P. 1
ciri guru

ciri guru

4.78

|Views: 14,310|Likes:
Published by Roszelan Majid

More info:

Published by: Roszelan Majid on Jun 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

1.

0

Pendahuluan Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam

yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih. Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks. Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini. Guru perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya. Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi hari ini perlu bergerak pantas sepantas

1

sekolah

dan

negara

mencapai

hasrat

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan dan Wawasan 2020.

2.0

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

mematuhi aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting

2

untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara.

3.0

Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat

ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, persatuan atau pekerjaan dan lain-lain .

3

Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada

penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, awam tindakan agar dan tingkah jawab laku dan anggota amanah, dan

perkhidmatan membuat

bertanggung

sumbangan standard

kepada mutlak

pembangunan bagi

tamadun

merealisasikan

mendorong

anggota

perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

4.0

Tonggak Dua Belas 4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan Awam. 4.2 Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas 4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time) 4.2.2 Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success of

4

Perseverance) 4.2.3 4.2.4 Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working) Kemuliaan Simplicity) 4.2.5 4.2.6 4.2.7 Ketinggian Peribadi (The Worth of Character) Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness) Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples) Kesederhanaan (The Dignity of

4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty) 4.2.9 Kebijaksanaan Economy) 4.2.10 Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience) 4.2.11 Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent) 4.2.12 Nikmat Mencipta (The Joy of Originating) Berhemat (The Wisdom of

5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; “Tonggak membawa maksud asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan“ Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman bangunan terpenting untuk menguat atau mengukuhkan sesuatu atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak

merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif

5

bagi

menggerakkan

individu,

pasukan

atau

organisasi

untuk

mencapai sesuatu hasrat dan tindakan. 5.1 Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan

Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi

mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng

pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi. 5.2 Menerusi nilai Menghargai masa Masa, dalam penjawat segala awam urusan

menyedari

kepentingan

perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu menepati perkhidmatan. masa, Penjawat awam perlu sentiasa tugas,

berperancangan,

menyegerakan

kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti. 5.3 Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya

membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi,

6

bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam. 5.4 Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi

nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan melahirkan penjawat awam yang

berdedikasi, ikhlas dan

bertanggungjawab. Mereka bangga

dengan kerja berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan

organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang,

mengurus dan melaksanakan kerja. 5.5 Bersederhana dalam

iklim yang kondusif di tempat

semua

perkara

merupakan

perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, kerja, nilai pengurusan pergaulan budi rumah dan tangga, pengurusan berupaya disenangi,

tempat

sebagainya mulia, jujur,

menerapkan

pekerti

merendah diri dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat

7

awam.

Kesederhanaan dalam segala perkara akan

mengelakkan penjawat awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya. 5.6 Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan

berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan

perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan

peningkatan mutu kerja. 5.7 Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.

Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki peribadi

terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni. 5.8 Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti

memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan

8

organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan

organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman

pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek akal dan mementingkan emosi. 5.9 Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan dan sesempurna mungkin oleh

yang mesti dilakukan sebaik

penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah mutu ilmu kerja dan kemahiran bagi Amalan

mempertingkatkan

masing-masing.

menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan

menunggu kerja . 5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.

Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini

9

membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi.

Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros, bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi. 5.11 Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu dari Sabar Menerusi cabang iman “ . itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya.

nilai Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua

Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal, dan menerima

berpandangan jauh, tenang, lapang dada,

takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit. 5.12 Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah

organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa

10

berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya. 5.13 Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau

pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.

6.0

Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk

memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas, maka penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti. Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

11

Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:a. Menghargai Masa b. Ketekunan Membawa Kejayaan c. Keseronokan Bekerja d. Pengaruh Teladan e. Kewajipan Menjalankan tugas

6.1

Menghargai Masa 6.1.1 Menepati Masa Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru

diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat kehadiran mereka. b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan

12

budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran. c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti

lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga

mengamalkan aktiviti menepati masa dalam menyiapkan tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan budaya “sense of emergency” dan “sense of urgency”. Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan

sebagainya. d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru

dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini

berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji sebagai penjawat awam yang baik. 6.1.2 Merancang Pengurusan Masa Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan baik agar sasaran kerja

13

tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu : a. Merancang takwim tahunan sekolah pada

awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum, takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim kewangan dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan sebagainya. b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing

untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan “yang utama diutamakan dahulu“, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada “target date“ dan

sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang cemerlang pada tahun. 6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan di sekolah: hujung

14

a.

Menyediakan

segala

kemudahan

asas

komunikasi dan alat bantu kerja yang secukupnya di sekolah seperti komputer, telefon, mesin faks, internet., mesin pendua dan sebagainya sebagai kemudahan asas untuk menyegerakan tugas. b. Latihan dalaman juga dilakukan agar semua

warga sekolah mahir menggunakan segala kemudahan yang disediakan untuk menyiap dan menyegerakan tugasan. c. Warga sekolah juga dinasihati menyimpan

segala rekod atau maklumat pengurusan dalam sistem yang disediakan seperti Sistem Fail, Rekod Panitia, Data EMIS, Data SSDM dan sebagainya agar masa yang singkat diperlukan jika maklumat ini diperlukan semula, ditambah dan untuk tindakan seterusnya.

6.2

Ketekunan Membawa Kejayaan Ishak (2003) menegaskan pengetua sekolah ialah orang

yang terpenting kerana mereka merupakan ketua, pengurus dan pemimpin. Mereka haruslah mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi guru-guru untuk melaksanakan tugas-tugas sekolah secara suka rela. Kenyataan ini boleh direalisasikan menerusi nilai Ketekunan Membawa Kejayaan dalam Tonggak Dua Belas melalui pendekatan aktivit berikut di sekolah.

15

6.2.1 Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah. a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga

sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan misi dan visi ini dengan tekun dan gigih. b. Sekolah membina prinsip dan target agar

hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar

dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup

berkorban demi kejayaan sekolah. c. juga Kejelasan dan penghayatan perkara di atas warga sekolah sikap. menambah Ketekunan ilmu, warga

menuntut dan

kemahiran

perubahan

sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan

kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan melakukan penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target sekolah. 6.2.2 Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan dan Kesepunyaan.

16

a. kerja

Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu membina pasukan kerja. Kehebatan pasukan

boleh

pencapaian sekolah terserlah jika memiliki

kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting.

Kesepunyaan bermaksud

segala yang berlaku adalah

milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga sekolah begitu tekun dan bersemangat

melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil seperti menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah,

mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40,

PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program bersama PPD, JPN dan KPM. 6.2.3 Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan

Tanpa Pengorbanan“ a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru

lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru

dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya

17

kerja

ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap

kepada guru baru. b. Budaya “in house training” turut diamalkan

di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai Melalui pilihan usaha proses ini untuk mencapai sekolah matlamat. sentiasa

diharap

warga

mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagai–bagai cara mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya. Guru perlu tekun mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan kegigihan matlamat inilah yang tercapai. Ketekunan mutu dan kerja

menghasilkan

cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.

6.3

Keseronokan Bekerja Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat

kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih

18

menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja. 6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah a. kefahaman Warga sekolah disemai kerja kesedaran dan ibadah.

menganggap

sebagai

Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan

majlis–majlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat,

sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah

antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan mereka redha

dengan ketentuan Tuhan.

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir a. pendidikan Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu terkini melalui pembacaan, seminar,

menghadiri kursus dan “in house training”. Sekolah membeli buku–buku pendidikan, menyebar luas naskahnaskah pendidikan, menghantar guru berkursus

19

mengikut agihan tugas dan mengadakan “in house training” pada hari Sabtu. b. dan Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dalam aktiviti panitia melalui

pengalaman

perbincangan, mesyuarat dan kajian kes. c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea

dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain. 6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif a. Membina kawasan sekolah yang kondusif

seperti selamat, bersih dan ceria. b. Mengwujudkan komunikasi yang berkesan

seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat. 6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan a. Meningkatkan kemudahan asas sekolah

seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah. b. Kebajikan warga sekolah diberi perhatian

seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru. 6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran a. Memberi peluang dan kebebasan kepada

guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru

20

mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga, setiausaha PIBG dan sebagainya. b. Meningkatkan taraf profesionalisme guru-

guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya. 6.3.6 Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“ a. Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari

Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di sekolah. b. Mengadakan persatuan guru seperti Kelab

Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan kebajikan. c. Sekolah bersedia menjadi penganjur

program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi sekolah dan membina watak sekolah. d. Mengwujudkan hubungan yang akrab antara

ibu bapa dengan komuniti yang lain.

6.4

Pengaruh Teladan 6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai

pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada

21

warga

sekolah.

Pemimpin

sekolah

sebagai

model

penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilainilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai

contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa, pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan mementingkan keselamatan. b. Pemimpin sekolah mengamalkan amalan-

amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan berusaha sekolah. c. Pemimpin sekolah sentiasa bersungguhAwam dan Tonggak dalam Dua Belas dan

menerapkannya

kalangan

warga

sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa depan. d. Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan

turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan,

22

perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan sekolah dan sebagainya. 6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan

kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam organisasi sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran pemimpin dan sekolah pembelajaran. bertindak Sehubungan contoh itu dan

memberi

teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional menerusi aktiviti berikut:a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan

pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan. b. terhadap Membantu potensi guru menjalankan melalui siri ujian kajian dan

murid

peperiksaan yang dijalankan. c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman

antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru dengan guru. d. Sentiasa memupuk budaya membaca,

belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan

23

seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN, KPM dan sebagainya. e. Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan

galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula,

targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan dan pentafsiran, “home learning” dan sebagainya. f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

keberkesanan aktiviti seperti

bilik darjah kondusif, alat bantu mengajar,

penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan kemahiran sebagainya. hidup, pusat sumber sekolah dan

6.5

Kewajipan Menjalankan Tugas. Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik

ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan

membentuk pengajaran yang baik. 6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap

24

a.

Memupuk

kesedaran

memahami

dasar

melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit

pembelajaran dan sebagainya. b. inovatif. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan

andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah

ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan

individu-individu yang terlibat. c. Menggalakkan cetusan idea dan membina

keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan

sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan. 6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan dan kemahiran

25

a. diberi

Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang bersesuaian diberi dengan mengikut minat dan kemahiran. opsyen,

Tugasan

kekananan,

pengalaman, “track record”, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum, keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan. b. Pengagihan tugas ini juga berupaya

membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan

kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah dipersetujui. c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan

pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi

maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang diharapkan kewajipan akan mereka. terus berusaha yang meningkatkan dipamerkan itu

Maklumat

seperti prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga

26

sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.

7.0Penutup Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan awam berada pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota-

anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai

pegangan asas bagi melahirkan budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain. Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu

perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” kerana berasa selesa dengan kedudukan mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar.

27

Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Rujukan : 1. Akta Pendidikan Malaysia 1996. 2. Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN 3. Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN 4. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).

Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang. 6. Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam. KL:DBP 7. Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah

Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan Budiman Sdn . Bhd.

28

8. Ainon Mohd, (2005 ).Teori dan Teknik KEPIMPINAN Panduan dan Aplikasi di Tempat Kerja. Penang: PTS Proffesional. 9. Ainon Mohd,(2003). Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja.Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 10. Md. Fiah bin Md Jamin, (2005). “Kepimpinan Berinspirasi” dalam Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka surat 6 – 24. 11. Hj Zakaria Awang, (2005). “Etika Kerja Guru Cemerlang” dalam Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka surat 42 – 54 12. Hjh.Norizan bt Abd Latif dan Hjh. Anisah bt Abdullah, (2005). “Guru Efektif Penjana Kecemerlangan” dalam

Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka surat 89 -100 . 13. Mohamad Yazam bin Sharif, (2001). Asas Pengurusan Sumber Manusia. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn . Bhd. 14. Robiah Sidin , ( 1994 ) . Pendidikan Di Malaysia. KL : PFB

29

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->