P. 1
Menjejak asal-usul Bangsa Melayu

Menjejak asal-usul Bangsa Melayu

4.5

|Views: 24,301|Likes:
Published by musbri mohamed
information
information

More info:

Published by: musbri mohamed on Jun 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Hak Melayu adalah hak Peribumi di Malaysia

Sirih kuning sirih dara Sirih tanya beserta cincin Hidup beradat aman sejahtera Budaya lama tetap terjamin

Musbri Mohamed Pengarah Urusan Yayasan PEKIDA Malaysia
1

Kekuatan Melayu adalah pada sejarahnya.

2

Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Daripada pertemuan ini bangsa Melayu tercipta dan mempunyai fokusnya di Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia.

3

Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu. Daripada segi etomologi yakni Sanskrit ; perkataan Melayu yang berasal daripada perkataan Malaya bermaksud gunung. Bangsa Melayu yang tercatat di dalam sejarah Dinasti Tang di China adalah sekitar tahun 645 Masihi. Dicatatkan bahawa Bangsa Melayu adalah bangsa yang bertamadun dan mendiami Nusantara atau Kepulauan Melayu di Asia Tenggara.

4

Orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar.

5

Pengakuan sebagai anak Melayu pernah dilafazkan oleh ramai pemimpin negara-negara di gugusan pulau-pulau Melayu sekalipun mereka daripada puak atau suku yang berbeza-beza iaitu seperti Jose Rizal di Filipina atau Sukarno di Indonesia.

6

Penerbitan terbaru saintis Barat yang menggunakan maklumat daripada kajian Orang Asli adalah rumusan mengenai penyebaran manusia moden dari Afrika ke Asia Tenggara kemungkinan besar berlaku melalui laluan pantai menerusi India dan seterusnya ke Australasia. Pergerakan itu dikatakan berlaku kira-kira 65,000 tahun dulu.

7

Pergerakan pertama manusia adalah golongan asli dari Afrika ke Nusantara dan Australia 65000 tahun lalu melalui pantai. Asal orang Melayu adalah pergerakan kedua iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.k.a orang Jawi daripada pergunungan..

8

BENARKAH selama ini orang Asli dan orang Melayu wujud dari rumpun atau keturunan yang sama? Jika diamati kajian bertajuk Analisis DNA Mitokondria (MtDNA) masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung yang dihasilkan penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin, mendapati bahawa keadaan sebaliknya berlaku di mana Orang Asli dan orang Melayu berasal dari keturunan berlainan.

9

Berdasarkan data DNA Mitokondria (MtDNA) yang dikumpulkan dalam kajian itu, orang Melayu Moden dipercayai berasal dari populasi `Austronesian' (atau Selatan Mongoloid) manakala Orang Asli pula adalah saki baki manusia moden dari populasi `Australoid'. Hasil kajian itu juga disokong oleh kajian linguistik yang menyatakan terdapat dua penghijrahan pra-sejarah utama berlaku di Asia Tenggara. Gelombang penghijrahan pertama yang berlaku kira-kira 40,000 tahun membawa kemasukkan populasi `Australoid' purba ke kepulauan Indo-Malaysia, yang seterusnya bergerak dan menetap di Australia dan New Guinea.

10

Gelombang populasi kedua dipercayai berasal dari Fujian atau Zhejian (juga dikenali sebagai Selatan Mongoloid atau Austronesian), yang menetap di sekitar kepulauan Asia Tenggara dan tanah besar kira-kira 4,000 ke 6,000 tahun dulu. "Kita tidak ubah sejarah, sebaliknya kita sedang mendokumentasikan sejarah. Orang Asli memang lebih tua daripada orang Melayu. Ada banyak orang yang datang ke Malaysia dan banyak yang sudah bercampur," katanya selepas majlis penyerahan dua tesis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

11

Konsep tamadun atau pradaban sesuatu bangsa itu mencakupi erti perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan bidang-bidang bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan dan empayer. Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai semua sifat-sifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau ‘total society’ daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada kedaulatan atau ‘sovereignty’ yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang beradab. Melayu bukan sekadar satu puak atau satu kaum di bumi sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu bangsa yang menjadi masyarakat penentu yang mencorak warnakan perkembangan sejarahnya menjadi masyarakat ‘definitive’ yang menjadi rujukan kepada masyarakatmasyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu.

12

Dalam kontek ilmu sejarah, bangsa Melayu dirujuk sebagai faktor kesenambungan yang difinitif dan masyarakat pendatang mesti membuat ubahsuai atau adaptasi dengan merujuk kepada masyarakat penentu/atau masyarakat teras dan bukan wujud dalam bentuk asingnya yang mutlak. Sesungguhnya ini adalah selaras dengan tradisi tamadun manusia yang mempunyai nilai murni dimana “bumi dipijak di situ langit dijunjung” seperti di barat dikatakan “When you are in Rome, behave like the Romans do”. Sesungguhnya ini adalah prinsip pri penting yang wajib diambil iktibar (terutama dalam bidang membina budaya kebangsaan) supaya proses tolak ansur tidak terjebak menjadi proses penggadaian budaya.

13

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah pada 13 September 2007 apabila meluluskan Deklarasi Hak-Hak Penduduk Asli di seluruh dunia yang kini berjumlah 370 juta orang. Sejumlah 144 buah negara, termasuk Malaysia dan kesemua negara Asia (cuma Bangladesh yang berkecuali) mengundi. Hanya empat negara menentang, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada. Deklarasi ini menyentuh rintangan yang dihadapi oleh pendudok asli di seluroh dunia yang menghadapi tekanan dari kaum-kaum pendatang yang mendominasi bilangan, ekonomi, dan politik negeri asal mereka.

14

Dari perspektif Malaysia, orang-orang Melayu dan orang-orang Asli dianggap sebagai orang Bumiputera atau Pribumi dan seharusnya mendapat keistimewaan hak-hak Bumiputera. Perlembagaan Malaysia dan sosial kontrak meletakkan hakhak orang Asli sama dengan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera lain.

15

Rundingan-rundingan mengenai deklarasi itu mengambil masa hampir 25 tahun lamanya. Antara kandungan penting: * Penduduk asli tidak akan dipaksa pindah dari daerah-daerah tempat tinggal mereka. Pemindahan tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan terlebih dahulu atau bayaran ganti rugi yang saksama. * Penduduk asli mempunyai hak menentukan nasib sendiri dan berhak mempunyai kuasa autonomi bersabit hal-hal tempatan, hasil-hasilnya yang telah mereka miliki secara tradisi. * Penduduk asli mempunyai hak memelihara dan memajukan warisan budaya mereka dan kerajaan hendaklah mengaku hak- hak tersebut. * Penduduk asli berhak memajukan segala tanah milik mereka. Tindakan atau keputusan bersifat diskriminasi tidak boleh dilakukan ke atas mereka.

16

Menidakkan hak-hak keperibumian kaum Melayu bermakna menidakkan juga hak-hak keperibumian orang-orang Asli kerana orang Melayu dan orang Asli adalah kaum-kaum asal Nusantara Melayu khususnya Tanah Melayu.

17

Dari segi politik, perbincangan mengenai penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946 membabitkan orang Asli. Persatuan orang-orang Asli menghantar wakil dan berucap serta sama-sama menubuhkan UMNO. Walaupun pembabitan mereka dalam UMNO begitu minima sekali hari ini, malah boleh dianggap tiada selepas itu, orang Asli menerima hakikat orang Melayu sebagai paksi ketamadunan nusantara. Maka, penggiat-penggiat perkauman dari kalangan kaumkaum tertentu tidak perlulah mahu mencari alasan lagi. Yang tersurat dan tersirat disebalik tuntutan mu itu jelas dan terang. Sebagaimana ketirisan atas kewujudan kesemua peribumi oleh kaum-kaum pendatang di dunia, begitu juga yang akan berlaku. Apa yang mereka tuntut adalah suatu hak yang diperakui dunia.

18

Bayangkan jika pemasukkan tanpa batas terus dibiarkan British. Setelah British menyedari kesan ekonomi, keselamatan dan sosial terhadap Malaya, mereka mula menahan kemasukkan pendatang pada tahun-tahun 1940an. Itu pun mereka ditentang keras oleh kaum-kaum pendatang ini. Dimana rasional orang Cina dan India yang berada di negeri asal mereka boleh mempunya hak untuk berhijrah dan bermastautin di sini. Itulah disebalik penentangan mereka kepada polisi British itu? Dikasi betis hendak peha. Anihnya mereka mengakui itu adalah hak mereka dan penghapusan hak peribumi dikatakan memenuhi nilai sejagat !

19

Tuduhan bahawa orang-orang Melayu dan kaum asal lain bukan Bumiputera negara ini pernah dilaungkan Lee Kuan Yew di Parlimen Malaysia pada tahun 1964 dan menjadi hujah rasis kaum tertentu yang sering mempertingkatkan semangat perkauman di kalangan mereka dari dahulu hingga sekarang.

20

Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi.

Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak kita. Jangan pula kita mudah terima bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "May 13" yang ingin membangkitkan suatu revolusi untuk menafikan hak dan kekuatan sejarah orang Melayu.

21

Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua mengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’ Dr Kua selalu muncul dalam kumpulan yang berpihak kepada pembangkang seperti Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Dong Jia Zhong (Persatuan Pendidik Cina), Suqiu (Tuntutan Pilihan Raya 1999) dan penentang utama Sekolah Wawasan.

22

Dr Kua juga menyatakan 13 Mei sebagai ‘hantu’ yang digunakan kerajaan untuk menakutkan rakyat, jika berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi kerajaan, seperti mengalamai masalah seperti tahun 1969. Walaupun kenyataan Dr Kua itu secara sepintas lalu nampak seperti ada kebenaran, tetapi pengkaji hubungan etnik di Malaysia seperti Profesor Madya Dr Mansor Mohd Nor dari Universiti Utara Malaysia berpendapat, asas kepada berlaku ‘rusuhan’ selalunya perbezaan ekonomi antara etnik dalam sesebuah masyarakat.

23

Dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’ (keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan).

24

Prinsip yang sama berlaku pada 1969 iaitu kedudukan ekonomi (sumber yang membolehkan setiap orang makan dan menikmati kehidupan) tidak seimbang, maka konflik berlaku, walaupun secara sepintas lalu kelihatan keputusan pilihan raya pada 10 Mei itu menjadi belerang yang membakar api persengketaan. Menurut Dr Mansor yang kini menjadi Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang UUM, keadaan sosio-ekonomi merupakan penyebab utuma rusuhan di mana-mana negara, termasuk di Paris pada 2005 dan sebelum itu di Los Angeles, Detroit dan Chicago , USA dan di negara ini pada 1969.

25

Asas formula perpaduan ini dicabar bekas Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam ASLI, Dr Lim Teck Ghee yang melalui `kajiannya’ mendapati bumiputera telah mencapai 45 peratus ekuiti, sedangkan kerajaan menyatakan sasaran DEB pada penghujung 1990 hanyalah sekitar 18 peratus, sedangkan sasaran dasar berkenaan ialah 30 peratus. Tidak sedikit orang Melayu juga terpengaruh supaya DEB atau dasar seumpamanya dimansuhkan,

26

Data semasa juga menunjukkan bangunan komersial dan premis perniagaan bagi bumipitera ialah 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus. Ini menunjukkan DEB jauh daripada memuaskan bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi kepada semua kaum kerana tidak mungkin perpaduan tercapai kecuali berlaku keseimbangan di antara kaum, atau jurang perbezaan itu wajib dikecilkan.

27

Usaha memupuk perpaduan melalui kesaksamaan seperti DEB perlu diteruskan untuk memastikan semua anak-anak bangsa di negara ini dapat menikmati kehidupan secara relatif bahagia. Menuntut hak yang sedia ada pada Melayu, mempersoalkan hakhak orang-orang Melayu atas dasar keadilan adalah hipokrasi sesetengah kepimpinan bangsa-bangsa bukan Melayu.

Kita lihat kaum lain khususnya Cina mempersoalkan hak-hak keistimewaan orangorang Melayu. Adakah itu "rasis" atau sebenarnya biadap?

28

Sudah ada orang Melayu menyanyi lagu sama dengan Dr Kua, Dr Lim dan Kit Siang, kononnya DEB hanya memperkayakan sebahagian elit Melayu, sedangkan tidak ada data konkrit mengenai hal ini. Anehnya orang Melayu yang menolak DEB yang menyatakan memperkayakan sesetengah Melayu adalah diri mereka sendiri! Sesetengahnya memberikan `pink form’ percuma, untuk memperkayakan orang tertentu. Data semasa yang ada, pendapatan perkapita bulanan Bumiputera ialah RM2,500, India RM 3,200 dan Cina RM4,100.

29

Sentiasa berbalik kita kepada sejarah kerana di situ terletaknya kebenaran dan juga di mananya hak dan batil. Yang benar tetap dinyatakan benar, yang salah dinyatakan salah. Kita tidak membincangkan hal-hal perkauman malah hanya membincangkan hak-hak kita. Kita perlu mencari asas kenapa kita perlu berjuang - kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak kita sekarang berada.

30

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->