TEMA: PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA PERKUKUH JATI DIRI BELIA

TAJUK: MANFAAT PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA KEPADA BELIA NEGARA KITA.

Mulai Febuari 2004 satu program yang melibatkan remaja telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia iaitu Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Program ini telah dirangka bagi menyediakan satu program khusus untuk membangunkan sahsiah dan fizikal golongan belia di negara kita. Terdapat 4 modul yang telah dimasukkan dalam PLKN ini iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karektor dan Modul Khidmat Komuniti. Golongan belia ialah kelompok manusia yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Golongan ini merupakan aset kepada negara, iaitu akal pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara banyak bergantung kepada golongan belia yang ada di sesebuah negara. Ini sesuai dengan pendapat tokoh yang menyatakan jika anda hendak melihat maju atau mundur sesebuah negara maka lihatlah golongan belianya. Jika golongan belianya maju dan kuat, maka negara itu akan maju dan kuat, sekiranya golongan belia di sesebuah negara itu mundur dan diselimuti pelbagai masalah maka negara itu akan mundur dan bermasalah. Jika di dalam sesebuah keluarga, ibu bapa mempunyai peranan yang besar untuk mendidik dan mengasuh anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada keluarga. Ibu bapa berperanan untuk memberikan pendidikan yang baik dan sempurna agar anak yang lahir dari keluarga itu menjadi orang yang berguna. Dalam konteks negara, kerajaan berperanan besar bagi memastikan golongan belia di negara ini menjadi modal insan dan aset yang bernilai untuk negara pada masa akan datang. Penglibatan belia dalan PLKN ini akan menghasilkan belia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal. Ketahanan mental dan fizikal merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap individu belia di negara ini. Belia yang mempunyai ketahanan mental akan tahan dengan segala ujian dan rintangan yang mendatang. Pada zaman teknologi ini,
1

zaman yang penuh pancaroba dan rintangan ketahanan mental dapat menjadi senjata utama bagi mempertahankan maruah dan jati diri. Tidak ada senjata moden yang dapat mengatasi kemelut minda yang dihadapi oleh golongan belia yang ada di negara kita, melainkan mempunyai mental yang kuat dan sihat. Belia yang terlibat dalam PLKN ini ,akan diuji ketahanan mental dengan pelbagai aktiviti yang mencabar minda, mereka telah diberikan pelbagai situasi yang mencabar bagi mengetahui dan menguji sejauh mana ketahanan mental belia di negara kita. Dalam cabaran dunia yang sebenar ketahanan mental merupakan factor utama bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera. Masyarakat yang sejahtera dapat wujud sekiranya kesihatan mental terjaga. Kesihatan mental yang baik membolehkan seseorang membuat pertimbangan yang wajar dan rasional. Mental yang sihat menjadikan belia di negara ini mempunyai perasaan yang tenang dalam apa jua situasi. Ketenangan mental dapat mengawal emosi yang stabil. Emosi yang stabil bermakna emosi yang sihat, tidak meracau dan berserabut. Emosi yang serabut akan membawa kepada krisis dalaman yang akhirnya akan memudaratkan kehidupan belia di negara ini. Selain ketahanan mental, ketahanan fizikal juga dapat dibentuk dalam program PLKN ini, fizikal yang kuat juga penting bagi menghadapi pelbagai situasi yang mencabar dalam kehidupan. Hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Cabaran dan ujian yang datang kadang kala tidak dapat di atasi dan diharungi dengan kekuatan mental atau minda sahaja, tetapi perlu juga kepada ketahanan fizikal. Aktiviti fizikal yang dirancang dalam PLKN ini akan menyediakan belia kita yang mempunyai badan yang sihat dan fizikal yang cergas. Ketahanan fizikal diperlukan bagi seseorang belia apabila ingin menceburi bidang tertentu, misalnya dalam bidang ketenteraan dan keselamatan. Kedua-dua bidang ini amat menuntut kepada kecergasan fizikal. Belia yang mempunyai ketahanan fizikal yang kuat mampu untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih berkesan. Banyak program yang dijalankan dalam PLKN menguji ketahanan fizikal peserta antaranya berkhemah, kawad dan aktiviti mengharungi cabaran.

2

Program PLKN juga telah menjadi wadah untuk mengangkat tinggi martabat dan harga diri serta pegangan hidup belia negara kita. Negara kini diancam dengan pelbagai gejala sosial. Gejala ini jika dibiarkan hidup subur dalam masyarakat, maka ia akan menjadi satu virus yang boleh menghancur lebur bangsa dan negara suatu hari kelak. Krisis moral yang dihadapi oleh belia perlu ditangani dengan serius dan terancang. PLKN telah menjadi satu wadah dan pemangkin bagi menghasilkan belia yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Banyak aktiviti yang rencanakan dalam

program ini, telah dapat menjadikan belia di negara ini tahu menghargai potensi diri, mengamalkan budaya hidup yang positif dan produktif. Matlamat hidup yang jelas akan menjadikan hidup belia di negara ini lebih berfokus dan tahu tentang potensi diri yang ada. Program motivasi dan penerapan nilai berdisplin terutamanya patuh kepada peraturan dan ketua telah dapat memberikan panduan kepada belia di negara kita untuk memacu kehidupan dalam dunia yang nyata. Belia yang mempunyai harga tinggi yang tinggi dan bermaruah akan lebih menghargai diri dan kehidupan. Perpaduan kaum juga merupakan fokus yang dititikberatkan dalam program PLKN. Belia yang mengikuti program PLKN akan lebih memahami kepentingan memupuk perpaduan dalam masyarakat. PLKN telah meruntuhkan tembok pemisah yang membelenggu fikiran dan minda generasi muda. Percampuran pelbagai budaya dalam program ini sudah tentu akan menyuburbiakkan bibit persamaan yang ada dalam masyarakat. Di negara kita kewujudan pelbagai kaum merupakan satu keunikan yang jarang kali ada di negara lain. Oleh itu, belia di negara ini perlu menerima ini sebagai satu yang unik. Belia yang dipilih dalam program ini datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi dan bangsa yang bereza. Pemilihan peserta berdasarkan kepada kesaksamaan antara kaum. Oleh itu, wujud komposisi kaum yang seimbang. PLKN ini telah mempertemukan belia yang berbeza untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti secara bersama. Pertemuan ini telah mendedahkan corak kehidupan yang berbeza yang ada di negara kita. Ini akan menjadikan belia di negara ini saling fahammemahami dan memupuk semangat kekitaan. Dengan itu jurang pemisah antara kaum dapat dikurangkan seterusnya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang wujud di negara kita.

3

PLKN juga dapat melahirkan belia yang berilmu dan mempunyai kemahiran untuk meghadapi masa depan. Dalam kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini, kemahiran untuk meramal atau kajian masa depan sangat penting agar belia di negara kita sentiasa berfikir segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan. PLKN ini dapat dijadikan satu wadah untuk melatih generasi belia negara kita untuk bersedia menghadapi cabaran dan perubahan pada masa depan. Program yang diterapkan dalam PLKN ini mampu untuk melahirkan belia yang boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Beberapa dimensi baru telah didedahkan kepada belia negara kita terutamanya tentang kajian masa depan. Penelitian dan kajian tentang perancangan masa depan merupakan satu aspek yang penting kerana masa depan merupakan satu keadaan yang dinamik iaitu sentiasa berlaku perubahan. Sekiranya belia atau generasi muda yang ada di negara kita tidak bersedia atau tidak mengetahui tindakan untuk masa depan maka usaha negara untuk maju akan menghadapi kesukaran. Kemahiran berkomunikasi merupakan aspek penting dalam melahirkan seorang pemimpin yang berwibawa. Seorang belia yang dapat berkomunikasi dengan berkesan akan lebih dihormati dan disegani. Program PLKN ini telah memberi ruang dan peluang yang luas untuk melatih belia di negara ini berkomunikasi. Banyak program yang disediakan merangsang belia untuk berfikir dan mengeluarkan pendapat dengan gaya komunikasi yang berkesan bagi menyampaikan maklumat dan hasrat yang terbuku dalam minda. Kemahiran komunikasi perlu dilatih dalam kalangan belia kita sebagai persediaan melahirkan seorang pemimpin yang mempunyai karisma dalam kepimpinan. Kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh para belia ini akan menjadi aset kepada belia apabila menjadi sebagai pemimpin pada masa akan datang. Manfaat program PLKN kepada belia juga ialah memupuk nilai

kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan belia di negara kita. Program ini telah mendedahkan tentang semangat setia kepada negara dan kepentingan mengamalkan semangat kekitaan dalam kehidupan. Pemupukan nilai ketatanegaraan dalam program ini telah melahirkan belia yang cinta dan setia kepada raja dan negara.
4

Pendedahan ini jelas akan melahirkan belia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Belia yang mengikuti program PLKN ini sudah tentu memahami mengapa tanah air ini perlu dipertahankan dan dijaga agar tidak dijajah semula. Walaupun dalam arus globalisasi penjajahan minda tetap akan berlaku, tetapi belia negara harap dapat mendepani secara cabaran mendatang itu dengan penuh keazaman dan kekuatan iman. Manfaat PLKN kepada belia juga ialah dapat melahirkan seorang belia yang prihatin terhadap insan yang lain. Belia negara dilatih agar rela berkorban untuk orang lain demi kesejahteraan orang lain. Para belia telah dilatih untuk berkhidmat kepada masyarakat dan prihatin terhadap masalah yang membelenggu sebahagian daripada masyarakat yang hidup di negara ini. Keprihatinan ini penting bagi melahirkan belia yang mempunyai nilai penyayang dan menghargai orang lain. Ibarat kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.Sikap mementingkan diri tanpa mempedulikan nasib orang lain harus dibuang dalam diri golongan belia di negara ini. Kesimpulannya, golongan belia adalah harapan dan pewaris negara pada masa depan. Maju dan mundurnya sesebuah negara akan bergantung kepada generasi muda yang ada pada masa kini. Jika belia pada masa kini lemah maka negara juga akan turut terkulai layu tanpa bimbingan pada masa depan, jika golongan belia kini kuat maka cerahlah harapan generasi masa depan.

(jumlah patah perkataan 1457)

5

6