •

Tekun Berusaha untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan Rajin mempelajari pengetahuan / kemahiran untuk membaiki taraf hidup Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang

f) • • • • •

Bersih Bersih hati dalam menjalankan tugas seharian Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas Teliti dan adil dalam membuat sebarang keputusan Menjauhi hawa nafsu dan emosi daripada mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan

g) • • • •

Berdisiplin Mengetahui kepentingan sesuatu perkara utama Menepati masa dan janji Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi PTK Kohort 3 2005

11 h) • • Bekerjasama Mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan tugas Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai suatu usaha mempertingkatkan semangat kerjasama • • Muafakat dalam semua perkara untuk kepentingan bersama Mengelakkan berlaku konflik atau antara kepentingan peribadi dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara i) • • • • Berperibadi mulia Bermanis muka sepanjang masa Bertimbang rasa dan bertolak ansur Menghormati sesama insane Sentiasa memulakan pertanyaan dengan tujuan untuk menolong

j) •

Bersyukur Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup

Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih

Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama

• •

Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia PTK Kohort 3 2005

12 • • Berkhidmat sebagai ibadah Bercita-cita menjadi manusia yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama

k) •

Bermuafakat Muafakat membawa berkat, slogan yang perlu dipegang oleh setiap rakyat Malaysia. Amalan ini akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin

l) •

Bertoleransi Sikap tolerans sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat

m) •

Bertimbang rasa Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum

n) •

Bersatupadu Amalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat

o)

Beretika PTK Kohort 3 2005

13 Semangat beretika akan lahir dalam diri setiap individu jika mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi

p) •

Tidak mementingkan diri sendiri Seseorang yang kaya dengan budi pekerti yang teguh dengan amalan nilai-nilai murni tidak akan mementingkan diri sendiri

q) •

Tiada perasaan curiga/ syak wasangka Perasaan curiga/ syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni

5. a)

NILAI-NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Taat Setia

Salah satu daripada nilai-nilai terpenting yang perlu diamal dan dihayati oleh setiap Perkhidmatan Awam ialah taat setia kepada Raja, Negara dan Kerajaan. Perenggan 4, Perintah Am Bab ‘D’ (1980) menghendaki seseorang pegawai awam “pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan”. b) Amanah, Bersih dan Jujur

Sebagai anggota Perkhidmatan Awam kita dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sikap amanah, bersih dan jujur. Maksud bersih meliputi kebersihan moral dan fizikal. Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran PTK Kohort 3 2005

14 bersih dalam apa juga tugas yang dipertanggungjawabkan dengan niat yang baik dan murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, angkuh atau terlibat dengan sebarang jenayah atau rasuah. Begitu juga kita hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan rapi.

c)

Bertanggungjawab

Anggota Perkhidmatan Awam tidak boleh membenarkan kepentingan peribadi melebihi atau bercanggah dengan tanggungjawab awamnya. Ini penting untuk mempastikan anggota Perkhidmatan Awam benar-benar melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat dan bererti bahawa seseorang itu tidak akan terlepas dari dipersoal jika gagal atau tidak melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna. d) Berkecuali

Anggota Perkhidmatan Awam tidak dibenarkan menyertai secara aktif manamana parti politik. Nilai ini termaktub dalam Perenggan 4, Perintah Am Bab ‘D’ (1980) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 30 Tahun 1974. Ini bermakna kita dikehendaki melaksanakan tugas tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar berhubung dengan tuntutan yang berkaitan dengan tugas awamnya. e) Adil dan Saksama

PTK Kohort 3 2005

15 Seseorang pegawai awam dikehendaki sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka layanan-layanan yang teratur dan memuaskan.(Arahan Perkhidmatan, 1974) f) Prestasi yang Cemerlang dan Berkualiti

Anggota Perkhidmatan Awam perlu meningkatkan keupayaan mereka menerusi peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja. Mereka juga perlu memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada supaya prestasi mereka sentiasa berada di tahap yang tinggi. Perenggan 50, Perintah Am Bab ‘A’ (1973) menghendaki hanya anggota Perkhidmatan Awam yang berprestasi cemerlang dipertimbang untuk kenaikan pangkat sesuai dengan keperluan perkhidmatan. g) Ketepatan Masa

Perenggan 1, Perintah Am Bab ‘G’ (1974) telah menetapkan waktu bekerja perlu dipatuhi oleh anggota kerajaan. Penggunaan Kad Perakam Waktu telah dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 11/1981. Tujuannya ialah untuk mempastikan pegawai dan kakitangan Kerajaan tiba di pejabat pada masa yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan tekun dan dedikasi. h) Untuk Perkhidmatan Ramah dan Mesra menentukan anggota Perkhidmatan Awam sentiasa memberi

perkhidmatan yang ramah dan mesra, beberapa peraturan telah diperkenalkan. Bab 1, Arahan Perkhidmatan (1974), Dasar Penerapan Nilai Islam (1985) dan Pusat Pembayaran Bil Setempat (1982) menghendaki anggota Perkhidmatan

PTK Kohort 3 2005

16 Awam sentiasa memberi layanan yang ramah mesra kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan. i) Sikap Berjimat Cermat

Semasa menguruskan harta dan kepentingan Kerajaan dan Negara, anggota Perkhidmatan Awam dianjurkan mengamalkan sikap berjimat cermat. Pekeliling Memajukan Pentadbiran Awam (1991) menghendaki semua anggota

Perkhidmatan Awam mematuhi prosedur-prosedur tertentu bagi menjimatkan penggunaan harta awam.

6.

BAGAIMANA BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI DAPAT DIAMALKAN OLEH PENJAWAT AWAM?

Budi bahasa dan nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh semua rakyat Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan dalam kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Antara cara yang boleh dilakukan ialah melalui perkara berikut: a) Penghayatan Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni

Penghayatan budi bahsa dan nilai-nilai murni dapat membimbing penjawat awam membentuk akhlak yang mulia yang berfungsi memberi perkhidmatan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup. Nilai-nilai murni ini adalah satu tenaga penggerak yang boleh mendorong seseorang melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.

PTK Kohort 3 2005

17 Kecemerlangan dalam sektor awam kini mula terhakis kerana kedapatan dalam masyarakat kini mengamalkan hidup yang kasar, melanggar bahasa, tidak bertatasusila dan beradab.Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan kurang cekap seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai sehingga lupa akan pentingnya budi bahasa atau tatasusila berhemah yang perlu diamalkan secara menyeluruh oleh penjawat awam. Pihak kerajaan berasa terpanggil untuk mewujudkan ‘Kempen Budi Bahasa’ dan ‘Nilai-nilai Murni’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 11 Januari 2005 bagi memulihkan kegawatan sikap, budi bahasa dan nilai-nilai murni kian terhakis. Sewajarnya generasi kini dan akan datang perlu diberi peringatan betapa pentingnya amalan berbudi bahasa dan nilai murni agar tidak terjerumus dalam kegiatan yang bertentangan dengan budaya murni masyarakat Malaysia. b) Penghayatan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan jelas

Prinsip kelima

menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila dan tidak menyinggung perasaan golongan orang lain. Tingkahlaku merupakan darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat umumnya. Kempen tersebut juga secara tidak langsung menggambarkan kebimbingan kerajaan bahawa seolah-olah kebejatan ini suatu hari nanti akan menggagalkan misi membina ketamadunan bangsa Malaysia. Dalam institusi perkhidmatan, sebagai penjawat awam seseorang ketua perlu memberi layanan baik berbudi bahasa terhadap kakitangan bawahan. Sikap murah hati, sentiasa menunjuk ajar dan melayan orang bawahan sebagai PTK Kohort 3 2005

18 insan adalah budi yang tinggi dan boleh merangsang kerjasama erat dalam membina matlamat organisasi. Sebagai seorang ketua, ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai murni akan menjadi contoh dan teladan kepada anggota yang dipimpin.Pandangan-pandangan pertimbangan orang bawahan seharusnya tertib diberikan

sewajarnya.Teguran

secara

berhemah,

belandaskan

undang-undang akan memberikan impak mesra rakyat, adil dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Antara rakan sekerja penjawat awam seharusnya mengamalkan sikap saling menghormati, bantu membantu antara satu dengan lain untuk membina setiakawan yang erat dan teguh. Sebagai penjawat awam kita seharusnya mengamalkan budi pekerti mulia, bahasa yang halus, bertimbang rasa, bermaufakat menjaga kebersihan diri serta berpakaian kemas dan terurus. Selain daripada itu penjawat awam seharusnya menerima nasihat, teguran secara pemikiran terbuka. c) Perkhidmatan Kaunter

Perkhidmatan kaunter merupakan aplikasi dominan perhubungan perkhidmatan awam dengan pelanggan. Ia menjadi barisan depan antara organisasi dengan pelanggan dan merupakan lambang keperibadian sesebuah organisasi kepada masyarakat awam. Justeru, perkhidmatan kaunter perlu dititipkan dengan nilainilai berkualiti dari apa segi sekalipun. Penjawat Awam boleh memainkan peranan khususnya dalam

perkhidmatan kaunter, antaranya seperti saranan berikut:

PTK Kohort 3 2005

a)

19 menerima pelanggan dengan penuh kemesraan dan mengucapkan salam atau selamat pagi atau petang dengan nada suara lembut dan menarik.

b) c) d)

tunjukkan sikap peramah,ceria,mudah mesra dan disenangi pelanggan. secara sopan Tanya pelanggan jenis urusan diperlukan. tatap wajah pelanggan dengan penuh perhatian dan mendengar dengan teliti tujuan atau maksud urusan pelanggan.

e) f) g)

urusan perkhidmatan perlu cekap, dan mengambil masa yang singkat. pelanggan haruslah dilayan mengikut giliran secara adil dan saksama.. penjawat awam perlu bijaksana melayani karenah pelanggan misalnya berlaku kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya.

h)

berikan sebab-sebab munasabah seandainya

berlaku kelewatan dan

tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan.Kebijakasanaan penjawat awam sangat penting dalam mejaga hati budi pelanggan. i) menyalurkan permohonan kepada pihak atasan jika tidak dapat diselesaikan j) melafazkan ucapan ‘terima kasih’ dan ‘jumpa lagi’ setelah selesai urusan kaunter, dapat memberikan kepuasan dan dihargai. k) menunjukkan arah kepada pelanggan apabila beredar (tunjukkan dengan ibu jari di atas genggaman tangan)

PTK Kohort 3 2005

20 Dalam urusan seharian penjawat awam sering mendapat aduan tentang ketidakcekapan dalam pengurusan kaunter.Justeru itu penghayatan nilai-nilai murni di kalangan anggota perkhidmatan awam boleh dilaksanakan melalui kesedaran mereka sendiri, tetapi ia akan lebih berkesan lagi sekiranya dihayati melalui kesedaran keagamaan.Selain daripada itu pengurusan kaunter perlulah ceria, selesa dan meletakkan peraturan-peraturan, tanda-tanda larangan, bahanbahan bacaan di kaunter.Kelengkapan kerusi meja adalah mencukupi dilengkapi TV dan penghawa dingin. Suasana kaunter yang kondusif memberikan ketenangan tambahan kepada pelanggan disampin layanan mesra penjawat awam di pejabat-pejabat agensi kerajaan. d) Perkhidmatan Mesra Pelanggan (Telefon)

Dalam urusan tugas melayani pelanggan melalui telefon, sering kita dengar ketidakpuasan hati pelanggan terhadap penjawat awam kerana tidak mesra pelanggan, bahasa kesat dan tidak menunjukkan cara berhemah. Justeru itu pihak kerajaan mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran Aawam Bil.1 1991 ‘Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon.’ Penjawat awam khususnya telefonis atau pegawai bertugas seharusnya bercakap dengan nada suara yang lembut atau berbudi bahasa, terang, jelas, sederhana dan mesra. Elakkan daripada kedengaran nada suara yang bosan dan keletihan semasa melayan panggillan. Jangan sesekali membiarkan emosi mempengaruhi tugasan. Elak sikap melengahkan menjawab telefon, sebaiknya tidak membiarkan pemanggil menunggu lebih daripada 30 saat dan bersedia memohon maaf seandainya pemanggil menunggu lebih lama. Penjawat awam sepatutnya sentiasa membantu tanpa diminta. PTK Kohort 3 2005

21

7.

PENUTUP

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni merupakan kempen anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama beberapa kementerian dan Jabatan lain. Antaranya Kementerian; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelajaran Malaysia, Belia dan Sukan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Penerangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam, Sektor korporat, swasta, badan sukarela, institusi masjid dan rumah ibadat. Kempen ini merupakan kempen jangka panjang selama lima tahun dengan peruntukan RM 5 juta, bertujuan memupuk dan menghayati budi bahasa dan nilai-nilai murni di segenap lapisan masyarakat. Pelan tindakan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni dilaksanakan secara sepadu melibatkan semua pihak. Atas dasar pemaufakatan ,kerjasama dan setiakawan yang tinggi kerjakerja amal dan penyampai maklumat, mempromosi kempen dapat dilaksanakan secara efisyen dan berkesan. Aktiviti-aktiviti kempen ini dirancang secara berterusan dan memberi impak berpanjangan di kalangan masyarakat dan juga kesan psikologi kepada generasi muda betapa perlunya mengamalkan budi bahasa dan nilai -nilai murni. Sebagai penjawat awam, perlu peka tentang tanggungjawab yang harus dipikul untuk menjayakan kempen murni ini kerana ia memberi pendedahan dan pemahaman tentang budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merangkumi, PTK Kohort 3 2005

22 keluarga, kemasyarakatan, pembelajaran dan perkhidmatan. Melalui kempen ini juga dapat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai semangat perpaduan, toleransi, saling faham memahami,cintakan negara, menghayati dan mengamalkan budi bahasa dan nilai murni dalam masyarakat pelbagai kaum; Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa, Sendi bangsa ialah budi Runtuh budi runtuhlah bangsa.

.

PTK Kohort 3 2005

23

Tanggungjawab kita sebagai penjawat awam adalah memahami dan menyedari tentang tanggungjawab dan amanah dalam rumahtangga. Wujudkan kasih sayang dan sikap hormat-menghormati antara satu dengan lain. Nilai-nilai murni boleh kita amalkan dalam keluarga misalnya memupuk kasih dengan nasihat-menasihati, pengorbanan dan tolak ansur.Menyemarakkan cinta kepada maha Esa serta cinta kepada keluarga, jiran dan masyarakat amnya .Bekerjasama, sifat sabar, amanah dan bertanggungjawab dapat membina

sebuah keluarga yang harmonis. Sebagai penjawat awam kita seharusnya mengamalkan kebebasan terkawal, mengamalkan kesederhanaan serta

berusaha ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

a)

Adil Dalam Perlantikan

Dalam Perkhidmatan Awam, penghayatan prinsip keadilan amat penting kerana melaluinya akan wujud beberapa ciri seperti berikut: i) Hanya individu yang benar-benar layak dan berkebolehan sahaja dilantik ke dalam satu-satu jawatan ii) Hanya pekerja yang benar-benar memenuhi syarat dan dinilai dari perspektif yang adil sahaja disahkan dalam jawatan iii) Hanya pekerja yang benar-benar layak dan berkemampuan sahaja dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dan diberi insentif-insentif PTK Kohort 3 2005

24 lain dalam Perkhidmatan Awam seperti hadiah latihan dan Sijil Khidmat Cemerlang. b) Amanah Dalam Menjalankan Tugas

Ciri-ciri amanah boleh dilihat, antaranya melalui tindakan seperti berikut: i) ii) Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya Membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditentukan dan jauh sekali daripada melakukan rasuah dan pembaziran iii) c) Menyiapkan kerja mengikut tempoh yang ditetapkan

Bertanggungjawab Dalam Perkhidmatan Awam

Ciri-ciri yang dapat dilihat melalui sikap bertanggungjawab ini adalah: i) ii) iii) Melakukan kerja dengan sempurna Tidak mengharapkan orang lain menyempurnakan tugasnya Rasa bersalah jika tugas yang dipikulnya itu tidak disempurnakan mengikut apa yang telah ditetapkan

e)

Ikhlas Dalam Perkhidmatan Awam

Antara ciri-ciri pekerja yang ikhlas dalam perkhidmatan ialah: i) Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawaipegawai atasannya

PTK Kohort 3 2005

ii)

25 Tidak memilih satu-satu tugas tertentu untuk dilaksanakan, umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan pangkat

iii)

Melaksanakan tugas tanpa mengira waktu kerana matlamatnya ialah untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna

f)

Dedikasi Dalam Perkhidmatan Awam

Seorang pekerja yang baik ialah yang melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan sentiasa berusaha mengatasi masalah dan halangan dengan penuh hikmah. Antara ciri-ciri dedikasi ialah: i) Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya ii) Tidak brputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan iii) Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama, bangsa dan negara

g)

Tekun Dalam Perkhidmatan Awam

Ketekunan akan wujud pada pekerja yang memberi penumpuan terhadap tugasnya dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Antara ciri-ciri ketekunan dalam Perkhidmatan Awam ialah: PTK Kohort 3 2005

i)

26 Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri supaya hasil kerjanya benar-benar sempurna

ii)

Sanggup

berkorban

masa

dan

tenaga

demi

kepentingan

perkhidmatan untuk kemajuan negara iii) Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap yang cemerlang h) Berdisiplin

Nilai ini merupakan nilai utama dalam mana-mana organisasi. Seseorang pekerja yang berdisiplin sentiasa mematuhi arahan dan peraturan dengan rela hati dan ikhlas. Antara ciri ciri pekerja yang berdisiplin ialah: i) Kerja yang membudayakan peraturan-peraturan dalam hidupnya seperti patuh dan taat kepada arahan jabatan ii) iii) Mempunyai pegangan yang kuat kepada ajaran agama Sentiasa menjaga imej dan maruah diri serta rasa terhina jika ia terlibat dengan kecuaian dan perbuatan keji i) Bekerjasama

Setiap pekerja mestilah mempunyai semangat bekerjasama sesama mereka dalam melaksanakan tugas. Antara ciri-cirinya ialah: i) ii) Menjalankan tugas yang diamanahkan secara kolektif Menyedari bahawa idea-idea yang diperolehi secara berkumpulan adalah lebih mantap dan jitu ke arah mencapai kejayaan sesebuah organisasi PTK Kohort 3 2005

iii)

27 Selalu merujuk perkara-perkara yang rumit untuk mendapat pandangan orang lain

j)

Berbudi Mulia

Semua penjawat awam mestilah sentiasa berbudi mulia seperti peramah, memberi layanan yang baik, suka membantu, berkomunikasi dengan berkesan dan sebagainya. Berbudi mulia selalunya dapat dilihat melalui ciri-ciri berikut: i) ii) iii) k) Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas Memberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun Bersedia membantu orang lain dengan tangan terbuka

Bersyukur

Kesyukuran boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu syukur seorang hamba kepada Tuhannya dan syukur makhluk sesama makhluk. Antara ciri-ciri penjawat awam yang mempunyai sifat bersyukur ialah: i) Bekerja dengan penuh tekun tanpa mengeluarkan sebarang rungutan ii) iii) Patuh dan sabar menerima semua arahan Sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam melaksanakan tugasnya demi kepentingan bangsa, agama dan Negara

PTK Kohort 3 2005

28

PTK Kohort 3 2005

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->