Latar belakang Ahmad Boestamam.

Dalam sejarah politik tanah air, nama Ahmad Boestamam begitu dikenali sebagai salah seorang daripada pejuang gerakan nasionalisme terutamanya sejak tahun 1930-an sehingga 1970-an. Nama sebenar beliau adalah Abdullah Thani bin Raja Kecil namun lebih dikenali dengan nama Ahmad Boestamam. Beliau dilahirkan pada 30 November 1920 di kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim Perak dan meninggal dunia pada 19 January 1983. Bapanya Raja Kecil merupakan seorang perantau dari Tanah Datar Minangkabau. Beliau mempunyai dua orang kakak iaitu Rasunin dan Ramlah. Pada usia enam tahun, Beliau memasuki Sekolah Melayu Behrang Ulu, sebuah sekolah Melayu dan kemudiannya, pada tahun 1933, beliau memasuki Anderson School, Ipoh. Ahmad Boestamam tamat Darjah Lima dan lulus dengan Gred 1 dalam peperiksaan Kelas Melayu Khas ("Special Malay Class", SMC) Beliau merupakan tokoh radikalisme Melayu Perak yang terbilang seangkatan dengan tokoh-tokoh lain seperti Ibrahim Hj. Yaakub, Dr. Burhanudin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad, Samsiah Faqeh dan lain-lain tokoh. Nama Ahmad Boestamam diilhamkan daripada nama Subhas Chandra Bose iaitu seorang pemimpin liga kemerdekaan India. Namanya juga terbilang dalam persada politik Negara dan angkatan politik seperti PKMM, API, PUTERA, PRM, SOCIALIST FRONT, Parti Marhaen dan Parti Keadilan Masyarakat ( PERKEMAS). Kehadiran beliau dalam persada politik Tanah Melayu telah meletakkan beliau sebagai tokoh pembangkang yang dihormati dan disegani kawan dan lawannya. . Beliau dipenjarakan sebanyak tiga kali iaitu pertama 7 Disembar 1941-17 Februari 1942, kali kedua pada 1948-1955 dan kali ketiga pada 14 Februari 1963- Ogos 1967. Keseluruhan adalah lebih kurang 12 tahun beliau dipenjarakan. Pencapaian tertinggi beliau dalam politik adalah memenangi pilihan raya umum dalam tahun 1959 di kawasan Parlimen Setapak menentang sahabat lama beliau iaitu Asiah Ghani dan dilantik menjadi Ahli Parlimen 1959-1964. Jasa dan sumbangan beliau dalam bidang politik pernah mendapat anugerah daripada Yang Dipertuan Negeri Sarawak, Dato Patinggi Abdul Rahman Yaakub pada tahun 1976 yang membawa gelaran Datuk. Beliau bersara daripada arena politik pada tahun 1978 dan meninggal dunia pada 19 Januari 1983. Sepanjang hidup Ahmad Boestamam, beliau berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 15 buah novel dalam penulisannya. Antara bukunya yang terkenal termasuklah Sorotan Sosialis ( 1981), Lambaian dari Puncak (1983) , Merintis Jalan ke Puncak (1971), Tujuh

1

Tahun Malam Memanjang (1976), Rumah Kaca Digegar Gempa (1969) dan juga Api dan Air Mata (1967). Perjuangan politik Ahmad Boestamam lebih kepada perjuangan haluan kiri atau lebih dikenali sebagai pendekatan radikal. Beliau menterjemahkan idea-idea dan pandangan politik melalui pelbagai pendekatan seperti lapangan penulisan dan juga perjuangan politik. Perjuangan beliau dalam usaha membebaskan rakyat Tanah Melayu daripada belenggu penjajah British dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu melalui penulisan beliau dan juga perjuangan melalui gerakan atau parti iaitu melalui Angkatan Pemuda Insaf (API). Pendekatan, kritikan dan kepimpinannya lebih terserlah melalui perjuangan politik berhaluan kiri atau lebih dikenali sebagai pemikiran aliran radikalisme. Perjuangan Ahmad Boestamam Pada pandangan saya , saya bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Ahmad Boestamam dengan politik berhaluan kiri. Ahmad Boestamam, dalam perjuangan politiknya dapat memperlihatkan beliau lebih kepada perjuangan gerakan yang berhaluan kiri. Gerakan berhaluan kiri ini lebih dikenali sebagai radikal yang bermotifkan penentangan untuk mengusir penjajah British keluar dari Tanah Melayu. Radikalisme mempunyai pengertian yang berbeza mengikut waktu, keadaan dan sudut pandangan. Perkataan radikal berasal dari Latin, Radix yang membawa maksud akar umbi. Radikalisme merupakan semangat perjuangan yang membela masalah akar umbi masyarakat yang meliputi aspek ekonomi dan sosial. Pada kebiasaanya golongan radikalisme memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Di Tanah Melayu sendiri terdapat banyak gerakan yang memilih jalan untuk tidak bekerjasama dengan pihak penjajah dan ini menyebabkan mereka digelar dan dicop golongan berhaluan kiri. Walau apapun dasar dan ideologi perjuangan gerakan berhaluan kiri namun matlamat mereka adalah satu iaitu untuk menggugat kedudukan British sebagai penjajah di Tanah Melayu. Salah satu cara perjuangan Ahmad Boestamam dalam usaha memberikan kesedaran politik dalam kalangan rakyat Melayu adalah melalui penulisan beliau. Seperti kebanyakan aktivis politik sezamannya, beliau adalah wartawan akhbar yang sangat prolifik1. Pendekatan radikal melalui penulisan dalam akhbar sangat penting untuk memberikan kesedaran kepada bangsa Melayu di Tanah Melayu. Kaedah penulisan ini sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat yang boleh membakar semangat bangsa Melayu untuk menentang penjajah British. Beliau menegaskan bahawa penggunaan kaedah ini lebih rancak selepas Perang Dunia
1

Seorang penulis yang menghasilkan banyak karya, dan hasil tulisan.

2

Kedua. Penglibatan banyak tokoh radikal dalam bidang kewartawanan dan kesusteraan telah memberikan impak yang baik dalam dasar perjuangan radikal Melayu. Berbekalkan semangat kesedaran untuk membela bangsa Melayu beliau dan beberapa tokoh politik lain telah bertindak untuk merampas pejabat dan mengambil alih pejabat Percetakan Perak Shimbun dalam bulan Ogos tahun 1945. Ia dilakukan tanpa mengeluarkan model. Peristiwa ini berlaku sewaktu peralihan pemerintahan Jepun, MPAJA dan British. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh mereka untuk mengambilalih pejabat percetakkan dan kemudahan yang terdapat di situ. Pengambilalihan ini telah memudahkan mereka menerbitkan akhbar sendiri. Berikutan dengan itu pada bulan Ogos tahun 1945 di Ipoh, Perak talah diterbitkan sebuah akhbar golongan radikal Melayu di Perak. Penubuhan secara rasmi akhbar Suara Rakyat ini diadakan pada Ogos 1945. Dengan adanya akhbar Suara Rakyat ini segala perasaan ketidakpuasan hati telah diluahkan tanpa rasa takut. Sebagai seorang penulis dan pengarang, Ahmad Boestamam telah mengutarakan pelbagai idea dan pendapat tentang kemunduran dan perlunya bangsa Melayu bangkit untuk membela bangsa sendiri. Bidang kewartawanan yang diceburi sejak awal lagi membantu mematangkan perjuangan radikalisme beliau. Idea dan pemikiran beliau amat bernas dan dapat menyentuh hati para pembaca. Ketajaman dan kelantangan idea ini diluahkan dalam bentuk penulisan. Ketajaman idea-idea beliau telah membuatkan beliau sentiasa diawasi oleh pihak British. Akhbar Suara Rakyat dipergunakan sebaik mungkin demi untuk menyedarkan orang Melayu. Mereka mengkritik tindakan-tindakan British yang difikirkan kejam dan tidak demokratik. Ketajaman dan ketegasan penulisan Ahmad Boestamam pada masa itu dapat dilihat dalam tulisan ini: ³kami membidas, kami membidas tanpa kulit. Kalau kamu mengkritik, kami mengkritik kami mengkritik sehebat-hebatnya. Kata-kata µkejam¶, µtidak demokratik¶ dan seumpamanya menjadi permainan kami hari-hari´.. Perkembangan akhbar Suara Rakyat sangat menggalakkan dan mendapat sambutan yang baik. Perkembangan ini mendorong mereka menerbitkan akhbar berbahasa Inggeris demi untuk menarik minat bangsa asing dan golongan elit Melayu untuk membacanya. Justeru itu, akhbar Voice of The People telah diterbitkan pada bulan Oktober 1945. Ia merupakan terjemahan akhbar Suara Rakyat. Isi dan kupasannya adalah sama, pedas dan menyengat. Perkara ini dilakukan demi untuk mewujudkan kesinambungan perjuangan kepada lapisan elit dan berpelajaran dalam masyarakat Melayu. Idea dan pemikiran yang diutarakan melalui akhbar Suara Rakyat dan Voice of The People telah membuka mata masyarakat Melayu.

3

Lantaran itu mereka telah memikirkan bahawa perlunya wujud sebuah parti politik Melayu yang benar-benar dapat memasuki gelanggang politik Tanah Melayu. Sesungguhnya promosi melalui akhbar Suara Rakyat ini telah membuka mata masyarakat Melayu, bertapa pentingnya penubuhan sebuah parti Melayu untuk menyuarakan segala tuntutan. Sebagai seorang pemimpin gerakan berhaluan kiri Ahmad Boestamam mula menonjolkan keradikalan beliau semenjak di bangku sekolah lagi iaitu melalui penglibatan beliau dalam bidang kewartawanan. Beliau berjiwa radikal, memiliki semangat kental yang sanggup menghadapi apa jua rintangan bagi mencapai tujuan politik bangsa Melayu dalam penulisan beliau yang tajam dan bernas. Selain itu, tindakan beliau dan rakan-rakan lain merampas pejabat percetakkan memperlihatkan tekad beliau untuk menyalurkan idea dan pemikiran beliau melalui akhbar dan penulisan. Lantaran penglibatan beliau dalam bidang politik dan perjuangan menuntut kemerdekaan telah membuatkan beliau menjadi perhatian British. Nama beliau juga tersenarai dalam kategori perancang utama gerakan radikal menentang British. Propaganda yang dimainkan oleh Suara Rakyat telah berjaya mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu di seluruh negara. Malah mereka mengalu-alukan kehadiran PKMM serta menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu. Anak-anak muda Perak telah memulakan langkah tersebut. Selepas Tanah Melayu dikosongkan oleh Jepun, penguasaan PKM telah menyebabkan Ahmad Boestamam dan beberapa tokoh lain menubuhkan PKMM. PKMM merupakan parti politik pertama yang memperlihatkan penglibatan beliau secara langsung pada tahun 1945. Ahmad Boestamam sanggup menubuhkan parti-parti politik demi untuk menjayakan cita-cita politiknya. PKMM merupakan parti politik pertama yang memperlihatkan penglibatan beliau secara langsung pada tahun 1945. Kemudian pada tahun 1946 beliau menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf ( API). Dalam parti API ini kepimpinan beliau lebih terserlah. API ditubuhkan di Ipoh pada bulan Februari 1946 di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Pertubuhan badan politik API ini dilihat paling ekstrim yang dianggotai oleh

barisan pemuda yang bersemangat tinggi. Pergerakkan politik ini membara persis api yang sedang marak dan membakar semangat para pemuda da pemudi Melayu. Lantaran itu, ia mengambil nama API yang membawa maksud Angkatan Pemuda Insaf. Walaupun API pada asalnya merupakan sayap pemuda PKMM dan AWAS sebagai sayap wanita namun keradikalan yang ditunjukan oleh API menyebabkan ia dipisahkan dan menjadi pergerakkan

4

politik yang tersendiri. API ditonjolkan sebagai sebuah badan politik Melayu yang paling radikal, dan berbekalkan semangat anti penjajahh seperti tercatat dalam buku Ahmad Boestamam iaitu Testament Politik Api. Penulisan beliau dalam karya ini boleh membakar semangat anggota API. Ia ditafsirkan sebagai sebuah buku politik yang menghasut dan mampu membakar semangat pemuda Melayu. Di bawah pimpinan Ahmad Boestamam penubuhan API merupakan suatu usaha politik untuk bersedia dalam apa juga situasi sekiranya diperlukan. API dilengkapkan dengan pakaian seragam serba putih dan berlilitkan kain merah tertera perkataan API di lengan. Gambaran API oleh Abdul Majid Salleh , bekas anggota API; µ¶Pemuda yang diberi nama API iaitu (Angkatan Pemuda Insaf ) dilengkapkan dengan pakaian seragam (complete uinform) iaitu seluar putih, kemeja putih lengan panjang berkocek dua tertutup dan bersongkok putih ( songkok ala tentera), dilatih mereka berbaris dan mempunyai lagunya sendiri bertajuk µdarah rakyat¶ iaitu lagu patriotik (ala perang )´ Ahmad Boestamam berjaya menjadikan API lebih ditakuti oleh Kerajaan British terutama dengan dasar terbukanya menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan dengan darah, serta cita-cita mencantumkan Negeri-negeri Melayu dengan Indonesia´. Selain itu, penggunaan slogan sering kali dapat membakar semangant anak-anak muda. Dalam perjuangan Ahmad Boestamam dalam API, ia menggunakan slogan Merdeka Dengan Darah. Melalui slogan sahaja kita dapat memastikan aliran perjuangan mereka yang ternyata lebih kepada haluan kiri. Ternyata penggunaan slogan yang tegas dan keras ini didahului oleh golongan yang lebih radikal. Bagi PKMM pula ia menggunakan slogan Merdeka yang dilihat mampu untuk menakutkan pihak penjajah pada masa itu. Slogan-slogan ini mempunyai makna yang tersendiri dan mampu menakutkan membakar semangat anak-anak muda pada masa itu. Selain penggunaan slogan, perjuangan Ahmad Boestamam dalam API turut mencipta beberapa buah lagu berunsurkan patriotik. Lagu-lagu seperti Darah Rakyat dan Dari Barat ke Timur menyelitkan seni kata yang mampu menaikkan semangat patriotik bangsa Melayu yang menghayatinya. Jika diperhatikan daripada seni kata lagu Darah Rakyat , terdapat suatu kelainan daripada lagu-lagu patriotik yang lain. Lagu ini dipenuhi dengan lagu alunan irama pembakar semangat kerana melaluinya ia dapat mengingatkan kisah perjuangan sebelum terpenjara. Bagi mereka yang mendengarnya semangat mereka seolah-olah sedang membara. Lagu patriotik API ini sering berkumandang dalam setiap aktiviti API seperti majlis perjumpaan

5

dan juga setiap kali latihan API dijalankan. Ia juga sering didengarkan dalam setiap perayaan API, bertujuan untuk menanamkan semangat anti British. Lagu patriotik API ini mempunyai 2 versi iaitu catatan Abdul Majid Salleh dan catatan A. Samad Ismail. Senikata lagu Darah Rakyat adalah seperti berikut ( catatan Abdul Majid Salleh ): Darah rakyat masih berjalan, Menderita sakit dan miskin, Padanya datang pembalasan, Rakyat yang menjadi hakim, Ayuh! Ayuh! Bergerak sekarang, Merah panji-panji kita, Merah warna darah rakyat, Merah warna darah rakyat.

Walaupun terdapat dua versi lagu Darah Rakyat

tetapi tidak mencacatkan isi

kandungan dan juga maknanya. Kedua-dua versi lagu tetap mampu membakar semangat mereka yang mendengarnya. Angkatan Pemuda Insaf yang diterajui oleh Ahmad Boestamam merupakan sayap kanan PKMM tetapi telah bertindak memisahkan sayap pemuda dari PKMM kerana inginkan sebuah pertubuhan yang lebih radikal kerana pada anggapan mereka di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin tidak mungkin PKMM menjadi lebih radikal dan dapat menggugat kedudukan penjajah British mahupun UMNO. Pengistyhiran darurat pada 16 Jun 1948 serentak dengan penguatkuasaan Akta Darurat 1948 menyebabkan banyak tokoh radikal Melayu telah ditangkap termasuklah Ahmad Boestamam. Pada tahun 1955 semua tokoh yang ditangkap dibebaskan. Bagi Ahmad Boestamam, selepas beliau dibebaskan pada 1955 ia meneruskan perjuangannya. Selepas dibebaskan pada tahun 1955 beliau telah menubuhkan Parti Rakyat Malaya. Beliau telah menjadi pemimpin pembangkang Melayu dengan menggunakan ideologi sosialisme-marhaenisme ciptaan Sukarno. Dengan kerjasama dengan Parti Buruh Malaya, beliau berjaya membentuk Socialis Front ( SF ) yang akhirnya menjadi salah satu parti 6

pembangkang yang terkenal selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Penubuhan PRM merupakan kesinambungan perjuangan Ahmad Boestamam. Menurut Ramlah Adam (1994 ) Ahmad Boestamam merupakan seorang pejuang berhaluan kiri yang sangat berani. Keberanian ini digambarkan dalam petikan ini : ³namun semua hanya semantara sahaja. Kelincahanya berpolitik datang semula. Beliau hanya dapat bertahan lima tahun sahaja. Sifat jinaknya itu akhirnya hilang ditelan semangat berpolitiknya yang kuat. Sekali beliau radikal, tidak mungkin menjadi kanan. Itulah Ahmad Boestamam´. Itulah ungkapan kata-kata yang diberikan kepada beliau apabila beliau bertindak menubuhkan Parti Rakyat Malaya ( PRM), di Kuala Lumpur selepas keluar dari kem tahanan politik British pada tahun 1955. Melalui peristiwa ini dapat disimpulkan bahawa Parti Rakyat Malaya ( PRM) yang ditubuhkan adalah kesinambungan perjuangan tokoh-tokoh KMM dan juga PKMM yang berhasrat untuk terus berhadapan dengan pihak penjajah British. Mereka merupakan pejuang yang menjiwai semangat kebangsaan Melayu dalam kalangan mereka ini. Lantaran kemerdekaan yang belum tercapai menyebabkan mereka terpanggil untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

7

Penutup Secara kesimpulanya, sebagai seorang yang disegani sepanjang hidupnya, Ahmad Boestamam telah menunjukkan sifat nasionalis yang sukar diganti kerana semangat radikal beliau untuk memajukan orang Melayu dan bukan Melayu tiada tolok bandingnya. Di samping itu, perkembangan politik Ahmad Boestamam juga menggambarkan satu tempoh atau keadaan politik yang begitu penting dalam era peralihan kepada proses kemerdekaan negeri-negeri melayu. Tapi kini, sejarah perjuangan Ahmad Boestamam bagaikan terkubur bersama jasadnya. Memulakan kerjaya sebagai wartawan Ahmad Boestamam menjadi pemimpin politik radikal yang cukup disegani. Sumbanganya dalam persada politik Tanah Melayu juga cukuup terserlah. Penglibatan beliau juga cukup menyedarkan rakyat Melayu tentang pentingnya untuk berjuang demi mendapatkan kemerdekaan di tanah air sendiri. Walaupun beliau memilih pendekatan berhaluan kiri namun sumbangan dan jasanya dalam lapangan politik negara dan Tanah Melayu tidak dapat disangkal. Kehidupan sebagai politikus lebih menonjol daripada beliau menjadi wartawan. Ahmad Boestamam mengakhiri sisa-sisa hidupnya sebagai penulis bebas dan meninggal dunia akibat sakit barah paru-paru. Maka tamatlah perjalanan hidup seorang tokoh politik yang sangat dinamik, menarik serta berliku-liku dalam kehidupannya dan politik Malaysia khasnya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 Januari 1983 jam 10.07 pagi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gombak, Kuala Lumpur. Walaupun Ahmad Boetamam lebih kepada gerakan yang lebih kepada haluan kiri namun penglibatan gerakan berhaluan kiri dalam sejarah perjuangan anti British telah mencorakkan perjalanan sejarah perjuangan menentang penjajah lebih menarik. Peranan yang dimainkan tokoh pejuang seperti Ahmad Boestamam membuat pihak British ingat bahawa bangsa Melayu yang dijajah boleh bersatu dan bertindak bagi berhadapan dengan penjajah demi untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama.

8

Bibliografi Abdul Rahman Haji Ismail (2007). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Ampang/Hulu Kelang: Dawama Sdn Bhd Ishak Saat (2007). Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Shah Alam: Karisma Publication. Ruslan Zainnudin (2003) ( Edisi Kedua). Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Rustam A. Sani (1998). Ayahku, Ahmad Boestamam. Diperolehi pada Februari 15, 2010 daripadahttp://arissani-rustam.blogspot.com/2006/09/ayahku-ahmad boestamam.html Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insaf pada Februari 17, 2010 Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Boestamam pada Februari 17, 2010.

9

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful