P. 1
Aktivis 2006

Aktivis 2006

|Views: 1,092|Likes:
Published by Hazman Aziz

More info:

Published by: Hazman Aziz on Jul 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2012

pdf

text

original

Guru ialah orang yang bijaksana dan berfikiran luas,
oleh itu janganlah cuai atau lalai untuk
memperkayakan lagi bahasa dan budaya Melayu
yang begitu baik dan indah.
Guru ibarat obor, semaraklah selama-lamanya
agar dapat menjadi penyuluh kepada
bahasa dan bangsa Melayu”
.

Tuan Haji Hamid Ahmad atau ‘Pak Hamid’ dilahirkan pada bulan Disember 1926 di Palembang Road
dan merupakan anak sulung dalam keluarga seramai lima orang anak. Beliau mula bersekolah ketika
umurnya 10 tahun, di Sekolah Melayu Geylang pada tahun 1936 selama 5 tahun, dan kemudiannya di
Sekolah Inggeris Geylang selama 5 tahun juga. Kelulusan tertingginya adalah Standard VI (Standard
Enam). Beliau gemar membaca hikayat atau lagenda, termasuk yang bukan Melayu.

Beliau mula menonton pementasan bangsawan semasa zaman persekolahan lagi, lantas mula tertarik
dengan seni bangsawan sejak itu. Allahyarham bapanya merupakan kawan baik kepada beberapa
pelakon seperti Aman Belon, seorang ahli jenaka yang terkenal dalam zaman itu. Beliau diberikan
tiket percuma oleh rakan bapanya itu, untuk masuk ke panggung pementasan bangsawan selama
sebulan. Oleh itu, beliau sering menonton pementasan bangsawan sekurang-kurangnya tiga hingga
empat kali dalam seminggu. Antara barisan pelakon yang beliau ingat pada zaman itu ialah Pak
Ahmad Sabri, Pak Syarif Medan, Pak Din Mak Tijah, Pak Obit, Pakcik Leman Raja, Mak Zainab
Abdullah, Makcik Maimun Wayang, Mak Salmah Wayang, Mak Minah dan Pak Alias Wayang.

Pada zaman pendudukan Jepun, Pak Hamid bertugas sebagai seorang jurubahasa. Selepas
pengunduran Jepun pada tahun 1945, minat beliau terhadap bangsawan kembali berputik. Pada tahun
1959, beliau mula bekerja sambilan secara sepenuh masa di stesen televisyen/radio. Beliau merupakan
salah seorang pelakon terkenal di Singapura dalam zaman itu. Pada tahun 1965, beliau ditugaskan
menerbitkan bangsawan di udara (radio) kerana diberi peluang oleh Encik Hashim Yusoff.

Terdapat beberapa cabaran yang beliau hadapi dalam kerjayanya. Antaranya adalah tugas menerbitkan
bangsawan secara mendadak, sambutan yang kurang dan ketidakhadiran pelakon bagi penggambaran
atau pementasan. Tambahan pula, semasa penggambaran di luar terdapat beberapa halangan seperti
musim cuaca, terutama hujan yang tidak menentu dan menjejas masa penggambaran, serta ada
segolongan individu yang tidak berapa senang dengan kebolehan Pak Hamid. Antara pengalaman
yang tidak dapat dilupakan adalah semasa beliau dipanggil berlakon sebagai bendahara Melaka dalam
pementasan “Puteri Gunung Ledang” arahan Syarif Medan dan beliau pernah terlupa dialog semasa
berlakon di atas pentas.

Pak Hamid merupakan anggota Malay Activity Executive Committee atau MAEC di Balai Rakyat
Kampong Ubi sejak tahun 1986 hingga kini. Kementerian Kebudayaan & Kesenian Negeri Johor
telah beberapa kali mendapatkan khidmat Pak Hamid bagi menulis dan mengarah dalam pementasan
bangsawan di sana. Beliau kini berkhidmat sebagai seorang penasihat kepada persatuan Sri Anggerik
Bangsawan. Sekali-sekala, beliau diundang oleh Som Said ke Istana Kampong Glam untuk
berceramah mengenai bangsawan.

4Aktivis-Jurnal Akademik Jilid VI 2006

Pak Hamid berpendapat bahawa terdapat banyak perubahan atau perbezaan dalam budaya masyarakat
Melayu dahulu dan sekarang. Sebagai contoh, beliau memperkatakan mengenai zaman orang Melayu
masak di rumah dengan menggunakan kayu api dalam zaman dahulu, sekarang pula dengan gas
sahaja. Pakaian orang Melayu juga telah berubah mengikut peredaran zaman. Misalnya, kaum lelaki
pada zaman dahulu memakai baju Melayu ketika menghadiri sesuatu majlis seperti majlis
perkahwinan. Kini, mereka hanya mengenakan baju kemeja dan seluar panjang sahaja. Beliau berkata
bahawa ‘keindahan seni budi pakaian Melayu telah tenggelam dek pakaian zaman moden ini’.

Beliau menganggap dirinya tidak layak untuk menyampaikan nasihat kepada guru, kecuali sekadar
memberikan pandangan yang ikhlas sahaja, iaitu ‘Dalamilah atau perhalusilah bahasa Melayu dengan
bersungguh-sungguh, jika tidak bahasa Melayu kita yang begitu indah dan murni pasti akan terhapus
dek gejala atau pancaroba yang sentiasa melanggar kita’.

Pak Hamid akur bahawa kumpulan dan badan lakonan Melayu setempat, seperti bangsawan wajar
ditambah dan digerakkan secara lebih aktif lagi bagi menghasilkan golongan pelapis yang
menggantikan para pejuang lama seperti Pak Hamid sendiri. Beliau juga bertanggapan adalah penting
bagi merancakkan dunia sajak, pantun dan gurindam di tanah air kita. Bangsawan juga adalah satu
komponen yang penting untuk dipelajari dan digiatkan kerana bangsawan mengandungi bahasa dan
sastera yang baik dan indah. Beliau juga mengingatkan agar golongan muda bersungguh-sungguh dan
tekun dalam pembelajaran bahasa Melayu, kerana bahasa Melayu boleh luput ditelan zaman.

Beliau berpendapat bahawa masyarakat Melayu setempat sibuk dalam mengharungi kehidupan
seharian, lantas besar kemungkinan mereka tidak berkesempatan mendukung peribudi bahasa Melayu
yang begitu indah dan amat seni. Terdapat banyak perkara, seperti pelbagai majlis (terutama majlis
perkahwinan) yang diringkaskan atau dipermudahkan kerana kesuntukan masa. Beliau juga
menyentuh bahawa masalah sosial dalam masyarakat Melayu kini semakin meruncing, dan perlu
ditangani segera.

Akhir kata, Pak Hamid memberikan kata-kata perangsang kepada bakal guru yang berupaya
meneruskan tradisi memartabatkan bahasa, budaya dan bangsa Melayu iaitu, ‘Guru ialah orang yang
bijaksana dan berfikiran luas, oleh itu janganlah cuai atau lalai untuk memperkayakan lagi bahasa dan
budaya Melayu yang begitu baik dan indah. Guru ibarat obor, semaraklah selama-lamanya agar dapat
menjadi penyuluh kepada bahasa dan bangsa Melayu’.

Muhammad Dzul Azhan Bin Sahban
Siti Nur Akashah Bte Mustaffa

___________________________________________

“Dampingi anak-anak kita. Jangan biarkan mereka tersendiri
seperti diri saya semasa kecil. Dengan mendampingi mereka, kita
dapat semacam kepuasan dalam membentuk jiwa dan inspirasi
mereka.”

Tokoh Aktivis IV (2004) - Harun Abdul Ghani

5

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid VI

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->