P. 1
integrati

integrati

4.0

|Views: 1,899|Likes:
Published by Roszelan Majid

More info:

Published by: Roszelan Majid on Jun 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

TAJUK: PELAN INTEGRITI NASIONAL BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK INTEGRITI DI KALANGAN MASYARAKAT BAGAIMANAKAH PIN DAPAT MEMBENTUK MASYARAKAT

BERMORAL. BERETIKA DAN BERINTEGRITI? 1.0 PENDAHULUAN Malaysia akan menjadi sebuah negara maju seperti yang dihasratkan dalam wawasan 2020. Bagi memastikan Malaysia terus membangun dan mencapai kejayaan yang besar dalam pelbagai bidang pembentukan masyarakat yang bermoral, beretika dan berintegriti adalah perlu. Sehubungan dengan itu satu pelan yang berkisar kepada pembentukan nilai moral, etika dan integriti yang baik perlulah dijelmakan bagi memastikan negara mencapai kemajuan pada tahap yang diingini. Sesebuah negara yang dianggap maju tidak semestinya diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi semata-mata, bahkan juga terletak kepada kemajuan pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Peningkatan serta pemantapan moral, etika dan integriti adalah perlu dan dijadikan satu budaya dalam masyarakat Malaysia. Rakyat juga perlulah diberi kesedaran mengenai peri penting

menghindarkan diri daripada gejala yang bertentangan dengan prinsip moral, etika dan integriti contohnya seperti rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan dalam melaksanakan kerja. Prinsip etika, moral dan integriti wajar diberikan perhatian oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum, ugama dan budaya. Di samping itu penerapan unsur moral, etika dan integriti perlu menjadi agenda utama dalam sesuatu organisasi seperti sektor kerajaan, swasta, parti politik, kewrtawanan, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan, belia, pelajar, dan masyarakat keseluruhannya bagi memastikan kelicinan perjalanan institusi atau organisasi tersebut.

1

Kesungguhan kerajaaan dalam usaha membangun negara secara menyeluruh diharap dapat memastikan negara Malaysia maju dalam segala aspek yang melibatkan ekonomi, pentadbiran dan sosial. Sehingga kini melalui beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti penghayatan kepada konsep 'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piagam Pelanggan' dan 'ISO 9000' telah dapat membuah hasil yang diinginkan. Ini semua adalah hasil daripada perancangan yang teratur dan teliti oleh pihak Kerajaan serta agensi-agensi berkaitan termasuk pihak swasta, dan pelbagai sektor yang membabitkan masyarakat dan individu secara bersepadu dan berterusan. Rukun Negara yang dirangka pada tahun 1970 merupakan intipati kepada agenda menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping membangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Lima rukun yang dinyatakan menunjukkan keperihatinan kerajaan sejak dahulu lagi dalam menerapkan semangat cintakan negara, cintakan keharmonian bagi menjana pembangunan negara dengan lebih berkesan. Selain daripada itu wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta merangka strategi menghadapi cabaran-cabaran yang akan ditempohi dalam usaha merealisasikan aspirasi tersebut. Perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas menjadi asas kepada pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini untuk memajukan negara kepada tahap yang diingini. Seterusnya bagi memantapkan lagi usaha tersebut, kerajaan telah merangka Pelan Integriti Nasional yang menyediakan satu panduan kepada pelaksanaan yang menyeluruh bagi membangunkan negara yang yang bukan sahaja berkisar kepada kemajuan ekonomi semata-mata bahkan juga membabitkan soal nilai, etika dan integriti supaya dapat menjadi sebuah negara maju setanding dengan negara maju yang lain.

2

2.0 PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) Pelan Integriti Nasional (PIN) ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan panduan, bimbingan dan hala tuju kepada semua golongan masyarakat dalam pelbagai kategori dan peringkat seperti kakitangan awam, swasta, penduduk kampong, parti politik, pertubuhan, organisasi dan lain-lain. PIN adalah satu bentuk panduan yang sistematik ke arah memupuk dan menyemai satu sistem kehidupan masyarakat dan negara yang bermoral, beretika dan berintegriti. Kerjasama antara semua pihak dalam melakasanakan PIN akan menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya. PIN menyelaraskan usaha semua institusi masayarakat yang terdapat dalam sistem kehidupan bagi melaksanakan usaha ke arah pemantapan etika dan integriti. PIN membantu institusi dalam masyarakat merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti dari masa ke semasa. Dengan terlaksananya program pemantapan integriti seperti yang disarankan dalam PIN oleh semua kumpulan dan individu dalam masyarakat maka akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara. 3.0 BAGAIMANA ‘PIN’ DAPAT MEMBENTUK MASYARAKAT BERMORAL, BERETIKAN DAN BERINTEGRITI? Pelan Integiriti Nasional yang telah digubal mampunyai matlamat yang amat spesifik iatiu ke arah memantap integriri keseluruhan masayarakat Malaysia. Secara umumnya objektif PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur."

3

Objektif

khusus

PIN

pula

menjelaskan

lebih

terperinci

kepada

menyediakan masyarakat yang bermoral, beretika dan berintegriti. Objektif Khusus PIN adalah seperti berikut: o Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika; o Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; o Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; o Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan o Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan. Melalui objektif PIN ternyata hasrat kerajaan adalah untuk membina

masyarakat berintegriti, bermoral dan beretika. Moral dan etika, keduaduanya menjurus soal akhlak manakala integriti menunjukkan akhlak yang mulia. Ketiga-tiga mempunyai pengertian yang sama iaitu kearah meningkatkan kualiti akhlak, keikhlasan, kejujuran, amanah, dan semua aspek yang berkaitan nilai murni kepada individu mahupun masarakat keseluruhannya. Etika adalah merupakan himpunan nilai murni dan moral pula menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profession. Integriti adalah merupakan kualiti unggul yang wujud pada individu atau organisasi dan mempunyai kaitan rapat dengan etika. Integriti juga ialah

4

keselarasan

di

antara

apa

yang

dikatakan

dengan

apa

yang

dikotakannya; keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sehubungan dengan itu pembudayaan nilai murni, etika dan integriti memerlukan satu proses yang panjang untuk dibentuk. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam membudayakan etika dan integriti seperti keluarga, masyarakat, institusi pekerjaan, pendidikan, media massa dan lain-lain. Dengan pelaksanaan PIN yang meletakkan pemantapan integriti sebagai agenda utama, maka seluruh institusi masyarakat baik yang melibatkan kerajaan ataupun bukan kerajaan perlu melaksanakan aktiviti ke arah pencapaian objektif PIN. 4.0 Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional Melalui PIN beberapa pendekatan dan strategi pelaksanaan telah dirancang bagi tujuan mencapai objektif. Apa yang dinyatakan dalam PIN, pendekatan dan strategi pelaksanaan adalah merujuk kepada apa yang dipanggil Agenda Integriti. Agenda Integriti telah disusun dengan teratur dan telilti supaya dapat dilaksanakan oleh pelbagai institusi masyarakat yang melibatkan keluarga, komuniti, dan masyarakat sivil. Begitu juga dengan institusi yang melibatkan sosio budaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran juga boleh melaksanakan agenda ini yang telah dirangka bagi meningkatkan serta melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika dan berintegriti. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang

berorientasikan keluarga dan komuniti. Sehubungan dengan itu keluarga dan komuniti adalah merupakan unit penting dalam pembudayaan nilai murni, etika dan pemantapan integriti. Keluarga adalah merupakan unit paling asas bagi pembentukan sikap dan tingkah laku yang membawa kepada nilai peribadi seseorang. Nilai seseorang individu pula sangat

5

dipengaruhi oleh corak pendidikan serta pengalaman persekitaran. Sehubungan dengan itu pembentukan moral, etika dan integriti adalah diasaskan daripada pembangunan institusi kekeluargaan. Kejayaan Institusi keluarga boleh menjamin menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat dalam jangka masa panjang. Tumpuan pembentukan nilainilai murni harus bermula daripada kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik. Antara agenda integriti institusi keluarga yang dinyatakan dalam PIN ialah pembinaan keluarga bahagia, pengurusan kesihatan jasmani dan rohani, dan pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti. Institusi komuniti pula adalah terdiri daripada beberapa keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, ketua kaum dan lainlain yang mampu memainkan peranan bagi menyemai nilai-nilai murni dan etika kepada masyarakat dan generasi baru. Institusi komuniti dapat membantu pembentukkan identiti berlandaskan nilai tradisi dan budaya. Dalam institusi komuniti juga terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, dan institusi ibadat lain yang boleh berperanan membina jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak. Menerusi PIN Institusi ini boleh diperkukuhkan serta peranan institusi tersebut ditingkatkan untuk bersama-sama dengan institusi keluarga dan lain-lain dalam gerakan pemantapan integriti. Antara Agenda Integriti untuk komuniti yang dinayatakan dalam PIN ialah pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti, pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum, serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar. Institusi masyarakat sivil pula meliputi ruang yang lebih luas yang melibatkan pertubuhan atau persatuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, hak pengguna,

6

penjagaan alam sekitar, dan hak asasi manusia juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menjayakan agenda integriti. Antara Agenda Integriti untuk masyarakat sivil yang dinayatakan dalam PIN ialah peningkatan integriti badan-badan bukan kerajaan, peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti, dan pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti. Seterusnya Institusi sosiobudaya yang merangkumi institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti, serta institusi kesihatan, rekreasi, sukan, media massa, seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan dalam membentuk dan mengukuhkan integriti dalam masyarakat dan negara. Institusi sosio budaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengukuhan integriti keluarga, komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara. Institusi pendidikan merupakan institusi yang memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan dengan nilai-nilai murni, beretika, berintegriti dan bertanggungjawab, selain mempunyai peranan dalam menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, bertanggungjawab dan cekap. Antara Agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya seperti yang disarankan oleh PIN ialah pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti, peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani, dan pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara. Institusi agama juga adalah sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara seperti Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Pembinaan akhlak yang mulia adalah bermula daripada agama yang akhirnya dapat menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga. Antara Agenda Integriti untuk institusi agama ialah peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama dan peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

7

Institusi ekonomi pula adalah institusi yang dapat memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Bagi institusi ini sektor swasta memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dalam konteks ini, sungguhpun sektor swasta memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan menyediakan pekerjaan untuk rakyat, ia juga terlibat dengan berbagai gejala seperti rasuah dan amalan-amalan tidak beretika yang lain. Pelbagai skandal yang melibatkan syarikat besar di negara maju serta sesetengah syarikat besar di Malaysia menunjukkan pentingnya isu integriti menjadi agenda utama dalam institusi ekonomi untuk dilaksanakan tanpa mengira negara maju ataupun negara membangun seperti Malaysia. Antara Agenda Integriti untuk institusi ekonomi seperti yang dinyatakan dalam PIN ialah pemantapan integriti sektor korporat, peningkatan komitmen sektor korporat terhadap tanggungjawaban sosial, pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika dan pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi. Institusi politik adalah juga sangat penting dalam usaha pemantapan integriti. Institusi politik di Malaysia khususnya tidak dapat lari dari soal integriri yang membabitkan penyalahgunaan kuasa, rasuah, poltik wang dan lain-lain. Sehubungan dengan itu dalam institusi politik ialah Agenda Integriti untuk institusi politik adalah penting dan perlu dititikberatkan. Antara agenda integriti pengekalan keluhuran Perlembagaan, pengekalan kedaulatan undang-undang dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur, pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri dan pemantapan prinsip ketelusan, tanggung-jawaban dan tadbir urus terbaik. Akhir sekali ialah Institusi pentadbiran yang merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Sektor awam adalah peneraju utama pentadbiran yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan

8

negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh yang demikian, integriti jentera pentadbiran sangat penting untuk ditangani. Antara Agenda integriti untuk institusi pentadbiran seperti yang disarankan dalam PIN ialah pemantapan prinsip ketelusan, pertanggung-jawaban dan tadbir urus terbaik, dan peningkatan integriti jentera pentadbiran awam. 5.0 Strategi Pelaksanaan PIN Usaha kerajaan dalam membudayakan masyarakat yang mempunyai nilai-nila murni, beretika dan berintegriti adalah menyeluruh dan bersepadu seperti yang dinyatakan dalam PIN. Bagimanapun PIN tidak akan memperoleh kejayaan tanpa kerjasama serta usaha bersepadu daripada semua institusi masyarakat atau individu seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sehubungan dengan itu PIN juga telah menggariskan beberapa strategi untuk memastikan kejayaan dalam merealisasikan pemantapan nilai, etika dan integriti. Strategi pelaksanaan PIN secara umumnya ialah untuk menggerakkan semua komponen dan sektor masyarakat dan negara supaya mencapai matlamat dan objektif PIN. Setiap komponen atau sektor dalam masyarakat perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selaras dengan PIN. Strategi, program dan aktiviti itu perlu sentiasa dilaksanakan secara berulang-ulang dari semasa ke semasa. Pelaksanaan yang berulang adalah perlu untuk menilai keberkesanan dan seterusnya memperbaiki segala kelemahan agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam jangka panjang. Institusi yang terlibat dalam pelaksanaan PIN ini ialah keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran. Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti di setiap komponen atau institusi adalah tanggungjawab agensi yang sudah sedia wujud dalam komponen itu sendiri. Sebagai contoh sektor awam sudahpun terdapat 9

mekanisme pelaksanaan PIN. Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di pelbagai peringkat ditubuhkan bagi memastikan pelakasanaan PIN. Bagi sektor swasta pula, terdapat badan-badan yang mewakili kepentingan majikan seperti dewan perniagaan dan persatuan lain yang boleh memainkan peranan yang sama. Badan pengawalan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai peranan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk sektor-sektor yang berkenaan. Bagi komponen lain dalam masyarakat seperti keluarga, komuniti, masyarakat sivil, dan sosiobudaya, telah terdapat pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah sedia wujud dan yang boleh menjadi penggerak dalam melaksanakan program integriti masingmasing. Untuk tujuan tersebut juga pemantauan perlu dilaksanakan terhadap institusi tersebut seperti Pendaftar Pertubuhan, misalnya, boleh melakukannya bagi memastikan kejayaan PIN. Bagaimanapun, pemantauan dan penyelarasan akan lebih berkesan jika badan-badan dalam institusi tersebut mempunyai Jawatankuasa Keutuhan seperti yang diamalkan dalam sektor awam. Golongan pelajar, belia, wanita, golongan agama dan pelbagai kumpulan etnik, khususnya golongan minoriti, penduduk bandar dan luar bandar serta golongan bawahan juga diberikan perhatian khusus dalam pelaksanaan PIN. Bagi golongan seperti pelajar, belia, dan wanita, terdapat banyak organisasi yang mewakili mereka. Bahkan, di peringkat kebangsaan Kebangsaan, masing-masing Majlis terdapat Belia Majlis Perwakilan dan Pelajar Majlis Perundingan Kebangsaan,

Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Bagi golongan pekerja, terdapat CEUPACS dan MTUC masing-masing untuk pekerja sektor awam dan sektor swasta. Bagi golongan petani dan nelayan, terdapat Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan, untuk kelompok masing-masing yang bergerak di peringkat nasional dan juga peringkat akar umbi. Seterusnya bagi penganut agama pula, terdapat

10

banyak pertubuhan dan institusi agama pelbagai kaum di peringkat nasional dan tempatan. Badan-badan serta pertubuhan ini juga memainkan peranan dalam membimbing ahli mereka supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, etika dan integriti masing-masing. Di samping itu badan-badan ini juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan dan persahabatan, dan seterusnya dapat memupuk sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Untuk menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, pelaksanaan, pemantauan, serta penyelarasan pelaksanaan program haruslah dilakukan 'dari bawah' melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Konvensyen Integriti boleh diadakan secara berkala, untuk memastikan setiap komponen atau sektor dapat bertemu, berkongsi pengalaman dan berdialog antara satu sama lain di pelbagai peringkat, menilai keberkesanan program integriti masing-masing serta membaharui komitmen mereka kepada usaha peningkatan integriti. Konvensyen yang menjadi forum pertemuan semua komponen dan sektor ini perlu dianjurkan di pelbagai peringkat dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan. 6.0 Pelaksanaan PIN dalam Sektor Awam Pelbagai sektor memainkan peranan dalam memastikan kejayaan PIN dan seterusnya bagi membudayakan nilai-nilai murni, etika, integriti dikalangan terpenting masyarakat. dalam Sektor awam dan adalah merupakan sektor pengurusan pentadbiran, penyampaian

perkhidmatan dan pembangunan negara. Sehubungan dengan itu pembudayaan nilai, etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan.

11

Dalam sektor awam beberapa agensi telah ditubuhkan bagi tujuan pemantapan integriti. Contohnya Badan Pencegah Rasuah ditubuhkan untuk memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Seterusnya Biro Pengaduan Awam pula diwujudkan untuk menjadi salah satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam sektor perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara pula dibentuk untuk mengaudit penyata akaun awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undang-undang dan peraturan di semua peringkat sektor awam. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pula ditubuhkan antara lain adalah sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang moden, cekap dan berkesan. Bagimanapun pengujudan agensi-agensi seperti yang dinyatakan adalah tidak memadai untuk memastikan kejayaan pemantapan integriti. Sehubungan dengan itu bagi memantapkan pelaksanaan PIN, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini seterusnya disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat bawah. Objektif Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di semua peringkat ialah untuk memastikan bahawa jentera pentadbiran Kerajaan terus menerus cekap, berdisiplin, dan berpegang teguh kepada syarat keutuhan yang paling tinggi dengan berpandukan nilai-nilai murni, etika dan moral. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan mengatasi masalah dan kelemahan

12

khususnya dalam pengurusan kewangan, pelanggaran disiplin, gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. JKP merupakan suatu mekanisme yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan memantapkan lagi keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan. 7.0 Pelaksanaan PIN dalam Sektor Swasta Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah sama ada dalam bentuk memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta. Sementara Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) merupakan mekanisme sektor awam untuk menangani isu etika dan integriti dalam perkhidmatan awam dan Kerajaan, sektor swasta tidak mempunyai mekanisme yang sama. Bagaimanapun, satu langkah positif telah diambil oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Tingkat Tinggi (High Level Finance Committee) pada 1998 sejurus selepas krisis kewangan 1997. Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus korporat yang dikenali sebagai Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan pada Mac tahun 2000. Walaupun pada mulanya MCCG tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak swasta, keadaan berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysian Securities Exchange Berhad (MSEB) menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan menerimapakai kod ini. Dalam syarat penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaik dalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan disclosures seperti yang dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat penyenaraian. 13

Setiap syarikat dalam Laporan Tahunan masing-masing dikehendaki memasukkan Kenyataan Mengenai Tadbir Urus Korporat yang melaporkan bagaimana prinsip-prinsip dalam kod MCCG diterapkan serta setakat mana amalan terbaik dalam kod ini dipatuhi. Sekiranya amalan terbaik ini tidak dipatuhi, maka syarikat diperlukan membuat penjelasan dan menerangkan amalan alternatif yang mereka laksanakan. Dalam sektor kewangan pula, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Pelan Induk Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Terjamin pada bulan Mac 2001. Pelan induk ini memberikan hala tuju sistem kewangan bagi tempoh sepuluh tahun sehingga 2010. Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan sistem kewangan yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik dengan amalan-amalan terbaik yang mampu memenuhi permintaan pengguna dan perniagaan yang semakin canggih. Sistem ini juga harus dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, serta cabaran globalisasi dan liberalisasi. Rukuniaga perniagaan Malaysia iaitu: menggariskan Berlaku benar enam dalam prinsip dalam urusan

amalan

perniagaan;

Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima Rukuniaga Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka. 8.0 Pelaksanaan PIN dalam Sektor Lain Bagi memastikan kejayaan pembudayaan nilai-nilai murni, etika dan integriti di kalangan masyarakat adalah tidak memadai PIN hanya dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta sahaja. Bagi sektor lain umpamanya beberapa badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melaksanakan PIN seperti yang dihasratkan oleh kerajaan. Badan bukan kerajaan dan professional juga telah menggubal kod etika masing-masing untuk memastikan peningkatan etika dan integriti dalam organisasi mereka. Badan-badan profesional di Malaysia, 14

misalnya, Majlis Peguam, Persatuan Perubatan, Lembaga Jurutera, Persatuan Akauntan, Persatuan Akitek dan lain-lain mempunyai kod etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh pengamal profesyen berkenaan. Bahkan, para pelajar institusi pengajian tinggi dalam profesyen berdaftar seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang juga perlu mengikuti kursus etika sebagai syarat bagi mereka mendapat kelulusan dalam bidang itu dan menjadi pengamalnya. Selain itu, persatuan pengguna, pertubuhan perguruan, pertubuhan pemberi khidmat penjagaan dan pertubuhan alam sekitar juga telah menggubal kod etika mereka. Juga, terdapat badan-badan lain di kalangan masyarakat sivil yang memantau pelaksanaan etika dalam beberapa bidang seperti hak asasi manusia, tadbir urus terbaik dan ketelusan, serta amalan pilihan raya dan demokrasi di Malaysia. Kesemua ini menunjukkan bahawa kesedaran dan komitmen terhadap etika dan integriti di kalangan pelbagai sektor masyarakat Malaysia semakin meningkat. 9.0 Perlaksanaan PIN dalam Jabatan Pendidikan Teknikal Jabatan Pendidikan Teknikal adalah salah satu sektor awam di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selari dengan saranan PIN Jabatan Pendidikan Teknikal telah menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan peringkat Jabatan bagi menangani isu-isu berkaitan integriti yang melibatkan organisasi mahupun individu. Beberapa mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Jabatan Pendidikan Teknikal. Perbincangan banyak melibatkan aspek kelancaran pentadbiran dan pengurusan di peringkat Jabatan dan juga Sekolah Menengah Teknik. Melalui Jawatankuasa ini Jabatan Pendidikan Teknikal sentiasa memberi perhatian dalam pemantapan integriti. Salah satu usaha ke arah ini ialah dengan menyediakan Misi, Visi , fungsi dan piagam pelanggan. Perkara ini memberi satu gambaran kepada masyarakat ataupun pelanggan ketelusan Jabatan dalam mempertingkatkan perkhidmatan. Program15

program pemantapan integriti sentiasa disemai di kalangan pegawai sepanjang masa dengan mengadakan siri perjumpaan, bengkel atau ceramah mengenai rasuah, keagamaan, kekeluargaan. Mesyuarat JKP peringkat Jabatan diadakan sebanyak 4 kali setahun dismaping mengadakan pemantauan yang berterusan ke arah kelancaran perkhidmatan dan pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal. Perkara yang melibatkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan sentiasa diberi penekanan dalam perjumpaan yang diadakan. Di samping itu pegawai-pegawai di peringkat jabatan dan sekolah di bawah seliaan sentiasa diingatkan kepada pekeliling-pekeliling terutamanya berhubung pengurusan kewangan yang sedang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi untuk mengelakkan pegawai-pegawai dari terjebak dalam aktiviti yang melibatkan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Melalui mesyuarat JKP juga beberapa program diatur bagi memantapkan integriti dan keutuhan pegawai yang juga dlaksanakan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara sesi yang telah diadakan ialah Sesi Pemahaman Keutuhan Pengurusan iaitu ceramah yang bertajuk ‘Mengurangkan risiko terdedah kepada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam institusi pentadbiran’ yang disampaikan oleh pegawai BPR yang diadakan pada bulan November 2005 sempena sambutan Integriti Nasional. Selanjutkan bagi merelisaikan Kempen Wakaf Buku yang dianjurkan oleh KPM, Jabatan Pendidikan Teknikal telah melancarkan program tersebut dengan melibatkan semua pegawai di Jabatan dan sekolah. Sempena dengan Bulan Integriti Negara juga, Jabatan Pendidikan Teknikal telah mengadakan ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh pihak JAKIM yang bertajuk ‘Membentuk Keluarga Bahagia’ Untuk juga bagi menyebarluaskan hasarat kerajaan dalam pelaksanaan PIN, Mini Pameran Integriti telah diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua warga Jabatan dan sekolah dan seterusnya membentuk nilai murni, etika dan integriti yang dikehendaki di kalangan pegawai. Bagi memantapkan lagi program keutuhan Jabatan, Program PERASA telah 16

dilaksanakan

dengan

menubuhkan

Jawatkuasa

kerja

PERASA.

Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) berkonsepkan seorang pekerja yang mempunyai ciri-ciri dan nilai yang positif dapat membimbing rakanrakan setugas yang lain mengahadapi isu, cabaran dan masalah dalam kehidupan seharian di samping menjalankan tugas dengan lebih berkesan bersesuaian dengan cabaran-cabaran Wawasan 2020. Program ini juga dikembangkan lagi ke sekolah-sekolah menengah teknik yang memberi peranan kepada guru kaunselor dalam memberi khidmat kepada guru-guru yang bermasalah. Beberapa kursus PERASA juga diadakan bagi melatih lebih ramai pegawai dan kaunselor sekolah ke arah membina ciri-ciri dan nilai-nilai positif kalangan pegawai. Melalui mesyuarat JKP juga beberapa tindakan yang membabit penambahbaikan dalam pengurusan dan perkhidmatan Jabatan Pendidikan Teknikal dapat dibincang dan dipantau. Antaranya ialah memastikan Visi, Misi, Fungsi dan Piagam Pelanggan Jabatan sentiasa diperhalusi dan dikemaskini supaya selari dengan keperluan semasa. Sistem Aduan Dalaman dan Awam sentiasa dipertingkat untuk memastikan pegawai serta pelanggan mempunyai akses terbaik bagi melaporkan aduan yang membabitkan pengurusan dan perkhidmatan. Tindakan kepada aduan yang diterima akan sentiasa dibincang dan diperhalusi untuk penambahbaikan dalam pengurusan dan perkhidmatan Jabatan. Kes-kes yang melibatkan peyelewengan, disiplin, salahlaku, tindakan tata terbit, pengistiyaran harta pegawai, aduan awam dan ibu bapa, pertukaran guru dan lain-lain juga dibincangkan dan tindakan susulan diambil bagi memastikan keutuhan pegawai di semua peringkat. Dalam masa yang sama Jabatan Pendidikan Teknikal juga telah menggiatkan lagi peranan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). Melalui KMK usaha pemantapan dan pembudayaan nilai-nilai murni, etika dan integriti juga ditekankan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di kalangan pegawai dalam Jabatan Pendidkan Teknikal dan Sekolah. Selain daripada usaha-usaha yang dinyatakan di atas, pembentukan nilai, sikap, moral, etika dan integriti juga boleh dibentuk dengan

17

mengadakan aktiviti perhimpunan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan, majlis keugamaan dan lain-lain. Sehubungan dengan itu Jabatan Pendidikan Teknikal telah menubuhkan Kelab Rekreasi dan Kebajikan. Antara tujuan kelab adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai-pegawai dan keluarga. Hari keluarga yang diadakan setiap tahun dapat memupuk suasana yang harmoni yang merupakan perkara yang penting dalam membina nilai-nilai murni di kalangan pegawai. Di samping itu penubuhan kelab membolehkan pegawai bersama-sama berganding bahu dalam membantu antara satu sama lain terutamanya dalam aspek kebajikan dan sosial. Melalui kelab juga beberapa aktiviti kekeluargaan dapat diaturkan bagi meningkatkan hubungan den suasana harmonis di kalangan pegawai dengan mengadakan majlis kesyukuran, berbuka puasa, sambutan perayaan, majlis ilmu dan lain-lain. Selain daripada program yang dinyatakan terdapat juga program yang melibatkan kesihatan yang juga penting bagi mengujudkan suasana kesejahteraan dalam pekerjaan. Pegawai-pegawai digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan, membuat pemeriksaan air kencing, ceramah mengenai kesihatan dan lain-lain juga diadakan. Pengujudan persekitaran yang sihat serta pegawai yang sihat dan cergas akan memastikan kelancaran tugas seterusnya membina dapat membina pegawai yang berdisiplin dan beretika. Ternyata dengan penubuhan JKP dan juga program dan aktiviti yang dianjurkan, Jabatan Pendidikan Teknikal terus ke hadapan dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam membudaya nilai-nilai murni, moral, etika dan integriti selari dengan PIN. 10.0Penutup PIN adalah merupakan satu usaha yang bersepadu ke arah memupuk Integriti dan seterusnya membina masyarakat yang bermoral, bertika dan berintegriti. PIN mengambil pendekatan yang menyeluruh yang melibatkan semua sektor dan komponen masyarakat tanpa mengira 18

kaum dan ugama, sektor awam dan swasta, dan lain-lain. PIN adalah satu usaha yang berterusan dan pelan jangka panjang dan memerlukan kerjasama semua pihak dalam mencapai hasrat murni ini. Dengan adanya usaha yang tidak mengenal jemu, maka adalah tidak mustahil akan dapat melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika dan berintegriti dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju setanding dengan negara maju yang lain. Dalam memastikan kejayaan PIN kerajaan telah menggariskan beberapa kaedah untuk menilai keberkesanan PIN menerusi pelaksanaan pelbagai strategi dan program bagi memantapkan integriti seluruh masyarakat dan negara. Antara kaedah yang digunakan ialah: Pertama adalah berdasarkan pandangan, laporan, maklumbalas soalselidik dan kajian; dan Kedua adalah pendekatan kuantitatif yang membuat penilaian berdasarkan pencapaian yang diukur secara statistik. Prestasi integriti dalam pelbagai komponen atau bidang akan diukur secara statistik dan penandarasan (benchmarking) dilakukan berdasarkan ukuran tertentu. Dengan adanya kaedah penilaian yang sistematik, maka kerajaan dapat memantau pelaksanaan pemantapan integriti dan seterusnya menambahbaik segala bentuk kekurangan dalam menangani isu-isu yang melibatkan soal moral, etika dan integriti dalam masyarakat. Sebagai contoh dalam mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; ukuran prestasi pencapaian adalah berdasarkan ukuran tanda aras antarabangsa dan juga tanda aras dalam negeri. Dengan cara ini kerajaan dapat melihat sejauh mana pencapaian negara dalam menangani isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dan seterusnya menpertingkatkan usaha ke arah membendung isu tersebut sehingga dapat dikurangkan ke paras yang paling minimum. Begitu juga dengan perkara lain seperti karenah birokrasi, meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan, pengurangan kadar perceraian, pengurangan rumahtangga, konflik keluarga, pengurangan jenayah, kadar keganasan kadar pengurangan kadar pengurangan

penagihan dadah dan lain-lain akan

berdasarkan ukuran tanda aras

antarabangsa dan juga tanda aras dalam negeri yang ditetapkan supaya

19

dapat melihat keupayaan negara berbanding negara lain dalam memantapkan integriti nasional. Justeru itu dengan pelaksanaan PIN serta pemantauan dan penilaian yang berkesan akan dapat membentuk masyarakat bermoral, beretika dan berintegriti. Sekian Terima Kasih. Rujukan: 1. Pelan Integriti Nasional 2. Jawatankuasa Keutuhan peringkat Jabatan Pendidkan Teknikal 3. Program PERASA Jabatan Pendidikan Teknikal 4. Program dan aktiviti Kelab Rekreasi dan Kebajikan JP Teknikal

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->