PARA HADIRIN, MAJLIS MENGALU-ALUKAN KETIBAAN YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU PENGARAH KOLEJ KOMUNITI

LEDANG, DIIRINGI OLEH YANG BERUSAHA PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5, DIIRINGI OLEH YANG DIHORMATI ENCIK KAMSANO BIN PADIKON, YDP PIBG DAN JAWATANKUASANYA. KETIBAAN BELIAU TURUT DIIRINGI OLEH DIF-DIF JEMPUTAN. KETIBAAN YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU, DISAMBUT DENGAN PALUAN KOMPANG DAN IRINGAN BUNGA MANGGAR. SETELAH PERASMI DAN TETAMU DI DEWAN

AYUNAN LANGKAH TERUS KEHADAPAN USAH DIRISAU MENCURI PANDANG TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN SUDINYA TUAN DATANG BERTANDANG KAPAL BERLABUH MENURUN SAUH HAJAT DIHATI NIAGA SUTERA BUDI TUAN DIHARGAI SUNGGUH SETINGGI PENGHARGAAN PEMULA BICARA

DOA PEMULA MAJLIS

YANG BERUSAHA, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5, YANG DIHORMATI EN KAMSANO BIN PADIKON, YANG DIPERTUA PIBG SK BAKRI BATU 5 YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU, PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG YANG DIHORMATI ___________________________________________________ _____________________________________________________________________ YANG DIHORMATI ___________________________________________________ _____________________________________________________________________ YANG DIHORMATI ___________________________________________________ _____________________________________________________________________ YANG DIHORMATI ___________________________________________________ _____________________________________________________________________

YANG DIHORMATI GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU PENYELIA PETANG, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BAKRI BATU 5, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR, GURU-GURU, IBU BAPA SERTA PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN ASSALAMUALAIKUM WBR. DAN SALAM SEJAHTERA

BURUNG SELASIH TERBANG DIAWAN ENGGANG JUA MILIK ANGKASA UCAPAN SALAM SAYA MULAKAN AWAL BISMILLAH PEMBUKA BAHASA KAPAL DAGANG DI TENGAH LAUTAN PENUH MUATAN SIKAYU JATI KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SEMOGA TUAN CERIA DIHATI SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEHADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA PADA PETANG INI SEMPENA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2009. TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA MENERUSKAN ACARA PADA PETANG INI, IZINKAN KAMI BAGI PIHAK AHLI-AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2009, MEMBINGKISKAN UCAPAN SELAMAT DATANG. ATAS SUDINYA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN KE SINI, KAMI MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH. HADIRIN YANG DIHORMATI MENUNJUK BAKAT MEMPERSEMBAHKAN GAYA. MOGA HADIRIN RIA TERASA. IBU-IBU AKAN TERSENYUM PULA. DIPERSILAKAN KUMPULAN KOIR SK BAKRI BATU 5 YANG DIANGGOTAI OLEH MURID-MURID TAHAP 2 MENERUSKAN ACARA. MEREKA AKAN MENYANYIKAN LAGU YANG BERTAJUK GEMILANG. DIPERSILAKAN. KOIR TERIMA KASIH. PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH KELOLAAN EN ABDUL RAHMAN B ABDULLAH DAN PN NURUL FITRI FATIHAH BT ABDULLAH KITA TERUSKAN ACARA PERSEMBAHAN. DIPERSILAKAN KUMPULAN ACTION SONG SK BAKRI BATU 5 YANG DIANGGOTAI OLEH MURID-MURID TAHAP 1 UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU YANG BERTAJUK THE HAPPY WONDERER. DIPERSILAKAN.

PERSEMBAHAN ACTION SONG

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN YANG TELAH DIPERLIHATKAN. KUMPULAN YANG TELAH DIBIMBING OLEH CIK NUR AKMAL BINTI MAHAMAD ITU TADI TELAH MENDAPAT TEMPAT PERTAMA SEMASA ENGLISH FESTIVAL PERINGKAT ZON MAHARANI DAN TEMPAT KETIGA DIPERINGKAT DAERAH MUAR KEJAYAAN SEBAGAI TEMPAT KETIGA PADA HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH MUAR MEYUSUL KINI. PERSEMBAHAN INI DI ANGGOTAI OLEH MURID-MURID TAHAP 2 DENGAN LAGU DIKIR DELIMA LESTARI DAN CERIAKAN ALAM. DIPERSILAKAN KUMPULAN DIKIR PUTERI TAMPIL KE PENTAS. DIPERSILAKAN. DIKIR PUTERI TERIMA KASIH. PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH KELOLAAN PN FARAH HANIM BT MOHD ARIFFIN DAN PN ROSMARINA BT AZID. HADIRIN YANG DIHORMATI SEBAGAI SANTAPAN HALWA TELINGA PADA PETANG INI, SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN SYAIR BERBAHASA JAWA YANG BERTAJUK ILIR-ILIR. KUMPULAN YANG DIANGGOTAI OLEH MURID-MURID TAHUN 4 INI DIKETUAI OLEH ADIK MOHD NAIM B MD SHUKRI MUTAMMIM. DIPERSILAKAN. SYAIR DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN YANG TELAH DIPERLIHATKAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH. PARA HADIRIN YANG DIHORMATI TAMING SARI NAMANYA KERIS JADI SEBUTAN ZAMAN BERZAMAN AGAR BERTAMBAH SERINYA MAJLIS DOA DIBACA RESTU DIPOHONKAN UNTUK ITU PIHAK MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI TN HJ RAHAMAN B YAHYA / USTAZ GHAZALI B MUSTAPHA, MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN DOA PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI TN HJ RAHAMAN B YAHYA / USTAZ GHAZALI B MUSTAPHA, ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. TERIMA KASIH.

KINI TIBA KETIKA JUA. DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI EN KAMSANO BIN PADIKON, YANG DIPERTUA PIBG SK BAKRI BATU 5 MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN TUAN. UCAPAN PIBG DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH YANG DIHORMATI EN KAMSANO BIN PADIKON, YANG DIPERTUA PIBG SK BAKRI BATU 5. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH. PARA HADIRIN UCAPAN YANG BERUSAHA PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5 MENYUSUL KINI. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA TAMPIL KE PENTAS MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN PUAN. UCAPAN GURU BESAR DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH YANG BERUSAHA PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH. KINI TIBA KETIKA DINANTI. UCAPAN PERASMIAN. UNTUK ITU MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU, PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN SEMPENA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2009 SK BAKRI BATU 5. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN TUAN. UCAPAN PERASMIAN DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU, PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG. TERIMA KASIH TUAN. PARA HADIRIN

ACARA KITA PADA HARI INI DITERUSKAN LAGI. ACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2009. BAGI MENYEMPURNAKAN ACARA, DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU, PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG DIIRINGI OLEH YANG DIHORMATI EN KAMSANO BIN PADIKON, YANG DIPERTUA PIBG SK BAKRI BATU 5 DAN YANG BERUSAHA PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5 TAMPIL BAGI MENYEMPURNAKAN ACARA. DIPERSILAKAN. KEJAYAAN CEMERLANG MENJADI HARAPAN. PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2009 BERUPA SEBUAH PLAK, SIJIL DAN WANG TUNAI. BAGI PENCAPAIAN 5A UPSR. DIPERSILAKAN PENCAPAIAN 5A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 PENCAPAIAN 4 A. DIPERSILAKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

HADIRIN YANG DIHORMATI MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2009 PADA HARI INI JUA PENUH BERERTI. KEJAYAAN PELAJAR DIIRINGI KEJAYAAN GURU. UNTUK ITU PANEL AJK PENILAI DENGAN MANDAT YANG DIBERIKAN OLEH JAWATANKUASA PIBG TELAH MEMILIH BEBERAPA ORANG GURU UNUTK DIANUGERAHKAN GURU CEMERLANG SK BAKRI BATU 5 TAHUN 2009. UNTUK ITU DIPERSILAKAN PENERIMA ANUGERAH GURU CEMERLANG TAHUN 2009. DIPERSILAKAN 1 2 3 4 5 KINI DIPERSILAKAN PULA YANG DIHORMATI EN KAMSANO BIN PADIKON, YANG DIPERTUA PIBG SK BAKRI BATU 5, MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU, PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG. SUDILAH APA KIRANYA MENERIMA. DIPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS SEMPURNANYA ACARA ITU TADI. KINI DIPERSILAKAN JUA YANG DIHORMATI ENCIK NORDIN BIN SARIJU, PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG DIIRINGI OLEH YANG BERUSAHA PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5 DAN YANG DIHORMATI EN KAMSANO BIN PADIKON, YANG DIPERTUA PIBG SK BAKRI BATU 5 SERTA AHLI-AHLI JAWATANKUASANYA BESERTA TETAMU JEMPUTAN KE RUANG LEGAR UNUTK ACARA BERGAMBAR YANG AKAN DIIKUTI DENGAN ACARA JAMUAN. DIPERSILAKAN. PARA HADIRIN SEKALIAN SEBELUM LANGKAH DIATUR PERGI, IZINKAN KAMI MEWAKILI WARGA SK BAKRI BATU 5, MERAKAMKAN SEKALI LAGI UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH. MAAF DIPOHON ANDAI ADA KETERLANJURAN BAHASA MAHUPUN PETAH BICARA MENYENTUH RASA.

BURUNG MERPATI TERBANG SERIBU MENCARI AIR TELAGA PERIGI KESALAHAN KAMI MUNGKIN BERIBU JANGANLAH SATU DIBAWA PERGI BURUNG MERPATI TERBANG SERIBU HINGGAP DITANNGAN JINAKLAH IA BIAR TERPISAH BERIBU BATU RAMAH DAN MESRA KENANGLAH IA SEKIAN, MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34 DAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH SETERUSNYA AKAN DIADAKAN SELEPAS WAKTU REHAT. SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM WBR DAN SALAM SEJAHTERA SELEPAS JAMUAN HADIRIN YANG DIHORMATI MENDAHULUI ACARA PADA PETANG INI. DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI EN KAMSANO BIN PADIKON, YANG DIPERTUA PIBG SERTA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BAGI SESI 2009 / 2010 TAMPIL KEHADAPAN BAGI MEMULAKAN ACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAKRI BATU 5 KALI KE 34. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. MESYUARAT AGUNG PIBG SELESAILAH SUDAH MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAKRI BATU 5 KALI KE 34. MOGA PERMUAFAKATAN MEMBAWA BERKAT. TERIMA KASIH DIRAKAMKAN ATAS SEMPURNANYA ACARA.