P. 1
Sirah Nabi Muhammad Saw

Sirah Nabi Muhammad Saw

|Views: 1,675|Likes:
Published by Haris & Zainab
sejarah rasulullah
sejarah rasulullah

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Haris & Zainab on Jul 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/27/2013

pdf

text

original

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Al ± Badr International Productions

MASUK

SIRAH NABI MUHAMMAD SAW
MUHAMMAD THE LAST PROPHET

KANDUNGAN
SEJARAH RINGKAS

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD

SEMASA REMAJA

NABI MUHAMMAD BERUMAHTANGGA BAPA DAN IBU SAUDARA NABI MUHAMMAD KERASULAN NABI MUHAMMAD

KANDUNGAN
MARHALAH DAKWAH NABI MUHAMMAD

SALASILAH NABI MUHAMMAD

CABARAN NABI MUHAMMAD

HIJRAH

HIJRAH KE HABSYAH

HIJRAH NABI KE MADINAH

KANDUNGAN
MAKKAH AL MUKARRAMAH

MADINAH AL MUNAWWARAH

TAKWIM HIJRAH

KERAJAAN MADINAH

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

PEMBUKAAN KOTA MAKKAH

KANDUNGAN
KHUTBAH TERAKHIR MUHAMMAD

MENELADANI MUHAMMAD

KRONOLOGI PERKEMBANGAN ISLAM

TAYANGAN VIDEO

SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW
Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW adalah nabi agama islam yang ke 25 yang wajib kita ketahui. Beliau adalah nabi yang terakhir dengan ajaran yang menyempurnakan ajaran Allah SWT sebelumnya . Kitab yang dibawa bernama kitab suci Al-Quran yang berisi ajaran untuk semua umat manusia sepanjang jaman hingga hari kiamat tiba. Iman kepada nabi dan rasul Allah SWT adalah rukum iman yang ke-2

. Biodata Nabi Muhammad SAW : - Tarikh Lahir : 12 Rabiul Awwal / 20 April 571 Masihi - Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Mutalib - Nama Ibu : Aminah binti Wahab - Nama Datuk : Abdul Mutalib - Nama Bapa Saudara : Abu Talib - Gelaran : Al Amin / dipercayai - Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah - Umur Berkahwin : 25 tahun (isterinya Siti Khadijah 40 tahun) - Dilantik menjadi rasul : 40 tahun di Gua Hira¶

Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

‡ Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh

‡ Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. ‡ Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. ‡ Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. ‡ Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. ‡ Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

‡ Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

SEMASA REMAJA

‡ Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

NABI MUHAMMAD SAW BERUMAHTANGGA

‡ Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Siti Khadijah bt Khuwailid. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

‡ Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.

BAPA DAN IBU SAUDARA NABI MUHAMMAD SAW

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

Al-Harith bin Abdul Muthalib Muqawwam bin Abdul Muthalib Zubair bin Abdul Muthalib Hamzah bin Abdul Muthalib Al-Abbas bin Abdul Muthalib Abu Thalib bin Abdul Muthalib Abu Lahab bin Abdul Muthalib Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib Hijl bin Abdul Muthalib

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

Dzirar bin Abdul Muthalib Ghaidaq bin Abdul Muthalib Safiyah binti Abdul Muthalib 'Atikah binti Abdul Muthalib Arwa binti Abdul Muthalib Umaimah binti Abdul Muthalib Barrah binti Abdul Muthalib Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW

‡ Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

‡ Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama.

‡ Akhirnya, Jibril berkata: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.³ Surah al Alaq ( ayat 1 ± 5 )

Surah al ± Alaq (1-5)

‡ Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). ‡ Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. ‡ Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

MARHALAH DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW

MARHALAH DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

MARHALAH DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW
Pertama: Marhalah Tasqif tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individuindividu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

MARHALAH DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW
Kedua: Marhalah Tafa¶ul ma¶al Ummah tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat

MARHALAH DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW

Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh , lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

SALASILAH NABI MUHAMMAD SAW

‡ Nabi Muhammad saw merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk "Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan keturanan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim.B Berikut merupakan kronologi salasilah keturunan berikut diterangkan penama-penama yang merupakan atuk moyang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW:

‡ Nabi Muhammad SAW (Muhammad b Abdullah) ‡ Abdullah bin Abdul Mutallib ‡ Abdul Mutallib bin Hashim ‡ Hashim bin Abdul Manaf ‡ Abdul Manaf bin Qusai ‡ Qusai bin Kilab ‡ Kilab bin Murrah ‡ Murrah bin Kaab ‡ Kaab bin Luay ‡ Luay bin Ghalib ‡ Ghalib bin Fahr ‡ Fahr bin Malik ‡ Malik bin An-Nadr

An-Nadr bin Kinanah Kinanah bin Khuzaimah Khuzaimah bin Mudrikah Mudrikah bin Elyas Elyas bin Mudar Mudar bin Nizar Nizar bin Ma'ad Ma'ad bin Adnan Adnan bin Add (diriwayatkan merupakan Pemerintah Pertama bagi kota suci Makkah) ‡ Add bin Humaisi ‡ Humaisi bin Salaman ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

Salaman bin Aws Aws bin Buz Buz bin Qamwal Qamwal bin Obai Obai bin Awwam Awwam bin Nashid Nashid bin Haza Haza bin Bildas Bildas bin Yadlaf Yadlaf bin Tabikh Tabikh bin Jahim Jahim bin Nahish

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

Nahish bin Makhi Makhi bin Ayd Ayd bin Abqar Abqar bin Ubayd Ubayd bin Ad-Daa Ad-Daa bin Hamdan Hamdan bin Sanbir Sanbir bin YathRabi YathRabi bin Yahzin Yahzin bin Yalhan Yalhan bin Arami Arami bin Ayd Ayd bin Deshan

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

Deshan bin Aisar/Aizar Aisar bin Afnad Afnad bin Aiham Aiham bin Muksar Muksar bin Nahith Nahith bin Zarih Zarih bin Sani Sani bin Wazzi Wazzi bin Adwa' Adwa' bin Aram Aram bin Haidir

‡ Haidir bin Ismail (anak Nabi Allah Ismail) ‡ Ismail bin Ibrahim (Ishmael bin Abraham) (Nabi Ismail as) ‡ Ibrahim bin Azar (Nabi Ibrahim as)
Nota tambahan: Periwayatan tentang salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW adalah mengikut maklumat yang diperolehi dari hadis-hadis, ahli Ilmuan Islam, pakar-pakar Sejarawan. Nama betul mereka berdasarkan ejaan dalam bahasa Arab, Bahasa Aram ataupun Bahasa Ibrani.

CABARAN NABI MUHAMMAD SAW

‡ Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya.

‡ Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka. ‡ Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

‡ Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalualukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah

HIJRAH

‡ Hijrah ( ), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin. ‡ Hijrah dari kata lain perubahan diri daripada keburukan kepada kebaikan ‡ Hijrah ditafsirkan oleh orang Barat sebagai pelarian, namun hal ini dapat disangkal oleh umat Islam atas beberapa sebab

‡ Sebab: 1. Nabi Muhammad dilantik menjadi ketua negara Madinah 2. Nabi Muhammad dan orang Islam dijemput ke Madinah 3. Nabi Muhammad dan orang Islam mendapat bantuan di Madinah

Hijrah juga membawa erti perpindahan Nabi Muhammad dan orang Islam dari Makkah ke Madinah ‡ Merka berhijrah atas sebab: 1. Allah telah memerintahkan nabi Muhammad dan umat Islam pergi berhijrah ke Madinah 2. Oran kafir musyrikin mengancam Nabi Muhammad dan orang Islam Makkah ‡

‡ Muhajirin ± Orang Islam Makkah yang berpindah ke Kota Yathrib (Madinah) ‡ Ansar ± Orang Madinah yang membantu Orang Islam Makkah di Madinah

PENGHIJRAHAN KE HABYAH

‡ Dua belas laki-laki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, alHabasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.

HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH

‡ Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan.

‡ Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

‡ Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalualukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramairamai ke bandar baru itu.

‡ Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain. ‡ Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Ringkasan Hijrah ke Madinah
‡ Biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. ‡ Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. ‡ Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. ‡ Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. ‡ Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Kronologi Penghijrahan ke Madinah
Hari Hari 1 Kha mis Hari 5 Isni n Hari 12 Isni n Tarikh 26 Safar SH 1 (9 September 622) 1 Rabiulawal SH 1 (13 September 622) 8 Rabiulawal SH 1 (20 September 622) Nota Meninggalkan rumah di Mekah. T inggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah. Meninggalkan lingkungan di Mekkah. Perjalanan ke daerah Yatsrib. Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.

Hari 16 12 Rabiulawal SH 1 Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat. Jum (24 September aat 622) Hari 26 Isni n 22 Rabiulawal SH 1 Pindah dari Masjid Quba ke Madinah. (4 October 622)

Peta Kota Makkah ke Yathrib (Madinah)

KESAN HIJRAH
Mempersaudarakan muhajirin dan ansar Sehingga kini, umat Islam menyambut 1 Muharram sebagai Maal Hijrah iaitu tahun baru hijrah. Mendamaikan suku Aus dan Khazraj di Madinah. Ajaran Islam mudah disebarkan di Madinah

Nabi Muhammad dilantik menjadi ketua negara Madinah

Agama Islam dapat disebarkan aman dan damai di Madinah berbanding di Makkah

KOTA MAKKAH ALMUKARRAMAH

‡ Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Arab: ) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. ‡ Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun.

‡ Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah

Sejarah
‡ Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

‡ Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara , daripada hinggalah ke . Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

‡ Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu terlahirlah Kota Makkah. ‡ Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismai a.s. kemudiannya membina Kaabah

‡ Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. (berumur 40 tahun) sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

‡ Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.

Orang bukan Islam dan Makkah
‡ Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.

Haji di Makkah
‡ Setiap tahun umat Islam akan datang ke Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Antara ibadat haji itu ialah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam.

MADINAH AL MUNAWWARAH
Kota Bercahaya

Madinah
‡ Madinah atau nama penuhnya Madinah alMunawwarah (Arab: ) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

‡ Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. ‡ Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Sejarah Madinah
Penghijrahan dari Makkah ke Madinah ‡ Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

‡ Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadith, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza ( dan ) di samping tiga buah suku Yahudi (, Banu Nadhir dan ). ‡ Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. ‡ Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah yang mana pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.

‡ Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah alMunawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah

Perang Makkah-Madinah ‡ Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim. Menurut , pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh .

‡ Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah baginda berjaya membuka kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam

Madinah selepas kewafatan Rasulullah ‡ Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik. ‡ Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.

Kedudukan Bandar Madinah dan Makkah serta bandar ± bandar di Arab Saudi yang lain

TAKWIM HIJRAH

Takwim Hijrah ‡ Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Klik ikon untuk lagu 1 Muharram

Sambutan Maal Hijrah di Malaysia ‡ Setiap kali tahun Hijrah tiba, satu perhimpunan akan diadakan di Malaysia bagi menyambut tahun Hijrah yang baru. Upacara ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan disaksikan oleh ribuan rakyat Malaysia. Setiap tahun juga, akan diberi Anugerah Maal Hijrah kepada yang layak ‡ Di Malaysia, tahun hijrah disambut dengan penamaan tokoh-tokoh maal hijrah.
Klik ikon untuk lagu 1 Muharram

KERAJAAN MADINAH SEMASA PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD SAW

‡ Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Piagam Madinah / Sahifah Madinah
‡ Piagam ini dirangka oleh Nabi Muhammad berdasarkan wahyu Allah ‡ Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat ‡ Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam ‡ Terdapat 24 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya

‡ 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah ‡ Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama di dunia

Kandungan Sahifah Madinah
Politik ‡ Nabi Muhammad ialah pemimpin Madinah ‡ Nabi sebagai ketua hakim Ekonomi ‡ Riba dan penindasan adalah dilarang ‡ Tiada diskriminasi dalam ekonomi

Agama ‡ Rakyat Madinah bebas memilih mana ± mana agama tanpa gangguan ‡ Tiada paksaan memeluk Islam Sosial ‡ Masyarakat Madinah dianggap ummah ‡ Masyarakat Madinah perlu bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira agama dan bangsa

Undang ± undang Islam ‡ Undang ± undang Islam diamalkan secara menyeluruh ‡ Peraturan keluarga yang bersesuaian boleh diamalkan ‡ Hukuman yang dikenakan ialah adil

Pertahanan ‡ Semua penduduk Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh Kedudukan orang Yahudi ‡ Mempunyai hak yang sam, hak kebebasan, dan hak keselamatan, selagi tidak melanggar Piagam Madinah.

PERJANJIAN HUDAIBIYAH MEMBAWA PEMBUKAAN MAKKAH
Hudaibiyah Treaty

Latar Belakang Perjanjian Hudaibiyah
‡ Pada 628M, umat Islam nerhasrat untuk menziarahi Kota Makkah, tempat asal Muhajirin dan mengerjakan umrah ‡ Merka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah kerana pihak Quraisy beras pihak mereka tercabar ‡ Pihak Islam menghantar utusan, Uthman bin Affan ke Hudaibiyah menerangkan tujuan mereka datang

‡ Namun Quraisy enggan menerimanya. Kemudian, Quraisy bimbang lalu menghantar Suhail bin Amru memeterai Perjanjian Hudaibiyah ‡ Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini kerana dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai pengajaran besar

Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah

Antara kandungan perjanjian ini ialah: 1. Gencatan senjata selama 10 tahun 2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada Islam Madinah atau Quraisy Makkah 3. Orang Islam Madinah yang berpihak kepada Makkah tanpa kebenaran penjagatidak perlu dipulangkan 4. Orang Quraisy Makkah yang berpihak kepada Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan 5. Umat Islam dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun

Pencabulan Perjanjian Hudaibiyah oleh Musyrikin Makkah

‡ Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy Makkah mencabulinya ‡ Quraisy memberikan sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah ‡ Bani Khuzaah berpihak kepada Islam Madinah bermakna Quraisy Makkah melanggar perjanjian gencatan senjata ‡ Pihak Islam menghantar tentera ke Makkah

PEMBUKAAN KOTA MAKKAH

Peristiwa Pembukaan Kota Makkah
‡ Nabi Muhammad membuka semula Kota Makkah selepas tinggal selama 8 tahun di Madinah ‡ Pembukaan ini kesan daripada pelanggaran Perjanjian Hudaibiyah oleh Musyrikin Makkah ‡ Pembukaan Makkah ini merupakan strategi jangka panjang Nabi Muhammad menyebarkan Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan kedudukan Islam

‡ Baginda dan tentera Islam memasuki Makkah secara aman ‡ Abu Sufian dan al ± Abbas khuatir lalu memeluk Islam sebelum pembukaan Kota Makkah ‡ Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai oleh Khalid al ± Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al ± Awwam ‡ Taktik ini memudahkan Makkah dikepungdan dibuka

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

‡ Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

Isi Khutbah
± "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orangorang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. ± "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

± "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. ± "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

± "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. ± "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

± "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku. ± "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

MENELADANI NABI MUHAMMAD SAW

‡ Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. ‡ Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

‡ Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. ‡ Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya.

‡ Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini. ‡ Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

³Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat´

"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

‡ Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. ‡ Penjelasan beliau boleh juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT

"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

‡ Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

‡ Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. ‡ Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. ‡ Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

KRONOLOGI PERKEMBANGAN ISLAM

Kronologi perkembangan Islam
‡ 570M- Nabi Muhammad dilahirkan. ‡ 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'. ‡ 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah. ‡ 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah. ‡ 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku. ‡ 621M- Baiat Aqabah 1 ‡ 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.

624M- Perang Badar. 625M- Perang Uhud. 627M- Perang Ahzab. 628M- Perjanjian Hudaibiyah. 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah. ‡ 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain. ‡ 631M- Perang Tabuk. ‡ 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

TAYANGAN VIDEO

TAYANGAN VIDEO
Al ± Badr International Production Dalam bentuk MP4 (Quick Time Player)

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

Nabi Muhammad Ep. 1 Nabi Muhammad Ep. 2 Nabi Muhammad Ep. 3 Nabi Muhammad Ep. 4 Nabi Muhammad Ep. 5 Nabi Muhammad Ep. 6

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

Nabi Muhammad Ep. 7 Nabi Muhammad Ep. 8 Nabi Muhammad Ep. 9 Nabi Muhammad Ep. 10 Nabi Muhammad Ep. 11 Nabi Muhammad Ep. 12

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->