SENARAI KANDUNGAN

TAJUK 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran HALAMAN

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK ST. Dominic,Ganasan a/l Ramasamy kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En.Johny Gitom yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Nur khadijah,Alicea dan Darlene yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada warga sm st. dominic yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula. Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai pusat kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan sekolah saya.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan 1) 2) 3) 4) 5) 6) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula. Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di SMK ST. DOMINIC.

KAWASAN KAJIAN
Kajiani ini telah dijalankan di SMK ST. Dominic,Lahad Datu,Sabah.Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Lahad Datu. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah 50 sen untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan sekolah ini juga mempunyai pelajar yang ramai.. Sekolah saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. Smk ST. Dominic mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian.

KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar

semula yang terdapat di kawasan kampung saya. 2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk

kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung. 3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi

oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran ) 4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari

internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Kitar Semula Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

8.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh warga sekolah saya ialah kertas, plastik dan kaca. Amalan kitar semula yang dijalankan oleh warga sekolah saya ialah MENJUALbahan-bahan kitar semula.Selain itu,menggunakan semula bahan,contoh:buku yang lama atau yang telah dihapuskira akan diberi kepada pelajar. Disamping itu,amalan kitar semula termasuk memberi sumbangan kepada pihak lain iaitu pusat sumber sekolah supaya dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar. Akhir sekali,amalan kitar semula dengan menghasilkan bahan baru melalui pertandingan mereka cipta dengan menggunakan bahan yang terpakai. Sebagai pelajar-pelajar mesti mengamalkan sikap sayang bumi agar bumi ini akan sentiasa terjaga.

8.3 Kepentingan Kitar Semula. 1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal? 2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. 3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen. ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih. iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.

8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti. 1. Sikap Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. 2. Kurang Pengetahuan Hasil daripada kajian saya, kebanyakan warga sekolah yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. 3. Harga Terlalu Rendah Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan. 4. Kurang Pusat Pengumpulan. Di kawasan Smk st. Dominic hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.

5. Kurang Kerjasama Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana. Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah tersebut ialah seperti :1. Kempen Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. 2. Pendidikan Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan. Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran. Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul. 4. Gotong Royong PendudukSm ST. Dominic boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

Bahan Grafik - Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :i) ii) iii) iv) Jadual Graf Carta Pai Peta Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

RUMUSAN
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

LAMPIRAN
1. Surat pengenalan diri murid 2. Surat kebenaran membuat kajian 3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga 4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga 5. Borang soal selidik 6. Gambar / foto yang berkaitan

RUJUKAN
Buku Teks Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd. Buku Rujukan Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5 Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3 Internet

PETA KAJIAN
1) 2) 3) Lukis Peta Daerah / Peta Pekan Parit Sulong Peta Kg. Parit Raja Ahmad

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan i) ii) iii) iv) Tajuk dan Bingkai [1 m] Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m] Simbol Piawai [ 1 m ] Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful