You are on page 1of 5

AUTISME 

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca
daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya.
Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak
pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai
antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu
bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak
jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca
gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan
berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor
persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa
anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari
hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain
seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti
menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke
depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai.
Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak
berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda.
Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari
atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

 Tidak suka bersosial.


 Pendengaran tidak normal.

 Mengelak daripada bertentang mata.

 Gangguan pertuturan.

 Corak kelakuan yang berulang.

 Tidak mengendahkan rasa sakit.


Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa


anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah,
rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai
terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan.
Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat
yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan
yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan
memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan
emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan
serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.


Simptom-simptom yang dapat di lihat :

1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.

2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-
kanak normal.

3. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), dalam komunikasi.

4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.

5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada
yang sebaliknya.

6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.

7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan
ketawa tanpa sebab.

8. Memutar dan menggoyangkan barang.

9. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.

11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.

12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.

13. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

14. Tidak suka di peluk atau di dakap.(sentuhan)

15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada
permainan yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.

16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.

18. Mendapat gangguan ketika tidur.

19. Perlakuan yang bongkok.


Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (bahasa Inggeris: pervasive
developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai
sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (bahasa Inggeris:
psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan
perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan
minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria.
Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa
autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali
lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society
of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap
dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun
terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now").
Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-
kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini
bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan
autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai
kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam
autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai
kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai
"fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali
sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a


continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic
spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah
Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan
dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria
kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat
dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat


tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang
mempunyai permasalahan pembelajaran learning disabilities.

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early
infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism
regresif bermula ketika berusia 18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10
tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa
sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah
menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam
kaedah diognistik.
Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat
peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan
kadar autism pula adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:

 fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai


autism

 autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat


yang berterusan ( continuum of social capability ).

 penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya


terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR

 analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak


mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "where
does X look for the object they stored, but which was moved by Y" -- see
theory of mind

 terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh


keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan
perubatan utama.?)

 increasingly common claims of sucessful treatment of autism in children with


the gluten-free, casein-free diet & mercury chelation therapy

 RDI is a treatment program targeting the core social/relationship deficits of


autism

Both Oliver Sacks and Torey Hayden have written about their autistic patients or
pupils, respectively. Temple Grandin has also written about her own life. Donna
Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1 85302 387 6) gives an interesting
perspective on the experience of the person with autism.

Sumber:-

http://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme

www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/ autisme.htm

www.thetole.org/

You might also like