KONSEP PERGERAKAN ASAS.

DEFINISI Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.

Konsep Pergerakan Asas. Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu : 1. 2. 3. 4. Kesedaran ruang. Kesedaran tubuh badan. Beban . Ruang.

I.

Kesedaran ruang Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi. - Lokasi ± ruang diri dan ruang am. - Arah ± ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang ) - Laluan ± lurus , melengkung , zig ± zag. - Ekstensi ± ( besar ± kecil ) , ( jauh ± dekat ) Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.

1

. berpasangan dan berkumpulan. 2. Antaranya. bertemu ± berpisah. Manusia. solo.Gerak laku asas tubuh. Sebagai contoh. IV.II. . Ia juga menitikberatkan akan kekuatan. Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Objek : atas ± bawah. .Daya : kuat ± ringan. .Aktiviti serta bentuk ± bentuk tubuh badan. Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah : . III. Perhubungan. . Beban Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. keliling ± sisi.Aktiviti gerak laku anggota ± anggota tubuh. Memimpin ± ikat. Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berta badan.Masa : cepat ± lambat. 2 .Aliran : bebas ± terikat. Kesedaran Tubuh Badan. 1. dekat ± jauh.

Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. Pergerakan Kreatif Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesakan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expression functional ). PERASAAN PERGERAKAN KREATIF MUZIK KREATIVITI CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan asas Bagi mempertingkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea. perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. 3 . Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.JENIS ± JENIS PERGERAKAN ASAS. 1.

Menurut Safrit & Wood (1995). Konsep Imbangan Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak. I. meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan. Pergerakan gimnastik Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang. aksi-aksi berjalan. yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. berlari. kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik.2. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Contoh-contoh imbangan ialah seperti. imbangan dan koordinasi. ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik. melompat. dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Dalam erti kata lain. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut 4 . malah ia memerlukan kekuatan fizikal. iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. kebolehlenturan (flexibility). Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik. II. Konsep Kelenturan ( flexibility ) Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. mengguling. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan.

kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti. ovari dan juga testis. tangan. tangan. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita. kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian ³ artikulasi´ dan penyambung otot.hiperekstensi. Konsep Koordinasi Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata. III. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. tiroid.ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata. Contoh aktiviti. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. dan badan. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986). pankreas. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari. kaki. Dengan ini. adrenal. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. 5 . Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin.

Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. haluan dan masa. Kemahiran Bukan Lokomotor. Kemahiran Lokomotor. Kemahiran Lokomotor. dengan cara tiba-tiba atau terkawal 6 . 3. Kemahiran Manipulasi Alatan. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor. zig zag dan lain-lain MASA Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. ARAH Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan HALUAN Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus. 1. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. aliran. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu. 2. masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan. bengkang bengkok. gerakan ini melibatkan arah. Konsep Pergerakan Lokomotor Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. A.

Berlari mengikut arah zig zag 9. Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan 4. Berjalan naik tangga BERLARI Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat di berikan dan berlari semula 5. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan 3. Berlari kehadapan serta berundur kesisi 6. Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan 8. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat 7 . Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan 8. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan 2. Berlari mengikut seorang ketua 7.Bentuk Pergerakan Lokomotor BERJALAN Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak 6. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan 5. Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan 7. Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan 9. 3. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus 2. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan 4.

Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan 3. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 8. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan 2. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 6. Merangkak melalui pelbagai halangan 2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah 3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat 4. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat 4. Melompat sambil mengubah arah lompatan MELOMPAT KETINGTING Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak MERANGKAK Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 9. Melompat tali atau garisan di atas lantai 3. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 7. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai 4. Melompat seperti rusa melompat pagar 2. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan 5. Merangkak melalui tali 8 .MELOMPAT Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1.

Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan 4. Duduk dalam keadaan kaki keatas dengan gaya mengayuh basikal 6. Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Duduk melutut 8. Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit 5. Duduk dalam keadaan melunjur 3. Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor DUDUK Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki 7. Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan. Duduk dalam keadaan bersila 2.B. Duduk mendekam 9 . Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Kemahiran Bukan Lokomotor.

Berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan C. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Berdiri lurus 2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan 3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan 4.bola besar. Berdiri dengan memusing pada paras pinggang 5. rotan.mengawasi atau menangani sesuatu. tali dan relang getah. Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki 8. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina 10 . gelung. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang.objek. Konsep Kemahiran Manipulasi Alatan Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan 6. bola kecil. Kemahiran Manipulasi Alatan Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri 7. batang rotan.BERDIRI Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1.

Meleretkan bola kedinding dan menahan semula MENYAMBUT Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula 2. Memukul alatan dengan tangan 2. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan MEMUKUL Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula 2. Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah: MEMBALING DAN MELAMBUNG Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Memukul alatan dengan gengaman 3. Melambung belon keudara dan kemudian memukul 11 .mata. kaki mata dan lain-lain. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula 4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan 5. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula 4.daripada peringkat kanak-kanak. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran 4.

scribd. Pergerakan Kreatif .html ( 21 April 2009 ).blogspot. Tarikh Akses : 27 Julai 2010. Buku : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di Sekolah Rendah.com/2009/04/pendidikanpergerakan. http://www.com/doc/14100138/PERGERAKANKREATIF ( 4 September 2009 ). 12 . Tarikh Akses : 27 Julai 2010.scribd. Laman web a. http://www.RUJUKAN. Tarikh Akses : 26 Julai 2010. Bahan rujukan elektronik : 1. b. Pendidikan Pergerakan. d.scribd. http://pjhyperx. Tarikh Akses : 28 Julai 2010.com/doc/12394711/KonsepPergerakan-Asas ( 14 Febuari 2009 ). http://www. c. Konsep Pergerakan Asas.com/doc/29040681/Gerakan-Lokomotor-Bukan-Lokomotor ( 27 Mac 2010 ). Gerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful