You are on page 1of 14

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya berasa bersyukur kerana dengan limpah kurnia-Nya saya akhirnya dapat menyiapkan folio ini dengan mengikut tarikh dan kehendak pemeriksa yang telah di nyatakan. Saya ingin memberi sekalung penghargaan kepada pengetua sekolah saya iaitu Puan Remi Binti Kardi yang memahami dan memberi kerjasama sepanjang pembuatan folio geografi ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya iaitu Puan Siti Mahawa binti Salamon kerana kesabaran beliau menerangkan dan juga memberi tunjuk ajar sepanjang pembuatan folio ini. Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan memberi galakkan kepada saya untuk menyiapkan dan membuat folio ini dengan kemas dan sempurna. Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta terutamanya ibu bapa yang telah memberi banyak bantuan dan kerjasama dalam penyempurnaan folio ini.

OBJEKTIF
Kajian geografi tahun ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di sebuah kawasan dan dibandingkan dengan negara lain. Hal ini dikaji supaya pengangkutan di negara kita dapat dipertingkatkan pada masa hadapan. Selain itu, kajian geografi pada tahun ini juga dilaksanakan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan. Contohnya faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan seperti bentuk muka bumi. Jika bentuk muka bumi di kawasan tersebut tidak sesuai untuk membina ladasan keretapi maka stesen keretapi tidak dapat dibina di kawasan tersebut. Kajian ini juga dilakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan jaringan sistem pengangkutan. Pelajar akan dapat merasa kesusahan orang lain yang terpaksa berjalan kaki pada masa dahulu kerana ketiadaan sistem pengangkutan. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar dan langkahlangkah untuk menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

PENDAHULUAN
Nama saya Haslina Binti Hassan pelajar Tingkatan 3 Neptune. Saya mendapat Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Temenggong Ibrahim. Saya tinggal di Jalan Indah, Taman Seri Kenangan. Kawasan yang ingin dikaji ialah di persimpang di Simpang Rantai, Batu Pahat dimana kebanyakan kereta datang dan keluar dari kawasan tersebut. Saya ingin membandingkan jaringan pengangkutan di kawasan tersebut dengan sebuah negara yang maju dan terkenal dengan jaringan pengangkutannya yang canggih dan bermutu tinggi iaitu negara Jepun. Saya memilih untuk membandingkan kawasan tersebut dengan Jepun adalah kerana ingin menunjukkan perbezaan yang ketara antara negara yang sedang membangun dan negara yang sudah sedia membangun. Di samping itu, saya memilih untuk memilih Simpang Rantai adalah kerana lokasinya yang strategik dan kawasan tempat tinggal juga tidak jauh dari Simpang Rantai dimana ini akan memudahkan saya untuk membuat kajian mengenali kawasan tersebut. Kajian ini telah memakan masa lebih kurang 6 jam iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Pada waktu sekitar 8.00 hingga 9.00 pagi merupakan waktu kemuncak iaitu para pekerja dan para pelajar menuju ke tempat kerja ataupun sekolah masing-masing. Pada waktu sekitar 12.00 petang sehingga 2.00 petang merupakan waktu rehat para pekerja dan para pelajar pulang ke sekolah. Tarikh yang diberikan untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini adalah dari 28 Februari 2008 hingga 27 April 2008

KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah pemerhatian. Saya telah memerhati kenderaan yang lalu-lalang di kawasan kajian selama 12 jam pada hari minggu. Pada pendapat saya, kenderaan yang paling banyak adalah diantara 12 tengah hari hingga 3 petang. Selain itu, saya juga telah menemui bual beberapa orang yang tinggal berhampiran kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklum balas yang lebih 0 banyak. Hal ini dapat menguatkan lagi dapatan saya nanti. Saya juga telah menyoal selidik beberapa orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Maklum balas daripada penduduk disini amat memuaskan. Hasil daripada kaedah-kaedah kajian ini telah saya lampirkan pada dapatan kajian.

TAJUK
Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Simpang Rantai dan perbandingan dengan Jepun

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang telah saya pilih ini ialah di Simpang Rantai, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Kawasan ini terletak di Batu Pahat. Jarak kawasan ini dari pusat bandar adalah lebih kurang 5 kilometer. Tambang yang dikenakan untuk menaiki bas dari pusat bandar ke kawasan kajian Batu Pahat biasanya kira-kira RM 0.70 sehingga RM 1.00 manakala tambang yang diperuntukan jika menaiki teksi pula adalah kirakira RM 10.00. Bentuk muka bumi di kawasan kajian ini ialah tanah alluvium. Oleh sebab itu, kawasan kajian tersebut agak tinggi.

HASIL KAJIAN
8.1 Jenis-jenis sistem pengangkutan Berikut adalah dapatan kajian tentang jenis dan bilangan kenderaan darat yang melalui Jalan Simpang Rantai ke Pusat Bandar Batu Pahat dan juga tempat kerja masing-masing. Hasil berikut diperoleh pada hari Selasa, 15 April 2008 dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Jadual 1.1: Jenis bilangan pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantai Dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang
Bil . 1 2 3 4 5 6 Jenis Kenderaan Kerata Motorsikal Van Lori Bas Teksi Jumlah 8.009.00 45 32 12 10 4 104 9.0010.00 24 21 9 3 2 59 10.0011.00 28 23 6 4 2 2 65 Masa 11.0012.00 26 20 3 1 2 1 53 12.001.00 39 28 11 6 2 86 1.002.00 53 37 15 3 6 1 105

Jumlah 215 161 57 27 18 4 500

Sumber pemerhatian

Jadual pada muka surat sebelah ada menunjukkan jenis dan bilangan pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantau darijam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Jelas kelihatan bahawa kenderaan yang paling banyak digunakan oleh penduduk pada waktu-waktu tersebut ialah kereta. Melalui temu bual dengan penduduk setempat, kebanyakan kenderaan merupakan jenis persendirian. Terdapat juga beberapa jenis kenderaan SUV (Sport Utility Vehicle) seperti Unser, Serena, Estima, Pajero dan Nissan digunakan. Bas dan teksi pula merupakan jenis sistem pengangkutan awan yang terdapat di Jalan Simpang Rantai. Kenderaan van secara umumnya tergolong dalam jenis kenderaan MPV (multi Passenger Vehicle) iaitu kenderaan untuk membawa lebih banyak penumpang. Kenderaan ini kebiasaannya digunakan untuk membawa barangbarang daripada industri kecil seperti kedai runcit, kedai pakaian dan sebagainya. Disamping itu, van juga digunakan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah masing-masing. Semua kenderaan lori merupakan jenis pangangkutan perdagangan yang dipandu untuk mengangkat barang daripada kilang-kilang dan sebagainya. Lori di Jalan Simpang Rantai diantara lori yang besar dan kecil adalah seimbang. Kita harus berbangga dengan kemajuan sains dan teknologi serta perhubungan luar Malaysia dengan negara luar yang lain. Dengan terjalinnya hubungan rapat antara Malaysia dengan negara luar, teknologi dapat dikembangkan dengan lebih pesat. Disamping itu, kita juga dapat mengimport kereta dari luar negara seperti Honda, Toyota, BMw dan lain-lain. Kita juga dapat mengeksport barangan daripada negara kita kepada luar negara seperti kereta buatan Malaysia iaitu Proton dan Produa.

Masa 8.00- 9.00 9.00-10.00 10.00-11.00 11.00-12.00 12.00-1.00 1.00-2.00

Keret a 45 24 28 26 39 53

Jenis pengangkutan Va Lo Ba Motosikal n ri s 32 21 23 20 28 37 13 9 6 3 11 15 10 3 4 1 6 3 4 2 2 2 2 6

Teks i 2 1 1 Jumlah 104 59 65 53 86 105 Peratus

Jadual 1.2: Jenis dan bilangan pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantai dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang Sumber pemerhatian

Jenis dan bilangan pengangkutan yang menggunakan Jlan Simpang Rantai.

60 50 40 30 20 10 0 8.00- 9.00- 10.00- 11.00- 12.00- 1.009.00 10.00 11.00 12.00 1.00 2.00
Kereta M otosikal Teksi Van Lori Bas

Graf 1.1: Jenis dan bilangan pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantai Dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Graf 1.1 menunjukkan jenis dan bilangan pengangkutan di Jalan Simpang Rantai dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Didapati pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi merupakan waktu kemuncak dimana pada waktu itu kenderaan paling banyak lalu-lalang disebabkan oleh para penduduk yang bergegas untuk pergi ke tempat kerja atau sekolah masing-masing. Dari pukul 9.00-12.00 tengah hari, kenderaan berkurangan dan jalan agak tenang kerana pada waktu ini penduduk sedang berada di tempat kerja ataupun disekolah masing-masing. Dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang, kenderaan semakin banyak kerana waktu tersebut merupakan waktu pelajar pulang dari sekolah dan pada masa yang sama ia merupakan masa rehat bagi pekerja. Jumlah pengangkutan yang melalui Jalan Simpang Rantai dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang adalah sebanyak 500 buah. Antara pengangkutan tersebut, kereta merupakan kenderaan yang paling banyak digunakan oleh para penduduk iaitu sebanyak 215 buah kerana mereka mampu memiliki kereta. Pengangkutan yang tidak mendapat sambutan oleh penduduk ialah bas dan teksi iaitu 18 buah bagi bas sekolah dan bas pekerja hanya membawa pelajar dan pekerja sekitar pada sesi persekolahan dan pekerjaan bermula dan tamat. Bas awam pula hanya melalui jalan ini bagi setiap setengah jam sahaja dan kadang-kala setiap satu jam. Teksi pula adalah sebanyak 4 buah sahaja kerana tidak ramai penduduk yang menggunakan teksi kerana kos yang agak tinggi berbanding bas. Motosikal pula merupakan merupakan kenderaan kedua yang terbanyak iaitu 161 buha dan diikuti dengan ven iaitu 57 buah dan akhirnya lori dengan 27 buah.

8.2 Fakto-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan Selepas menjalankan kajian geografi ini, saya dapati bahawa sistem pengangkutan di Jalan Simpang Rantai dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan keselesaan pengguna. Bentuk muka bumi di Jalan Simpang Rantai ialah tanah aluvium yang agak tingi. Oleh itu, kebanyakan penduduk memilih kenderaan seperti kereta, motorsikal, lori, van, teksi dan bas untuk memudahkan perjalanan. Tiada sebarang pengangkutan air ataupun udara yang digunakan. Hal ini haruslah kita banggakan kerana Malaysia memiliki bentuk muka bumi yang baik dan terpuji. Faktor kedua yang mampu mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan ini adalah kegiatan ekonomi. Di kawasan ini terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan)Temenggong Ibrahim yang membuatkan kereta dan juga bas banyak lalu-lalang di kawasan ini. Disamping itu, berhampiran dengan kawasan ini juga terdapat beberapa kedai runcit dan juga pejabat yang menjadikan banyak kereta lalu-lalang disini.kita mestilah bersyukur dengan apa yang telah kita miliki kerana Malaysia telah banyak membangun. Faktor terakhir pula adalah keselesaan penduduk. Setelah menjalankan sesi temu bual dengan beberapa orang penduduk berhampiran, saya dapati bahawa mereka lebih gemar menggunakan kereta kerana kenderaan tersebut lebih selesa dengan adanya alat pendingin hawa, radio, dan kemudahan yang lain. Oleh itu, kita haruslah dengan negara kita yang mempunyai pelbagai kemajuan sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat dan standing dengan negara lain.

8.3 Kepentingan jaringan sistem pengangkutan Jaringan sistem pengangkutan di Jalan Simpang Rantai amat pentingkepada para penduduk. Faedah yang amat jelas dapat dilihat dengan kadar ketersampaian dipertingkatkan.dengan adanya kenderaan mereka sendiri, para penduduk dapat bergerak dengan cepat dan bebas dengan urusan mereka yang hendak diuruskan. Selain itu, sistem pengangkutan juga dapat memberikan keselesaan kepada penduduk. Mereka dapat pergi ke suatu tempat dengan keadaan yang selesadan mempunyai kemudahan sampingan seperti radio, pendingin hawa dan lain-lain lagi. Jika hendak berjalan jauh, mereka tidak perlu menaiki bas ataupun kereta api seperti masa lalu yang tidak memberikan keselesaan kepada mereka. Di Jepun pula, terdapat Bullet Train yang dapat bergerak dengan sangat pantas. Bullet Train ini dapat menyingkatkan masa yang diperuntukan oleh seseorang untuk pergi ke sesuatu tempat. Disamping itu, negara Jepun yang terkenal dengan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang pengangkutan kini telah mempunyai banyak kereta yang sangat canggih. Kita seharusnya berasa sangat bersyukur kerana berada di Malaysia bukan di Iraq, Afrika, Afghanistan dan dan lain-lain negara yang menghadapi krisis untuk hidup. Negara tersebut seringkali berlaku peperangan dan rakyatnya hidup dalam keadaan yang menderita. Mereka tidak pernah aman, damai dan kaya. Tetapi kita di Malaysia, kita dapat hidup dengan sentosa tanpa kegangguan yang dapat mengancam keharmonian ini.

8.4 Kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap Alam Sekitar Kemalangan sering berlaku Berlaku pencemaran udara

Jalan Simpang Rantai

Kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan

Jepun

Perubahan landskap

Pencemaran udara meningkat