You are on page 1of 20

c c 

ô 

Voltan boleh ditakrifkan sebagai tekanan elektrik atau perbezaan tekanan. Perbezaan tekanan yang
dihasilkan oleh terminal positif dan negatif bateri menyebabkan berlakunya pengaliran arus elektrik
apabila kedua ± dua dihuungkan melalui pengalir elektrik.

Terdapat 2 cara untuk mengukur voltan di dalam sesuatu litar iaitu:


× Litar buka (Open circuit)
× Susutan voltan (Voltage drop)

Pengukuran voltan secara litar buka

Pengukuran ini akan memberitahu kita bahawa terdapat voltan pada terminal berkenaan.
Walaubagaimanapun, ia tidak dapat mengesan kehadiran rintangan/beban tambahan di dalam litar
berkenaan.
Pengukuran susutan voltan

Pengukuran susutan voltan hanya boleh dilakukan apabila terdapat pengaliran arus di dalam litar. Ia
dapat memberi tahu dengan tepat jumlah voltan yang diterima oleh sesuatu beban.
Gota:

Apabila arus mengalir melalui sesuatu komponen sebahagian dari voltan akan digunakan bagi
menghidupkan komponen tersebut. Voltan yang digunakan ini dikenali sebagai susutan voltan.

Ia diwakili oleh simbol greek  (delta).  bermaksud kadar perubahan. V bermaksud kadar
perubahan voltan.

Komponen ± komponen berintangan rendah seperti fius, suis, wayar dan connector mempunyai kadar
perubahan /susutan voltan yang amat rendah iaitu kurang dari 0.1V bagi setiap komponen atau
connector.

Komponen berintangan tinggi dikenali sebagai beban (load). Beban akan menukarkan tenaga elektrik
kepada kerja samaada dalam bentuk pergerakkan, bunyi, haba atau cahaya.

Susutan voltan (V) adalah berkadar terus dengan rintangan. Seamkin tinggi rintangan, semakin tinggi
susutan voltan.

Jumlah susutan voltan di dalam sesuatu litar mestilah sama dengan jumlah voltan bekalan.
1.9 V + 21.8 V + 0.3 V = 24 V (Voltan bekalan)

c  

Arus ialah jumlah pengaliran elektron di dalam sesuatu litar. Unit yang digunakan untuk mengukur
arus ialah Ampere atau Amp (A). Satu Amp adalah bersamaan 628 billion billion electrons bagi setiap
saat yang mengalir di dalam sesuatu litar.

Arus hanya boleh mengalir jika persambungan litar yang lengkap dari sumber voltan tinggi (Power)
kepada sumber voltan rendah (ground).

LED tidak menyala kerana litar tidak lengkap


Litar lengkap LED menyala dengan terang
Cara mengukur arus di dalam sesuatu litar

p  p 




Rintangan elektrik merujuk kepada berapa banyak halangan yang diterima oleh arus elektrik semasa
mengalir di dalam sesuatu litar. Unit bagi rintangan adalah Ohm. Simbol bagi Ohm ialah omega (·).
]   

Hukum mentakrifkan bahawa nilai voltan adalah berkadar terus dengan perubahan arus dan
rintangan. Melalui persamaan ini kita dapat mengira nilai arus jika kita tahu nilai voltan dan nilai
rintangan yang terdapat di dalam sesuatu litar.
   

Rintangan Sesiri

Apabila rintangan atau beban di susun secara sesiri atau sebaris, jumlah rintangan adalah jumlah
kesemua nilai rintangan di dalam beban yang terdapat di dalan litar tersebut.
Rintangan Selari

Jumlah rintangan di dalam litar selari ialah:

1/R1 + 1/R2 + 1/R3 +1/RG = 1/RJ

Rintangan siri/ selari

= =

= atau sama dengan 2 Ohm

m  
     ·     ·    ·


Kenapa ianya penting?:

Konsep diatas adalah amat penting untuk mempercepatkan proses mengenalpasti kerosakkan
peralatan elektrik di dalam sesebuah kenderaan. Dengan mengunakan konsep diatas kita boleh
menjangka nilai voltan yang sepatutnya diterima oleh sesuatu komponen.
c     

Bagi seorang mekanik konsep yang paling penting yang perlu difahami di dalam hukum ini ialah
³c         c        

Hukum ohm juga memberitahu kita bahawa:


× Jika sesuatu litar gagal untuk beroperasi, ianya boleh disebabkan samaada berlakunya litar
buka (Open circuit) disebabkan oleh wayar sepenuhnya, connector tercabut, fius putus,
filamen putus atau lain - lain kerosakkan atau disebabkan oeh rintangan yang tinggi di dalam
litar seperti connector longgar atau berkarat, wayar putus dibahagian dalam tetapi tidak
sepenuhnya, wayar berkarat atau lain ± lain.

Litar beroperasi dengan baik

Wayar putus

Rintangan tinggi di dalam wayar


× Jika sekiranya komponen atau perlatan masih boleh beroperasi tetapi tidak seperti yang
sepatutnya seperti lampu malap, motor berpusing perlahan. Ini disebabkan oleh pertambahan
rintangan di dalam litar. Perkara ini biasanya berlaku apabila terlalu banyak beban ditambah
didalam sesuatu litar siri.

Pertambahan rintangan didalam litar, lampu menyala tapi malap

Pertambahan beban dalam litar lampu menyala tetapi tidak terang

Gota penting:
Jika sesuatu fius terbakar atau putus ini menunjukan bahawa terdapat pnegaliran arus yang melebihi
kadar arus yang dibenarkan oleh fius tersebut. Keadaan ini disebabkan oleh kadar rintangan yang
rendah dialam litar tersebut. Rintangan rendah ini biasanya disebabkan oleh ³short to ground´. Untuk
mengatasi masalah ini kita mesti mencri punca dimana masalah ini berlaku dan selesaikannya.
Contoh aplikasi litar siri pada kenderaan

Voltan

Votlan di dalam litar ini dibahagi secara berkadar terus dengan nilai rintangan di dalam sesuatu
komponen. Komponen yang mempunyai rintangan yang tinggiakan mendapat lebih banyak voltan
berbanding dengan komponen yang mempunyai rintangan yang lebih rendah.

Arus

Gilai arus didalam setiap komponen didala litar ini adalah sama.
Masalah di dala litar ini ialah apabila salah satu komponen di dalam litar ini bermasalah semua
komponen tidak berfungsi.

Jika brlaku pertambahan beban maka ia akan mengingkatkan jumlah rintangan dan mengurangkan
jumlah arus, lalu menyebabkan jumlah voltan yang diterima oleh setiap komponen menyusut.
Contoh aplikasi litar selari pada kenderaan
Voltan

Kadar voltan didalam litar selari adalah sama pada semua cabang.
Arus dan rintangan

Rintangan di dalam litar akan berkurangan apabila terdapat pertambahan beban. Keadaan ini akan
menyebabkan nilai arus bertambah selari dengan pertambahan beban.
Contoh aplikasi litar siri ± selari