TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN

Sosial Konstruktivis Humanis

Kognitif

Behavioris

PENDEKATAN BEHAVIORISME 

Mengatakan

bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental(sedar dan tidak sedar),sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.  Watson-aspek yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman.

MAZHAB BEHAVIORIS

Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku

Mengkaji perhubungan R-G apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran

Melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan rangsangan. Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman.

Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan.

Skinner

Thorndike

Pavlov

Ahli Teoris ‡Rangsangan ‡Gerakbalas ‡Peneguhan ‡Pengukuhan ‡Modifikasi tingkah laku Implikasi Guru Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap serta peneguhan Konsep Utama BEHAVIORIS FOKUS Tingkah laku

PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
Teori

thorndike - melihat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. cuba menegakkan hakikat bahawa manusia belajar melalui proses cuba jaya. mendorong manusia untuk melakukan sesuatu gerak balas manakala denda menghalang sesuatu gerak balas. akan bertindak dalam persekitaran (secara sukarela) untuk menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat gerak balas positif.

Beliau

Ganjaran

Organisma

EKSPERIMEN THORNDIKE
Letakkan seekor kucing yang lapar didalam sangkar dan makanan di luar sangkar.Kucing cuba mencari jalan keluar.Setelah beberapa percubaan ,secara tidak sengaja,kucing telah terusik selak yang menahan pintu.Kucing dapat keluar dan makan makanan tersebut. Kali kedua kucing mengambil masa yang lama sedikit untuk keluar.Pada percubaan terakhir(ke20),kucing secara automatik menekan selak sebaik sahaja ia dikurung dalam sangkar.tyhorndike mengemukakan hukum kesan,iaitu jika kesan menyeronokkan,tingkah laku akan diulang dan sebaliknya.Hasil daripada eksperimen beliau,3 hukum utama dikemukakan.

Masukkan seekor kucing yang lapar di dalam sangkar

makanan

Kucing melakukan pelbagai tingkah laku untuk mencari jalan keluar spt:mencakar

Tindakan kucing dipanggil cuba jaya.

Setelah beberapa percubaan. Selak telah disentuh oleh kucing dan pintu terbuka

Kucing dapat keluar dari sangkar

Kucing dapat keluar dan makan makanan tersebut

Thorndike masukkan semula kucing ke dalam sangkar

Percubaan ke-20,kucing serta merta menekan selak.

Adusss«

Jika terdapat kesan yang tidak menyeronokkan,kucing tiada motivasi untuk keluar

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE

Hukum Kesediaan Kesediaan dari segi psikomotor,efektif, kognitif sebelum boleh belajar.

Hukum latihan Latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.

Hukum kesan Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas.

HUKUM KESEDIAAN

Persiapan / keupayaan perlu ada sebelum bertindak. Jika bersedia,berasa puas apabila bertindak. Jika tidak bersedia akan menimbulkan perasaan dukacita dan apabila dipaksa akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Kesediaan dapat dilihat dari 3 aspek yang utama iaitu:kesediaan psikomotor,kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Rumusan:Hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada,sebelum individu itu bertindak,iaitu belajar.

HUKUM LATIHAN
Pertalian

antara R-G akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Tingkah laku akan diteguhkan melalui amalan dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Contohnya: Kerap mengulangkaji rumus matematik,mudah dapat mengingatinya. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan atau latihan otot.

HUKUM KESAN

Jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan yang menyeronokkan,kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil,pertalian R-G akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian R-G. Contohnya:Jika dalam eksperimen Thorndike,kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar. Rumusannya,jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan,ia akan diulang,tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.

Rangsangan

Mendapat sesuatu yang menyeronokkan

Mendapat sesuatu yang menyakitkan

Gerak balas pembelajaran Hukum Kesediaan

Hukum Kesan

Hukum latihan

Gerak balas yang pelbagai(perlu peneguhan)

APLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM BILIK DARJAH
1.

Mengadakan peklbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
y y

Sumber pembelajaran yang pelbagai Suasana yang menyeronokkan Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul.

2.

y

Guru perlu menyediakan peluang yang secukupnya untuk pelajar memberi respon yang betul dapat diteguhkan oleh guru. Menetapkan sikap

3.

y y

Guru boleh menetapkan sikap pelajar. Persekitaran yang menggalakkan perkembangan akademik akan menyebabkan pelajar memberi respon secara selesa dan gembira. Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif,,fizikal dan afektif.

4.

5.Menikmati kejayaan Guru menekankan aspek-aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menekankan isu penting melalui cara pengulangan,menggariskan fakta penting,mewarna dan dengan suara serta gerak geri. 6.Membuat generalisasi Guru menunjukkan kepada pelajar pelbagai situasi yang menggunakan peraturan yang sama. Guru menunjukkan perkaitan antara situasisituasi yang berlainan kepada pelajar untuk memudahkan proses generalisasi.

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PEMBELAJARAN BERKEPERLUAN KHAS

1.Murid seorang pendendam:
Jangan melakukan tindas balas,meskipun disakiti. Terangkan akibat melakukan perbuatan tersbut. Guru memberikan motivasi yang sesuai supaya pelajar menghentikan perbuatannya

2. Murid suka menarik perhatian melalui perbuatan:
Jangan pedulikan perbuatan mereka Tegas tehadap mereka. Beri lebih banyak perhatian pada masa yang sama.

3.Pelajar mengganggu dengan kekerasan.
Jauhkan diri dari terjebak dengan pergaduhan mereka. y Masih bersikap tegas,baik hati dan adil. y Pilih seorang pelajar yang baik dari sahsiah kemudian berikan pujian atas perbuatan mereka.
y

Teori Pelaziman Emosi Watson

Pengenalan

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. Beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak ²kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

Eksperimen

Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak ²kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak ²kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut,

tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak ²kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak ² kanak tersebut pada tikus putih.

Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.

Implikasi terhadap pengajaran & pembelajaran«.
Kurikulum

Menimbulkan minat pelajar Memberi rangsangan kepada pelajar untuk berfikir tentang berlakunya sesuatu perkara. Guru dapat mengetahui respons / gerakbalas yang diberi oleh para pelajar terhadap rangsangan yang diberi.

Pengajaran

Guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan yang akan didedahkan kepadanya. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Guru dapat memilih rangsangan yang sesuai untuk diberikan kepada para pelajar mengikut minat mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

Penilaian

Memberi ganjaran dan peneguhan terhadap respons yang betul Sentiasa menilai tahap penerimaan para pelajar. (post mortem) Memberi motivasi yang berterusan

Implikasi terhadap kanak ²kanak berkeperluan khas

Memberi respons yang baik terhadap rangsangan yang diberi. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran. Mempertingkat keyakinan diri pelajar Memberi didikan kepada mereka supaya tidak membatasi keupayaan diri.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful