Penghargaan....

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya berjaya menyiapkan projek ini dengan sempurna. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepda Tuan Pengetua sekolah, En.Mokhtar Bin A.Ghani yang mana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada guru Geografi saya iaitu, Pn. Rafeah binti Abdullah, yang telah banyak memberi bimbingan dan keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada penghulu serta penduduk Kg.Sentol Patah kerana memberikan kerjasama yang baik ketika saya menjalankan kajian. Tidak ketinggalan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi galakan agar saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik.

Pendahuluan……..
Bagi memenuhi keperluan keperluan mata pelajaran geografi, saya diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan iaitu kajian geografi tempatan(kgt). Para pelajar diberi pilihan untuk membuat kajian berdasarkan dua tajuk yang diberi. Saya telah memilih tajuk sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan Kg.sentol patah dan membandingkannya dengan Negara Thailand. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian merupakan tempat tinggal saya. Hal ini memudahkan saya untuk membuat kajian dengan lebih mendalam lagi. Tambahan pula, terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian. Saya telah mengambil masa 5 minggu bagi menjalankan KGT ini. Segala hasil maklumat yang saya perolehi telah saya gunakan bagi melengkapkan kajian ini. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatngkan manfaat khususnya kepada saya dan seluruh masyarakat di sini amnya.

Kawasan kajian..
Kawasan kajian saya terletak di bahagian selatan Negeri Terengganu. Ia terletak kira-kira 20 KM dari pusat Bandar dan 1 KM dari Pekan Marang. Kawasan kajian saya meliputi keseluruhan Kg.Sentol Patah. Terdapat pelbagai bentuk muka bumi di kawasan kajian seperti berbukit,pinggir sungai dan tanah pamah. Bentuk muka bumi yang berbeza talah mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Di bahagian barat kawasan kajian terdapat aktiviti pertanian, di utara dan selatan pula terdapat kegiatan perindustrian, manakala di bahagian timur kawasan kajian yang berada di pinggir sungai pula di jalankan kegiatan perikanan. Kegiatan perniagaan pula terdapat di sepanjang jalan kawasan kajian.

Negara yang dijadikan perbandingan dalam kajian ini adalah Negara Thailand. Thailand terletak di benua asia. Ibu negera bagi Thailand ialah Bangkok atau dalam bahasa Thai di panggil Krung Thep Mahanakhon.

Objektif kajian..
Antara objektif kajian ini dijalankan ialah: • Untuk mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kampung sentol patah dengan lebih mendalam. • • Menerangkan sumbangan kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan kajian. Membincangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

Saya amat berbangga kerana kajian saya menepati kehendak objektif objektif di atas dan saya berjaya menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Kaedah kajian...
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data. Antaranya ialah: • Pemerhatian

Saya telah melawat kawasan kajian untuk mengenal pasti kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan kajian. • Temu bual

Saya juga telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. • Rujukan

Saya telah membuat rujukan menggunakan buku teks tingkatan 3, internet, dan buku ilmiah bagi mendapatkan maklumat tambahan. • Kaedah soal selidik

Saya telah menemuramah seramai 15 respoden yang terdiri daripada penduduk kampung di sekitar kawasan kajian dengan menggunakan borang soal selidik.(lihat lampiran 3)

Dapatan kajian….
JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI Setelah selesai melakukan kajian tentang kegiatan ekonomi. Saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis kegiatan ekonomi di kg,sentol patah. Antaranya ialah : • Perindustrian.

Terdapat kegiatan perindustrian yang diusahakan oleh penduduk di kawasan ini seperti industri kilang kayu,membuat bot,menghasilkan kain batik,menganyam tikar mengkuang,menganyam atap nipah serta tidak ketinggalan industri desa contohnya menghasilkan kerepek pisang dan kuih tempatan seperti dodol. Seramai 15% penduduk kawasan kajian yang menjalankan kegiatan ini yang mana sememangnya mendatangkan pulangan yang agak lumayan kepada penduduk. • Perikanan

Kawasan kg.sentol patah yang berhampiran dengan laut dan sungai menggalakkan penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan laut dalam,perikanan pinggir laut,perikanan air tawar dan penternakan udang. Udang diternak bertujuan untuk didagangkan di pasaran dalam dan luar negara manakala perikanan laut dalam,pinggir laut dan air tawar hanyalah berkonsepkan pasaran dalam negara dan sara diri. • Perkhidmatan

Selain itu, perkhidmatan pendidikan seperti sekolah,tadika dan pusat tuisyen juga terdapat di kawasan kajian. Antara sekolah yang terdapat di kawasan kajian ialah Sekolah Kebangsaan Sentol Patah dan Sekolah Kebangsaan Gong Nangka. Terdapat juga pusat tuisyen Imtiaz dan Tadika Kemas di kawasan kajain. Kemudahan-kemudahan ini dapat meningkatkan lagi kadar celik huruf penduduk sekitar. Di samping itu, perkhidmatan ‘workshop’ dan ‘car wash’ juga terdapat di sini untuk memudahkan lagi masyarakat sekitar amnya menghantar kereta untuk dibaiki ataupun dibasuh. • Pertanian

Kegiatan pertanian juga dijalankan di kawasan kajian. Jenis pertanian yang dijalankan ialah tanaman jualan. Tanaman jualan yang terdapat di kawasan kajian ialah kelapa sawit,sayur-sayuran dan buah-buahan. Kegiatan ini dijalankan secara tradisional dan moden. Kegiatan ini dapat mendatangkan hasil yang lumayan kepada para petani. Hanya 7% penduduk kawasan kajian yang menjalankan kegiatan petanian. • Perniagaan

Perniagaan merupakan kegiatan ekonomi yang terbanyak di kampung saya. Hal ini kerana hampir 35% penduduk kampung saya menjalankan aktiviti perniagaan. Di kampung sentol patah terdapat 10 buah kedai runcit. Kedai-kedai ini amat penting bagi penduduk sekitar kerana ia dapat memudahkan mereka untuk mendapat keperluan harian di sana. Perniagaan kedua terbesar ialah

restoran atau kedai makan. Kedai makan biasanya di buka bertujuan untuk sarapan pagi dan tengah hari. Kebanyakan penduduk kawasan kajian menikmati sarapan di kedai makan sebelum menjalankan aktiveti seharian. Berikiut merupakan jenis-jenis perniagaan yang terdapatn di kawasan kajian. Jenis Perniagaan Bilangan Runcit 10 Hasil laut 2 Restoran/kedai makan 7 Kedai bunga/nursery 1 Kedai buku 3 Kedai pakaian 2 Jumlah 25 Jadual 1: Jenis-jenis perkhidmatan perdagangan yang terdapat di kampung sentol patah
kedai bunga/nursery

Bil 1 2 3 4 5 6

kedai pakaian

kedai buku restoran/kedai makan hasil laut

runcit 0 2 4 6 8 10 12

Rajah 1: Menunjukkan bilangan jenis-jenis perkhidmatan perdagangan di kampung sentol patah Setelah mengkaji jenis-jenis pekerjaan di kawasan kajian, saya berbangga dengan tahap kemajuan kegiatan ekonomi di kampung saya dan saya akan berusaha dengan gigih lagi agar kampung saya menjadi antara kampung termaju menjelang tahun 2020 selaras dengan hasrat bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad .

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

Meningkatkan taraf hidup

Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan kajian

Peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Pertambahan kemudahan infrastruktur

Peluang pekerjaan

Dengan adanya kegiatan perindustrian,perniagaan serta perikanan di kawasan kajian telah membuka banyak peluang pekerjaan seperti jurujual,pekedai,nelayan,pengurus kilang, pemandu lori dan banyak lagi jenis pekerjaan. Kawasan kajian telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar mahupun warga asing. Hal ini terbukti apabila hampir 35% penduduk kg.sentol patah bekerja di salam sektor perniagaan dan 10% dalam sektor perikanan. Begitu juga dengan negara Thailand.

