You are on page 1of 1

Laporan Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana Alam

1. Taklimat keselamatan sekolah


Pelajar tingkatan 1 telah diberikan taklimat keselamatan semasa minggu orientasi.
Taklimat ini merangkumi semua aspek keselamatan iaitu keselamatan jalan raya,
kawasan- kawasan yang berbahaya di sekolah, latihan kebakaran. Ini bagi
mengingatkan pelajar tentang pentingnya menjaga keselamatan semasa berada di
sekolah.

2. Pelan Kebakaran
Semua kelas dan juga bilik khas di pastikan mempunyai pelan kebakaran. Ini adalah
penting sekiranya berlakunya kebakaran di sekolah.

3. Pemantauan di sekolah
Pemantauan ini dijalankan dari masa ke semasa.tempat- tempat yang selalu di pantau
ialah kelas, kantin, surau dan kawasan sekolah.ini bagi memastikan tiada perkara yang
tidak diingini berlaku.

4. Latihan kebakaran
Latihan ini diadakan bagi melatih semua warga sekolah bersedia apabila menghadapi
situasi kebakaran yang sebenar. Semua warga sekolah telah memberikan kerjasama
semasa latihan ini. Walaubagaimanapun latihan perlu dibuat lagi memandangkan
segelintir pelajar tidak mengambil berat tentang kepentingan latihan ini.

You might also like