P. 1
Praktis Formatif SPM

Praktis Formatif SPM

|Views: 196|Likes:
Published by Steve Lim

More info:

Published by: Steve Lim on Jul 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2014

pdf

text

original

Praktis Formatif SPM

Praktis 1
(a) Apakah aspek-aspek sastera yang menarik perhatian anda setelah selesai membaca sesebuah novel? Huraikan tiga aspek tersebut dengan berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah] (b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam setiap novel itu. Apakah reaksi watak utama terhadap cabaran-cabaran itu? [8 markah]

Praktis 2
(a) Teknik kejutan digunakan oleh pengarang untuk memunculkan peristiwa yang tidak diduga oleh pembaca. Nyatakan satu peristiwa yang menggunakan teknik kejutan dan nilaikan kepentingan teknik tersebut. [7 markah] (b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan latar masyarakat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 3
(a) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang terdapat alam setiap novel itu. [7 markah] (b) Huraikan pertistiwa yang merupakan klimaks dalam dua buah novel yang telah anda kaji serta jelaskan klimaks novel yang lebih menarik. [8 markah]

Praktis 4
(a) Bagaimanakah anda dapat membezakan antara watak protagonis dengan antagonis? Huraikan watak protagonis dan antogonis dalam sebuah novel yang telah anda kaji. [7 markah] (b) Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, bandingkan tema novel-novel tersebut. [8 markah]

Praktis 5 (a) Bincangkan kegigihan watak-watak menghadapi cabaran dalam sebuah novel yang
telah anda kaji [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan cara pengarang
menamatkan ceritanya dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 6 (a) Nyatakan dua nilai murni yang sama dalam dua novel yang telah anda kaji. Beriakn
contoh yang sesuai daripada setiap novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan perwatakan watak
utama daripada setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 7 (a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua
peristiwa yang mempunyai unsur saspens dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

(b) Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
Pada pendapat anda, mengapakah banyak terdapat nilai murni dalam novel-novel tersebut? [8 markah]

Praktis 8
Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji:

(a) Huraikan dua persoalan daripada setiap novel tersebut
[7 markah]

(b) Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Bandingkan konflik
yang dihadapi oleh watak utama dalam setiap buah novel itu. [8 markah]

Praktis 9 (a) Apakah peristiwa yang merupakan peleraian dalam satu novel yang telah anda kaji?
Huraikan. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, kemukakan dua kepincangan
masyarakat daripada setiap novel itu. [8 markah]

Praktis 10
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji: (a) Huraikan dua latar masyarakat daripada setiap novel itu. [7 markah] (b) Bandingkan nilai keberanian yang dimiliki oleh watak utamanya. [8 markah]

Praktis 11 (a) Bincangkan plot dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, nyatakan dua sumbangan penulis
novel kepada masyarakat. [8 markah]

Praktis 12 (a) Huraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan nilai kasih sayang yang
terdapat dalam setiap novel tersebut [8 markah] .

Praktis 13 (a) Huraikan nilai tanggungjawab yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu latar masyarakat
dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 14 (a) Nyatakan tema sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu watak sampingan
dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 15 (a) Dalam sesebuah novel, pengarang lazimnya mengemukakan beberapa peristiwa yang
menyayat hati atau benar-benar menimbulkan kesan yang mendalam di hati pembaca. Terangkan dua peristiwa tersebut yang anda temui semasa membaca sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar tempat yang
terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 16 (a) Kemukakan peristiwa yang menimbulkan konflik yang dialami oleh mana-mana dua
watak yang anda temui dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan sudut pandangan
setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 17 (a) Watak utama dalam sesebuah novel dianggap istimewa berbanding dengan watakwatak lain. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan keistimewaan yang terdapat pada watak utama itu. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel kajian anda, bandingkan satu pengajaran yang terdapat
dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 18 (a) Watak-watak yang terdapat dalam sesebuah novel digambarkan selalu menghadapi
masalah dalam kehidupannya. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bagaimanakan watak-watak tersebut berjaya mengatasi masalah yang dihadapinya? [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu unsur nasihat
yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 19 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan kritikan sosial.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu nilai murni yang
terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 20 (a) Perkembangan plot merupakan satu daripada aspek yang menentukan kehebatan
sesebuah novel. Bincangkan aspek perkembangan plot dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu watak pipih dalam
setiap novel tersebut. [8 markah]

Praktis 21 (a) Novel merupakan satu genre sastera yang memerlukan perhatian yang berat kepada
pembaca. Bincangkan ciri-ciri novel. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu unsur saspens
yang anda amati dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->