You are on page 1of 6

KAEDAH PENENTUAN BANDAR

Penentuan sekolah-sekolah dalam kawasan Bandar adalah berasaskan kepada


sempadan bandar yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa
(JPBD) dan ia telah diwartakan pada tahun 2005. Takrifan ini walau bagaimana pun
cuma tertakluk kepada Sememnanjung Malaysia sahaja kerana Sabah dan Sarawak
tidak tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Tempatan. Takrifan bandar yang disediakan
oleh pihak JPBD adalah seperti berikut:

Kawasan yang diwartakan dan tepu bina yang bersempadan dengannya serta
gabungannya yang terletak di dalam had sempadan bandar dan mengandungi:

a. Kawasan penempatan dan kawasan komited yang telah diluluskan;


b. Penduduk minimum 10,000 orang;
c. Sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk bekerja (berumur 15 tahun dan ke
atas) yang terlibat dengan aktiviti bukan pertanian;
d. Densiti kasar minimum penduduk adalah 50-60 orang per hektar; dan
e. Kemudahan-kemudahan perbandaran (75% unit kedai di pusat bandar,
Sekolah Rendah/Sekolah Menengah, pusat kesihatan, dewan orang ramai,
masjid/rumah ibadat, pejabat pos, balai polis/pondok polis, stesen bas, pasar,
town padang/taman bandar).

Bagi menentukan lokasi sekolah-sekolah ini, kedudukan sekolah itu perlu ditentukan
terlebih dahulu. Lokasi sekolah ini (dikenali sebagai koordinat) adalah berasaskan
kepada kutipan data menggunakan alat GPS serta lain-lain sumber dari internet,
terutamanya Google Earth dan Wikimapia ( www.wikimapia.org). Projection yang
digunakan bagi penentuan koordinat ini adalah WGS84 kerana ia adalah projection
yang paling biasa digunakan.

Koordinat sekolah ini kemudian di overlay dengan sempadan Bandar yang


disediakan oleh pihak JPBD. Sempadan bandar ini adalah berasaskan kepada
maklumat banci penduduk 2000, oleh itu, kemungkinan telah banyak berlaku
kemajuan tempat tersebut. Sebagai contoh, sekolah-sekolah yang berada dalam
kawasan berwarna kuning contohnya seperti PBA3031, PBC3027 dan PBC3021
adalah jelas berada dalam kawasan Bandar Bayan Lepas manakala
PBA3035,PBA3005 dan PBA3001 adalah di luar bandar. (Lihat rajah 1).
Untuk mempastikan sekolah-sekolah ini benar-benar di luar bandar, maklumat ini di
overlay dengan Google Earth untuk melihat adakah terdapat perkembangan dalam
pertambahan kawasan bandar yang dikenali sebagai kawasan tepubina (built-up
area). Didapati bahawa sekolah-sekolah yang sepatutnya berada di kawasan luar
bandar tersebut telah pun sekarang ini berada di kawasan extension dari kawasan
Bandar Bayan Lepas. Oleh itu ketiga-tiga sekolah tersebut dikategorikan juga
sebagai sekolah bandar.

Sempadan Bandar JPBD

Kawasan tepubina

Sebagai panduan, di bawah adalah senarai bandar di Semenanjung Malaysia yang


diwartakan oleh JPBD. Untuk makluman, JPWP, Putrajaya dan Cyberjaya dianggap
sebagai Bandar dan tidak disenaraikan di sini.
SENARAI BANDAR SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLIS
Kangar
Kuala Perlis

KEDAH
Jitra
Kuala Nerang
Pendang
Kuala Kedah
Sungai Petani
Gurun
Yan
Sik
Baling
Kulim
Kuah
Serdang
Alor Star

PULAU PINANG
Balik Pulau
Tanjung Tokong
Ayer Itam
Gelugor
Bayan Lepas
Bayan Baru
Kepala Batas
Bukit Mertajam
Jawi
Nibong Tebal
Georgetown
Sungai Ara
Sungai Nibong - Sungai Dua
Juru
Butterworth
Tanjung Bungah

PERAK
Bandaraya Ipoh
Batu Gajah
Selama
Teluk Intan
Taiping
Sitiawan
Kuala Kangsar
Sungai Siput
Lumut
Bandar Baru Sri Manjung
Parit Buntar
Tapah
Kampar
Tanjong Malim
Seri Iskandar
Grik

KELANTAN
Jeli
Kuala Krai
Pasir Mas
Bachok
Gua Musang
Kota Bharu
Kubang Kerian
Machang
Pasir Puteh
Tanah Merah
Tumpat

TERENGGANU
Kuala Terengganu
Kampong Raja
Bandar Permaisuri
Jertih
Marang
Kuala Berang
Dungun
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
Paka
Kemaman
Cukai

PAHANG
Raub
Kuantan
Bandar Tun Abdul Razak, JENGKA
Jerantut
Maran
Temerloh
Kuala Lipis
Tanah Rata - Brinchang
Bentong
Pekan
Muadzam Shah
Kuala Rompin
Bera
Triang

SELANGOR
Rawang
Serendah
Kuala Kubu Bharu
Selayang Baru
Meru
Bangi
Ampang Jaya
Sri Gombak
Subang Jaya
Cheras Selatan
Tanjong Karang
Kuala Selangor
Klang
Pelabuhan Klang
Cyberjaya
Telok Panglima Garang
Banting
Bandar Baru Salak Tinggi
Sabak
Bandar Utama
Kelana Jaya
Shah Alam
Petaling Jaya
Puchong
Ulu Kelang
Gombak (Taman Perwira )
Seri Kembangan
Kajang
Serdang
Sungai Besar

NEGERI SEMBILAN
Seremban
Rembau
Nilai
Kuala Klawang
Port Dickson
Kuala Pilah
Bahau
Bandar Seri Jempol
Gemas
Tampin

MELAKA
Jasin
Alor Gajah
Ayer Keroh
Sungai Udang
Masjid Tanah
Bandar Melaka
Batu Berendam

JOHOR
Bandar Penggaram (Batu Pahat)
Bandaraya Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Labis
Mersing
Pasir Gudang
Pekan Nenas
Bandar Penawar
Pontian Kecil
Segamat
Senai
Simpang Renggam
Skudai
Tangkak
Ulu Tiram
Yong Peng
Muar

You might also like