Sistem perbankan dan kewangan Islam tanpa matawang Islam: Kereta tanpa petrol ?

Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Sarjana Undang-undang Perniagaan
Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM ) 1

Di dalam perdagangan samada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa di Abad ke 21 kini maka perkhidmatan perbankan dan kewangan amat diperlukan. Namun sistem perbankan dan kewangan konvensional zaman kini beroperasi dengan unsur riba. Riba adalah haram di sisi Islam. Riba adalah isu yang paling sukar bagi kebanyakan ahli ilmu dan ulama Islam di mana Al-Ghazzali (wafat 505 H) ada menegaskan ertinya : "Bab riba adalah masalah-masalah yang paling sukar dan mengelirukan" . Sehubungan itu pakar ekonomi dan cendiakawan Islam perlu mencari alternatif dalam melaksanakan fungsi perbankan dan kewangan tanpa riba . Dan untuk itu cabaran sebegini telah menyediakan rasional bagi diadakan perbankan dan kewangan Islam.

2

Sejarah ekonomi moden bebas faedah juga telah menyedarkan pelajar yang mana ironinya ianya telah dilaksanakan oleh komuniti bukan Islam di mana suatu percubaan praktikal telah diterangkan dan didedahkan oleh seorang ahli ekonomi bernama Margrit Kennedy di dalam bukunya bertajuk ³Interest and Inflation Free Money.´ Beliau memaklumkan hasil percubaan pelaksanaan model bebas serta tanpa faedah dan di mana matawang tidak dijadikan komoditi telah berjaya dilakukan di sebuah pekan kecil Austria pada tahun 1932- 1933, dia menyatakan : ³When over 300 communities in Austria began to be interested in adopting this model, the Austrian National Bank saw its own monopoly endangered. It intervened against the Town Council.´ Beliau bersama beberapa pakar ekonomi di USA telah berusaha bagi mencadangkan sistem alternatif ini kepada kerajaan USA pada tahun 1933, tetapi semua cadangan mereka telah ditolak.

3

Perbankan dan kewangan Islam telah mulai tersebar luas di peringkat global mulai tahun 1960an hasil kesedaran dan keupayaan dalam menghayati Islam sebagai cara hidup di kalangan umat Islam dunia. Ianya mulai dikenali secara khusus dan dipratikkan di Malaysia dengan pengenalan serta dimaktubkan yangmana seterusnya telah dilaksana melalui Akta Perbankan Islam 1983 (IBA).

4

Sepanjang tempuh lebih kurang 40 tahun pengenalan sistem perbankan dan kewangan Islam secara global maka ianya dengan sistematik telah memasuki dan beransuransur berperanan beriringan dengan sistem perbankan dan kewangan konvensional. Sokongan dan penerimaan kepada perbankan dan kewangan Islam menjadi signifikan kerana jumlah umat Islam di dunia kini berjumlah hampir 1.67 bilion atau bersamaan lebih kurang 23% daripada penduduk dunia kini . Dan ianya bukan sahaja berkembang di negara di mana terdapat negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam tetapi ianya juga telah berkembang di negara yangmana penduduk Islam adalah minoriti seperti di United Kingdom dan Jepun.

5

Produk perbankan Islam antara lain seperti sistem jualan, sistem pajakan, deposit, kad kredit dan insuran telah diujud serta diamalkan di bawah perbankan dan kewangan mengikut peraturan yang telah digariskan oleh syariat Islam berpandukan sumber perundangan Islam iaitu Al-Quran, Sunnah, Itjamak dan Qisas di seluruh dunia.

6

Dengan perkembangan di dunia dan juga Malaysia maka kita dapati bahawa struktur perbankan dan kewangan Islam telah agak kukuh namun terdapat kekurangannya iaitu faktor matawang. Kita faham kenapa faktor matawang itu penting kerana krisis ekonomi yang melanda negara kita Malaysia dan juga Asia pada tahun 1987 dan tahun 1997.

7

Penulis sendiri sebagai peguam telah terlibat di peringkat awal pada tahun 1980an sebagai peguam panel bagi Bank Islam (M) Berhad telah terlibat di dalam perbankan dan sistem kewangan Islam namun sehingga hari ini masih tertanya-tanya kenapa matawang Islam belum menjadi realiti bagi pengisian sistem perbankan dan kewangan Islam. Dengan itu dalam konteks ini ,maka soalan yang berbunyi kita telah ada kereta namun kereta tanpa petrol berlegarlegar di minda pelajar dan juga ramai individu yang lain yang ingin serta ikhlas untuk mengamalkan perbankan dan kewangan Islam sebagai cara hidup.

8

Sebagai seorang Islam maka kita agak bimbang akan serangan terhadap sistem perbankan dan kewangan Islam terbuka dan terdedah untuk diserang oleh musuh Allah s.w.t samada daripada dalam atau luar kepompong Islam. Secara idealnya maka perbankan dan kewangan Islam dilihat mampu memberikan harapan bagi mengelak krisis ekonomi yang berlaku. Berdasarkan prinsip-prinsip Shari¶ah yang menuntut keadilan dari segenap aspek seperti larangan riba, gharar, judi dan spekulasi berlebihan menjanjikan penyelesaian kepada krisis kewangan yang berlaku. Persoalannya di sini, adakah sistem perbankan dan kewangan Islam yang diamalkan pada masa kini benar-benar bebas daripada segala bentuk krisis kewangan atau sebaliknya?

9

Penulis bimbang tanpa sokongan dan peranan matawang Islam maka sistem perbankan dan kewangan Islam yang dirancang, laksana dan pantau boleh dirobohkan seperti mana-mana sistem yang diadakan oleh manusia di dunia. Bagi penulis untuk menjayakan perbankan dan sistem kewangan Islam maka pengisian utama adalah matawang Islam. Tanpa faktor matawang Islam maka sistem perbankan dan kewangan Islam ini masih merupakan sebuah kereta tanpa petrol. Fakta sejarah dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia, Bretton Woods Conference dan International Monetary Fund (IMF) meletakkan kaitan atau halangan kepada keujudan matawang Islam yang dianggap perlu sebagai kejayaan perbankan dan sistem kewangan Islam adalah merupakan perkiraan dan indikator yang tidak mampu untuk diketepikan.

10

Penulisan ini merupakan perkongsian ilmu dan ianya diharap akan membuka minda pembaca tentang hakikat bahawa dalam melaksanakan perbankan dan kewangan Islam maka isu faktor matawang tidak boleh disampingkan kerana pengalaman di dalam sistem perbankan serta kewangan sekular dalam perspektif matawang ini adalah panduan terbaik yang kita ada bagi menambahbaik sistem perbankan dan kewangan Islam yang sedang kita usahakan untuk dibangunkan bagi kebahagiaan kita umat Islam di dunia membawa ke akhirat.

11

Adalah sukar bagi mendefinisikan apakah itu perbankan dan kewangan Islam. Ini kerana definisi ini sudah pasti akan melibatkan status bagi statut perundangan di sesuatu tempat itu. Masalah ini timbul kerana kini telah terdapat lebih kurang 54 buah negara Islam di dunia dan majoriti besar daripada mereka tidak menganggap negara mereka sebagai negara Islam. Contoh yang agak jelas negara Islam yang menganggap mereka sebagai negara sekular adalah negara Turki dan Indonesia . Manakala negara seperti Arab Saudi, Iran dan Malaysia adalah negara yang konsisten di dalam pengitirafan mereka sebagai Negara Islam di dunia.

12

Di Malaysia menurut s. 2 IBA 1983 telah mendefinisikan ³Perniagaan perbankan Islam " sebagai perniagaan perbankan yang mana operasi dan tujuan adalah tidak melibatkan elemen-elemen yang bertentangan dengan agama Islam. Definisi ini tidak mencukupi bagi menerangkan ciriciri perniagaan perbankan dan kerana itu kita perlu menyatukan definisi perniagaan perbankan di bawah BAFIA dengan definisi perniagaan perbankan Islam di bawah IBA.

13

Penulis berpandangan bahawa asas bagi matawang Islam ada diterangkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang juga menjelaskan mengenai riba :³ Gold for gold, silver for silver, wheat for wheat, barley for barley, dates for dates, salt for salt ± like for like, equal for equal, and hand-to-hand (spot); if the commodities differ, then you may sell as you wish, provided that the exchange is hand-to-hand or spot transaction.´ These commodities can be classified under two main categories which make the illah (ratio decidendi) for their prohibition: Medium of exchange (currency) : gold and silver. Staple foods : wheat, barley, dates and salt. Daripada hadis di atas maka kita dapat menyatakan bahawa di zaman kini matawang yang paling ideal adalah emas dan perak.

14

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda ; "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan) . Kejayaan menjadikan emas sebagai matawang belum boleh dianggap satu kejayaan mengislamkan ekonomi . Apa yang lebih perlu diperbetulkan adalah sikap, kefahaman dan sistem regulasi kewangan dunia hari ini. Sistem matawang emas dan perak ini pun bukanlah diperkenalkan oleh Rasulullah, malah ia telah wujud sebelum dari kebangkitan Rasulullah. Islam menerima pakai dua logam berharga itu sebagai matawang dan hanya mampu di islamkan apabila syarat-syarat urusniaga matawang yang digariskan oleh baginda Nabi dipenuhi . Memperjuangkan matawang emas bukan segala-galanya bagi sebuah ekonomi dan kewangan Islam.

15

Kerajaan Malaysia dilihat begitu komited dalam usaha untuk memperkenalkan penggunaan mata wang Dinar Emas dalam perdagangan antarabangsa, khususnya di antara negara-negara Islam. Tun Dr. Mahathir semasa itu sebagai Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa pendekatan ini akan dilaksanakan tanpa perlu menunggu persetujuan keseluruhan negara Islam, iaitu boleh dimulakan dengan hanya melibatkan dua atau tiga negara. Malaysia juga berpendapat bahawa selain bersandarkan kepada faktor dinar emas sebagai satu alternatif terbaik kepada mata wang lain yang terdedah kepada aktiviti spekulasi mata wang dan seterusnya melindungi negara-negara Islam dari manipulasi ekonomi, pendekatan ini juga menzahirkan kepada masyarakat dunia bahawa Islam merupakan suatu cara hidup yang terbaik dalam semua aspek termasuklah ekonomi dan perdagangan.

16

Allah s.w.t memberi ingatan : Ertinya: ³Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, istiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertobat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya ´ . Al-Baqarah: 278 & 279 Menurut Abu Hanifah An-Nu¶man berkata : ³Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan.´

17

Di dalam perkara yang besar maka Allah s.w.t memerintah hambaNya berkerjasama di dalam ayat Surah Al- Taubah, Ayat 71 :"Dan mukmin dan mukminat, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah" Allah s.w.t juga memerintahkan supaya manusia jika melakukan pekerjaaNya agar dilaksanakan secara perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang tersusun Ash Shaff : Ayat 4 :Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

18

Mengamalkan pandangan tegas seperti pengharaman menyeluruh secara serentak terhadap sistem bank konvensional sudah pasti boleh menyebabkan kehidupan umat Islam dan lainnya akan terhenti. Keadaan ini menyebabkan Imam Al-Ghazzali pernah berkata :Ertinya : Sesungguhnya sekiranya harta haram telah tersebar luas di sebuah tempat dan sukar untuk berpindah dari tempat itu maka harus hukumnya berurusan walaupun melebihi had darurat, kerana jika manusia hanya dihadkan sekadar 'alas perut' (had dharurat) maka pastilah akan terhenti kehidupan manusia, rosaklah sistem dan tatkala itu urusan agama juga akan rosak dan jatuhnya syiar Islam ( kerana semuanya tidak boleh dilakukan tanpa peranan harta) .

19

Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, "Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi" , maka aku ( Ibn Hamzah) bertanya " Mengapa tidak?" Jawab Ibn Abbas : "Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal" . Hadith di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap ber'musharakah' dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala Imam Ahmad, Awzaie dan Hasan al-Basri menganggapnya harus. Imam Ibn Qudamah pula mengulas sambil menyatakan kata-kata Ibn Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan sahabat lain. Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan iktikad ianya daripada pendapatan mereka yang halal sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w diriwayatkan membeli makanan daripada Yahudi dan mencagarkan baju besi Baginda s.a.w .

20

Hasil daripada pendapat-pendapat ini, selagi mana urusniaga menepati Syariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan Islam yang tidak diketahui sama ada modalnya daripada yang sumber haram atau halal. Jika bermusharakah dengan bukan Islam juga dihukum sebagai harus, apatah lagi berjual beli komoditi dengan bukan Islam atau bank konvensional. Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan keharusan bermusharakah dengan individu bukan Islam. Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai makruh.