Meningkatkan taraf hidup

Dengan kemajuan dalam kegiatan ekonomi, pendapatan purata penduduk di kawasan kajian semakin meningkat. Pada tahun 2007, pendapatan per kapita ialah sebanyak RM 2675.45 berbanding RM769.80 pada tahun 2000. Ini menunjukkan pertambahan pendapatan penduduk kawasan kajian tiga kali ganda lebih banyak antara tahun 2000 hingga 2007. dengan peningkatan pendapatan per kapita, kuasa beli penduduk meningkat. Taraf kesihatan dan pendidikan juga meningkat. Kini, penduduk kg.Sentol Patah mampu membeli makanan yang lebih berzat dan berkhasiat. Mereka juga mampu menghantar anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan mahupun luar negara. Kini, hampir semua penduduk Kg.Sentol Patah dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti elektrik, air, pengangkutan dan perhubungan. Ramai antara mereka juga dapat memiliki kereta,komputer dan rumah kediaman. Demikian juga rakyat Thailand yang mampu hidup senang kesan perkembangan kegiatan ekonomi.

Pertambahan kemudahan infrastruktur

Pembangunan kegiatan ekonomi memberi sumbangan kepada pertambahan kemudahan infrastuktur seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan elektrik dan air, sekolah-sekolah, masjid serta dewan orang ramai. Pertambahan infrastruktur ini telah memberi kemudahan kepada para penduduk untuk menikmati hidup. Hal ini juga berlaku di Thailand.

Saya mencintai negara Malaysia dengan menghargai sumbangan sumber di kawasan kajian yang mana banyak membantu penduduk kawasan kajian untuk hidup dengan lebih sempurna.

KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN

Kepupusan sumber

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Perubahan pandang darat(lanskap) Pencemaran: -udara -air

Kepupusan sumber

Kesan perkembangan ekonomi terhadap alam sekitar di kg.Sentol Patah ialah ancaman terhadap kepupusan sumber. Kawasan hutan telah dibuka untuk pembinaan kawasan perniagaan,perindustrian dan penternakan udang. Hal ini telah mengancam kehidupan flora dan fauna. Selain itu, terdapat juga kawasan hutan yang dibersihkan untuk pembinaan jalan pengangkutan serta perumahan. Keadaan ini menyebabkan kawasan hutan di kg. Sentol Patah semakin berkurangan. Kepupusan sumber hutan turut berlaku di Negara Thai menyebabkan kawasan hutan di Thailand semakin kurang.

Pencemaran

Pencemaran alam sekitar berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada alam sekitar dilepaskan ke alam sekitar. Pembangunan ekonomi yang pesat boleh menyebabkan pencemaran udara, air dan bau berlaku. Pencemaran udara berpunca daripada asap kenderaan bermotor,asap daripada kilang,bahan kimia seperti aerosol dan butiran halus seperti debu dilepaskan ke udara. Pertambahan kenderaan dan kilang yang selari dengan perkembangan ekonomi di Kg. Sentol Patah telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pembakaran secara terbuka juga berlaku apabila hutan dibersihkan untuk pembinaan kawasan perumahan. Selain itu, pencemaran air turut berlaku akibat kegiatan perikanan. Sisa-sisa daripada kegiatan perikanan dan sampah sarap yang dibuang ke dalam laut telah menyebabkan laut tercemar. Hal ini telah menyebabkan kehidupan akuatik seperti ikan,udang, rumpai laut dan batu karang terganggu. Di Thailand, keadaan sedemikian juga berlaku. • Perubahan pandang darat/lanskap

Apabila sesuatu kawasan baru dibuka untuk suatu jenis kegiatan ekonomi, pandang darat di kawasan tersebut akan berubah. Pembukaan kawasan hutan untuk tujuan pembinaan kawasan perumahan telah mengubah lanskap hutan kepada rumah-rumah, bangunan-bangunan kedai,sekolah dan lain-lain. Selain itu, kegiatan penternakan ikan air tawar yang dijalankan di kawasan sungai air tawar turut mengubah lanskap kawasan berkenaan. Hal ini turut berlaku di Thailand.

Kita haruslah mempertahankan negara Malaysia dengan bertanggungjawab memelihara alam sekitar serta membantu mengurangkan kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula

Langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

Penguatkuasaan undang-undang

Kempen alam sekitar

Kitar semula

Kitar semula boleh ditafsir sebagai menggunakan semula atau memproses barang-barang yang telah digunakan menjadi barang baru. Terdapat pelbagai bahan buangan kesan daripada kegiatan di Kampung Sentol Patah yang boleh barang yang boleh dikitar semula. Antaranya ialah kertas,botol,kaca,plastik,pakaian dan aluminium.Dengan mengitar semula, kita dapat mengelakkan bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, bahkan dapat mengurangkan kepupusan bahan mentah. Kitar semula juga mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar seperti pembuangan sisa-sisa dan asap daripada pembakaran sampah. Selain itu, kitar semula juga dapat memperbaiki tahap kebersihan dan kualiti hidup kita. Kegiatan kitar semula juga dijalankan di Thailand atas tujuan yang sama. • Penguatkuasaan Undang-Undang

Kerajaan Malaysia telah mengubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Antaranya adalah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Ianya merupakan perundangan secara menyeluruh tentang alam sekitar. Akta ini telah menetapkan bahawa segala projek yang mempunyai kemungkinan menjejaskan alam sekitar dan masyarakat mestilah menjalankan proses Penilaian Kesan Alam Sekitar(EIA). Projek tersebut tidak boleh dilaksanakan sehingga penilaian itu diluluskan. Agensi yang ditugaskan untuk melaksakan akta yang digubal untuk menjaga alam sekitar ialah Jabatan Alam Sekitar(JAS). JAS telah ditubuhkan untuk tujuan penguatkuasaan. JAS menguruskan perkara-perkara yang berkaitan kualiti udara dan air,sisa industri,aras kebisingan dan penilaian kesan alam sekitar. Di Thailand terdapat juga undang-undang tertentu yang digubal untuk melindungi alam sekitar.

Kempen

Orang ramai mesti diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen. Para pekilang,usahawan, dan peniaga serta orang awam mesti digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar. Kempen alam sekitar ini dijalankan melalui media massa seperti televisyen dan surat khabar. Kaedah dan aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,pameran,kem kesedaran alam,bengkel alam sekitar,lawatan penyebaran maklumat alam sekitar serta melalui media cetak dan media eletronik. Agensi kerajaan yang terlibat dengan kempen alam sekitar ialah Jabatan Alam Sekitar. Kempen alam sekitar bukan sahaja dijalankan di Malaysia bahkan di Thailand juga turut mengadakan kempen yang serupa.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah menghargai usaha-usaha yang diambil oleh badan-badan kerajaan mahupun NGO tertentu dalam mengurangkan kesankesan kegiatan ekonomi yang dijalankan di tanah air yang tercinta ini.

Sesungguhnya, kajian itu telah menberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian ini, saya telah mengetahui tentang kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian seperti perniagaan,perkhidmatan,pertanian dan perikanan. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang sumbangan-sumbangan kegiatan ekonomi tersebut seperti memberi peluang pekerjaan. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut terhadap alam sekitar serta langkahlangkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi tersebut terhadap alam sekitar. Melalui kajian ini, saya telah memperolehi pengalaman yang amat berguna dalam pembelajaran geografi saya dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan kawasan kajian saya. Maklumat-maklumat yang saya dapati telah diproses dan dipersembahkan dalam bentuk grafik seperti jadual, graf bar dan carta pai seperti yang telah diajar oleh guru. Akhir kata, saya bersyukur kerana berjaya menyempurnakan kajian ini dengan jayanya mengikut waktu dan objektif kajian yang telah ditetapkan.

Rujukan
Buku Ilmiah Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tah Koh Lim, 2004.Buku teks Geografi Tingkatan 3.Ipoh,Perak:PTS Publication & Distributors sdn.bhd Atlas Atlas Moden Malaysia dan Dunia,1992,Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti snd.bhd. Orang Sumber Puan Selama binti Jusoh,75 tahun,Kg. Durian Penjara,21600 Marang, Terengganu. Internet Peta Thailand: http://www.google.com.my Kegiatan Ekonomi: http://www.scribd.com

Isi KaNDuNGaN...
Aspek halaman
Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan 1 2 3 5 7 9 15 17 28 30 49