Ulangkaji: Kertas 2 Makroekonomi

Latihan

Bahagian A Jawab semua soalan. 1. Pendapatan Negara juga boleh didefinisikan sebagai A. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor. B. Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran. C. Keluaran Dalam Negara Bersih pada kos faktor. D. Keluaran Dalam Negara Bersih pada harga pasaran. Antara yang berikut, yang manakah faktor utama yang membezakan Keluaran Dalam Negeri Kasar dengan Keluaran Negara Kasar di Malaysia? A. Aliran keluar modal. B. Imbangan pembayaran. C. Eksport-import barang dan perkhidmatan. D. Pendapatan pelaburan dan upah buruh asing. Konsep nilai tambah merujuk kepada A. nilai barang dan perkhidmatan berasaskan harga faktornya. B. nilai output yang tidak dikira untuk mengelakkan pengiraan dua kali. C. peningkatan nilai sesuatu barang setelah melalui proses pengeluaran. D. tambahan pendapatan pemilik sumber dalam mengeluarkan perkhidmatan.

2.

3.

barang

dan

4.

Jadual di bawah menunujukkan penyata pendapatan negara untuk sesuatu ekonomi. Butiran Perbelanjaan penggunaan individu Pelaburan Kasar Belian kerajaan terhadap barang & perkhidmatan Eksport bersih Keluaran Dalam Negara Bersih RM Juta 1972 422 647 17 2701

Berapakah Keluaran Dalam Negara Kasar? A. RM 3024 juta B. RM 3058 juta C. RM 2701 juta

D. RM 2718 juta

5.

Jadual berikut menunjukkan data penduduk dan gunatenaga di Malaysia pada tahun 1992. Butiran Jumlah penduduk Jumlah tenaga buruh Pekerjaan: Pertanian Perlombongan Perkilangan Perkhidmatan kerajaan Lain – lain Jumlah (ribu juta) 18 606.0 7 461.1 1 832.1 40.2 1 448.1 858.5 2 881.2

Jumlah pengangguran dan kadar pengangguran dalam tahun 1992 ialah Jumlah pengangguran (ribu orang) A. B. C. D. 6. 11 144.9 401.0 7 060.1 7 461.1 Kadar pengangguran 59.9 % 5.4 % 37.94 % 40.10 %

Penambahan perbelanjaan kerajaan akan memberi kesan yang kurang ke atas penambahan guna tenaga sekiranya pada waktu yang sama terdapat penambahan dalam A. kecenderungan mengeksport. B. kecenderungan mengguna. C. kecenderungan mencukai. D. kecenderungan menabung. Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan sebuah negara bagi sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu. Butiran Subsidi Cukai tak langsung Penerimaan faktor bersih di luar negeri Susutnilai Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga faktor RM juta 9 000 24 000 3 000 25 000 83 000

7.

Keluaran Negara Bersih pada harga faktor bagi ekonomi berkenaan berjumlah A. RM 55 000 juta B. RM 58 000 juta C. RM 61 000 juta D. RM 80 000 juta

Soalan 8 & 9 berdasarkan gambar rajah berikut yang menunjukkan fungsi penggunaan (C), fungsi penggunaan dan pelaburan (C + I) dan fungsi penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan (C + I + G). Perbelanjaan agregat (AE) Y = AE C+I+G C+I C

O 8.

Y1 Y2

Y3

PN

Tabungan sama dengan sifar pada tingkat pendapatan A. sifar B. OY1 C. OY2

D. OY3

9.

Keseimbangan pendapatan negara untuk ekonomi tiga sektor dicapai pada tingkat pendapatan A. sifar B. OY1 C. OY2 D. OY3

10. Rajah menunjukkan fungsi tabungan (S) dan fungsi pelaburan (I) dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa peranan kerajaan. S.I S 25 I

