P. 1
FOLIO SEJARAH-elemen2

FOLIO SEJARAH-elemen2

4.38

|Views: 24,141|Likes:
Published by Shaeney
check this out..maybe itcan help...
check this out..maybe itcan help...

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Shaeney on Jun 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 3 ELEMEN 2

Tajuk Kajian

FOLIO SEJARAH
TINGKATAN 3 PERMAINAN TRADISIONAL WAU

SENARAI KANDUNGAN

Tajuk • • • • • •

Muka surat(m/s)

Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran 13 Rujukan

1 2 3 4–7 8 9-

14

PENGHARGAAN Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan folio ini dengan jayanya. Tanpa sumbangan dan sokongan dari semua pihak, saya pasti tidak dapat menyiapkan folio ini dengan sempurna. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru sejarah saya, di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan yang membolehkan saya menyiapkan folio ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberikan banyak dorongan dan bimbingan kepada saya sepanjang saya menyempurnakan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan- rakan saya yang tidak jemu dalam memberikan maklumat yang sedikit sebanyak membantu saya dalam menjalankan folio ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam menyempurnakan folio ini.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif- objektif yang berikut: Objektif Am 1. Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3. 2. Memenuhi keperluan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR). Objektif Khusus 1. Mengenal pasti sumber- sumber sejarah yang sahih. Ini secara tidak langsung membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. 2. Dapat menambah lagi pengetahuan tentang permainan tradisional wau dalam kalangan masyarakat mengikut adat resam melayu. 3. Menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional wau yang semakin ditelan zaman ini. 4. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia.

KAEDAH KAJIAN Kaedah- kaedah yang saya gunakan ialah: a)Pemerhatian Saya telah memperoleh pengajaran dan penerangan yang diberikan oleh guru sejarah. b)Melayari internet Saya telah melayari internet dan mencari maklumat di laman web berkitan permainan tradisional wau. c)Penyelidikan perpustakaan Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan permainan tradisional wau. d)Temubual Saya telah menemu bual ibu saya bagi mendapatkan maklumat tentang permainan tradisional wau.

HASIL KAJIAN Latar Belakang Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang telah lama wujud iaitu sejak 500 tahun yang lalu. Perkataan ‘wau’ dikatakan berasal daripada perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis menggunakan istilah tersebut. Wau terkenal di negeri- negeri yang tersebut di atas kerana selalu dimainkan setelah selesainya musim menuai padi. Penggunaan perkataan layang- layang pula digunakan di negeri- negeri lain dan hal ini dapat dibuktikan melalui catatan Tun Sri Lanang. Nama ‘wau’ juga terwujud apabila dikatkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau yang berbunyi ‘wau’ secara berirama. Selain itu, wau sering dipertandingkan dalam pertandingan sama ada dari segi kecantikan rupa bentuknya, kemerduan dan kelunakan bunyi dan tingginya serta keindahan naiknya di udara yang luas terbentang. Permainan wau yang dahulunya hanya popular di kawasan pedalaman kini semakin berkembang luas sehingga dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Hal ini membuktikan bahawa permainan tradisional wau ini tidak hilang dan masih berterusan walaupun dimamah usia dan arus kemodenan yang semakin meningkat tinggi. Asal- Usul Di Malaysia, kesahihan tarikh kedatangan permainan tradisional wau tidak dapat dipastikan dan sukar untuk diketahui ketetapan masa wujudnya. Walau bagaimanapun, menurut sejarawan, Clive Hart, layang- layang / wau di Malaysia berasal dari negeri China. Perkara ini dapat diketahui melalui reka bentuk layanglayang / wau di Malaysia yang seakan- akan mirip dengan layang- layang / wau di China. Diketahui juga bahawa layang- layang pada masa dahulu menggunakan daun lebar. Unsur- unsur kebudayaan layang- layang / wau China diterapkan ke dalam layang- layang / wau yang terdapat di Malaysia.

Negeri Yang Mempopularkan Permainan Ini Negeri- negeri yang dikatakan mempopularkan dan mengembangkan pengaruhnya terletak di pantai timur semenanjung. Antara negeri- negerinya ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. Negeri- negeri tersebut sering menjadikan permainan tradisional wau ini sebagai permainan utama mereka untuk pelbagai tujuan. Kaum / Etnik Yang Terlibat Orang Melayu. Inilah satu- satunya kaum / etnik yang terlibat dalam menjadikan permainan tradisional wau ini pada zaman dahulu. Namun, permainan wau ini semakin meluas dan semakin ramai yang mengetahui tentang permainan ini. Kaum dari negeri luar juga diberi pendedahan tentang permainan tradisional wau ini melalui sumber- sumber tertentu seperti melalui pertandingan- pertandingan wau yang diadakan di peringkat antarabangsa. Tujuan Dimainkan Antara tujuan awal permainan tradisional wau dimainkan adalah sebagai lambang kebesaran sesebuah negara. Wau juga digunakan sebagai panduan menentukan arah. Tambahan pula, wau juga dikaitkan sebagai lambang kemenangan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah negara keatas negara lain pada zaman silam. Namun begitu, pada zaman moden ini, permainan tradisional ini dimainkan hanyalah untuk mengisi masa lapang sahaja.

Alat- Alat Yang Digunakan Alat yang menjadi tunggak utama dalam sesebuah wau adalah buluh. Ini adalah kekuatan wau bergantung kepada buluh yang menjadi rangka asasnya. Buluh yang sering digunakan dalam membuat wau adalah buluh betung dan buluh minyak kerana cirri- cirinya yang mempunyai ruas yang panjang dan tahan lebih lama. Selain itu, plastik nipis ataupun sagu muda juga digunakan dalam pembuatan wau untuk mendapatkan bunyi yang berdengung ketika wau diterbangkan. Plastik ini diletakkan di bahagian kepala wau.

Bertitik tolak dari situ, kertas menjadi keseluruhan badab wau. Kertas akan dicorakkan dengan pelbagai corak yang menarik, cantik, dan berwarna- warni. Kertas ini ditampalkan pada rangka wau dengan menggunakan gam. Kertas hendaklah nipis dan tahan lama supaya wau tidak mudah rosak dan tidak mengganggu kelancaran wau untuk diterbangkan. Wau kemudiannya diikat pada tali tanggi dan benang kasar untuk diterbangkan. Kerja- kerja ini harus diikat dengan berhati- hati supaya keseimbangan wau tersebut untuk terbang di udara dapat dihasilkan. Cara Dimainkan Selalunya, wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup, maka tali akan ditarik melawan arus aliran dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara dalam keadaan yang baik. Antara kawasan yang sesuai dimainkan adalah di tepi sungai dan di kawasan sawah padi. Terdapat tiga unsur yang mempengaruhi kenaikan wau iaitu Tekanan Angin, Daya Tarikan Graviti dan Daya Seretan.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adapt resam yang terdapat di negeri tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat mengenali permainan tradisional wau dengan lebih mendalam. Bak kata pepatah melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati permainan tradisional wau dalam kehidupan seharian. Saya akan cuba untuk mengekalkan popularity permainan tradisional wau dan akan berusaha memajukan permainan tradisional ini. Jika semua rakyat masyarakat kita masih terus menjadikan permainan tradisional sebagai permainan utama, sudah tentu permainan ini masih wujud dan kekal walaupun arus kemodenan semakin meningkat. Ini sekaligus menimbulkan semangat kerjasama dan bersatu- padu dalam kalangan masyarakat kita. Oleh itu, setiap pihak hendaklah memainkan peranan penting dalam memartabatkan permainan tradisional ini.

LAMPIRAN

Jenis- Jenis Wau

Wau Bulan

Wau Bulan

Wau Payung

Wau Kucing

Seni Pertukangan-filigree

layang-layang pada masa Dahulu(daun lebar)

layang- layang masa dahulu

barangan filigree

Seorang pemain wau sedang membaiki waunya.

Tarian Siti Wau Bulan

Buluh-digunakan untuk membuat wau

Proses membuat bingkai

Jambul/Rambu Wau

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->