You are on page 1of 6

EDU 3105 – ISL 2 – TUGASAN 2 (KUMPULAN 4)

Bagaimanakah anda merancang, memilih, menghasilkan dan menilai


media pengajaran. Anda boleh gunakan Model ASSURE.

MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran meliputi segala bentuk sumber lama atau baru yang boleh
digunakan dalam bilik darjah sama ada sumber maujud iaitu bahan sebenar,
model, bahan 2 atau 3 dimensi, gambar, transparensi, audio, video, Internet atau
perisian multimedia berbantukan komputer.
Heinich et al. (2002): Media yang membawa mesej tentang pengajaran.
Segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada
pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses
pembelajaran. – Modul OUM
Ngui Kuan Sang (1989): Satu pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran,
termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.

Model ASSURE

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).


Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE
bermaksud,
 
A - Analyse learner (Analisis pelajar)

S - State objective (nyatakan objektif)

S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)

U - Use media (gunakan media)

R - Require learner response (keperluan tindakan)

E - Evaluate materials (menilai)


 

Analyse learner (analisis pelajar)

Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk
yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
 
State objective (nyatakan objektif)

Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.


 

Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif
pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih
dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran,
guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif
pengajaran.
 

Use media (gunakan media)

Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk
persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang
memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti
susulan bagi tujuan pengayaan.
 

Require learner response (keperluan tindakbalas)

Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku.
Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.
 

Evaluate materials (menilai)

Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.

 Adakah objektif tercapai?


 Bahan yang digunakan membantu P&P?
 Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
 Adakah suasana P&P selesa?
 Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
 Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

PERANCANGAN MEDIA PENGAJARAN

 Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran.
 Guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh minat
merasakan perlu mengetahui;

–APA yang hendak dibuat; dan

–BAGAIMANA hendak merancang untuk melaksanakannya.

PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

Pemilihan harus dilihat dari segi kesesuaiannya untuk menepati hasilan pembelajaran,
kos efektif serta praktikaliti penggunaan perkakasan dan perisiannya. Model ASSURE
oleh Robert Hienich dan rakan-rakan (Smaldino S.E et al., 2005) yang dipelajari ketika
berkursus boleh dijadikan panduan dalam proses pemilihan media pengajaran.

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:


–Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran;
–Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan
–Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

a) Memilih Kaedah
–Dalam satu sesi pengajaran terdapat beberapa kaedah yang berbeza yang boleh
dijalankan.
Contoh:
–Membuka minat pelajar dengan memulakan set induksi dengan kaedah simulasi dan
diikuti dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu
kemahiran yang baru.
–Kaedah yang dipilih seharusnya berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran
dan kumpulan sasaran atau pelajar.

b) Memilih Media
–Pemilihan media dilihat dari dua aspek;
1.Memilih media yang telah tersedia; dan
2.Memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya.
–Pemilihan media pengajaran perlu berasaskan kriteria yang tertentu;
Sepadan dengan kurikulum;
Maklumat tepat dan terkini;
Bahasa yang jelas dan tepat;
Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
Menggalakkan penglibatan pelajar;
Mempunyai teknikal kualiti yang baik;
Terdapat bukti keberkesanannya;
Bebas daripada bias; dan
Mempunyai buku panduan yang lengkap.
–Media tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan
seperti;
Pusat Sumber Sekolah;
Pusat Kegiatan Guru;
Bahagian Teknologi Pendidikan;
Agensi kerajaan;
Agensi swasta; dan sebagainya.

c) Mereka Bentuk Media


–Seandainya gagal untuk memilih media yang sesuai, maka penting bagi pengajar
untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri.
–7 perkara yang perlu diambilkira ketika mereka bentuk media, antaranya ialah:
i.Objektif;
ii.Pelajar;
iii.Kos;
iv.Kepakaran teknikal;
v.Peralatan;
vi.Fasiliti;
vii.Masa.

PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal.
Kecanggihan media atau media yang cantik, jika gagal digunakan dengan baik,
akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran.
Terdapat lima langkah penggunaan media yang baik:
a)Pribiu (preview) bahan;
b)Sediakan bahan;
c)Sediakan persekitaran;
d)Sediakan pelajar; dan
e)Sediakan pengalaman pembelajaran.

PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.


Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap
perkara yang dinilai.
Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan
selepas sesi pengajaran.
Sebelum sesi pengajaran, analisis pelajar perlu dilakukan supaya sesuai dengan

–Kandungan;

–Kaedah; dan
–Media yang akan digunakan.

Media perlu dinilai sebelum digunakan.

–Penilaian melibatkan aspek berikut:

Menilai pencapaian pelajar;


Pembelajaran yang dihasilkan;
Menilai media dan kaedah;
Kualiti media;
Penggunaan guru; dan
Penggunaan murid

Kualiti media perlu dilihat dari aspek berikut:


–Adakah media berkesan?
–Bolehkan ia dipertingkatkan?
–Adakah ia berguna?
–Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
–Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
–Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Garis panduan menilai media:


–Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar;
–Menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);
–Memperkembang kemahiran berfikir;
–Menyampai kandungan secara mendalam;
–Merangsang naluri ingin tahu pelajar;
–Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;
–Memboleh penerokaan isu secara mendalam;
–Menghubungkait bidang pelajaran; dan
–Meningkatkan nilai murni.

RUJUKAN:
www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=207

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2010&dt=0120&pub=DuniaPendidikan&sec=Kaunseling&pg=ka_01.htm

http://www.myqalam.net/umum/ptp/REKA%20BENTUK%20PENGAJARAN_files/frame.htm

DISEDIAKAN OLEH,
Ling Wan Xin, Sieu Jie Ying, Loo Chooi Feng, Ong Yen Theng (PISMP – BC- G4)

You might also like