http://www.nre.gov.my/opencms/opencms/NRE/BM/Knowledge/Resources/sumberhutan.

html Pengenalan Malaysia adalah antara negara yang termasuk dalam dua belas negara yang mempunyai bilangan kepelbagaian biologi dan spesies endemik tertinggi di dunia. Kesemua dua belas negara ini menyumbang kepada kira-kira 60−70 peratus daripada kepelbagaian biologi dunia. Dianggarkan sebanyak 12,500 spesies tumbuhan berbunga, lebih daripada 1,100 spesies paku pakis sejati dan sekutu paku-pakis terdapat di Malaysia. Kebanyakan spesies yang didapati di Malaysia ini adalah unik dan tidak dijumpai di negara-negara lain. Walaupun demikian, masih banyak yang perlu diketahui berkenaan flora di negara ini terutamanya bagi fungi dan tumbuhan peringkat rendah seperti alga, liken dan briofit. Kepelbagaian spesies yang tinggi di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu: iklim tropika yang mempunyai suhu panas dan lembap yang malar; kewujudan pelbagai jenis mikrohabitat yang terhasil daripada sejarah geologi lampau dan masa kini; kebolehan spesies-spesies asli yang memiliki keupayaan untuk beradaptasi, bersaing dan menakluki habitat yang baru terbentuk; dan kewujudan pelbagai strategi reproduktif di kalangan tumbuhan berbilang spesies yang tumbuh di habitat yang sama. Hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada struktur yang amat kompleks. Kebanyakan pokok seperti kapur ( Dryobalanops aromatica ) dan tualang ( Koompassia excelsa ) , mencapai ketinggian sehingga kirakira 84 meter, manakala beberapa spesies orkid dan tumbuhan akuatik mencapai saiz maksimum dengan panjang hanya beberapa sentimeter. Di antara kedua-dua ekstrim ini, terdapat pelbagai kumpulan tumbuhan lain yang merangkumi pokok, tumbuhan renek dan herba, spesies-spesies pemanjat, pencekik, epifit, parasit dan saprofit. Struktur yang kompleks dan kepelbagaian spesies yang tinggi ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan pelbagai ekosistem yang berjaya mengekal dan menstabilkan kitaran nutrien, rantai makanan, aliran tenaga serta keseimbangan air dan haba. Selain daripada itu, hutan-hutan di Malaysia juga membekalkan produk-produk yang berguna untuk penjanaan ekonomi negara seperti kayu balak, rotan, buah-buahan, sayur-sayuran, ubat-ubatan, rempah-ratus dan tumbuhan hiasan. Kawasan hutan berkenaan juga menyediakan habitat untuk pelbagai jenis hidupan liar. Justeru itu, bagi mengekalkan fungsi-fungsi ekologi dan ekonomi tersebut, pemuliharaan dan penggunaan secara lestari terhadap kawasan hutan hujan di Malaysia dan sumber-sumbernya adalah amat penting.

Sumber-Sumber Hutan
Kawasan Hutan Jumlah keseluruhan kawasan berhutan di Malaysia pada penghujung 2004 berjumlah 19.5 juta hektar atau 59.4 peratus daripada jumlah keluasan tanah negara (Jadual 1.1). Sebahagian besar daripada kawasan hutan ini adalah terdiri daripada hutan dipterokarp (17.05 juta hektar atau 87.5 peratus), hutan paya gambut (1.54 juta hektar atau 7.9 peratus), hutan paya bakau (0.58 juta hektar atau 3 peratus) dan hutan ladang (0.31 juta hektar atau 1.6 peratus). Kawasan Jumlah Hutan Hutan Hutan Hutan Jumlah Peratusan

Tanah Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak MALAYSIA 13.16 7.37 12.30 32.83

Diptero- Paya Paya karpa Gambut Bakau 5.40 3.75 7.92 17.07 0.30 0.12 1.12 1.54 0.10 0.34 0.14 0.58

Ladang 0.08 0.17 0.06 0.31

Keseluruhan Keseluruhan Kawasan Kawasan Berhutan Berhutan 5.88 4.38 9.24 19.50 44.7 59.4 75.1 59.4

Jadual 1.1 Taburan Dan Keluasan Jenis-jenis Hutan Utama Di Malaysia, 2004 (juta hektar) Hutan Simpanan Kekal (HSK ) Daripada jumlah keseluruhan kawasan berhutan pada 2004, 14.39 juta hektar atau 43.8 peratus daripada jumlah tanah keseluruhan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk diurus secara lestari, bagi manfaat generasi hari ini dan akan datang (Jadual 1.2). Kawasan-kawasan hutan ini telah digazetkan mengikut undang-undang perhutanan setiap negeri dan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan-Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kawasan Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak MALAYSIA Hutan Perlindungan 1.52 0.59 1.10 3.21 Hutan Pengeluaran 3.18 3.00 5.00 11.18 Jumlah kawasan Peratusan Jumlah Tanah Di Bawah Tanah HSK Keseluruhan 4.70 3.59 6.10 14.39 35.7 48.7 49.6 43.8

Jadual 1.2 Hutan-hutan Simpanan Kekal (HSK) di Malaysia, 2004 (juta hektar) Dalam usaha untuk mencapai objektif utilisasi ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar, HSK selanjutnya dikelaskan kepada Hutan Perlindungan dan Hutan Pengeluaran seperti yang telah termaktub dalam undangundang perhutanan. Daripada jumlah keseluruhan HSK seluas 14.39 juta hektar, dianggarkan 3.21 juta hektar atau 22.3 peratus dikelaskan sebagai hutan perlindungan, manakala baki 11.18 juta hektar atau 77.7 peratus dikelaskan sebagai hutan pengeluaran. Hutan perlindungan berperanan dalam memastikan kestabilan iklim dan keadaan sekitaran fizikal negara, pengawalan sumber bekalan air, kesuburan tanah, kualiti alam sekitar, pemeliharaan kepelbagaian biologi dan sumber-sumber genetik, meminimumkan kerosakan akibat banjir dan hakisan terhadap sungai dan kawasan pertanian, dan sebagai tempat yang sesuai untuk aktiviti rekreasi dan pembelajaran. Hutan pengeluaran pula berfungsi untuk menjamin bekalan berterusan segala bentuk produk hutan seperti kayu balak, rotan, buluh dan produk-produk bukan balak yang lain, untuk menjamin perkembangan sosial dan ekonomi negara. Dalam usaha untuk memulihara pelbagai jenis hutan dan ekologi dalam keadaan semula jadi masing-masing, Malaysia telah mewujudkan pecahan-pecahan hutan dara di seluruh negara. Pecahan-pecahan ini yang dikenali sebagai Hutan Simpanan Dara (HSD), diwujudkan di dalam HSK untuk bertindak sebagai simpanan kekal alam semula jadi dan arboretum semula jadi, sebagai plot kawalan dalam membandingkan antara hutan yang dituai dan hutan yang menerima rawatan silvikultur, serta sebagai hutan asli yang tidak terganggu bagi kajian ekologi dan botani. Semenjak pengenalannya dalam tahun 1950an, sejumlah 90 HSD yang meliputi kawasan seluas 23,851 hektar telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung Malaysia manakala di Sabah, sejumlah 49 HSD telah ditubuhkan, meliputi kawasan seluas 91,914 hektar. Antara jenis-jenis hutan yang diwakili adalah hutan pantai, hutan paya bakau, hutan paya gambut, hutan kerangas/rawa, hutan dipterokarp tanah pamah, hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas dan hutan pergunungan. Selain daripada hutan perlindungan yang terdapat di dalam HSK, hutan dilindungi yang telah digazetkan

atau sedang dicadangkan sebagai taman negara dan rizab perlindungan burung dan hidupan liar, di bawah bidang kuasa tertentu adalah 2.4 juta hektar (Jadual 1.3). Daripada jumlah ini, 0.15 juta hektar terletak di dalam HSK sedia ada. Maka, dengan 3.21 juta hektar hutan perlindungan dalam HSK yang menyediakan fungsi yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan yang dikhususkan untuk perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar serta kepelbagaian biologi di Malaysia, berjumlah 5.46 juta hektar atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan berhutan atau 16.6 peratus daripada jumlah tanah keseluruhan. Rizab Taman-Taman Perlindungan Negara Burung dan Hidupan Liar 0.58@ 0.25 0.80* 1.63 0.31+ 0.16++ 0.30** 0.77

Kawasan Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak MALAYSIA @ * ** + ++

Jumlah 0.89 0.41 1.10 2.40

Seluas 0.04 juta ha terletak dalam HSK di Semenanjung Malaysia Termasuk 0.60 juta ha cadangan taman-taman negara Termasuk 0.05 juta ha cadangan rizab perlindungan burung dan hidupan liar Seluas 0.06 juta ha terletak dalam HSK di Semenanjung Malaysia Seluas 0.05 juta ha terletak dalam HSK di Sabah

Jadual 1.3 Kawasan-kawasan Di Bawah Taman Negara Serta Rizab Perlindungan Burung Dan Hidupan Liar Di Malaysia, 2004 (juta hektar)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful