1 1.0 PENGENALAN Dewasa ini, teknologi maklumat berkembang pesat seiring dengan pembangunan negara.

Dunia teknologi maklumat atau ICT tidak dapat dipisahkan lagi di zaman moden ini yang amat diperlukan sebagai medium pengantara untuk berkomunikasi, sosial, ekonomi dan politik. Sehubungan itu, kewujudan teknologi maklumat ini telah melahirkan media internet terutama sekali portal berita bebas dan blog. Walaubagaimanapun, blog menjadi pilihan ramai dan kini dilihat sebagai media yang memainkan peranan yang penting di alam siber ini. Blog merupakan cara yang efektif dan produktif bagi mengetengahkan pemikiran secara cepat dan meluas. Namun, sejauh mana kebenaran atau ketepatan sesuatu blog itu disampaikan kepada pembaca? Adakah maklumat yang diberikan telus dan dapat(boleh) dipercayai? Inilah persoalan yang ingin dikupas dalam kajian ini selaras dengan peningkatan blog di Malaysia. Sekiranya maklumat yang ditulis di dalam blog tidak benar, maka hal ini boleh mengundang penyebaran fitnah atau kemarahan pihak tertentu dan juga mewujudkan kesan negatif lain. Sesungguhnya, kebenaran atau kepalsuan blog dikatakan dapat mempengaruhi tindakan seseorang seterusnya memajukan atau memundurkan negara ini. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian dan hasil kajian. Hasil kajian akan dapat mengenalpasti kebenaran sesuatu blog berdasarkan kepada daripada pelbagai(beberapa) sumber seperti(iaitu) resensi perpustakaan dan juga penyelidikan perbandingan blog. Kebenaran sesuatu blog dilihat daripada pelbagai aspek seperti etika, hak cipta dan bahasa. Penyelidik juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi menambahbaik dan juga bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan blog.

2

2.0 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk mengkaji kebenaran penulisan blog dan juga untuk membuat perbandingan antara jenis-jenis blog.

3.0 SKOP KAJIAN Kajian ini memberi fokus kepada penulisan blog di Malaysia dan membuat perbandingan tiga jenis blog pilihan seperti blog berunsur ilmiah, hiburan dan politik. Faktor-faktor dan kesan penulisan blog juga dikaji dalam kajian ini.

4.0 KAEDAH KAJIAN Kajian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah resensi perpustakaan. Kaedah ini digunakan kerana maklumat tentang tajuk kertas kerja ini banyak didapati sama ada dalam bentuk data primer atau sekunder. Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada buku dan sumber internet.

5.0 HASIL KAJIAN 5.1 Pendahuluan Tidak dinafikan lagi blog kini menjadi satu fenomena terutamanya di Malaysia. Melalui blog, pembaca dapat memberi maklum balas atau mengkritik blog tersebut. Penyimpan log atau blogger mengemaskini blog mereka kerap kali dengan komentar, diskripsi tentang sesuatu kejadian mahupun bahan-bahan lain seperti grafik atau video. Banyak juga blog yang memberi komentar tentang berita atau sesuatu isu manakala yang lainnya berfungsi sebagai diari peribadi. Kebolehan pembaca untuk meninggalkan komentar di

3 dalam format interaktif amat penting bagi kebanyakan blog (A. Kadir Jasin dan Mahathir Mohammad, 2008). Dalam kajian ini, kebenaran blog dikenal pasti (dengan kaedah penyelidikan iaitu membuat perbandingan) membandingkan pelbagai(beberapa) jenis blog selain penyelidikan (dan juga) menggunakan kaedah resensi perpustakaan. Tiga jenis blog telah dipilih oleh penyelidik untuk dinilai iaitu blog ‘chedet.co.cc’ , blog ‘budiey.com’ dan blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’. Ketiga-tiga blog ini diklasifikasikan kepada pelbagai genre blog seperti peribadi, hiburan, pendidikan dan juga politik. Selain itu, blog-blog ini dibandingkan dari segi aspek etika dan bahasa. Etika memainkan peranan yang penting dalam sesuatu penulisan di mana penulis mestilah menghasilkan tulisan yang jujur, mengelakkan tulisan berbentuk perkauman, bercorak fitnah, bias dan melampau dengan susila masyarakat majmuk. Etika ini mementingkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar ( Rozmel Abdul Latiff dan Maharam Mamat). Selain itu, kebenaran blog dinilai dari segi bahasa. Sesuatu tulisan perlu dilihat sama ada menggunakan bahasa standard atau bahasa bahasa rojak yang jelas menunjukkan terdapatnya pencemaran bahasa. Bahasa yang digunakan juga mestilah bahasa yang sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

5.2 5.2.1

Perbincangan Dapatan Kajian Daripada Resensi Perpustakaan Definisi Blog

A. Kadir Jasin dan Mahathir Mohammad (2008) telah mentakrifkan blog sebagai terma pendek kepada web blog, yang mana asalnya merupakan log atau rekod yang disimpan individu dengan menggunakan jaringan dunia (worldwide web) berbanding diari atau buku log. Blog biasanya adalah kombinasi teks, imej dan pautan kepada blog-blog lain, laman web dan media-media lain yang berkaitan.

4 Blog juga ditakrifkan sebagai sebuah laman web yang sering dikemaskini terdiri daripada entri bertarikh yang disusun dalam urutan kronologi bertentangan sehingga posting(karya penulisan) terbaru muncul buat pertama kali. Definisi ini berasal daripada seorang blogger bernama Jill Walker dan telah di adaptasi oleh Routledge Encyclopedia of Narrative Theory (Bhatt 2005: 28). Kebenaran pula ditakrifkan sebagai sesuatu yang benar, sesuatu yang sungguhsungguh ada atau betul. Manakala penulisan pula didefinisikan sebagai kegiatan menulis atau mengarang. (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Oleh itu, penyelidik mendefinisikan kebenaran penulisan blog ini adalah satu kegiatan menulis atau mengarang sesuatu yang benar dan sungguh-sungguh ada serta betul di dalam sebuah laman sesawang yang sering dikemaskini yang terdiri daripada entri bertarikh yang disusun dalam urutan kronologi bertentangan sehingga posting(karya penulisan) terbaru muncul buat pertama kali.

5.2.2

Faktor-faktor Penulisan Blog

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan blog di Malaysia ialah luahan perasaan. Hal ini di lihat lebih menjurus kepada blog peribadi. Apabila penulis blog mengalami sesuatu perasaan, mereka gemar untuk menyatakannya di dalam blog mereka. Sebagai contohnya, apabila penulis melalui situasi yang buruk pada satu hari, mereka akan meluahkan perasaan mereka. Dalam pada itu, penulis blog juga gemar untuk meraih publisiti. Kebiasaannya, penulis blog seolah-olah telah menjadikan blog mereka seperti diari peribadi mereka. Manakan tidak, mereka kadang kala memaparkan kisah-kisah peribadi yang melampau untuk tatapan umum. Fenomena ini di lihat telah melanggar norma-norma masyarakat Malaysia sendiri kerana kelakuan mereka tidak ubah seperti membuka pekung di dada. Antara lain, individu yang menulis blog juga, adalah orang yang kurang bersosial. Mereka mempunyai moral diri yang rendah, kurang keyakinan diri dan tidak percaya

5 kepada rakan-rakan serta keluarga. Oleh yang demikian, mereka menjadikan blog seperti sahabat karib mereka sendiri. Segala luahan rasa mereka dicurahkan ke dalam blog. Selain itu, menjana pendapatan merupakan faktor lain penulisan blog di Malaysia. Kini, banyak blog wujud atas sebab-sebab tersebut kerana penjualan barang-barang melalui blog sangat menguntungkan. Antara blog yang menjual barang-barang ialah aifaboutique.blogspot.com, gurlhandbags.blogspot.com dan the-pincushion.blogspot.com. Kebanyakn barang-barang yang di jual terdiri daripada aksesori wanita dan pakaian. Faktor lain pula ialah menegakkan kebenaran dan menjatuhkan status individu. Golongan artis dan ahli politik merupakan antara penulis blog yang popular dalam ‘kumpulan’ ini. Hal ini kerana mereka selalu menjadikan blog sebagai medium bagi mereka untuk membetulkan segala spekulasi negatif yang telah melanda diri mereka. Malahan terdapat juga mereka yang menyebarkan fitnah atau cerita buruk kepada artis atau ahli politik yang lain. Selanjutnya, terdapat segelintir penulis blog yang menulis blog untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada pembaca. Sebagai contohnya, novelis terkenal negara, iaitu Faisal Tehrani selalu membuat entri mengenai isu-isu semasa yang melanda negara mahupun dunia. Hal ini di lihat sangat positif kerana sedikit sebanyak mampu memberi peringatan dan pengajaran kepada para pembaca terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

5.2.3

Kesan-kesan Penulisan Blog

Semestinya penulisan blog mempunyai kesan terhadap penulis dan pembaca. Kesan penulisan ini juga boleh dikategorikan kepada kesan positif dan negatif. 5.2.3.1 Kesan-kesan Positif Penulisan Blog Kesan posif(salah ejaan) utama yang didapati ialah penulisan blog dapat melatih kemahiran menulis seseorang. Ada sesetengah blog ditulis bagi tujuan khusus sematamata. Maka, dengan menekankan format dan penggunaan bahasa yang teratur, penulis

6 akan sentiasa menulis dalam format dan gaya bahasa yang baik. Kesan positif kedua yang di dapati ialah blog sebagai tempat berkongsi maklumat dan pendapat(mulakan perenggan yang baru). Sebagai contoh, blog yang ditulis penulis-penulis daripada negara lain dapat memberikan maklumat tambahan kepada kita mengenai isu-isu semasa. Setiap penulis blog semestinya mahu karya mereka dibaca. Maka, akan wujud persaingan sihat antara penulis-penulis blog untuk menghasilkan blog yang berwarna-warni dan indah. Secara tidak langsung, persaingan ini akan membantu penulis meningkatkan kebolehan dalam kemahiran seni rangka digital. Seterusnya, penulisan blog sebagai sumber pendapatan tambahan. Sepeti(salah ejaaan) yang kita ketahui, kini terdapat ramai yang menggunakan blog sebagai “ kedai maya” memandangkan jual beli atas talian amat popular dalam kalangan remaja yang gilakan fesyen. Selain itu, blog juga boleh dijadikan tempat mendapatkan maklum balas orang luar. Ramai penulis yang bertanya pendapat di blog jika terdapat sebarang kemusykilan. Hal ini kerana, pembaca blog terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan peringkat umur. Pendapat yang diterima biasanya akan merangkumi semua aspek dan terpulang kepada penulis sendiri untuk memilih. Blog juga boleh dijadikan jurnal catatan kehidupan. Hasil penulisan blog yang bersifat kekal sebenarnaya memberi banyak kebaikkan (salah ejaan)kepada mereka yang menullis blog bagi tujuan catatan kehidupan harian. Di samping itu, penulis juga boleh berkongsi pengalaman harian yang telah dilalui dengan pembaca. Kesan positif lain ialah blog sebagai medium menyampaikan maklumat dan tugasan oleh pensyarah kepada pelajar-pelajarnya. Ini kerana, hampir kesemua pelajar mempunyai komputer riba sendiri dan boleh merujuk maklumat- maklumat (dekatkan jarak) penting daripada pensyarah dimana-mana sahaja.

5.2.3.2 Kesan-kesan Negatif Penulisan Blog

7 Penulisan blog juga menyumbang kepada banyak kesan negatif terhadap penulis dan pembaca. Kesan negatif pertama yang didapati ialah blog sebagai medium penyebaran fitnah dan maklumat palsu. Memang ada sesetengah maklumat yan (salah ejaan)sentiasa dipalsukan oleh penulis atas tujuan meraih publisiti. Kesan biasa yang didapti(salah ejaan) ialah berlakunya pencemaran bahasa dalam penulisan blog. Hal ini kerap berlaku kerana penulis cenderung untuk menulis dalam bahasa pasar untuk memberikan keselesaan bacaan pembaca. Ada segelintir blog yang diwujudkan semata-mata mengandungi maklumat lucah dan gambar-gambar porno. Malah, ada juga penulispenulis blog yang mempromosikan gambar-gambar lucah mereka untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Kesan negatif lain penulisan blog ialah blog sebagai tempat penyebaran SPAM atau maklumat yang tidak berguna. Penulisan blog seperti ini bukan sekadar membuang masa pembaca malah sebagai salah satu cara penyebaran virus. Kadang-kala, terdapat salah faham yang berlaku antara penulis dan pembaca blog. Ini mungkin berlaku kerana penggunaan dan fahaman bahasa yang berbeza antara penulis dan pembaca. Kesan sebegini juga boleh menyebabkan perpecahan dan salah faham antara kaum disamping menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Selain itu, terdapat juga kes kecurian identiti sama ada dalam kalangan penulis atau pembaca blog. Kemungkinan ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan identiti orang lain untuk menyebarkan fitnah dan meletakkan kesalahan pada orang lain. Kesan negatif penulisan blog yang terakhir ialah blog sebagai medium untuk memburukkan reputasi ahli politik mahupun artis(perenggan baru). Blog seperti ini telah banyak dibina dan semestinya harus diingat bahawa penulisan yang melampau akan memberi impak terhadap penulis sendiri.

5.2.4

Cara-cara Mengatasi Penyalahgunaan Blog

Setiap permasalahan yang berlaku mempunyai cara penyelesaiannya. Hal ini termasuklah di dalam isu kebenaran blog ini. Bagi memastikan blog tidak disalahgunaakan(salah ejaan) oleh masyarakat, maka beberapa tindakan boleh dijalankan. Kerajaan memainkan

8 peranan besar didalam memikul tanggungjawab ini. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan memantau kewujudan blog-blog yang mampu menggugat keamanan negara. Kerajaan seharusnya menggiatkan penyiasatan mengenai blog-blog tersebut dan mengambil tindakan yang keras kepada penulis-penulis blog berkenaan. Langkah yang drastik boleh diambil sekiranya blog itu terus menjalankan kerjanya di mana kerajaan patut mengharamkan blog tersebut dan selanjutnya menghalang daripada ditembusi di ruang internet negara. Selain daripada itu, kerajaan boleh melancarkan kempen-kempen kesedaran di samping bengkel-bengkel penulisan blog. Langkah ini dapat membantu dengan menyebarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat sekiranya mereka ingin membuat. Masyarakat hanya mengetahui cara untuk mewujudkan blog sendiri tanpa mengetahui risiko dan masalah yang ditanggung sekiranya mereka melanggar etika dalam membuat blog tersebut. Masyarakat juga turut memainkan peranan dalam membanteras penyalahgunaan blog. Masyarakat seharusnya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka telah melayari atau mengesyaki blog-blog yang berpotensi untuk menyebarkan fitnah dan selanjutnya menguggat(salah ejaan) keamanan negara. Selain daripada pihak berkuasa, masyarakat boleh melaporkan masalah ini terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, (tidak perlu tanda koma)Malaysia.

5.3 5.3.1

Dapatan Kajian Daripada Perbandingan Blog Genre Blog

Berdasarkan jenis blog yang telah penyelidik pilih untuk dijalankan kajian, genre blog tersebut ialah peribadi, hiburan, pendidikan dan juga politik. Seperti yang diketahui, blog ‘chedet.co.cc’ iaitu blog yang ditulis secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri merupakan blog yang bergenre politik. Namun begitu, disebalik isu-isu politik yang disampaikan di dalam blog itu, beliau juga turun meluahkan beberapa permasalahan

9 dan juga kritikan terutamanya kepada kerajaan yang dipimpin sekarang. Hal ini boleh disifatkan bahawa blog tersebut juga merupakan blog yang bergenre peribadi. Manakala, blog ‘budiey.com’ pula, boleh diperhatikan isi yang terkandung di dalam blog ini dengan jelas menunjukkan bahawa blog tersebut merupakan genre hiburan dan peribadi (susun semula ayat supaya lebih difahami). Blog tersebut mengandungi perkembangan industri hiburan tanah air meliputi industri perfileman dan juga industi muzik. Malah, blog tersebut juga turut membantu untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’ lebih menonjolkan isu-isu pendidikan. Hal ini dapat dilihat di dalam kandungan blog tersebut yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penulisan di samping memberi ulasan buku-buku serta novel yang berada di pasaran. Malah, blog ini juga banyak membincangkan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara termasuklah isu yang terbaru iaitu mengenai isu Palestin.

5.3.2

Bahasa

Penyelidik menggunakan kaedah pembacaan dan penelitian untuk menilai bahasa yang digunakan di dalam ketiga-tiga blog ini. Apa yang dapat dilihat ialah, kebanyakan daripada bahasa blog ini menggunakan konsep dwibahasa dengan meluasnya iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Blog ‘chedet’ dan ‘tehranifaisal.blogspot.com’ menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. Malah, bahasa yang digunakan adalah formal iaitu tidak mengandungi sebarang perkataan singkatan, bahasa pasar dan juga bahasa emotikon. Walaubagaimanapun, hal ini lain pula yang dinilai di dalam blog ‘budiey.com’. Bersesuaian dengan blog tersebut yang berkonsepkan hiburan, bahasa yang digunakan juga adalah lebih tidak formal. Hal ini termasuklah dengan menggunakan bahasa pasar, bahasa rojak, dan juga bahasa emotikon. 5.3.3 Etika

Etika di dalam penulisan juga adalah satu aspek yang dinilai di dalam kajian ini. Perbandingan yang dijalankan jelas menunjukkan perbezaan etika di dalam isi kandungan

10 ketiga-tiga blog tersebut. Di dalam blog ‘chedet’, penulis blog banyak menyentuh isu-isu yang sensitif melibatkan kaum, politik dan ada juga tindakan kerajaan. Memandangkan beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, maka beliau banyak mempersoalkan tindakan kerajaan di dalam hal-hal yang melibatkan pemerintahan negara. Hal ini boleh dikatakan bahawa blog beliau mampu menyebarkan fitnah kepada masyarakat. Masyarakat tidak mampu untuk mengetahui sejauh mana kebenaran isu yang dibangkitkan itu. Maka, blog tersebut dikelaskan sebagai blog yang tidak beretika. Blog hiburan ‘budiey.com’ juga boleh dikelaskan sebagai blog yang tidak beretika memandangkan penulis blog tersebut menyebarkan cerita-cerita penghibur tanah air yang ada kalanya melibatkan hal peribadi mereka. Hal ini mampu mencetuskan fitnah dan merosakkan reputasi artis berkenaan. Sebaliknya, blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’ pula dilihat lebih beretika di dalam kandungan isi blog tersebut. Hal ini kerana, blog tersebut yang lebih menyentuh mengenai isu pendidikan dan hal ehwal semasa.

6.0 CADANGAN Sesungguhnya sejauh mana kebenaran blog itu bergantung kepada pembaca blog. Oleh itu, sebagai pembaca yang diberikan nikmat akal fikiran dan juga sememangnya berintelektual tinggi haruslah tahu menilai segala kebaikan dan keburukan yang disampaikan di dalam blog. Janganlah menerima bulat-bulat segala maklumat yang ditulis oleh penulis blog kerana penulis blog ini juga merupakan seorang insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

7.0 RUMUSAN KAJIAN Blog adalah satu medium penulisan yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia kini. Sesungguhnya web log ini boleh membawa banyak kebaikan dan tidak lupa juga keburukan yang sehingga boleh menjatuhkan seseorang. Namun, sejauh mana

11 kebenaran penulisan blog di Malaysia ini bergantung kepada pembaca untuk menilainya. Penyelidik mendapati kebenaran penulisan blog banyak bergantung kepada sejauh mana penulis blog atau blogger menulis dengan beretika dalam penghasilan sesuatu penulisan di dalam blog. Memandangkan penulis yang beretika amatlah mementingkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar dan segala yang disampaikan dalam bentuk penulisan itu tidak menyalahi undang-undang. Penulis beretika juga tidak akan menulis sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah serta merosakkan nama baik seseorang. Justeru, melalui kajian yang telah dijalankan ke atas ketiga-tiga blog ini, setelah diteliti genre, bahasa dan etika bagi blog tersebut, penyelidik mendapati kebenaran penulisan blog hanyalah ada pada blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’ di mana ianya menepati ciri-ciri blog yang baik dan juga berkesan kepada pembaca. Hasil penulisan di dalam blog tersebut hanyalah berbentuk diari harian dan juga ilmiah semata-mata. Namun begitu, terserah kepada pembaca untuk menilai sejauh mana penulisan blog di Malaysia ini kerana setiap individu mempunyai pendapat serta hak tersendiri untuk membuat penilaian.

8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya adalah ditegaskan sekali lagi bahawa sejauh mana penulisan blog di Malaysia ini bergantung kepada pembaca blog yang menilainya. Walaupun pembaca blog sedar bahawasanya ada penulis blog yang melanggar etika dan undang-undang tetapi kenyataannya adalah untuk membendung gejala penulisan blog yang tidak beretika ini bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Namun begitu, apa yang perlu ditekankan di sini adalah apa yang masyarakat boleh sumbangkan bagi mengelakkan perkara negatif ini dari terus berterusan? Adakah perlu membuat laporan polis setiap kali menemui blog yang menulis tentang perkara yang

12 sensitif? Adakah dengan membalas dengan menggunakan medium yang sama? Atau pun hanya membaca dan ketawa sinis? Masalah ini haruslah dibendung oleh semua lapisan masyarakat agar aktiviti penulisan blog ini tidak lagi dipandang sebagai satu medium penyebaran fitnah tetapi sebagai platform penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat. ( mengulang semula apa yang telah dibincangkan seperti tujuan, skop, dan sebagainya)

9.0 RUJUKAN A. Kadir Jasin. & Mahathir Mohamad. 2008. Blog Merentas Halangan. Kuala lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

http://chedet.co.cc/chedetblog/

http://tehranifaisal.blogspot.com/

http://www.budiey.com/

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. http://prpm.dbp.gov.my/

Rozmel Abdul Latiff. & Maharam Mamat.

Tan, Jun-E. & Zawawi Ibrahim. 2008. Blogging and Democratization in Malaysia: A New Civil Society in the Making. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.