KERTAS KERJA

Definisi
‡ Hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. ‡ Boleh dibentangkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi.

Ciri-ciri Umum Kertas Kerja

(1) Kertas Kerja Seminar

(2) Kertas Kerja Projek/Kajian

1) Ciri-ciri Kertas Kerja Seminar
1. Tajuk 2. Nama penceramah 3. Nama institusi 4. Abstrak 5. Pengenalan 6. Perkaedahan 7. Keputusan 8. Perbincangan 9. Rujukan 10.Lampiran

2. Ciri-ciri Kertas Kerja Projek/Kajian
Tajuk Rasional Objektif Jangka masa diperlukan 5. Kumpulan sasaran 1. 2. 3. 4. 6. Andaian halangan 7. Sumber kewangan 8. Penubuhan jawatankuasa 9. Jadual tugas 10.Pelaksanaan

Cara menulis kertas kerja

3 Peringkat Penulisan Kertas Kerja :

Proses Sebelum Menulis
‡ Tentukan tujuan utama penulisan. ‡ Tentukan audien yang menjadi sasaran penulisan. ‡ Kumpulkan data terkini melalui rujukan perpustakaan dan penyelidikan.

Proses Semasa Menulis
‡ Tuliskan draf yang melibatkan perkembangan idea dalam rangka penulisan. ‡ Tentukan idea utama ditulis dalam satu ayat dan pecahan-pecahan ideanya dihurai dalam satu perenggan. ‡ Pastikan wujud keseimbangan dalam penulisan. ‡ Tentukan istilah-istilah teknikal diberi penjelasan.

Selepas Menulis
‡ Sebelum ditaip atau dicetak, manuskrip hendaklah disunting atau diedit. ‡ Pastikan kertas kerja itu memenuhi kehendak audien dan sasaran.

Panduan Umum Menulis Kertas Kerja

Tajuk

Petikan

Rujukan

Nama penulis & institusi

Objektif

Cara menaip

Abstrak

Pengenalan

1) Tajuk ‡ Bergantung kepada tujuan kertas kerja dibuat. ‡ Perlu meliputi segala idea utama yang hendak disampaikan. ‡ Perlu ringkas, sebaik-baiknya tidak melebihi 15 patah perkataan. 2) Nama penulis dan institusi (untuk kertas kerja seminar) ‡ Nama penulis ditulis penuh dan mengikut ejaan dalam kad pengenalan, tanpa gelaran. ‡ Nama institusi dan tempat kajian perlu disertakan.

3) Abstrak ‡ Ringkasan tujuan dan kandungan kertas kerja. ‡ Tidak melebihi 200 patah perkataan. 4) Pengenalan ‡ Merujuk kepada pengenalan sesuatu tajuk secara menyeluruh tetapi ringkas. ‡ Menyatakan apa yang dibincangkan yang ditulis dalam satu halaman kertas kerja itu.

5) Objektif ‡ Tujuan atau matlamat penulis menulis kertas kerja. ‡ Idea penulis dan menentukan daya menarik kepada audien. ‡ Ditulis dalam bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3 dan sebagainya. 6) Petikan ‡ Dituliskan seperti sumber asalnya tanpa sebarang pindaan atau perubahan seperti dari segi ejaan. ‡ Perlu disemak mengikut sumber asal dan dinyatakan sumbernya.

7) Senarai Rujukan, Bibliografi dan Nota Rujukan ‡ Senarai rujukan ialah sumber-sumber khusus yang menyokong sesebuah kertas kerja untuk seminar dan perlu ditulis dalam senarai rujukan. ‡ Bibliografi ialah nama-nama buku yang menjadi panduan menulis latar kertas kerja. Ditulis di bahagian akhir sesebuah kertas kerja. ‡ Nota rujukan ialah catatan bahan-bahan yang payah didapati seperti surat peribadi, wawancara melalui telefon atau manuskrip yang tidak diterbitkan. Cara menaipnya sama dengan senarai rujukan dan bibliografi. ‡ Ketiga-tiga ini perlu disusan mengikut abjad.

8) Cara Menaip ‡ Ditaipkan di atas kertas berukuran A4. ‡ Setiap rajah/jadual hendaklah diberi nombor dan tajuk.

Format Kertas Kertas Menggunakan Kertas A4

Format Penyediaan Kertas Kerja:
‡ Ukuran kertas ialah bersaiz A4 . ‡ Ditaip mengikut jarak barisan satu setengah dengan hurufnya menggunakan font Arial bersaiz 14. ‡ Menggunakan bahasa Malaysia. ‡ Istilah teknikal atau perkataan yang mengelirukan hendaklah dijelaskan sewajarnya. (guna kurungan, nota kaki, dll) ‡ Kertas kerja yang melebihi 10 muka surat perlu menyediakan kertas ringkasan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful