UCAPAN PENGARAH PELAJARAN Terima kasih kepada pengerusi majlis….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia Yang Berhormat Datuk Warno b. Dogol, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak Bernam, Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail b. Ali, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Yang Berusaha Puan Hajah Samsiah binti Datuk Haji Jamaluddin, Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam, Yang Dihormati Tuan Hassan bin Ali, Ketua Polis Sabak Bernam, Pengetua-pengetua, Guru Besar – guru besar serta hadirin dan hadirat sekalian Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di dalam dewan yang serta indah ini untuk bersama-sama meraikan Majlis Anugerah Cemerlang Peringkat Daerah Sabak Bernam 2009. Saya amat gembira kerana daerah kita dapat menunjukkan peningkatan yang baik dalam bidang pendidikan . Saya berharap peningkatan ini dapat di tingkatkan setiap tahun serta melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Peringkat Daerah sabak Bernam bagi tahun 2009. Sekian terima kasih.

TEKS UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SABAK BERNAM Pn. Hjh. Samsiah bt. Datuk Hj. Jamaludin Terima kasih kepada pengerusi majlis…. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia Yang Berbahagia Dr. Zahari b. Abdul Aziz, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Yang Berhormat Datuk Warno b. Dogol, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak, Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail b. Ali, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Yang Dihormati Tuan Hassan bin Ali, Ketua Polis Sabak Bernam, Pengetua-pengetua, Guru Besar – guru besar serta hadirin dan hadirat sekalian Pada pagi yang berbahagia ini kita dipertemukan dalam satu majlis Anugerah Cemerlang Peringkat Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2009. Objektif utama majlis ini adalah untuk mengiktiraf hasil usaha pengetua-pengetua dan guru-guru besar sekolah menengah dan rendah bagi Daerah Sabak Bernam dalam meningkatkan kecemerlangak sekolah sekaligus kecemerlangan pejabat pelajaran Daerah Sabak Bernam. Dengan ini, saya mengharapkan kecemerlangan kualiti dan kuantiti sekolah menengah dan rendah daerah Sabak Bernam dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang. Sekian, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, selamat sejahtera salam satu Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful