NIAT TAWAF WIDAQ

Ya Allah, aku tawaf Baitul Lahil Haram tujuh keliling Tawaf Wida’ mengelilingi rumahMu kerana Allah Ta’ala

DOA SELEPAS SELESAI MENUNAIKAN TAWAF WIDAQ Tempat : Multazam (Jika ada kelapangan waktu dan tempat)

SOLAT SUNAT TAWAF WIDAQ ( 2 rakaat) Masa : Selepas berdoa / tawaf widaq Tempat : Makam Ibrahim Kemudian baca doa :

&%$"#"!  ¢ § ¢ ¢ ©¢§¢© ©¤¨ §¢£¤¥¤£ £¢¦¤¥¤£ ¢¡ 
Dengan nama Allah, Allah Maha Besar dan segala pujian itu hanya untuk Allah jua, tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Allah Maha Agung. Tiada daya dan upaya, tiada kekuatanku, jika tidak dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Benar dan Mulia. Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah s.a.w. Ya Allah, aku datang ke mara kerana iman kepadaMu, membenarkan kitabMu, memenuhi janjiMu dan kerana menuruti sunnah NabiMu Muhammad s.a.w (Wahai Nabi, sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-Quran itu padaMu nescaya memulangkanMu ke tempat kembali), wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, dengarlah bicaraku, wahai Tuhan Yang Maha erksa, paksalah aku ini, wahai Tuhan Yang Maha Pelindung, lindungilah aibku ini, wahai Tuhan Yang Maha Kasih Sayang, sayangilah aku ini, wahai Tuhan Yang Maha Kuasa mengembalikan, kembalikanlah aku ini ke Ka’bah ini dan berilah aku rezeki untuk mengulangi berkali-kali bertaubat dan beribadah, belayar menurut jalan Tuhan kami sambil memuji Allah. Allah Maha Menepati janjiNya. Membantu hambaNya, menghancurkan sendir tentera musuhNya. Ya Allah, Y Tuhanku, peliharalah aku ini dari kanan, kirim hadapan, belakang, dari sebelah atas dan bawah keluargaku dan ke kampong halamanku. Ya Allah, Tuhanku mudahkanlah pelayaran kami dan pendekkan bumi ini untuk kami. Ya Allah, /tuhanku, kawalilah kami dalam pelayaran ini dan awasilah ahli keluarga kami wahai Tuhan Yang Maha Kasih Sayang dan wahai Tuhan yang memlihara seru sekalian alam.

SRQI)PIHGF)0E D 7'CA B 7A 78 8 7@94 8 7654 0)3)210 )('

SRP7QPIHG73F E (1DB C (B (@ @ (0A8 @ (928 3 764543 (21 (0) ('

&%$"¢#"! ¢£        §  ©¨§ £¢¦¢¥¤£ ¢¡ 
Wahai Allah! Janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang penghabisan bagi aku menziarahi Baitullah. Wahai Allah! Cucirilah rahmatMu ke atasku dengan memberi petunjuk ke atasku. Aku akan meninggalkan segala laranganMu, selama hayatku, kasihanilah aku dengan tidak memberiktakan perkara yang tidak menyenangkan aku, berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat aku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu. Wahai Allah! Kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkan pembalasanMu terhdap musuhku, tolonglah aku daripada mereka yang menganiayai aku. Wahai Allah! Aku berlincung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, pengecut dan bergelumang di dalam hutang yang tidak berkeputusan dan kekerasan musuh. Wahai Allah! Aku memohon kepadaMu segala kebaikan di dalam perjalanan kami, serta amalan yang Engkau redhai. Wahai Allah, mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh, Engkau Ya Allah! Teman kami di dalam perjalanan dan pengganti di kalangan keluarga (yang ditinggalkan). Wahai Allah, aku berlindung dengaMu dari buruk pandangan, buruk peninggalan ke atas harta benda keluarga dan anak yang ditinggalkan, wahai Allah! Sertailah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat. Wahai Allah! Pendekkanlah perjalanan, selamatkanlah kami dari segala yang mendukacitakan kami. Wahai Allah! Sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami dan berikanlah keredhaanMu dan lindungilah keaibanku dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa. Wahai Allah, temankanlah kami di dalam perjalanan kami ini dan peliharakanlah keluarga kami. Wahai Allah, pelihara aku dari sekelilingku, di belakang, di kanan, di kiri dan di atasku. Aku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan aku, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

MAKNA DOA selepas SOLAT SUNAT TAWAF WIDAQ
Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya Allah! Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah aku Ya Allah Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, Ya Allah Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Turutkanlah segala kelemahanku. Ya Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah aku. Ya Allah, Tuhan Yang mengembalikan sesuatu, kembalikan aku ke Baitullah ini lagi. Wahai Allah! Murahkanlah rexekiku supaya dapat kembali menzirahi Baitullah berulangkali dengan bertaubat, beribadah, mengucapkan syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya. Wahai Allah selamatkanlah kami dan hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardu haji, mereka berjihad, mereka yang musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat saidina Muhammad s.a.w. seluruhnya. Wahai Allah, peliharakanlah aku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang, di atas dan dibawahku, sehinggalah aku sampai kembali kepada keluargaku dan negeriku. Wahai Allah, janganlah Engkau jauhkan aku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun. Wahai Allah! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkau yang menjaga keluarga kami sepeninnggalan kami menziarahi rumahMu, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakkanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful