UUM Gifts Contest 2007 (UGC ’07) PENGENALAN Syarikat Graduan Bersatu Sdn. Bhd.

(GBSB) Merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh para graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Dalam menjayakan hasrat tersebut GBSB ingin terlibat dengan secara lebih dekat dengan membuat aktiviti yang boleh memberikan maanfaat kepada kedua-dua pihak. Bagi merealilasikan hasrat ini, pihak Graduan Bersatu Sdn. Bhd ingin menjalinkan kerjasama dengan pihak universiti dengan mengadakan UUM Gifts Contest 2007 (UGC’07). Oleh demikian, syarikat kami ingin memohon jasa baik Yg. Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj Abd Hamid selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Almuni Universiti Utara Malaysia untuk mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan aktiviti UUM Gifts Contest 2007 (UGC’07) ini. UUM Gifts Contest 2007 (UGC’07) ini lebih kepada khidmat syarikat untuk membantu warga UUM terutamanya mahasiswa/i. UGC’07 memberi ruang kepada warga UUM untuk berbelanja sambil mendapat maanfaat daripada pihak GBSB. GBSB juga turut menyediakan hadiah yang lebih berbentuk komprehensif dalam usaha untuk memantapkan akademik mahasiswa/i di UUM. Oleh yang demikian, pihak GBSB yakin dengan adanya aktiviti seperti UUM Gifts Contest 2007 (UGC’07) mampu untuk membudayakan nilai keusahawanan dan pada masa yang sama mampu memberi faedah serta maanfaat kepada warga UUM.

NAMA PROJEK  UUM Gifts Contest 2007. (UGC’07) TUJUAN Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dari Yg. Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj Abd Hamid selaku Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Almuni (HEPA) Universiti Utara Malaysia untuk menjayakan program “UUM Gifts Contest 2007”. Di antara tujuan Graduan Bersatu Sendirian Berhad mengadakan program UUM Gifts Contest 2007 adalah:  Mempromosikan produk GBSB kepada warga UUM dimana produk tersebut dihasilkan sendiri oleh bekas graduan UUM sendiri.  Memberi peluang kepada GBSB untuk menceburi dalam bidang keusahawanan sepertimana yang dialu-alukan oleh pihak universiti.  Sebagai platform kepada GBSB untuk memberi penghargaan dan maanfaat kepada warga universiti. OBJEKTIF  Mewujudkan nilai kepercayaan terhadap syarikat GBSB dari kalangan warga UUM  Memberi pulangan dan maanfaat kepada warga UUM.  Menggalakan pembelian produk tempatan. MATLAMAT  Melahirkan usahawan dari kalangan warga UUM sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan.  Memberi sumbangan kepada UUM di atas sokongan yang diberikan.  Mengeratkan hubungan kerjasama diantara badan korporat yang terdiri dari GBSB dengan pihak UUM.

PENYERTAAN  Warga UUM. PROMOSI  Melalui E-Mail  Banting  Banners  Poster  Flyers  Protal head line.

SENARAI HADIAH PEMENANG (GRAND PRIZE)  Satu set computer  Pakej percutian Hotel & Resort Langkawi. (3D 2N)  Telefon Bimbit  Basikal  E-Kamus  5 Hadiah Cenderamata Eksklusif dari GBSB. UUM Gifts Contest 2007 (UGC’07) UUM Gifts Contest 2007 (UGC’07) diadakan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan daripada warga Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan membuat pembelian RM45.00 keatas bagi setiap resit sebagai bukti pembelian. Setiap resit akan dikumpulkan untuk cabutan bertuah sebagai penghargaan dan sumbangan daripada pihak Graduan Bersatu Sdn. Bhd. (GBSB). Aktiviti ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang digariskan oleh pihak GBSB. Maklumat-maklumat pertandingan adalah seperti berikut:Tarikh Masa : : 7hb hingga 19hb Januari 2007 10.30pagi – 11.30malam

Tempat

:

Varsity Mall, UUM

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh warga UUM:1. Hadiah Pertama 2. Hadiah Kedua 3. Hadiah Ketiga 5. Hadiah Kelima 6. Hadiah Keenam : : : : : Satu Set Komputer Pakej percutian Hotel & Resort Langkawi. (3D 2N) Telefon Bimbit Basikal E-Kamus 5 Hadiah Cenderamata Eksklusif dari GBSB.

4. Hadiah Keempat :

Terma dan syarat UGC’07 1. Penyertaan mestilah berdasarkan kepada pembelian barangan yang berharga RM45.00 keatas bagi setiap resit. 2. Terbuka kepada warga Universiti Utara Malaysia 3. Bukti pembelian perlulah dikemukakan semasa aktiviti cabutan bertuah dijalankan. 4. Hanya pemilik yang sah sahaja yang berhak untuk menerima hadiah 5. Hadiah para pemenang tertakluk kepada terma dan syarat. 6. Perserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan harus disertakan dengan bukti pembelian asal. 7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak dilayan.

PROSES PERLAKSANAAN

Perbincangan proposal untuk mendapatkan kelulusan dari UUM.

GBSB membuat promosi secara besarbesaran.

Jualan produk. Mengambil pesanan Cabutan bertuah Barang pesanan dalam proses

Penyampaian Hadiah Mengedar dan mengambil barang

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful