PENDAHULUAN Dengan segala puji Allah yang maha pangasih lagi maha penyayang, selawat dan salam kepada

Nabi junjungan Muhammad s.a.w ,keluarga serta para sahabat baginda. Sepanjang usaha kami dalam melaksanakan tugasan ini, kami telah dapat mempelajari dan lebih memahami tentang tanggungjawab ibubapa terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap ibubapa dengan lebih mendalam. Disamping itu, dalam menyelesaikan tugasan ini kami telah mendapat pengajaran agar sentiasa berkerjasama di dalam kumpulan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Akhir kata daripada kami, segala keburukan datangnya daripada kami dan sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya daripada Allah swt.

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh.

Andainya ibu bapa mewujudkan satu suasana yang bercorak kebaratan dalam rumah, iaitu bukan secara Islam maka ini akan membuatkan anak-anaknya berlagak seperti orang-orang Barat. Tidak ada langsung menunjukkan ciri-ciri orang Islam dari segi pertuturan, pemikiran dan tingkah lakunya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara:

1. Mencintai Nabinya 2. Mencintai ahli rumahnya 3. membaca al-Quran, kerana si penghafal al-Quran, di dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya beserta Nabi-nabinya dan orang-orang suci-Nya."

(Hadis riwayat Dailami)

Hadis ini menegaskan bahawasanya ibu bapa wajib mendidik anaknya supaya pandai membaca dan memahami al-Quran. Sebab kita membaca sesuatu adalah untuk kefahaman. Kita mesti faham apa yang dibacakan, jika tidak sia-sia sahaja dan ini adalah satu kerugian besar bagi diri sendiri.

Dengan erti kata lain ibu bapa Muslim wajib memainkan peranan untuk membesarkan anak-anak mereka agar menjadi insan Islam yang sebenarnya yang mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah NabiNya.

Anak-anak perempuan mesti dididik untuk mencerminkan Islam lebihlebih lagi dalam hal pakaian, supaya menutup aurat agar apabila

besar nanti tidak akan memakai pakaian yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak-anak lelaki perlu dikawal supaya apabila besar nanti mereka tidak berpakaian tidak sempurna serta terlibat dengan najis dadah. Ibu bapa perlu menekankan kepada disiplin dan menggunakan psikologi yang bijak.

Yang penting dalam pendidikan anak-anak ialah untuk menanamkan keperibadian Islam yang murni dalam jiwa mereka. Kita berharap dengan benteng ini, apabila mereka besar kelak dapat menolak gejala-gejala yang bercanggah dengan agama Islam.

Dari sudut Islam penekanan amat penting diberikan kepada:

* Ilmu-ilmu yang diberikan * Asas pelajaran yang diberikan * Pendidikan jasmani yang diberikan * memberi makanan dan minuman yang halal * Mencari jodoh untuk anak-anak apabila tiba waktunya

Diharap dengan terbinanya institusi keluarga Islam, ianya dapat memberikan sumber kekuatan untuk memantapkan satu masyarakat Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Ini

dikira dapat menyumbangkan satu kekuatan ke arah pembangunan negara Islam serta mendapat penghormatan daripada bangsa dan negara lain. Lebih-lebih lagi masyarakat kita terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi dengan sifat-sifat berikut:

* Keyakinan penuh pada diri sendiri * Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah * Menjaga nilai harga diri * Bersifat benar dalam segala hal * Berani menghadapi dugaan dan cabaran * Selalu bersifat tenang

Jangan sekali-kali ibu bapa memperkecilkan kecepatan kedewasaan anak-anak. Masa dan peluang perlu diberikan kepada anak-anak

untuk maju. Mereka amat memerlukan bimbingan yang positif dan didikan yang sempurna dari ibu bapa.

Tanggungjawab Anak Terhadap Ketua Ibu Bapa

§

Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera

menyahut dan hadir kepadanya.

§

Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan

penggilan nama.

§

Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.

§

Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap

keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.

§

Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan

keduanya.

§

Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka

anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.

§

Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di

belakangnya.

§

Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus

melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.

§

Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan

cuba untuk menggembirakan hati mereka.

§

Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka

beritahulah keduanya dan mintalah izin.

§

Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum

meminta izin terlebih dahulu.

§

Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka

terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya. Menahan diri dengan berdoa dan sabar adalah lebih baik.

§

Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus

memnyediakan sekadar kemampuan.

§

Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus

memberinya sekadar kemampuan.

§

Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau

dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.

§

Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil

maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.

§

Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia

merasa rela terhadap dirinya sendiri.

§

Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.

§

Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan

keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.

§

Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah

martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabatsahabat keduanya.

§

Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah

wasiat itu mengikut kemampuan anda.

PENUTUP/KESIMPULAN Alhamdulillah melalui tugasan ini kami sekumpulan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tanggungjawab ibubapa terhadap anak yang sememangnya sangat berat untuk dipikul bukan seperti yang dilihat dengan mata kasar. Sesungguhnya anak itu umpama kain putih yang perlu dicorak oleh ibubapa . Jika sempurna coraknya , maka sempurnalah didikan yang diajar oleh ibubapa. Walaubagaimanapun , tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa juga tidak kurang beratnya. Anak-anak perlu menghormati ibubapa.Bak kata perumpamaan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" dan keredhaan seorang anak adalah daripada restu ibubapa kita. Akhir kata, bersamalah kita memikul tanggungjawab kepada ibubapa mahupun anak-anak untuk mencari keredhaan di dunia yang

sementara ini untuk membawa bekalan di akhirat. Wasallam.