You are on page 1of 2

ELEMEN 3 Aktiviti sukan dan permainan dapat membentuk modal insan yang mempunyai mempunyai nilai-nilai murni

dalam kalangan pelajar bagi melahirkan warganegara yang baik dalam aspek rohani dan jasmani. Melalui aktiviti sukan dan permainan dapat melahirkan rakyat yang berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana sebagai rakyat Malaysia dapat bermain, mengekalkan menghargai dan mengamalkan permainan tradisional yang menjadi warisan sejak zaman dahulu. Bermain permainan ini akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang warisan masa silam. Melalui aktiviti sukan dan permainan juga dapat melahirkan semangat kekitaan kerana pelajar yang biasa terlibat dalam aktiviti sukan dan permainan akan sentiasa dipupuk dengan semangat kesukanan yang tinggi, mempunyai semangat sabar, bertolak ansur, bertoleransi dan bersatu padu. Kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana berada dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Melalui aktiviti sukan dan permainan juga dapat memupukkan sikap brdisiplin. Seorang yang berdisiplin akan sentiasa bertindak wajar. Apabila pelajar menghadapi masalah, dia akan bertenang dan menyelesaikan masalah secara rasional tanpa mengikut perasaan. Selain itu, dia juga akan bertimbang rasa dan dapat mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti dan permainan. Seorang yang sentiasa bermain permainan tradisional akan dapat menambahkan ilmu, berfikir dan akan bertindak ketrampilan dengan waras tanpa mengikut perasaan. Melakukan aktiviti sukan dan permainan terutamanya permainan tradisional mendatangkan banyak faedah kepada pelajar. Oleh sebab itu, permainan tradisional

haruslah disebarkan supaya anak generasi akan datang terus mengenali dan mengetahui permainan warisan Melayu ini. Sebagai rakyat, kita haruslah berganding bahu untuk mengekalkan warisan Melayu ini. Di samping itu, banyak faedah yang diperoleh hasil daripada permainan ini.