You are on page 1of 19

ADAT RESAM KAUM

MELAYU
DEFINISI
Adat Resam
 Pembawaan,  Peraturan yg menjadi
kebiasaan, sifat, adat; adat yg dipakai
tabiat: dlm pantun turun-temurun: adat
banyaklah terdapat ~ peraturan atau adat
perasaan, fikiran, ~, yg biasa.
dan tabiat orang  Apa-apa yg selalu
Melayu dilakukan; tabiat;
kebiasaan.
PENGENALAN
 Kaum Melayu mempunyai pelbagai adat
yg menjadi pegangan dalam kehidupan
seharian mereka.
 Namun, sebahagian daripadanya tidak lagi
menjadi amalan mereka kerana
bertentangan dengan ajaran Islam.
 Seterusnya ialah beberapa contoh adat yg
pernah @ masih diamalkan hingga
sekarang.
BERSALIN
 Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan
diuruskan oleh keluarga berkenaan.
 Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah
cukup sembilan bulan sepuluh hari.
 Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai
sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil
bunting kerbau.
 Mengikut kepercayaan, daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah
pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita
yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan
makhluk halus.
 Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu
dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

12/07/21
POTONG TALI PUSAT
 Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya
dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan
daun sirih.
 Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong
dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas
sekeping wang perak satu ringgit.
 Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan
cincin emas.
 Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan
kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah
dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu
tanggal sendiri.
AZAN/IQAMAT
 Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di
kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan.
 Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini.
 Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih
merupakan amalan berunsur keagamaan.
MEMBELAH MULUT
 Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun
demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang
menghukumkan sunat untuk berbuat demikian.
 Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah
dan surah Al-Ikhlas.
 Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan
sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang
menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air
pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut.
 Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera
dibacakan.
 Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi
oleh masyarakat Melayu hari ini.


BERPANTANG
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti
menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan.
 Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan.
 Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh
empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang
berpantang selama seratus hari.
 Ramuan asli
 Bengkung waktu pantang


 Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan
mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan
banyak pergerakan.
 Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan
kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan
pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli,
sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan.
 Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang
dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
 Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku.
 Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali
normal.
 Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara.
 Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa
helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat
mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
 Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan
untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin.
 Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang
dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung.
 Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau
pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada
wanita selepas bersalin.
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada
ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil
adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh
dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada
hari Isnin atau Khamis.
 Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
 Nasi kunyit dan lauk-lauk
 Seekor ayam hidup
 Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
 Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian

 Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini.


 Selepas itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil
 memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam
 ke atas lantai tempat wanita itu bersalin.
 Seterusnya lantai itu akan dibersihkan.
 Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini
 Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara
tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada
bidan tersebut.
MEMBERI NAMA
 Mengikut ajaran Islam, adalah sunat
memberi nama yang mempunyai maksud
yang baik kepada bayi.
 Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama
akan diberi mengikut nama para nabi
manakala untuk bayi perempuan, nama
isteri-isteri atau anak-anak nabi akan
dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul
 Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut
dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat
diadakan pada hari tersebut.
 Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan
disediakan.
 Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air
tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
 Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan
berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya
dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu
diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa
 itu dihias, umpamanya dengan
 melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
NAIK BUAI
 Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di
dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan
dihias indah dengan bunga-bungaan.
 Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-
lahan semasa upacara berlangsung.
 Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh
sekumpulan lelaki atau wanita.
 Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada
kumpulan ini.
 Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak
dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.
Jejak Tanah/Turun Tanah
 Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah.
 Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan.
 Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah
sebagai lambang meneruskan kehidupannya.
 Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat
yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.
 Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini.
 Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas
kanak-kanak berkenaan berjalan.
 Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang,
termasuk makanan dan minuman.
 Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat,
jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air
sejuk dan wang.
 Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil.
 Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan
dihadkan mengambil tiga barangan sahaja
 Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini
dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu
berdasarkan barangan yang diambil.
 Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting,
kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja
tangan.
 Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu
dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-
piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan
beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan.
 Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Bersunat / Berkhatan
 Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu
masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
 Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani
upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.
 Adat ini akan dijalankan oleh bidan.
 Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12
tahun.
 Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim.
 Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin.
 Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan.
 Majlis bersunat kanak-kanak perempuan
tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak
lelaki dan ada juga yang menjalankannya
serentak dengan majlis perkahwinan
KONKLUSI
 Adat-adat tersebut wajar dipertahankan
selagi tidak bertentangan dengan syariat
Islam.
 Hal ini disebabkan adat resam bukan
sahaja merupakan warisan kaum Melayu,
malah turut dapat menyemai nilai-nilai
murni ke dalam jiwa masyarakat.
SUMBER
http://resam-melayu.com/2010/01/koleksi-
pilihan-video-lagu-rakyat-dan-sastera-
melayu-tradisional.html
AKHIR KATA
 TERIMA KASIH
 BONJOUR
 ARIGATO
 NANDRE
 VANAKAM
 THANK YOU
 SYUKRON
 SIE SIE

You might also like