100 -25

200

Y

Fungsi penggunaan ialah A. 25 + 0.75 Y B. 25 + 0.25 Y C. - 25 + 25 Y D. - 25 + 0.75 Y 11. Jika kerajaan ingin menaikkan pendapatan negara sebanyak RM 40 bilion dan pengganda adalah 4, dasar fizikal yang paling sesuai ialah A. mengurangkan cukai sebanyak RM 10 bilion. B. meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 10 bilion. C. mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 10 bilion. E. meningkatkan perbelanjaan dan cukai masing-masing sebanyak RM 10 bilion. 12 Jika cukai meningkat dengan jumlah yang sama dengan jumlah perbelanjaan kerajaan, dan pembolehubah lain diandaikan tetap, hal ini akan menyebabkan A. Pendapatan Negara berkurangan. B. Pendapatan Negara tidak berubah. C. Pendapatan Negara meningkat. D. Pendapatan Negara berubah. 13. Jika berlaku kenaikan dalam kecekapan menabung sut dalam sesebuah ekonomi, maka A. perbelanjaan agregat semakin tinggi tetapi pelaburan berkurang. B. keseimbangan pendapatan negara dicapai pada pendapatan negara lebih tinggi. C. perubahan tersebut tidak menimbulkan sebarang kesan terhadap tingkat guna tenaga. D. fungsi perbelanjaan agregat semakin landai dan keseimbangan pendapatan negara lebih rendah. 14. Pada bahagian keluk permintaan wang yang anjal sempurna, masyarakat A. menganggap kadar bunga akan terus menurun. B. akan menggunakan semua wang untuk membeli bon. C. akan memegang semua wang mereka dalam bentuk tunai. D. akan menggunakan sebahagian wang mereka untuk membeli bon. 15. Antara berikut, yang manakah menunjukkan proses pertambahan penawaran wang mengikut analisis Keynes? A. Penurunan kadar bunga, pertambahan pelaburan dan pertambahan output. B. Penurunan tingkat harga, peningkatan permintaan, pertambahan pelaburan dan pertambahan output. C. Penurunan kadar bunga, pertambahan pelaburan, peningkatan permintaan dan pertambahan output. D. Penurunan kadar bunga, pertambahan pelaburan dan kenaikan harga.

Penawaran Wang (W) RM 144 000 juta -

Halaju Wang (V) 7.5 7.5

Harga (P) RM 120 RM 100

Keluaran Negara (T) 9000 juta unit 9000 juta unit

16. Merujuk jadual di atas, berapakah jumlah penawaran wang yang perlu dikurangkan jika tingkat harga umum ingin diturunkan kepada RM 100 juta? A. RM 24 000 juta B. RM 40 000 juta C. RM 60 juta D. RM 120 000 juta. 17. Bekalan wang RM 2 di Malaysia terdiri daripada A. mata wang dalam edaran, simpanan semasa dan simpanan tabungan dalam bank perdagangan. B. mata wang dalam edaran dan simpanan semasa di bank perdagangan. C. mata wang dalam edaran dan sijil-sijil boleh niaga yang didiskaunkan. D. semua simpanan sektor swasta dengan Bank Negara. 18. Sebuah bank perdagangan memperoleh tambahan simpanan semasa sebanyak RM 2000 dan kadar cadangan minimum adalah 2.5%. Sekiranya semua lebihan cadangan dipinjamkan oleh bank berkenaan, berapakah pertambahan wang yang akan diwujudkan pada peringkat pertama? A. RM 500 B. RM 1 500 C. RM 6 000 D. RM 8 000 19. Yang manakah antara berikut bukan alat Dasar Fiskal? A. menaikkan nisbah rizab berkanun di bank perdagangan B. mengubah struktur cukai pendapatan perdagangan C. mengurangkan perbelanjaan pengurusan awam D. menambahkan pinjaman luar negeri 20. Yang manakah di antara berikut paling mungkin menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos? A. kenaikan harga barangan perkhidmatan B. kenaikan harga barangan pengguna C. kenaikan harga imput D. kenaikan harga eksport 21. Yang manakah antara dasar-dasar fiskal berikut yang paling berkesan untuk mengurangkan lompang inflasi? A. mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan cukai dengan amaun yang sama B. peningkatan perbelanjaan kerajaan dan pengurangan kadar cukai C. pengurangan perbelanjaan kerajaan dan peningkatan kadar cukai D. peningkatan perbelanjaan dan peningkatan kadar cukai

22. Antara tindakan-tindakan berikut, yang manakah mungkin menyebabkan kenaikan dalam hutang negara? A. menaikkan perbelanjaan kerajaan B. menaikkan kadar cukai pendapatan C. meningkatkan jumlah pinjaman bank-bank perdagangan D. meningkatkan jumlah jualan surat jaminan kerajaan 23. Yang manakah antara berikut merupakan kesan kejatuhan nilai Ringgit ke atas jumlah import dan eksport Malaysia? A. jumlah import meningkat dan jumlah eksport berkurang B. jumlah import berkurangan dan jumlah eksport meningkat C. jumlah eksport dan import berkurang D. jumlah eksport dan import meningkat 24. Negara A mempunyai lebih banyak faedah berbanding dengan negara B dalam mengeluarkan suatu barang jika A. kos lepas bagi mengeluarkan barang berkenaan di negara A adalah secara relatif lebih rendah. B. kos lepas bagi mengeluarkan barang berkenaan di negara B adalah secara relatif lebih rendah. C. keluk kemungkinan pengeluaran negara A berada lebih ke kanan daripada keluk kemungkinan pengeluaran negara B. D. keluk kemungkinan pengeluaran negara B berada lebih ke kanan daripada keluk kemungkinan pengeluaran negara A. 25. Lebihan perdagangan bermakna sesuatu negara itu A. mengimport lebih banyak barang-barang dan perkhidmatan daripada mengeksportnya. B. mengeksport lebih banyak barang dan perkhidmatan daripada mengimportnya. C. mengeksport lebih banyak perkhidmatan daripada mengimportnya. D. mengimport lebih banyak perkhidmatan daripada mengeksportnya. 26. Golongan yang memperoleh faedah daripada perlindungan tarif bagi sesebuah negara ialah A. pengguna domestik barang yang diberi perlindungan. B. pengeluar domestik barang yang diberikan perlindungan. C. pengeluar di negara asing yang mengeluarkan barang yang diberikan perlindungan. D. pengguna di negara asing yang mengeluarkan barang yang diberi perlindungan. 27. Apabila mata wang sesebuah negara telah terlebih nilai, maka A. negara itu akan lebih banyak mengeksport daripada mengimport. B. negara itu akan lebih banyak mengimport daripada mengeksport. C. kuasa beli mata wang tersebut di pasaran antarabangsa adalah rendah. D. eksport negara tersebut akan menyamai import.

28. Imbangan asas dalam imbangan pembayaran Malaysia adalah A. imbangan perkhidmatan + imbangan modal jangka panjang. B. imbangan akaun semasa + imbangan modal jangka panjang. C. imbangan akaun perdagangan + imbangan modal jangka panjang. D. imbangan perdagangan + imbangan perkhidmatan + bayaran pindahan. 29. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang X dan barang Y oleh negara A dan negara B apabila kedua-dua negara tersebut menggunakan semua faktor pengeluarannya. Barang X Y X Y Negara A 80 140 280 Negara B 120 80 240 -

Sebelum pengkhususan Selepas pengkhususan

Berapakah pertambahan output akibat pengkhususan pengeluaran barang tersebut? A. 40 barang Y dan 40 barang X C. 60 barang X dan 40 barang Y B. 60 barang X dan 60 barang X D. 40 barang X dan 60 barang Y 30. Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan kadar syarat perdagangan Malaysia merosot sejak kemerdekaan sehingga tahun 1985? A. Indeks harga import meningkat lebih cepat berbanding dengan indeks harga eksport. B. Indeks harga eksport meningkat lebih cepat berbanding dengan indeks harga import. C. Indeks harga eksport meningkat dengan kadar yang sama dengan peningkatan indeks harga import. D. Harga eksport jatuh dan harga import meningkat.

Bahagian B Jawab LIMA soalan sahaja. 31. Dengan memberikan gambarajah yang sesuai, jelaskan kesan pertambahan pembentukan modal tetap terhadap kegiatan ekonomi sesebuah negara. [6 markah] 32. Secara ringkas, terangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menggalakkan pelaburan dalam sebuah negara. [6 markah] 33. Terangkan mengapa kebanyakan negara mengenakan sekatan terhadap perdagangan antarabangsa. [6 markah] 34. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang? Dengan contoh yang sesuai, bagaimanakah nilai wang diukur?

[6 markah]

35. Apakah yang dimaksudkan dengan jurang Keluaran Negara Kasar dan Lompang Deflasi? [6 markah] 36. Dengan memberikan contoh berangka, terangkan konsep nilai tambah 37. Secara ringkas, terangkan tiga kesan buruk inflasi [6 markah] [6 markah]

38. Tunjukkan bagaimana kadar pertukaran mata wang asing ditentukan dalam pasaran bebas. [6 markah]

Bahagian C Jawab DUA soalan sahaja.

39. Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh kerajaan untuk mengatasi defisit akaun semasa Imbangan Pembayaran. [10 markah] 40. Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh Bank Pusat untuk mengurangkan bekalan wang. [10 markah] 41. Dengan gambarajah yang sesuai, terangkan inflasi desakan kos dan inflasi tarikan permintaan. [10 markah] 42. Dengan menggunakan gambarajah permintaan agregat-penawaran agregat, jelaskan kesan yang berikut atas keseimbangan ekonomi: i. Peningkatan daya pengeluaran buruh ii. Kemajuan teknologi iii. Pertambahan perbelanjaan kerajaan dan pelaburan [10 markah]

Bahagian D Jawab DUA soalan sahaja.

43. Dalam sebuah ekonomi tiga sektor, fungsi penggunaan dan fungsi cukai masingmasing ialah C = 500 + 0.75 Yd, dan T = 0.2Y. Pelaburan (I) = RM 100 bilion dan Perbelanjaan Kerajaan (G) = RM 50 bilion. i. Hitungkan fungsi penggunaan (C) dan fungsi tabungan (S) dalam sebutan Pendapatan Negara (Y). [2 markah] ii. Berdasarkan maklumat di atas, lengkapkan jadual di bawah. T Pendapata n Negara (Y) 0 100 200 300 400 500 600 700 Pendapatan Boleh Guna (Yd) S C I G [5 markah] Pendapatan Agregat (AE)

100 100 100 100 100 100 100 100

50 50 50 50 50 50 50 50 [2 markah]

iii. Hitung tingkat pendapatan negara pada keseimbangan.

iv. Berapakah lebihan atau kurangan b elanjawan kerajaan pada tingkat keseimbangan tersebut? [1 markah] 44. Jadual di bawah menunjukkan hasil Kerajaan Persekutuan dari tahun 1994 hingga tahun 1999. Malaysia: Hasil Kerajaan Persekutuan dari tahun 1994-1999 (RM juta) Tahun/Perkara Cukai Langsung Cukai Tak Langsung Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Jumlah Hasil Jumlah Perbelanjaan Kerajaan i. 1995 22 699 18 972 41 671 9 282 50 953 50 588 1996 25 885 21 195 46 992 11 008 58 000 57 893 1997 30 432 23 195 53 627 12 109 65 736 60 414 1998 27 803 15 307 43 170 11 884 55 054 65 941 1999 20 099 16 219 36 318 10 842 47 160 64 595

a. Hitung kadar pertumbuhan cukai langsung dari tahun 1996 sehingga tahun 1999. [2 markah]

b. Berikan sebab keadaan dalam (a) di atas berlaku.

[2 markah]

ii. Dengan menggunakan angka, tentukan jenis belanjawan yang diamalkan di Malaysia pada tahun 1996 dan 1999. [3 markah] iii. Sekiranya kerajaan Persekutuan mengamalkan Belanjawan Defisit, apakah sumber- sumber utama pinjaman yang sering dibuat oleh kerajaan? [3 markah] 45. Jadual di bawah menunjukkan data tentang perakaunan pendapatan negara bagi sebuah negara pada suatu tahun tertentu. Butiran Penggunaan isi rumah Bunga Bersih Sewa Susut nilai Gaji dan upah Pelaburan Kasar Keuntungan Syarikat Perbelanjaan Kerajaan Import Cukai Syarikat i. RM juta 40150 4825 1475 900 25600 10250 8170 12600 23175 850 Butiran Pendapatan perusahaan persendirian Cukai tak langsung Subsidi Eksport Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Cukai pendapatan persendirian Bayaran pindahan Bunga atas pinjaman kerajaan Bunga atas pinjaman pengguna Caruman KWSP RM juta 9930 7275 1175 25675 -5500 5090 1150 1250 1190 1250

Data dalam jadual di atas menunjukkan Keluaran Negara Bersih pada harga faktor (KNBhf) sama RM 50 000 juta. a. Hitung pendapatan persendirian. [3 markah] b. Hitung pendapatan boleh guna. [2 markah] [2 markah] [2 markah] [1 markah]

ii. Terangkan maksud bayaran pindahan. iii. Hitung Bunga Kasar. iv. Hitung pelaburan bersih.

46. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara Malaysia dari tahun 1994 hingga tahun 1998. KDNK (RM juta) KNK (RM juta) Harga tetap Harga semasa Harga tetap Harga semasa 120 272 130 621 140 684 133 939 218 671 249 503 275 367 279 816 113 704 123 166 132 811 125 925 208 294 237 687 261 094 262 091

Tahun 1995 1996 1997 1998

(Sumber: Kementrian Kewangan Laporan Ekonomi 1998/1999)

i.

Apakah makna Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK)? [3 markah] [2 markah]

ii. Mengapakah KNK sentiasa lebih kecil daripada KDNK?

iii. a. Hitung kadar pertumbuhan KDNK tahunan pada harga tetap dan harga semasa untuk tahun 1998? [2 markah] b. Data yang manakah yang digunakan untuk menentukan kadar pertumbuhan ekonomi? Mengapa? [2 markah] iv. Bagaimanakah KDNK harga tetap dihitung daripada KDNK harga semasa? [1 markah]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful