Kuliah Subuh Tarikh:15 June 2008 Masjid : Masjid Sg Ara Alhamdulillah, saya dapat menghadiri kuliah subuh.

Diberitahu bahawa ulamak yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dimasukkan mereka ke dalam golongan yang dekat pada nabi. Ulamak sentiasa bersifat ikhtiar diri. Dia sentiasa mengamalkan ilmu yang mendalam. Dia adalah orang yang tidak lupa akan Allah S.W.T dan sentiasa berzikir. DIa mempunyai nikmatul ijat. Nikmatul ijat bermaksud sabah, tabah, syukur dan telus. Cinta adalah satu rahmat Allah . Kita hendklah kasih kepada Allah dan Rasul. Golongan yang tidak mendapat cinta Allah adalah Rasul. Golongan sesat yang terdahulu adalah seperti Firaun dan Qarun. Orang yang memutarbelikan ayat Allah adalah orang yang dilaknati. Di dalam dunia yang fana ini, kita hanya mempunyai satu Kitab Al-Quran. Ingatlah cinta kepada Allah, tidak ada had. Hendaklah kita memujinya kerana Dia adalah Pencipta seluruh alam. Hendaklah kita semaikan kalimat shahadah dalam diri kita. Diceritakan bahawa, Saad Bin Huzaibah solat Istikharah untuk menentukan siapa yang patut berperang untuk perang badar. Dia mempunyai pilihan antara ayah dan dia sendiri. Inilah bukti kita Cinta kepada Allah S.W.T, kita hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk menentukan ketentuan kita kerana Allah mempunyai Ilmu Pengetahuan yang luasa. Kita mestilah ada perasaan takut apabila menghadapi alam barzakh agar kita dapat meningkatkan amalan kita. Bagaiamana datangnya Ilmu makrifah (Ilmu yang tersembunyi) Kita hendaklah mencari kemuliaan di dalam takwa. Hendaklah kita mencari kekayaan dalam jiwa. Carilah kenikmatan Allah dalam iman. Allah akan melimpahkan kurnia ilmu makrifah kepada orang yang dekat kepada Allah S.W.T. Apabila kita bertakwa, kita senang untuk meningalkan kerja yang haram. Kita hendaklah yakin dan jangan ada perasaan ragu-ragu di dalam perkara halal dan haram. Takwa hendaklah dijadikan tabiat. Hendaklah kita menjaga perut dan lidah kita.

Apabila ilmu sampai di hati barulah ia memberi manfaat. Ilmu yang tersembunyi di sini bermaksud sedikit rahsia yang diberi oleh Allah S.W.T. Kita hendaklah mencari jalan untuk kita cinta kepada Allah S.W.T. Hendaklah kita mencontohi Rasulullah, Rasulullah telah menahan marah semasa perjanjian Hudaibiyah. Gelaran besarnya sbg Rasul telah dilucut dan hanya tinggal perkataan “Muhammad” sahaja. Tetapi beliau tetap tenang dalam perkara itu. Apabila kita membuat satu amalan, hendaklah kita melakukannya dengan penuh ikhlas dan barulah Allah memberi keberkatan. Kita harus lari daripada bangakai. Orang yang alim dapat mengambil ilmu dari Allah S.W.T. Orang yang alim kena ada asas ilmu, dia dapat membezakan antara bisikan syaitan atau rahmat Allah S.W.T. Apabila kita mempunyai ilmu, barulah kita dapat beramal dengan berkesan. Contoh yang paling besar adalah, Nabi khidir. Beliau telah mendapat ilmu dari Allah S.W.T. Wassalam

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful