You are on page 1of 40

(ZZZT 2243)

KEMAHIRAN MENULIS
PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DI KALANGAN MAHASISWA
DAN MAHASISWI

AHLI KUMPULAN FIRAFAIZILA :


MOHD FIRZIL BIN ISHAK
A128262 FAIRUZ ADHA
BT MOHAMMAD ROSLIN A122225 NOOR
AZILAH BT SAMSUDIN
A128744 SITI ARAFFAH BT MOHD HATTA
A129616
2

NAMA PENSYARAH:

PUAN ROZMEL BINTI ABDUL LATIFF

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan...............................................................................................................................3
2.0 Tujuan Kajian..........................................................................................................................4
3.0 Skop kajian...............................................................................................................................4
4.0 Kaedah Kajian.........................................................................................................................4
5.0 Hasil kajian................................................................................................................................5
5.1 Pengenalan...........................................................................................................................5
5.2 Definisi Teknologi Maklumat.............................................................................................6
5.3 Definisi Penyalahgunaan teknologi maklumat..................................................................6
5.4 Sejarah Teknologi Maklumat.............................................................................................6
5.5 Aplikasi Teknologi Maklumat............................................................................................8
5.6 Penyalahgunaan Teknologi Maklumat di kalangan mahasiswa.............................................9
5.6.1 Virus.....................................................................................................................................9
5.6.2 Hak cipta..............................................................................................................................9
5.6.3 Pornografi..........................................................................................................................10
5.6.4 Penggertak..........................................................................................................................10
5.6.5 Pencerobohan.....................................................................................................................10
5.6.7 Ancaman dan fitnah..........................................................................................................11
5.6.8 Pemalsuan maklumat........................................................................................................11
5.6.9 Pembaziran masa.......................................................................................................11
5.7 Kesan Penyalahgunaan Teknologi Maklumat.....................................................................11
5.7.1 Bentuk kolonialisme baru dunia.......................................................................................12
5.7.2 Penyebaran Bahan-bahan negatif.....................................................................................12
5.7.3 Pengaruh negatif kepada mahasiswa dan mahasiswi........................................................12
5.7.4 Ancaman terhadap pengguna teknologi maklumat...........................................................13
5.7.5 Penapisan Maklumat Siber yang sukar............................................................................13
5.8 Hasil soal selidik......................................................................................................................13
6.0 Cadangan
3

7.0 Rumusan

8.0 Penutup...................................................................................................................................33
9.0 Rujukan..................................................................................................................................33
Lampiran.............................................................................................................................................33

1.0 Pengenalan

Tajuk kerja kumpulan kami adalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan


mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, teknologi maklumat merupakan sesuatu kemudahan yang dicipta untuk membantu
manusia menjalankan kerja-kerja seharian. Tetapi pada masa kini, kemudahan yang
disediakan ini semakin tidak dihargai. Manusia penyalahgunakan kemudahan yang
sepatutnya dihargai ini. Antara penyalahgunaan yang sering berlaku ialah, penyebaran virus,
plagiat, pornografi, pengertak, pencerobohan,ganguan mental dan seksual, ancaman,fitnah
dan pemalsuan maklumat, mail bombing atau pengeboman emel, pemlsuan kepala emel,
sebar emel sampah dan banyak lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis
penyalahgunaan teknologi maklumat yang berlaku pada zaman kini; dan skop kajian kami
terbatas pada pelajar Universiti Kebangsaan malaysia yang berumur di antara 19 hingga 30
tahun. Skop kami tidak meliputi pensyarah dan kakitangan-kakitangan Universiti Kebangsaan
Malaysia yang lain. Kami menggunakan kaedah resensi perpustakaan sama ada sumber
primer dan skunder. Antara bahan yang menjadi rujukan kami adalah buku, artikel,
internet,video dan sebagainya. Kami juga menggunakan kaedah soal selidik yang kami
jalankan di dalam kawasan UKM Bangi, di kalangan pelajar UKM itu sendiri. Hasil soal
selidik kami dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS dan dapatan kajian kami akan
dibentangkan dalam tajuk hasil kajian.

2.0 Tujuan Kajian


Kajian ini dijalankan untuk mengupas lebih lanjut tentang penyalahgunaan teknologi
maklumat yang berlaku di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Skop kajian ini meliputi jenis-jenis penyalahgunaan teknologi maklumat yang
sering dilakukan mahasiswa dan mahasiswi serta cadangan cara-cara untuk mengatasi
masalah ini. Aspek ini dipilih kerana masih tidak ramai yang menyedari tentang kepentingan
4

kemudahan teknologi maklumat dan semakin banyak berlaku penyalahgunaan teknologi


maklumat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya pelajar universiti. Pelajar juga kurang
didedahkan kepada etika penggunaan teknologi maklumat.

3.0 Skop kajian


Kajian ini hanya melihat kepada mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Manakala pembaca pula menjadi fokus bagi kajian penyalahgunaan teknologi
maklumat kerana mereka adalah klien penting bagi karya seseorang penulis. Skop kajian
tidak melihat dalam aspek yang lain seperti pekerja, pelajar sekolah, warga emas dan
sebagainya.

4.0 Kaedah Kajian

Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan dimana penyelidikan


dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk
data serta bahan sekunder atau primer. Bahan- bahannya terdiri daripada buku, artikel, jurnal,
mkirofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya. Kajian ini juga turut menggunakan
kaedah soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada kepada dua puluh lapan orang
responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik
boleh dirujuk di Lampiran 1.

5.0 Hasil kajian

5.1 Pendahaluan

Lima puluh tahun dahulu, penggunaan komputer adalah terhad. Ini adalah kerana saiz
komputer adalah besar dan berat, pengendalian yang sukar dan kos pengujian yang tinggi.
Tetapi apabila mikrokomputer wujud, segala-galanya bertukar dan hampir semua orang
menggunakan komputer termasuklah jurutera, guru, saintis, kerani, pelajar, surirumah dan
lain-lain mengikut bidang-bidang.

Namun apa yang ingin ditekankan di sini bukanlah sekadar komputer tetapi teknologi
maklumat. Teknologi maklumat yang tercipta mempunyai tujuan dan sebab tertentu yang
mana antara sebab terciptanya teknologi maklumat adalah untuk memberikan bantuan kepada
5

manusia untuk menyelesaikan masalah, untuk mencetuskan kreativiti, dan menjadikan


manusia lebih berkesan atau efektif dalam melakukan sesuatu kerja.

Jadi maksudnya di sini, tujuan teknologi maklumat ini diwujudkan adalah untuk
memudahkan kerja seharian manusia, kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dengan
adanya teknologi maklumat ini. Tugas yang mungkin hanya boleh disiapkan dalam masa
seminggu dengan tenaga kerja manusia mungkin menjadi satu hari sahaja dengan adanya
bantuan teknologi maklumat. Teknologi maklumat sangat banyak digunakan pada masa kini
terutamanya dalam bidang media massa, penggangkutan, pejabat, sektor kewangan,
pertanian, pendidikan, rumah, kesihatan, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan makanan,
tenaga, dan sukan.

Terdapat pelbagai manfaat yang manusia perolehi daripada teknologi maklumat,


antaranya adalah segala kerja akan menjadi lebih pantas. Sudah menjadi resamnya komputer
boleh melakukan kerja dalam sekelip mata dan lebih cepat berbanding manusia. Selain itu,
kerja juga akan menjadi konsisten kerana komputer mampu melaksanakan tugas berulang-
ulang kali tanpa letih. Ketepatan juga merupakan satu kredit kepada teknologi maklumat. Hal
ini disebabkan komputer yang berupaya mengesan perbezaan yang amat kecil dan kurang
melakukan kesilapan. Namun, kemudahan teknologi maklumat yang tersedia ini telah
menyebabkan ramai pengguna menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

5.2 Definisi Teknologi Maklumat

Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary (Hornby, 1993)

‘Teknologi Maklumat (Maklumat Sains ialah satu kajian atau kegunaan suatu pemperoses
data ( terutama komputer, alat komunikasi dan sebagainya) bagi menyimpan, menerima dan
menghantar semua jenis maklumat (seperti perkataan, nombor dan gambar).’(muka surat
641).

5.3 Definisi Penyalahgunaan teknologi maklumat


Penyalahgunaan di sini bermaksud digunakan pada jalan yang salah atau jalan yang
membawa kepada kesan negatif kepada orang lain. Jadi penyalahgunaan teknologi maklumat
bermaksud menggunakan teknologi maklumat pada jalan yang salah.

5.4 Sejarah Teknologi Maklumat


6

Teknologi maklumat dari aspek sejarah dan perkembangannya telah mengalami satu
peredaran yang unik semenjak beribu-ribu tahun dahulu lagi. Ia berdasarkan kepada
maklumat atau tinggalan sejarah yang telah diwujudkan semenjak dari penciptaan manusia
lagi iaitu penciptaan Adam dan Hawa. Manusia pada setiap zaman menggunakan pelbagai
teknik untuk menyimpan, menerima dan memperoses maklumat.

Menurut Alvin Tofler, masyarakat telah berada dalam tiga gelombang iaitu
gelombang pertanian, gelombang perindustrian dan gelombang maklumat. Gelombang
pertanian merupakan suatu era apabila kebanyakan pekerja adalah petani yang kehidupan
berkisar dengan pertanian. Bagi, gelombang perindustrian pula merupakan suatu era apabila
proses dipermudah melalui pemekanikan dan automasi serta bilangan yang bekerja dalam
pembuatan terus bertambah. Manakala, gelombang maklumat pula adalah suatu era apabila
kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan malumat.

Ketika gelombang pertanian, kebanyakan individu melibatkan diri dalam aktiviti


pertanian, sebagai contohnya petani yang menggunakan tenaga kerja manusia atau khususnya
tangan untuk melakukan setiap kerja dalam bertani. Namun apabila masuknya gelombang
perindustrian kebanyakan kerja dilaksanakan oleh mesin yang mana mesin ini sedikit
sebanyak memudahkan kerja manusia. Jika dibandingkan dengan gelombang pertanian,
gelombang perindustrian adalah lebih berkesan. Seterusnya apabila muncul gelombang
teknologi maklumat dalam kehidupan manusia segala kerja seboleh-bolehnya dipermudahkan
dengan bantuan teknologi maklumat dan segala kerja dapat dijalankan dengan lebih efektif.

Zaman teknologi maklumat terbahagi kepada empat zaman iaitu zaman Pra
Mekanikal (3000 S.M. – 1450 M), Mekanikal (1450- 1840 M ) , Elektromekanikal (1840-
1940 M), Elektronik (1940- sekarang).
Pra Mekanikal 3000 S.M. – 1450 M. Pada peringkat awal hanya bergantung kepada
daya ingatan untuk menyimpan maklumat. Mesopotamia iaitu Kaum Sumeria merupakan
kaum yang mula memperkenalkan sistem tulisan yang dikenali sebagai “Cuneiform” yang
berasaskan simbol. Kaum Sumeria juga telah mencipta sejenis alat tulis untuk ditulis di atas
tanah liat basah. Hal ini menunjukkan teknologi yang terawal dicipta oleh masyarakat dunia.
Manakala, lebih kurang pada tahun 2600 S M, Kaum Mesir mula menulis di atas kertas yang
dibuat daripada kulit kayu pokok papyrus. Seterusnya, pada tahun 100 M, bangsa China telah
mencipta kertas dari pulpa pokok. Melalui detik inilah kita dapat lihat perkembangan
pembuatan kertas dan selepas waktu itu, buku mula diperkenalkan oleh kaum Sumeria hasil
dari gabungan kertas-kertas yang digunakan. Pada zaman ini jugalah wujudnya sistem
7

nombor dalam masyarakat Arab. Nombor satu hingga sembilan juga diperkenalkan pada
zaman ini oleh orang India pada tahun 100-200 M. Teknologi penciptaan mesin kira juga
bermula pada zaman ini di Abacus (Mesir).
Bermulanya zaman Mekanikal pada tahun 1450 M sehingga 1840 M. Pada peringkat
awal zaman ini, buku dan perpustakaan adalah suatu yang terhad atau ekslusif untuk
golongan kaya, gereja dan kerajaan. Namun setelah itu, muncul idea untuk mencipta
peralatan dari pelbagai bahan untuk membolehkan ianya dicapai oleh semua orang. Pada
zaman mekanikal ini juga, Johann Gutenberg yang berasal dari Jerman telah mencipta
Movable metal-type printing press. Penciptaannya telah menyebabkan berlakunya Ledakan
Pertama Teknologi Maklumat. Di sinilah titik tolak bermulanya ledakan teknologi maklumat
yang semakin berkembang pada zaman sekarang. Penciptaannya telah membawa kepada
perubahan kehidupan manusia dari segi penyebaran maklumat, pendidikan dan sebagainya.

Siri penciptaan mesin kira untuk matematik pula telah dicipta oleh Slide Rules dan
seterusnya dikembangkan lagi oleh Pascaline. Namun, disebabkan permintaan yang
memberangsangkan dari masyarakat kepada teknologi yang berkuasa tinggi bagi menyokong
peningkatan maklumat yang serba canggih maka berlakulah penukaran maklumat dan
pengetahuan. Penukaran maklumat ini berlaku dalam bentuk Denyutan Elektrik (Electrical
Impulses). Pemintaan ini berlaku atas kesedaran individu tentang kepentingan teknologi
maklumat.

Sejak dari itulah mulanya sistem komunikasi dalam kehidupan manusia. Maka setelah
itu, bermulalah penciptaan alat telekomunikasi seperti telegraf oleh kod Morse pada tahun
1835, telefon pula oleh Elexander Graham Bell pada tahun 1876 dan radiooleh Marconi pada
tahun 1894. Electromechanical Computing pula telah dimulakan oleh Herman Hollerith pada
tahun 1880an. Setelah itu, Howard Aiken telah menggabungkan ciptaan Hoolerith dan
ciptaan Babbage iaitu general purpose programmable computing machine pada tahun 1930an
dan 1940an, Automatic Sequence Controlled Calculator (ASCC) yang dikenali sebagai Mark
1 yang mempunyai ukuran agak besar iaitu 8 kaki tinggi, 51 kaki panjang, 2 kaki lebar, berat
5 tan, menggunakan 750,000 bahagian.

Akhir sekali adalah zaman Elektronik iaitu dari tahun 1940 hinggalah sekarang.
Bermula dari zaman inilah berlakunya revolusi penciptaan komputer dan era teknologi
maklumat. Pada zaman elektronik atau zaman sekarang amnya, kehidupan manusia
kebanyakkannya berteraskan kepada teknologi maklumat. Segala kerja terutamanya di
kawasan bandar mempunyai kebergantungan kepada teknologi maklumat. Teknologi
8

maklumat pada zaman ini meliputi pelbagai bidang terutama pendidikan. Era teknologi
maklumat dan komunikasi pula bermula pada alaf baru dan kebanyakkan teknologi maklumat
berasaskan komunikasi. Semakin banyak peralatan dicipta berasaskan kepada teknologi
maklumat dan komunikasi seperti telefon bimbit, komputer telapak dan notebook. Pada
zaman kini, teknologi maklumat semakin berkembang pesat sehingga tidak semua orang
berjaya mengikuti perkembangannya.
5.5 Aplikasi Teknologi Maklumat

Menurut A.Razak Hamdan et al.2004, teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi


pengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, capaian
semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsi dijalankan serentak.
Kesemua enam fungsi ini bergabung untuk memudahkan kerja seharian manusia dan
terutamanya yang ingin kita fokus di sini adalah rakyat malaysia.

Antara teknologi maklumat yang digunakan di Malaysia ialah My Kad, Internet dan
Intranet, Pangkalan maklumat, Infokios, dan Laman Web, Teknologi dan Perisian komputer,
E-dagang, Teleperubatan dan Telekesihatan, dan kerajaan elektronik.

My Kad atau kad pintar telah menjadi satu teknologi baru yang digunakan dan diperkenalkan
oleh Bank Islam. Walaupun pada awalnya kad pintar ini agak lambat diterima oleh orang
ramai, namun kini bukan sahaja pihak bank yang menggunakannya tetapi juga pihak
penggangkutan dan tol seperti perkhidmatan touch and go dan smart tag juga turut
menggunakannya kemudahan ini. Kad pintar ini juga kini digunakan di pejabat sebagai kad
pekerja dan sebagainya. My Kad ini sangat efektif kerana ia mengantikan dua dokumen
utama iaitu kad pengenalan dan lesen memandu disamping memuatkan empat aplikasi lain
iaitu pasport, kesihatan, e-tunai dan prasarana kekunci awam. Prasarana kekunci awam
adalah untuk urusan perdaganagn melalui internet menggunakan sijil digital.

5.6 Penyalahgunaan Teknologi Maklumat di kalangan mahasiswa


5.6.1 Virus

Penyebaran virus antara salah satunya penyalahgunaan teknologi maklumat yang berlaku di
kalangan penuntut universiti itu sendiri. Menyebarkan virus mampu merosakkan sistem, data,
perisian dengan sengaja dan lebih teruk lagi apabila ia melumpuhkan rangkaian komputer.
Penyebaran virus ini boleh melalui pelbagai cara terutamanya melalui lapiran atau
9

attachment pada mel e, dan menghantar fail. Hampir semua jenis penyebaran virus
menggunakan email attachment. Hal ini kerana, semua pengguna internet kerap
menggunakan email untuk berkomunikasi antara satu sama lain, fail-fail ini sengaja dibuat
menarik perhatian seperti tajuk yang menarik peggunanya untuk membuka fail. Antara
contoh medium penyebaran virus adalah melalui disket,pen drive atau media storage yang
lain, jaringan WLAN dan sebagainnya,melalui internet, software yang freeware dan
shareware.

5.6.2 Hak cipta

Antara penyalahgunaan teknologi maklumat yang dibincangkan dalam kajian ini adalah
memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran. Ramai yang masih tidak
mengetahui atau sengaja tidak mahu mengambil tahu bahawa memuat turun perisian atau
dokumen tanpa kebenaran ini adalah salah di sisi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada
pemiliknya adalah perlu tetapi diberi pengecualian jika perisian sememangnya diberikan
secara percuma di internet. Namun ia tetap mempunyai tempoh tertentu untuk menggunakan
perisian tersebut sebelum ia tidak boleh digunakan lagi. Manakala bagi memuat turun
dokumen tanpa kebenaran adalah sangat berleluasa di kalangan para mahasiswa dan
mahasiswi. Kebanyakkan para pelajar menggunakan sumber internet iuntuk menyiapkan
tugasan yang diberikan kepada mereka. Pelajar tidak merasa bersalah copy and paste hasil
kerja orang lain dan diletakkan sebagai hasil kerja sendiriSelain itu juga, mahasiswa dan
mahasiswi lebih cenderung menggunakan perisian cetak rompak atau pirates berbanding
yang original kerana harganya yang lebih murah. Disebabkan faktor kewangan dan rakan-
rakan ramai mahasiswa mahasiswi menggunakan perisian cetak rompak walaupun jika dikaji
dari segi kualiti adalah lebih rendah berbanding yang original malah sangat mudah untuk
mengalami kerosakan.

5.6.3 Pornografi

Pornografi bermaksud laman web lucah atau tidak sopan. Kebanyakkan masalah
penyalahgunaan dalam kalangan pelajar ialah melihat video-video dan bahan-bahan yang
berunsuf pornografi. Malah bukan itu sahaja, terdapat juga individu-individu yang tidak
bertanggunagjawab melakukan aktiviti haram seperti menyebar video-video lucah di internet
dan tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan haram tersebut di internet.
10

5.6.4 Penggertak

Penggertak atau cracker adalah seseorang yang memecah masuk ke sistem komputer orang
lain dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan jahat.
Pecah masuk sistem dilakukan seolah-olah untuk menunjukkan kelemahan dalam sistem
keselamatan laman. Penggertak tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi
menggunakan perisian yang dibangunkan oleh pihak lain untuk tujuan memusnahkan bagi
mendapatkan keuntungan jahat.

5.6.5 Pencerobohan

Pencerobohan bermaksud seseorang pengguna komputer atau user menggunakan kemudahan


teknologi maklumat untuk masuk ke sistem komputer orang lain dan mengambil fail-fail
orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, melaksanakan sebarang aktiviti pemantauan rangkaian
(network monitoring) bagi mencuri ( intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya atau
dengan istilah lain memintas mel elektronik orang lain. Di samping itu, terdapat juga
pencerobohan peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau
organisasi lain. Antara contoh lain ialah perisian kuda Troy yang merupakan atur cara yang
mengandungi helah di dalamnya. Atur cara ini kononnya berfaedah atau menarik tetapi
sebenarnya mengandungi suruhan yang diletakkan oleh pencipta atur cara untuk menceroboh
keselamatan sistem komputer apabila atur cara tersebut dijalankan.

5.6.6 Ganguan mental dan seksual

Ganguan mental dan seksual bermaksud melakukan perilaku atau yang menyebabkan
kekacauan dan ketegangan kepada fikiran individu yang lain. Sebagai contoh, menyebarakan
link atau pautan di dalam mel elektronik dan membawa ke laman web lucah dan sebagainya.
Selain itu, pengedaran gambar-gambar lucah melalui mel spam juga membawa kepada
ganguan mental dan seksual.

5.6.7 Ancaman dan fitnah

Ancaman dan fitnah sering berlaku dalam dunia teknologi maklumat. Antara contoh yang
terdekat adalah fitnah yang sering menjalar di kalangan artis-artis tanah air yang membawa
kepada perceraian, pergaduhan dan sebagainya.

5.6.8 Pemalsuan maklumat


11

Pemalsuan maklumat bermaksud memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada
sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online).

5.6.9 Pembaziran masa

Pembaziran masa berlaku apabila ramaja menjadi ketagih menggunakan kemudahan


teknologi maklumat sehingga terlupa untuk makan, minum dan tidur. Antara pembaziran
masa yang berlaku ialah pelajar menghabiskan masa dengan bermain permainan atas talian
yang tidak membawa banyak faedah kepada permainnya. Bukan sahaja pembaziran masa
yang berlaku, malah pembaziran tenaga dan juga wang ringgit.

5.7 Kesan Penyalahgunaan Teknologi Maklumat


5.7.1 Bentuk kolonialisme baru dunia

Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku dalam era teknologi maklumat member


kesan yang amat besar terhadap kemerdekaan. Kolonial baru dan tatacara baru dunia
merupakan rancangan kuasa Barat untuk menakluki semula kebebasan yang telah dicapai
oleh negara-negara membangun . Ini kerana negara membangun yang masih lemah dari segi
teknologi maklumat tidak dapat menyekat perkembangan teknologi maklumat yang
mengancam kemerdekaan yang dicapai. Bukan itu sahaja, wujudnya penjajahan bentuk baru,
khususnya melalui internet terhadap Negara membangun merupakan agenda politik yang
mengancam kemerdekaan negara membangun.

5.7.2 Penyebaran Bahan-bahan negatif

Kemantapan teknologi maklumat tanpa sempadan memang tidak dapat dinafikan.


Keupayaan jaringan bebas menyelusup kemana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan
sempadan menyebabkan senang untuk bahan-bahan negatif seperti gambar pornografi
tersebar luas. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir menyebarkan fahaman-fahaman tertentu
seperti penghinaan terhadap agama, unsure-unsur yang bercanggah dengan kesopanan budaya
kita dan banyak lagi perkara yang salah.
12

5.7.3 Pengaruh negatif kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Rangkaian internet sekiranya dilihat dari aspek tertentu, merupakan sesuatu yang sangat
kompleks kerana memiliki komponen-komponen mikro yang tidak biasa. Internet
kebiasaannya menyediakan seksyen yang menarik seperti borak melalui internet,berbincang
dan bertukar idea.

Tetapi, disebabkan kecanggihan yang dimiliki oleh teknologi maklumat ini


menyebabkan brlaku satu permasalahan timbul di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Antaranya ialah pelayaran laman web yang berunsur pornografi yang semakin serius di
kalangan remaja. Ini berlaku kerana mudahnya untuk mencari gambar-gambar pornografi
tanpa diketahui orang lain yang mana akhirnya telah menyebabkan mereka ketagihan dalam
pencarian gambar pornografi yang akhirnya boleh menyebabkan berlakuny gejala- gejala
social seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, rogol dan kes- kes jenayah yang
lain.

5.7.4 Ancaman terhadap pengguna teknologi maklumat

Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena
penggodam komputer . Mereka cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan
mereka. Namun, masih lagi penggodam computer yang hanya menjalankan aktiviti
pencerobohan maklumat peribadi untuk keseronokan tanpa memikirkan kesan yang buruk
yang bakal dihadapi kelak

Kebiasaannya, mereka yang suka menceroboh sistm rangkaian computer, mencuri


maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat atau virus bagi menggangu system
rangkaian computer lain seterusnya menyebabkan kerosakan teruk. Ada juga penggodam
computer yang menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau mencuri data
yang mana ia terbukti berdasarkan satu kes yang pernah berlaku di Texas.

Bukan itu sahaja, kelebihan yang dimiliki dalam teknologi maklumat ini juga dengan
mudah diperalatkan oleh pengganas dan juga kartel dadah. Ini juga terbukti apabila seorang
pembekal dadah menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar
dadah lain untuk mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia.

5.7.5 Penapisan Maklumat Siber yang sukar


13

Dalam zaman yang serba canggih, muncul pelbagai perantaraan yang boleh menjadi ejen
baru penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, penapisan terhadap teknologi maklumat,
terutama internet bukanlah suatu yang mudah memandangkan pertumbuhan bilangan
pengguna yang menyertai industry ini setiap hari. Bukan itu sahaja, internet juga tidak
mempunyai badan-badan penapis yang rasmi. Dalam hal ini, penapis utama ialah hati nurani
pengguna itu sendiri.
Walaupun usaha-usaha telah diambil untuk menapis medium ini, namun nampaknya
usaha ini masih menemui jalan buntu apabila tiada undang-undang yang berkaitan yang boleh
mendakwa pihak yang mengalahgunakan medium ini.

5.8 Hasil soal selidik

Kami telah mengedarkan boring soal selidik kepada 28 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

yang terdiri daripada beberapa peringkat umur seperti yang ditunjukkan di dalam graf di bawah.

Dari kaji selidik yang dijalankan,kami mendapati mojoriti responden kami terdiri daripada
pelajar UKM yang berumur di antara 19 hingga 25 tahun. Had umur responden yang
menjawab soal selidik kami adalah pelajar yang berumur 19 tahun hingga 30 tahun.
14

Soalan 1

Saya menggunakan laman sosial maya seperti facebook, twitter, Friendster, skype dan Hi5

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang menggunakan laman sosial maya.
Setelah dianalisis, kami mendapati sebanyak 12 peratus dari responden dari kalangan
mahasiswi dan 0 peratus dari mahasiswa sangat tidak setuju, 0 peratus responden dari
kalangan mahasiswi dan 0 peratus dari kalangan mahasiswa tidak setuju, manakala bagi
peratusan responden yang setuju sebanyak 53 peratus mahasiswi dan 54 peratus dari kalangan
mahasiswa, bagi sangat setuju pula sebanyak 35 peratus mahasiswi dan 35 peratus dari
kalangan mahasiswa.

Soalan 2

Saya menggunakan laman sosial maya hanya untuk mencari kenalan baru
15

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang menggunakan laman sosial maya untuk
mencari kenalan baru. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 9 peratus dari responden
dari kalangan mahasiswa dan 35 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 27 peratus
responden dari kalangan mahasiswa dan 35 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju,
manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 27 peratus mahasiswa dan 29
peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 37 peratus mahasiswa dan
0 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 3

Saya tidak menggunakan laman sosial maya untuk tujuan yang negatif

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang menggunakan laman sosial maya untuk
tujuan negatif. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 0 peratus dari responden dari
kalangan mahasiswa dan 15 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 0 peratus responden
16

dari kalangan mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi
peratusan responden yang setuju sebanyak 28 peratus mahasiswa dan 30 peratus dari
kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 72 peratus mahasiswa dan 60 peratus
dari kalangan mahasiswi.

Soalan 4

Saya lebih suka melayari laman-laman sosial berbanding laman berunsur pembelajaran

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang lebih suka melayari laman-laman sosial
berbanding laman berunsur pembelajaran. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 9
peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 36 peratus dari mahasiswi sangat tidak
setuju, 55 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 40 peratus dari kalangan
mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 9 peratus
mahasiswa dan 17 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 38
peratus mahasiswa dan 6 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 5
17

Saya lebih banyak menghabiskan masa melayari internet berbanding mengulangkaji pelajaran

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang lebih banyak melayari internet
berbanding mengulangkaji pelajaran. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 28 peratus
dari responden dari kalangan mahasiswa dan 25 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju,
28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan mahasiswi tidak
setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 16 peratus mahasiswa dan
36 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 28 peratus mahasiswa
dan 12 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 6

Saya pernah tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan di internet

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang pernah tertipu dengan perkhidmatan
yang ditawarkan diinternet. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 46 peratus dari
responden dari kalangan mahasiswa dan 54 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 35
peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 34 peratus dari kalangan mahasiswi tidak
18

setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 8 peratus mahasiswa dan 10
peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 8 peratus mahasiswa dan 0
peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 7

Saya menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan sumber yang berunsur


pornografi

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM menggunakan kemudahan internet untuk
mendapatkan sumber yang berunsur pornografi. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak
72 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 70 peratus dari mahasiswi sangat
tidak setuju, 28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan
mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 0 peratus
mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 0 peratus
mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 8

Program yang saya muat turun dari internet menyebabkan program yang sedia ada rosak
19

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang mendapat kesan buruk dari memuat
turun iaiatu merosakkan pogram yang sedia ada. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak
28 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 24 peratus dari mahasiswi sangat
tidak setuju, 28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan
mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 36 peratus
mahasiswa dan 42 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 8
peratus mahasiswa dan 6 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 9

Saya selalu memuat turun video dan lagu daripada internet

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang selalu memuat turun video dan lagu
daripada internet. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 0 peratus dari responden dari
kalangan mahasiswa dan 0 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 8 peratus responden
dari kalangan mahasiswa dan 18 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi
20

peratusan responden yang setuju sebanyak 28 peratus mahasiswa dan 40 peratus dari
kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 66 peratus mahasiswa dan 40 peratus
dari kalangan mahasiswi.

Soalan 10

Saya tidak berasa bersalah memuat turun perisian-perisian tanpa kebenaran

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang tidak rasa bersalah memuat turun
perisian-perisian tanpa kebenaran. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 28 peratus
dari responden dari kalangan mahasiswa dan 25 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju,
28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan mahasiswi tidak
setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 16 peratus mahasiswa dan
36 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 28 peratus mahasiswa
dan 12 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 11

Saya tahu sesetengah program yang saya muat turun melalui internet mengandungi
‘spyware’.
21

Merujuk kepada graf bar di atas menunjukkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM
majoriti memberikan jawapan sangat setuju dan paling kurang mengatakan tidak setuju.
Menurut persepsi penyelidik, ini jelas menunjukkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi
UKM sangat mengetahui bahawa tindakan mereka men‘download’ sesetengah program di
internet secara percuma berkemungkinan mempunyai ‘spyware’. Ini berlaku mungkin gara-
gara mereka sudah sedia memiliki ‘anti-virus’ yang berkualiti seperti Avira, Avast, Kapersky
mahupun BitDefender untuk mengekang kemasukkan ‘spyware’ ke dalam sistem. Oleh itu,
ianya bukan lagi jadi suatu permasalahan bagi mereka untuk meneruskan rutin
men‘download’ mereka.

Soalan 12

Saya sering menerima virus dari sumber yang tidak diketahui


22

Berdasarkan graf bar di atas, pilihan jawapan setuju merupakan pilihan jawapan yang
tertinggi berbanding pilihan jawapan tidak setuju. Ianya bukanlah suatu tanda yang positif
sebenarnya, lantaran, virus ini bukanlah mereka dapati dari sumber yang mereka katahui.
Dari kaca mata penyelidik, ini adalah patut berlaku kepada segelintir golongan mahasiswa
yang mana menjadikan laman web yang berunsurkan ‘porno’ sebagai medan tantapan utama
di kala senggang. Akan tetapi bagi mereka yang ‘innocent’ pula, adalah diibaratkan ‘memberi
susu dibalas tuak’ mereka tidak sedar dan sepatutnya sedia tahu bahawa ada kemungkinan
laptop mereka yang digunakan oleh kawan-kawan mereka yang termasuk ‘golongan
segelintir’ ini menyinggah ke laman-laman web ‘porno’ menyebabkan penularan virus ke
dalam laptop, bahkan untuk mengelakkan kegiatan mereka di bau, mereka menghapuskan
‘history’ web di ruangan ‘option’. Selain itu, ada kemungkinan penggunaan ‘pendrive’ yang
bertukar-tukar sumber pengambilan bahan tanpa di ‘scan’ juga merupakan penyebab. Maka,
mahasiswa dan mahasiswi haruslah berhati-hati dalam mengawasi perihal laptop mereka
supaya tidak menjadi mangsa keadaan mahupun buatan orang.

Soalan 13

Saya selalu menerima pautan (link) yang membawa kepada laman web negatif
23

Berdasarkan graf bar di atas, kebanyakkan mahasiswa menghadapi masalah yang berkaitan
pelayaran internet yang sama iaitu acapkali menemukan pautan yang membawa ke laman
web yang berunsurkan ‘negatif’ terutamanya mahasiswa manakala adalah kurang sekali
mahasiswa dan mahasiwi tidak menghadapi masalah ini. Mengikut pandangan penyelidik, ini
adalah sesuatu yang patut diambil serius kerana lama-kelamaan wujud keinginan di dalam
kalangan mahasiswa mahupun mahasiswi untuk mengetahuinya. Ini menyebabkan mereka
terjebak dalam arena yang mana bertentangan arus dengan perjalanan mereka sebagai
seorang pelajar.

Soalan 14

Saya sering menerima emel yang meminta atau lebih tepatnya memerangkap saya untuk
memberikan maklumat peribadi
24

Dari pemerhatian graf bar di atas, menunjukkan mahasiwa dan mahasiswi UKM sering kali
menerima email yang bersifat ‘pishing’ yang mana ingin mengambil maklumat peribadi
terutamanya yang berkaitan dengan ‘id’ dan ‘password’. Hal ini kerana dengan demikian
penghantar-penghantar email terbabit bertujuan tidak baik untuk mengakses akaun-akaun
peribadi kita. Bahkan lebih merbahayakan lagi mereka mampu memindahkan wang dari
akaun kita ke dalam akaun mereka.

Soalan 15

Saya tidak mempercayai sesetengah maklumat yang disebarkan melalui internet


25

Graf bar di atas jelas memperihalkan hakikat majoriti mahasiswa mahupun mahasiswi UKM
rata-ratanya tidak mempercayai maklumat-maklumat yang disebarkan di internet. Dari kaca
mata penyelidik, ni berlaku kerana ekoran peningkatan kes-kes penipuan di internet. Yang
membimbangkan kita lagi, golongan yang menjadi mangsa penipuan di internet melibatkan
kerugian berjuta ringgit dan jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun.

Soalan 16

Saya sering menerima emel yang menawarkan ganjaran lumayan


26

‘Sangat setuju’ dan ‘setuju’ merupakan pilihan jawapan majoriti di antara pilihan-pilihan
jawapan yang terlibat berdasarkan graf bar di atas. Menurut pemerhatian penyelidik, ianya
bukanlah sesuatu yang asing bagi kita memperoleh emel yang menawarkan ganjaran yang
hebat, walaupun ianya hanyalah sekadar penipuan semata-mata. Penyelidik turut pernah
menndapat emel yang sama.

Soalan 17

Saya pernah menyebarkan maklumat palsu melalui internet


27

Menurut graf bar di atas, pilihan jawapan ‘sangat tidak setuju’ merupakan pilihan yang
tertinggi diikuti pilihan jawapan ‘tidak setuju’, ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’. Hampir semua
mahsiswa dan mahsiswi UKM tidak mempunyai sejarah menyebarkan maklumat palsu di
internet.Berdasarkan amatan penyelidik, ini mungkin lantaran mahasiswa dan mahasiswi
UKM tidak terdedah kepada kegiatan yang tidak bermoral dari bangku sekolah sebelum
menjejakkan kaki ke menara gading.

Soalan 18

Saya tahu maklumat palsu yang disebarkan melalui teknologi maklumat boleh membawa
perbalahan

Graf bar di atas merupakan kesinidak terlibat dengan kesinambungan dari soalan yang
sebelumnya dan amat berkait rapat. Di sini dapat penyelidik simpulkan bahawa mahasiswa
dan mahasiswi UKM tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini kerana ianya
mampu menimbulkan dalam kalangan masyarakat. Malah jikalau ini dibendung mungkin
akan menghapuskan perpaduan dalam kalangan lapisan masyarakat di Malaysia.

Soalan 19

Saya tahu cara untuk memintas email orang lain


28

Berdasarkan graf bar di atas, rata-rata memilih jawapan sebaliknya terutamanya golongan
mahasiswi. Walaupun begitu, terdapat juga segelintir mempunyai pengetahuan akan
memintas emel orang lain. Sudah ternyata penjelasannuya dalam soalan sebelumnya.
Mahasiwa damn mahsiswi UKM adalah jarang sekali terlibat dalam budaya ‘menghacking’
ini, ada kemungkinan segelintir mereka yang terlibat adalah dari fakulti yang berkaitan
dengan ‘IT’ .

Soalan 20

Saya tahu cara untuk mengetahui ‘password’ orang lain


29

Menurut pemerhatian dari graf bar di atas, hampir semua mahasiswa dan mahasiswi UKM
tidak terlibat dalam mengetaui cara mengambil ‘password’ orang lain. Ini sebenarnya suatu
batu tanda yang positif lantaran budaya ‘hacking’ ini kebanyakkan menular ke dalam
pemikiran mahasiswa di IPTA.

Soalan 21

Saya selalu menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang berunsur negatif

Berdasarkan graf bar diatas,didapati,terdapat segelintir mahasiswi yang kerap menerima


mesej pesanan ringkas (SMS) berunsur negatif. Tetapi, secara keseluruhannya, kekerapan
mahasiswi menerima SMS berunsur negatif adalah kurang peratusnya berbanding mahasiswa.
Responden berpendapat, keadaan ini mungkin disebabkan golongan penghantar SMS ini
berpendapat mahasiswa lebih cenderung memikirkan perihal lucah dan negatif berbanding
mahasiswi.
30

Soalan 22

Saya selalu menerima mesej (SMS) yang memberi tawaran atau ganjaran yang tidak
munasabah

Graf bar kali ini pula menunjukkan hasil analisis penyelidik mengenai tawaran dan SMS
yang menawarkan ganjaran yang munasabah. Didapati, graf ini mencatatkan bilangan atau
peratusan yang tinggi dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Mereka berpendapat
kebanyakan golongan yang menyebarkan SMS seperti ini kerana mereka ingin mencari
perhatian dan meraih keuntungan serta mempunyai unsur-unsur penipuan dikalangan
mahasiswa dan mahasiswi. Bagi mereka golongan pelajar universiti biasanya mempunyai
kekangan wang saku,dengan iklan dan SMS sebegitu dapat memperdaya pelajar universiti.

Soalan 23

saya selalu membuat salinan fotokopi bagi sesetengah rujukan kerana lebih murah

Keputusan daripada graf diatas dianalisis dan mencatatkan kebanyakan mahasiswa dan
mahasiswi bersetuju dengan pernyataan dari soalan ini. Kebanyakan mereka lebih gemar
melakukan salinan semua buku berbanding mendapatkan buku yang original dipasaran.
Kadangakala, hal ini bukan sahaja menjimatkan kerana murah, tetapi kelewatan stok buku
31

yang baru juga mendorong mereka melakukan penyalahgunaan ini. Kadangkala mereka
terdesak untuk menggunakan buku tersebut secepat mungkin. Jadi, membuat salinan adalah
salah satu cara untuk mereka mendapatkan buku tersebut sacepat mungkin.

Soalan 24

Saya lebih suka membeli CD atau DVD cetak rompak kerana lebih murah

Keputusan graf bar diatas mencatatkan sebilangan besar mahasiswa dan mahasiswi lebih
cenderung memilih cd cetak rompak berbanding original. Apabila ditanya sebab mengapa
mereka berperangai sebegitu, mereka berpendapat cd cetak rompak adalah lebih murah
berbanding yang original. Menonton cerita melalui cd adalah merupakan aktiviti pada masa
lapang sahaja, jadi, mereka memilih yang cetak rompak untuk menjimatkan kos dan untuk
mengelakkan pembaziran. Bagi mereka, original atau cetak rompak, motif mereka tetap
sama.

Soalan 25

Saya tidak suka mematuhi peraturan dalam menggunakan Teknologi maklumat

Berdasarkan graf bar diatas, sebanyak 88 peratus mahasiswi tidak setuju dan 12 peratus
mahasiswi setuju dengan pernyataan ini manakala sebanyak 54 mahasiswa bersetuju dan 46
peratus tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menggambarkan bahawa mahasiswi suka
32

untuk mematuhi peraturan dalam menggunakan internet berbanding golongan mahasiswa. Ini
disebabkan golongan mahasiswa lebih ramai menyukai aktiviti seperti mendownload sesuatu
atau perisian berbanding mahasiswa. Jadi, mahasiswa lebih ramai yang tidak gemar
mematuhi peraturan teknologi maklumat berbanding mahasiswi.

Soalan 26

Saya tidak tahu etika dalam menggunakan teknologi maklumat

Graf diatas pula menunjukkan peratusan mahasiswa dan mahasiswi dalam pengetahuan
tentang etika teknologi maklumat. Didapati, golongan mahasiswi lebih ramai yang
mengetahui etika ini jika dibandingkan dengan mahasiswa. Jika dilihat pada graf sebelum ini,
kebanyakan mahasiswa juga yang lebih cenderung melakukan penyalahgunaan teknologi
maklumat berbanding mahasiswi. Ini juga disebabkan mereka tidak mengetahui etika
teknologi mklumat. Ini terjadi mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang etika ini dan
hukuman yang dikenakan kepada mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan dalam
teknologi maklumat.

Soalan 27

Saya menggunakan Teknologi Maklumat untuk tujuan yang berfaedah sahaja


33

Graf diatas mencatatkan tentang penggunaan teknologi maklumat dikalangan mahasiswa dan
mahasiswi kearah sesuatu yang bermanfaat. Hasil analisis merekodkan majoriti mahasiswa
dan mahasiswi menggunakan teknologi maklumat kearah yang positif dan berfaedah.

Soalan 28

Saya menyokong sekiranya etika penggunaan Teknologi Maklumat dimasukkan ke dalam


sistem pembelajaran

Secara keseluruhannya daripada graf ini, mahasiswa dan mahasiswi sangat bersetuju dengan
pernyataan ini. Mereka berpendapat, etika penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sangat
penting untuk dimasukkan kedalam sistem pembelajaran. Responden turut menambah, etika
penyalahgunaan teknologi maklumat juga patut dimasukkan dalam pembelajaran sekolah
menengah agar pelajar diberikan pendedahan awal mengenai penyalahgunaan teknologi
maklumat.

Soalan 29

Saya menyokong sekiranya tindakan dikenakan kepada individu yang menyalahgunakan


kemudahan Teknologi maklumat
34

Majoriti mahasiswa dan mahasiswi juga sangat bersetuju bahawa individu yang menjalankan
penyalahgunaan teknologi maklumat dihukum dengan kesalahan yang setimpal. Ini adalah
penting untuk membendung aktiviti penyalahgunaan teknologi maklumat dari berleluasa pada
masa kini dan masa akan datang.

Soalan 30

Saya tidak akan melanggari etika dalam menggunakan Teknologi Maklumat

Berdasarkan kajian dan analisis graf diatas, kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi akan
mematuhi peraturan dalam teknologi maklumat. Ini kerana mahasiswi dan mahasiswa
kebanyakannya mulai sedar dengan bahaya dan kesan penyalahgunaan teknologi maklumat.
35

6.0 Cara mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan pelajar


UKM
 Memasukkan silibus Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pembelajaran
 Menguatkuasakan undang-undang berkenaan dengan penyalahgunaan teknologi
maklumat
 Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat mahasiswa dan mahasiswi
daripada mengakses ke laman web yang tidak bermoral.
 merendahkan gred pelajar yang didapati menyalin hasil kerja orang lain.

7.0 Rumusan Kajian

Dari rumusan kajian, dapat dirumuskan bahawa tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian,
hasil kajian yang manaterdiri dari pengenalan membincangkan akan definisi Teknologi
Maklumat, definisi Penyalahgunaan Teknologi Mkalumat, Sejarah Teknologi Maklumat,
Aplikasi Teknologi Maklumat, Penyalahgunaan Teknologi Maklumat di kalangan
mahasiswa, Virus, Hak cipta, Pornografi, Penggertak, Pencerobohan, Ancaman dan fitnah,
Pemalsuan maklumat, Pembaziran masa, Kesan Penyalahgunaan Teknologi Maklumat,
Bentuk kolonialisme baru dunia, Penyebaran Bahan-bahan negatif , Pegaruh negatif kepada
mahasiwa dan mahasiswi, Ancaman terhadap pengguna teknologi maklumat, Penapisan
maklumat siber yang sukar dan menghuraikan hasil soal selidik. Maka dengan itu, dapatlah
dirumuskan penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi
tidaklah serius bahkan ianya hanya di peringkat paling permulaan dan sangatlah mudah untuk
dibendung.(sila rujuk soal kaji selidik)

8.0 Penutup

Kajian kami telah membincangkan tentang aplikasi teknologi malumat, jenis-jenis


penyalahgunaan teknologi maklumat, kesan penyalahgunaan teknologi maklumat, dan cara-
cara mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan pelajar UKM.

9.0 Rujukan

Abdul Razak Hamdan, M. Zakree A. Nazri, M. Faidzul Nasrudin, Hafiz M. Sarim,

M. Shanudin Zakaria, Yazrina Yahya, M. Zamri Murah. 2004. Teknologi Maklumat


36

dan Komunikasi. McGraw-Hill Companies.

Zawiyah M. Yusof, Nazura A. Manap, Masnizah Mohd, Azizi Abdullah, Hafiz Mohd Sarim,

Tengku Mohd Tengku Sembok. 2005. Teknologi Maklumat & Komunikasi: Etika,
Undang-undang dan Sosial. McGraw-Hill Companies.

Lampiran

Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini adalah untuk mengkaji penyalahgunaan Teknologi Maklumat yang
berlaku di kalangan mahasiswa dan mahasiswi serta cara yang baik untuk mengatasi masalah
ini. Kerjasama anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN A:

Tandakan (  ) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina

Lelaki Perempuan
37

2. Umur

Kurang daripada 19 tahun 19-25 tahun

25-30 tahun Lebih daripada 30 tahun

3. Fakulti_________________________________

4. Kelayakan akademik

SPM

Matrikulasi

Diploma

Ijazah Sarjana Muda

Lain-lain (nyatakan):_________________
38

BAHAGIAN B

Soalan-soalan di bawah ini memerlukan persetujuan anda mengenai penyalahgunaan


Teknologi Maklumat dan cara mengatasinya. Sila tandakan (  ) bagi maklum balas anda
mengikut kepentingan berikut di kotak yang disediakan:

1 2 3 4

Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Bi Perkara 1 2 3 4
l

1 Saya menggunakan laman sosial maya seperti facebook, twitter,


Friendster, skype dan Hi5

2 Saya menggunakan laman sosial maya hanya untuk mencari


kenalan baru

3 Saya tidak menggunakan laman sosial maya untuk tujuan yang


negatif

4 Saya lebih suka melayari laman-laman sosial berbanding laman


berunsur pembelajaran

5 Saya lebih banyak menghabiskan masa melayari internet


berbanding mengulangkaji pelajaran

6 Saya pernah tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan di


internet

7 Saya menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan


sumber yang berunsur pornografi

8 Program yang saya muat turun dari internet menyebabkan program


yang sedia ada rosak

9 Saya selalu memuat turun video, lagu daripada internet

10 Saya tidak berasa bersalah memuat turun perisian-perisian tanpa


kebenaran

11 Saya tahu sesetengah program yang saya muat turun melalui


39

internet mengandungi ‘spyware’

12 Saya sering menerima virus dari sumber yang tidak diketahui

13 Saya selalu menerima pautan (link) yang membawa kepada laman


web negative

14 Saya sering menerima emel yang meminta atau lebih tepatnya


memerangkap saya untuk memberikan maklumat peribadi

15 Saya tidak mempercayai sesetengah maklumat yang disebarkan


melalui internet

16 Saya sering menerima emel yang menawarkan ganjaran lumayan

17 Saya pernah menyebarkan maklumat palsu melalui internet

18 Saya tahu maklumat palsu yang disebarkan melalui teknologi


maklumat boleh membawa perbalahan

19 Saya tahu cara untuk memintas email orang lain

20 Saya tahu cara untuk mengetahui ‘password’ orang lain

21 Saya selalu menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang berunsur


negatif

22 Saya selalu menerima mesej (SMS) yang memberi tawaran atau


ganjaran yang tidak munasabah

23 saya selalu membuat salinan fotokopi bagi sesetengah rujukan


kerana lebih murah

24 Saya lebih suka membeli CD atau DVD cetak rompak kerana lebih
murah

25 Saya tidak suka mematuhi peraturan dalam menggunakan


Teknologi maklumat

26 Saya tidak tahu etika dalam menggunakan teknologi maklumat

27 Saya menggunakan Teknologi Maklumat untuk tujuan yang


berfaedah sahaja.

28 Saya menyokong sekiranya etika penggunaan Teknologi Maklumat


dimasukkan ke dalam sistem pembelajaran

29 Saya menyokong sekiranya tindakan dikenakan kepada individu


40

yang menyalahgunakan kemudahan Teknologi maklumat

30 Saya tidak akan melanggari etika dalam menggunakan Teknologi


Maklumat.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like