P. 1
Nur Tuhan

Nur Tuhan

|Views: 7|Likes:
Published by Akmal Izzati

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Akmal Izzati on Jul 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/07/2010

pdf

text

original

Nur Tuhan

www.iluvilslam.com Dihantar oleh:ana_ huda Editor: fazly_90 Apabila hati itu sedang menangis, merintih seribu kesedihan. Entah kenapa hati itu sedih pada hari ini. Segala di hadapannya tidak menjanjikan sebuah senyuman kepadanya hanya kesedihan. Dia mula bosan dengan apa yang terpantul di matanya. Dia mulai bosan. Mengapa di sekelilingnya semuanya bagai cukup lengkap namun masih ada cahaya yang tertinggal. Walhal lampu yang terang benderang dengan harga yang beratus-ratus tidak dapat menembusi hatinya yang gelisah. Mengapa ? Mengapa masih ada kurang ? Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri sebentar dari suasana mewah itu. Dia ingin sekali hatinya girang sekali lagi dengan nikmat yang tidak kekal ini. Dia sudah bersiap sedia walau dia tahu dia akan merasai lelah namun dia rela agar hatinya kembali ceria. Dia mulakan langkah. Dia tempuhi danau dan bukit-bukau. Mencari yang apa tercicir dalam dirinya. Hatta lautan seluas mana pun dia sanggup untuk redah biar bahaya di hadapannya. Dilihatnya terik mentari dan peluh mula mengalir. Dia teruskan lagi perjuangan yang belum tentu dapat menghadiahkan kegembiraan. Suatu hari dia terjumpa sebuah pondok usang dan kecil. Namun dia hairan mengapa pondok itu seakan-akan miliki cahaya yang dapat menembusi hatinya. Kalah lampu-lampu mahalnya ! Dia bagai terpanggil untuk mendekati pondok buruk itu. Kakinya membawa dirinya semakin hampir kepada pondok tersebut. Di dinding pondok itu terdapat sebuah lubang dan dia mengintai dari lubang itu kerana begitu ingin tahu ada apa pada pondok itu. Dia melihat seorang lelaki sedang khusyuk bertafakur. Sesekali ternampak air matanya mengalir sambil mengalunkan zikir. Lelaki itu berhenti lalu bangun. Dilihat wajah lelaki itu penuh tenang dan bercahaya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk menumpang sebentar di rumah lelaki, entah dia sendiri hairan mengapa ingin sekali dia ingin kenali lelaki itu. Dia memberi salam dan salamnya dijawab. Diperkenalkan dirinya sebagai musafir dan ingin mohon izin untuk menumpangi di pondok tersebut. Lelaki itu tersenyum dan menyambutnya dengan gembira walau dalam keadaan sederhana. Setelah beberapa hari di sana, dia begitu tertarik untuk mengetahui rahsia lelaki itu. Mengapa kamu tenang ? Mengapa kamu bahagia ? Mengapa kamu sentiasa menampakkan muka redha walhal hanya berhartakan sebuah pondok usang ? Mengapa ? Tiada yang dapat memberikan aku bahagia melainkan izinNya hatta andai hartaku tinggi menggunung dan kekayaanku tiada tandingannya, aku tak boleh menikmati bahagia sekiranya Tuhan tidak mengizinkannya. Andai aku cari juga namun tidak kembali kepadaNya, apa yang kutemukan hanyalah kebahagiaan sementara. Bukan kebahagiaan abadi. Rahsianya ialah sentiasalah berusaha untuk dekat padaNya. Andai lautan gelora datang pun tidakkan ku takuti kerana aku ada Tuhan untukku sandarkan diri setelah aku berusaha dan bertawakkal. Andai hujan badai berturut-turut menimpa diri takkan ku gentar kerana Dia mengajarku tentang sebaik-baik tempat kembali iaitu syurgaNya. Apa yang penting«..aku ada Dia. Terkedu dia mendengar kata-kata lelaki itu. Tertunduk malu pada lelaki itu malah lebih malu pada dirinya sendiri ! Itulah jawapan kepada soalan kegelisahannya. Dia tidak pernah menikmati hidup bertuhankan Dia sehingga dia berhambakan dunia. Air matanya menitis jua akhirnya dan lelaki itu menggosok-gosok badannya.

Semoga nur Tuhan melimpahi kita semua«..

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->