SMP 4252 METODOLOGI MUZIK

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN PENDIDIKAN MUZIK (PIAGET)

KUMPULAN A

DISEDIAKAN OLEH : FATINI DIANA BINTI OTHMAN D20061026939

DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA AHMAD FUAAD BIN AHMAD DAHALAN

1.0

PENGENALAN
Perkembangan kanak-kanak adalah kajian proses dan mekanisme yang

bertindak balas sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sehingga menjadi orang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang tetapi adakalanya maju ke hadapan dan ada kalanya pula menyusut perkembangan kognitif dan bahasanya. Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi merealisasikan sebuah kehidupan yang sempurna. Proses tersebut merupakan perkembangan dan pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting bagi mematangkan atau mendewasakan semua benda hidup. Maksud perkembangan adalah perubahan abstrak yang berterusan sehingga ke akhir hayat bagi benda hidup tersebut manakala pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad bergantung kepada beberapa faktor. Menurut John W. Santrock (2008), beliau mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan didenifnisikan sebagai perubahaan-perubahan sistematik yang berterusan dalam diri seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini berbentuk perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Konsep perkembangan pada asasnya adalah perubahan tingkah laku mental manusia. Perkembangan ini adalah cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison (1944) pula meyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifatsifat yang sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif

yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Sebagai penyelidik perkembangan kanak-kanak, D.S. Wright dan Ann Taylor telah berpendapat perkembangan dianggap sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hinggalah ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Sebenarnya proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetik adalah serupa. Dr Arnold Lucius Gesell (1949), adalah seorang ahli psikologi dan pakar kanak-kanak pula menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak sebenarnya lebih sempurna jika dikaitkan dengan pendidikan muzik secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis dapatan kajian yang memberi respon positif terhadap muzik dan kanakkanak. Melalui sumber yang diperolehi dari blog Johami Abdullah, beberapa orang para saintis telah menemui salah satu faktor perkembangan otak kanak-kanak adalah dari pembelajaran muzik. Kajian memperolehi, ingatan kanak-kanak bertambah baik dalam jangka masa setahun. Kesan daripada latihan muzikal dapat memberi tindak balas kepada otak serta mengubah cara kanak-kanak tersebut berfikir. Ujian ingatan memberi kesan kepada pengenalan huruf, ingatan lisan, visual ruang, matematik dan tahap kebijaksanaan. Selain itu, kajian juga menunjukan kanak-kanak yang mempelajari muzik pada peringkat awal menunjukkan perubahan yang besar dalam pemarkahan Intelligence Quotient, IQ. Ini bermakna muzik dapat mempertingkatkan daya ingatan dan perhatian. Di samping itu, pembelajaran muzik pada peringkat awal dapat menguatkan hubungan antara saraf-saraf neurons dalam otak yang baru terbentuk.

2.0

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MELALUI PENDIDIKAN MUZIK
Pendidikan muzik sebenarnya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

muzik. Muzik bukan hanya mengajar notasi dan ritma, tetapi lebih kepada pembangun manusia secara menyeluruh. Ia juga berkaitan dengan pembangunan domain afektif yang merangkumi muzik aprisisasi dan kepekaan. Pendidikan muzik dapat membantu perkembangan kemahiran psikomotor iaitu bermain alat muzik. Selain itu perkembangan kognitif semakin meluas melalui pengiktirafan dan takrifan bagi notasi muzik. Pengajarannya di sekolah rendah hingga sekolah menengah perlu kerana kerana penglibatan dalam pendidikan muzik adalah dianggap satu komponen asas bagi budaya dan tingkah laku manusia. Setiap budaya memiliki bahasa muzikal yang tersendiri bagi mencerminkan tradisi mereka sendiri. Melalui pandangan Jean Piaget (2001), kajian beliau lebih tertumpu kepada perkembangan kognitif manusia. Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Mengikut pandangan beliau, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah lebih memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Beberapa konsep penting yang diperkenalkan oleh Jean Piaget iaitu Skema, Asimilasi, Akomodasi, dan Adaptasi. Skema merujuk kepada kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu contohnya bayi yang baru dilahirkan mempunyai pergerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Asimilasi pula merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada bagi membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Seterusnya akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan contohnya kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. Adaptasi adalah

keseimbangan yang wujud antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan ini wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :  Tahap Sensorimotor (dari lahir hingga 2 tahun)  Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)  Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)  Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) Pada tahap sensorimotor atau lebih dikenali sebagai deria motor iaitu dari usia 0 hingga 2 tahun, bayi sudah mula mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Ketika usianya mencecah 3 hingga 6 bulan, otak bayi boleh membezakan bunyi percakapan yang sering didengarinya. Ini yang akan membantu proses perkembangan bahasanya kelak. Bayi juga memberi respon yang baik terhadap bunyi muzik yang didengarinya. Apabila usia mula mencecah 1 hingga 2 tahun pula, segala bentuk pergerakkan seperti menari dan menyanyi sudah dapat ditiru oleh kanak-kanak pada tahap sensorimotor ini. Walau bagaimanapun mereka hanya mampu menggerakkan sedikit angota badannya dan menyanyi mengikut bahasa mereka. Setakat ini belum ada kajian yang menunjukkan jenis muzik tertentu yang boleh membantu perkembangan awal otak kanak-kanak.

Pada tahap Praoperasi pula, Piaget mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Kanak-kanak telah akan mencuba memproses apa yang dilihat serta mengingatinya. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Pada tahap ini, mereka mampu meniru serta memahami perlakuan orang dewasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran muzik akan lebih mudah disampaikan pada usia 2 hingga 7 tahun. Menurut Piaget juga, perkembangan yang paling penting adalah di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak telah dapat memahami bahasa dan cuba untuk bertutur. Jadi ketika ini kanak-kanak sudah dapat menyanyikan lirik lagu serta pada waktu yang sama menghafalnya melalui kaedah peniruan. Namun begitu, dari segi kualiti nyayian dan pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Pada tahap operasi konkrit dan juga tahap operasi formal, kanak-kanak sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik dan dapat memahami konsep nombor, abjad, simbol dan juga notasi dengan baik. Mereka juga dapat mengingat serta menghafal bunyi pic dan dapat menyanyikannya lagu dengan betul. Jadi, segala pengajaran dan pembelajaran muzik yang berlaku pada tahap ini akan berjalan dengan lancar. Pada usia 12 tahun dan ke atas, pembelajaran yang lebih serius dapat dijalankan dengan lebih terperinci. Melalui kepelbagaian tahap ini, pendidikan muzik dilihat sebagai medium yang penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Pendidikan muzik sebenarnya sesuai diterapkan kepada kanak-kanak pada usia yang awal. Hal ini kerana muzik adalah penting bagi perkembangan mental dan muzikal kanak-kanak. Sebenarnya, apabila bayi mula dilahirkan, otak mereka mampu menghasilkan kira-kira 100 bilion saraf neuron. Oleh kerana otak mereka masih belum matang, saraf neuron ini masih

belum dapat berhubung antara satu sama-lain. Perhubungan antara saraf neuron dipanggil synapses. Pembentukan synapses adalah lebih cepat pada awal usia kanakkanak. Synapses akan terbentuk apabila otak meransang persekitaran di sekeliling kanak-kanak tersebut. Jika synapses digunakan dengan kerapnya semasa perkembangan,maka neural pathways akan terbentuk dan kekal di dalam minda kanakkanak. Walau bagaimanapun, jika synapses tidak digunakan dengan kerap, neural pathways akan hilang ketika mencapai umur 10 tahun. Sebenarnya, neural pathways berkemampuan menentukan bagaimana kanakkanak itu berfikir dan belajar. Semakin banyak dan kompleksnya hubungan neural pathways ini, maka semakin mudah mereka belajar dan berfikir. Neural pathways yang asas dalam bahagian muzikal dalam minda akan terbentuk daripada pendedahan mereka kepada muzik melalui televisyen, komputer, radio dan susana dalam di rumah. Hal ini bermakna, kanak-kanak yang sering terdedah dengan bunyi muzik dan dapat bermain muzik denagn baik mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dengan kanakkanak yang lain. Mereka juga dikata dapat berfikir secara abstrak dan kompleks.

3.0

PENUTUP
Sebenarnya setiap kanak-kanak memberikan reaksi yang berbeza terhadap

pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan sekeliling, dan ‘mood’ pada waktu itu. Justeru, mereka harus didedahkan kepada pelbagai bunyi muzik dari peringkat awal. Pendedahan muzik pada peringkat awal dapat memberi reaksi yang positif terhadap bayi mahupun kanak-kanak. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Brigham Young University, muzik dapat membantu bayi pra-matang menjadi lebih kuat. Kajian telah dilakukan dengan memperdengarkan bayi dengan nyanyian lagu ‘Lullabies’ selama 40 minit dalam empat hari berturut-turut. Hasil kajian yang telah dikemukakan oleh para doktor mendapati bahawa bayi yang terdedah kepada bunyi muzik mempunyai degupan jantung yang lebih kuat, tekanan darah yang rendah serta stabil dan berat badan bayi yang semakin meningkat. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Pada usia lingkungan usia 7 hingga 12 tahun khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan juga berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi pula, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan dapat memberi kesempatan kepada mereka berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, muzik juga membantu kanak-kanak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka. Apabila mereka sudah meminati muzik, mereka akan terus ingin mempelajari bagaimana menghasilkan muzik. Jadi mereka perlu mempelajari bermain alat muzik. Seterusnya, mereka bukan sahaja mahir menggunakan alat muzik, malah mereka cekap membaca notasi muzik serta dapat mendendangkan lagu dengan baik. Justeru itu, masyarakat Malaysia terutamanya, perlulah memandang positif terhadap pendedahan pendidikan muzik pada peringkat awal kanak-kanak lagi agar mereka memperolehi minda yang cergas, kesihatan yang sempurna dan juga kemahiran mendengar yang tinggi.

4.0

RUJUKAN

Baby Care. Your Newborn and The Power Of Music. Diperoleh pada September 5, 2009 dari http://www.newbornbabyzone.com/baby-care/your-newborn-and-thepower-of-music/ Cognitive Development and Jean Piaget, (2002). Piaget’s Contribution to Child Development. Diperolej pada September 30, 2009 dari http://www.bukisa.com/articles/120697_piagets-contribution-to-childdevelopment-cognitive-development-and-jean-piaget Ewing, J. Kamii, C. (1996). Basing teaching on paiget's constructivism. Childhood Education, 72, 260-264. Jean Piaget, (2001). Theory of Intellectual Development. Diperolehi pada September 18, 2009 dari http://homepages.nyu.edu/~dnb208/SacMus.htm Johami Abdullah, (2009). Another Reason for Children to Study Music From Young. Diperoleh study.html Robert A. Cutietta, (2001). Raising Musical Kids; A guide for parents. Oxford University Press. Sean Hughes, (2001). Jean Piaget’s Educational theory. Diperoleh pada September 30, 2009 dari http://www.newfoundations.com/GALLERY/Piaget.html pada September 5, 2009 dari http://joechelliah.blogspot.com/2009/08/another-reason-for-children-to-

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.