21

Ertinya : Telah ijma' atau sepakat seluruh umat Islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka " . Justeru itu, telah ijma' berkenaan keharusan membeli dan menjual sama ada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam, transaksi pula dilakukan bertepatan dengan Islam. Namun adakah industri perbankan konvensional dianggap musuh yang sedang berperang dengan Islam?

22

Melaburkan wang di institusi konvensional pastinya akan menjatuhkan permintaan kepada perkhidmatan kewangan Islam di masa akan datang. Kita mengetahui bahawa µrules of the game¶ di dalam pasaran semasa dunia banyak dipengaruhi oleh konsep µdemand and supply¶, justeru segala penggunaan dana Islam mesti disalurkan ke pelaburan Islam, hanya dengan cara ini permintaan terhadap perkhidmatan kewangan Islam menjadi lebih tinggi dan kukuh. Menggunakan dana yang diperoleh secara Islam dan digunakan untuk pelaburan riba bagi mendapatkan keuntungan tetapnya tergolong secara jelas dalam kategori pemakan riba.

23

Maslahat yang diutarakan untuk membolehkan riba adalah lemah, serta boleh dianggap sebagai ¶Maslahat Mulghah¶ kerana ia bertembung dengan nas qati¶e berkenaan larangan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti riba, terutamanya di waktu wujudnya ruang-ruang lain untuk pengurusan dana secara halal. Nabi Muhammad s.a.w bersabda :Ertinya: "Dilaknati Rasulullah s.a.w pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya. " Tujuan perniagaan adalah bagi mendapatkan keuntungan atau laba yang berupa wang. Di zaman moden kini wang berupa dalam bentuk wang tunai, harta, bon-bon dan hutang.

24

Matawang dunia kini yang menggunakan dolar USA adalah satu yang agak rapuh. Ini kerana pada tahun 1973 pencetakanya telah tidak lagi bersandarkan emas. Manipulasi stok emas di USA telah dilakukan oleh pihak Yahudi bagi merampas ekonomi dunia ke tangan mereka. Terdapat gerakan terancang mereka dari segi ketenteraan, politik dan ekonomi sejak 150 tahun yang lalu bermula dengan pembukaan Bank Of England. Modus operandi mereka adalah dengan tujuan bagi manipulasi sistem kewangan dunia.

25

Melihat daripada jumlah global international trade pada tahun 2008 sekitar US$ 32 trillion iaitu purata US$88 billion setiap hari, manakalaµdaily turnover¶ bagi global foreign exchange markets pula dianggarkan pada nilai USD $ 3.98 trillion iaitu 45 kali ganda lebih besar dari jumlah perdagangan antarabangsa . Ini bermakna hanya 2% daripada pertukaran matawang benarbenar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan peniaga. Baki 98 % global foreign exchange markets adalah merupakan pasaran kewangan yang dikawal oleh pihak Yahudi dan kepentingan Yahudi. Pasaran ini adalah dilakukan atas dasar spekulasi yang akhirnya menyebabkan inflasi di seluruh dunia dan menjadi salah satu punca ketidakstabilan ekonomi dunia pada 1930an , 1977, 1987, 1997 dan kegawatan pada hari ini bermula 2008 baru lalu.

26

Pihak Negara-negara Islam termasuk cendikawan Islam perlu difahamkan dan senantiasa diperingatkan bahawa bahawa matawang US Dolar kini adalah merupakan alat pihak Yahudi bagi mengawal ekonomi dunia yang telah mereka rancang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s dan mulai dilaksanakan dengan penubuhan Bank of England sehingga ke International Monetary Fund (IMF).

27

Pihak Yahudi sebenarnya amat takut kepada emas dan perak dan ini telah kita lihat bagaimana mereka mengawal Kongres Amerika pada 1971 dalam skandal Fort Knox di mana matawang US Dolar yang selama itu stabil kerana bersandarkan emas telah tidak lagi boleh distabilkan. Ini kerana pihak Yahudi telah membeli majoriti besar simpanan emas Amerika Syarikat melalui Federal Reserve System (FRS). Daripada tahun 1973 percetakan US Dolar tidak lagi bersandarkan emas dan peristiwa itu telah mencipta sejarah kegawatan ekonomi di dunia moden mengikut acuan pihak Yahudi.

28

Berdasarkan data yang diberikan kita mendapati sekitar USD 700 bilion aset Islamik global diuruskan oleh Perbankan Konvensional manakala hanya USD 250 bilion aset Institusi Kewangan Islam yang diuruskan oleh Institusi Kewangan Islam sendiri. Jumlah yang diuruskan oleh konvensional ini juga dinyatakan telah melonjak ke beberapa trillion Dollar pada tahun 2007 lalu . Keadaan ini membuktikan bahawa begitu besarnya kebocoran dana yang diraih dan distruktur secara Islam, namun ia telah disalurkan ke industri konvensional sama ada melalui salah satu antara tiga cara iaitu :(a) Komoditi Murabahah antara Bank Islam dan Konvensional (b) Berbalas Pinjaman antara Bank Islam dan Konvensional (Qurud Mutabadalah) (c) Dana Islam dilabur secara langsung melalui pembelian Bon Konvensional.

29

Dengan kedudukan di atas maka negara Islam wajib melaksanakan matawang Islam bagi perdagangan yang sah di sisi syariat Islam dan untuk keperluan itu maka satu pusat perbankan dan kewangan Islam global perlu dibentuk. Sistem Dinar Islam yang bersandarkan emas dan perak adalah pilihan terbaik setakat ini. Firman Allah s.w.t berfirman Surah Ar Ra¶d (Juz 13), Ayat 11 ³Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri´

30

Jika kita melaksanakan suruhan Allah s.w.t , Insyallah kita akan dipelihara daripada kesulitan. Malah diberi rezeki daripada pelbagai cara. Allah s.w. t berfirman yang maksudnya: Jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya . Al-A¶raaf: 96

31

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman yang maksudnya: Dan jika mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan (al- Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah mereka . Al-Maidah: 66

32

Di dalam krisis ekonomi kini maka pada pandangan oleh Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera ........Buat masa ini, bank- bank Islam kelihatan stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan mereka tidak melabur dalam instrumen hutang seperti tanggungan hutang berasaskan kolateral (collateralized debt obligations) atau instrumen derivatif (credit default swaps) yang menyebabkan kejatuhan sistem kewangan.

33

Bagaimanapun, semua bank adalah saling berkaitan antara satu sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan. Oleh itu, kejatuhan bank-bank konvensional akibat pengecutan kredit (credit crunch) akan juga menjejaskan perbankan Islam. Ruanglingkup tadbir urus korporat, perundangan dan operasi perlu diberikan perhatian serius bagi mengelak fenomena yang sama berlaku kepada institusi kewangan konvensional. Sektor kewangan Islam yang dijangkakan mencecah USD4 trilion dalam masa lima tahun akan datang oleh Perkhidmatan Pelaburan Moody perlu dipelihara dan dipertahankan agar ianya tidak kecundang seperti sistem kewangan konvensional sedia ada.

34

Pada masa ini, perbankan Islam telah bergabung dengan perbankan konvensional. Oleh kerana itu, mereka saling berkaitan melalui rekod-rekod perakaunan. Ini mengakibatkan bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani kemelesetan kewangan global. Sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam turut beroperasi dalam ruang lingkup sistem perbankan rezab berkadar (fractional reserve banking) yang menggunakan µwang fiat¶ yang tidak disandarkan dengan komoditi sebenar seperti emas dan perak.

35

Perpindahan kekayaan orang ramai kepada pemerintah dengan nilai yang berpatutan masih boleh diterima dari segi etikanya kerana sebahagian besar dari kekayaan itu mungkin akan digunakan oleh pemerintah untuk kepentingan rakyatnya. Sebaliknya, perpindahan kekayaan daripada orang ramai kepada institusi bank yang dimiliki oleh pihak swasta melalui penciptaan wang fiat bank adalah sukar diterima jika berdasarkan kepada hujah etika dan keadilan .

36

Penulis berpandangan bahawa perbankan dan sistem kewangan Islam perlu kepada matawang Islam yang bebas daripada kawalan pihak Yahudi dan Kristian. Firman Allah s.w.t : ³Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan menjalin hubungan dengan orang-orang kafir yang tidak memerangi dan mengusir kamu dari tanah air kamu. Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu memberi walad (kuasa penuh) kepada mereka. Maka mereka itulah orang yang zalim.´ Al Munthahanah : 8-9 Dengan menggunapakai matawang US Dolar sebagai matawang dunia maka negara-negara Islam telah memberi kuasa penuh kepada orang-orang kafir mengawalselia ekonomi Islam.

37

Kesatuan Fiqh Islam sedunia, akur kepada system kewangan dunia yang dipegang oleh bukan Islam, mereka mengatur dan menjadikan kertas sebagai matawang. Maka atas dasar hajiat, ulama sedunia bersama pakar ekonomi Islam membuat keputusan keharusan untuk mengunapakai matawang kertas namun mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan perak yakni dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi. Forex trading walaupun dibuat spot tetapi untuk mengabil untung atas perbezaan nilai matawang, adalah juga haram di dalam Islam kerana ia lebih kepada spekulasi dan perjudian. Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibatan riba dalam leverage. Apapun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai negara adalah untuk menraih untung atas perbezaaan nilai matwang adalah haram kerana ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada sistem ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai matawang.

38

Bank-bank Islam di seluruh dunia juga dikawal selia oleh Majlis Syariah masing-masing agar tiada unsur spekulasi dalam setiap forex trading mereka. Hanya forex untuk tujuan lindung nilai ( hedging) sahaja dibenarkan. Itulah juga keputusan Majlis Shariah Bank Negara Malaysia. Forex trading untuk raih untung atas perbezaan nilai matwang tidak dibenarkan oleh majoriti Majlis Syariah bank-bank Islam walaupun ia dibuat secara spot. Cadangan di atas tidaklah ganjil dan pelik, malah ia juga telah dicadang oleh ramai pakar ekonomi termasuk yang bukan beragama Islam. Contohnya selepas berlakunya kegawatan pada tahun 1930 an, µEconomic Crisis Committee¶ telah dibentuk oleh Southampton Chamber of Commerce, selepas perbincangan dan diskusi mendalam mereka menyatakan: ³In order to ensure that money performs its true function of operating as a means of exchange and distribution, it is desirable that it should cease to be traded as a commodity.³

39

Cabaran yang mendepani sistem kewangan Islam di Malaysia perlu ditangani dengan segera supaya pelaksanaannya lebih sempurna, antaranya keperluan tenaga pakar yang mahir dalam semua aspek urus niaga bagi memastikan setiap transaksi dibuat menurut amalan syariah.

40

Menutup bicara menyentuh mengenai matawang kita mengambil kenyataan Syeikh Taqi yang telah menegaskan : ³Bagi menyelamatkan dunia dari kesan buruk, penjualbelian matawang mesti dihentikan. Namun begitu, pertukaran matawang berbeza adakalanya tidak dapat dielakkan bagi keperluan perdagangan antarabangsa, yang mana memerlukan pertukaran dan jualbeli matawang berbeza«margin keuntungan penjual mungkin telah dimasukkan dalam nilai tukaran. Biasanya pertukarandari jenis ini yang didasari oleh tujuan-tujuan asas perdagangan komoditi sebenar, ia tidak banyak mengancam ekonomi. Masalah sebenar hanya berbangkit apabila pertukaran matawang dibuat bagi tujuan spekulasi dalam nilai matawang itu sendiri. Amat malang apabila didapati majoriti transaksi pertukaran matawang dibuat adalah atas dasar spekulasi tulen (judi).´

41

Kereta memerlukan petrol sebagai bahan api untuk menghidupkan injin kereta. Analoginya pula adalah sistem perbankan dan kewangan Islam juga memerlukan matawang Islam bagi menghidupkan sistem ekonomi Islam. Tanpa matawang Islam maka perbankan dan kewangan Islam adalah seperti kereta tanpa petrol. Kereta tanpa petrol akan gagal untuk bergerak membawa kita ke destinasi yakni bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t. di dunia membawa ke akhirat. Terima kasih. Musbri Mohamed

Buat masa ini kawan naik motosikal sahaja kerana untuk jimat duit daripada keperluan mengisi minyak kereta«« Alhamdulillah bergerak juga program ekonomi negara kita« PM Malaysia

42

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful