P. 1
DASAR-DASAR KERAJAAN

DASAR-DASAR KERAJAAN

4.29

|Views: 9,877|Likes:
Published by mahisham mahmood

More info:

Published by: mahisham mahmood on Jun 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

DASAR-DASAR KERAJAAN DASAR WAWASAN NEGARA Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang

lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut: • membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi; • menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah; • mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;

• •

mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi; membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat;

• •

mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan; dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang

Sogoshosha Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan di negara Jepun. Untuk mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian antarabangsa, mengendali barang dagangan yang banyak dan memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar. Di negara Jepun 'Sogoshosha' adalah merupakan satu panggilan/title yang diberikan kepada beberapa syarikat perdagangan am yang terkenal yang telah mencapai pusingan sebanyak US$20 billion setahun. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dimainkan oleh sogoshosha telah diiktirafkan sebagai satu dari sebab-sebab negara berkenaan mencapai kejayaan yang cemerlang di bidang perdagangan luar. Pengalaman negara tersebut telah memberi inspirasi kepada beberapa buah negara membangun termasuk Malaysia, untuk menubuhkan sogoshosha masing-masing sebagai institusi bagi memajukan ekspot mereka. Rasional Berdasarkan jangkaan kadar pertumbuhan di negara-negara perindustrian dan juga perdagangan antarabangsa yang lembab serta langkah perlindungan yang semakin meluas, Malaysia perlu mencari strategi baru di bidang perdagangan luar. Di masa yang sama, usaha-usaha mempercepatkan perkembangan ekonomi negara. Pencapaian matalamat ini memerlukan Malaysia memulakan strategi menggalakkan ekspot keluarannya secara besar-besaran. Oleh itu, strategi pemasaran barang untuk diekspot mestilah dirangka dengan teliti bagi mengatasi halangan dan sekatan yang ada. Penubuhan sogoshosha adalah diharapkan sebagai satu daripada

strategi membantu negara dalam pemasaran barang ekspot. Sogoshosha ini juga akan menjadi alat untuk mendapat maklumat strategik mengenai pasaran-pasaran ekspot dan kontrak kerja di luar negeri menerusi rangkaian antarabangsa.

Objektif Sebagai institusi yang akan membantu Malaysia di bidang perdagangan antarabangsa, sogoshosha Malaysia ditubuhkan dengan objektif-objektif berikut:• • • • • Menggalakkan ekspot tradisional ke pasaran bukan tradisional dan juga kepada pengguna-pengguna baru termasuk dipasaran tradisional Menggalakkan ekspot bukan tradisional. Mengembangkan peluang-peluang

antarabangsa dari segi menggalakkan pelaburan secara usahasama di sektor industri di Malaysia untuk keperluan pasaran dalam dan luar negeri. Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru. Menggalakkan ekspot tak ketara (invisible) Malaysia di luar negeri.

Strategi Pelaksanaan Strategi pelaksanaan konsep sogoshosha ini adalah dilakukan secara menyeluruh selaras dengan dasar-dasar baru kerajaan seperti Persyarikatan Malaysia. Malah sogoshosha adalah dianggap sebagai peringkat permulaan bagi pencapaian matalamat Persyarikatan Malaysia. Kerajaan sedang merangka satu definasi tetap mengenai sogoshosha dan peraturanperaturan mengenainya. Beberapa kemudahan-kemudahan dan bantuan adalah dalam pertimbangan untuk diberi kepada syarikat sogoshosha tanpa menggangu atau mengenepikan syarikat perdagangan am yang lain. Pertimbangan sedang dibuat supaya galakan-galakan cukai dan kewangan diberikan kepada syarikat yang terlibat, yang mana diantara lainnya termasuk:

(a) Galakan Kredit Diberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan untuk melaksanakan kegiatan ekspot di luar negeri. (b) Galakan Cukai Misalnya elaun galakan ekspot dan lain-lain pengecualian cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976.
(c) Lain-lain Galakan Serta Khidmat Sokongan Misalnya penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia di luar negeri dan sebagainya. Dalam menyediakan galakan di atas, ianya akan diberikan kepada syarikat yang berjaya membuktikan keupayaan mereka untuk meningkatkan ekspot barangannya dan juga berjaya mempelbagaikan ekspot, terutama ke pasaran bukan tradisional. Penutup Bagi mencapai kejayaan dalam pelaksanaan dasar ini di masa depan, Malaysia mesti bekerja keras untuk menghadapi cabaran-cabaran dan mengatasi masalah yang timbul. Sekiranya berjaya, kesan 'synergy' yang diperolehi daripada penubuhan sogoshosaha ini pasti akan dapat membantu mempertingkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi negara. Dalam melaksanakan strategi sogoshosha, perhatian hendaklah diambil agar kelonggaran cukai dan bantuan kewangan tidak bercanggah dengan peraturan yang dikenakan oleh GATT dan negara-negara pengimpot

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA Latarbelakang

Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import. Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh. Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan meneeusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang. Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat

tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubungkait di antara sektor perindustrian dengan sektor-sekctor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti pemasangan sahaja. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamatmatlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru. Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM benujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.

Rasional Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk

mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran. Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Jelas di negara-negara perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam menggerakkan jentera pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara perindustrian dahulunya merupakan negara-negara pertanian yang mundur, tetapi oleh kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan bersungguhsungguh, hari ini mereka telah maju. Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun. Objektif Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP) Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu: (a) (b) (c) Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara; Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian

Strategi Pelaksanaan

Strategi

Pelan

Induk

Perindustrian

Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah mencadangkan langkahlangkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara perindustrian: (a) Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih (b) kompetitif; Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport. Dari 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah dikenalpasti sebagai keluaran/industri keutamaan untuk (c) dimajukan; Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport. Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usahausaha perlu ditumpukan kepada memastikan kejayaan projek-projek itu dahulu (d) (e) (f) sebelum menceburi bidang-bidang industri berat yang lain; Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu; Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat; Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah

sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industriindustri diutamakan di sepanjang western corridor di pantai barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75-80 peratus penduduk dan di mini corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak seperti (g) Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu; Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di negara Taiwan dan menyusun semula industri-industri yang kurang berkesan (h) (i) tetapi penting dalam ekonomi negara; Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan sektor pembuatan; dan Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi

Penutup PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking. Sejauh mana ini akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekal, jika tidakpun meningkatkan lagi, daya saing di pasaran antarabansa yang penuh cabaran itu

DASAR PERINDUSTRIAN BERAT DI MALAYSIA

Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara setanding dengan sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat dari 13.4% pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tahun 1980 sementara sumbangan sektor pertanian menurun dari 30.8% kepada 22.2% dalam tempuh yang sama. Begitu juga dengan peluang

pekerjaan yang diwujudkan di mana peraturannya dalam sektor perindustrian telah bertambah dari 11.4% pada tahun 1970 kepada 15.8% padatahun 1980 sedangkan di sektor pertanian peratusannya menurun dari 50.5% kepada 40.6%.Pertumbuhan sektor perindustrian dalam dekad tersebut ialah 12.5% setahun berbanding dengan hanya 4.3% bagi sektor pertanian. Proses perindustrian telah melalui tahap-tahap yang diperlukan bermula dengan industri tradisional berasaskan pertanian sebelum tahun 1960an kepada industri gantian-import pada tahun 1960an dan seterusnya industri-industri intensif buruh dan eksport pada tahun-tahun 1970an. Langkah seterusnya yang paling wajar dalam proses perindustrian ini ialah dengan mengamalkan dasar industri berat iaitu perindustrian yang memerlukan modal yang besar, teknologi yang tinggi dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai. Rasional Industri berat mempunyai potensi jangka panjang dalam proses rancangan perindustrian negara kerana dasar ini adalah merupakan satu langkah ke arah satu ekonomi yang lebih kukuh dengan memperluas dan mengukuhkan asas dan struktur perkilangan agar ianya terus mampu menghadapi pertumbuhan dan kematangan. Selama ini, Kerajaan adalah merupakan pelabur yang terbesar sementara sektor swasta kurang memainkan peranan dan pelaburannya adalah terlalu lembap. Sektor ini tidak dinamik di mana ia lebih bertindak balas kepada galakan dan perlindungan tanpa memberi perhatian kepada 'new areas' dan berbelanja untuk penyelidikan dan pembangunan. Pada masa-masa yang lepas sektor swasta lebih memandang ke dalam (inwardlooking) dan polisi ditujukan ke arah itu iaitu gantian import dan galakan perlindungan tanpa memikirkan persaingan dalam pasaran dunia. Dasar perindustrian berat diharap dapat mengubah keadaan ini agar sektor swasta meningkatkan pelaburan mereka dan mengambil bahagian cergas dalam pembangunan ekonomi melalui program perindustrian berat yang lebih sophisticated yang akan mengwujudkan industri-industri sokongan dan berkemampuan untuk bersaingan dalam pasaran dunia. Kebanyakan pelaburan sehingga hari ini, adalah 'assembly of packaging type' yang gagal memberi peluang untuk 'forward or backward linkages'. Akibatnya, walaupun proses perindustrian telah berlangsung selama 25 tahun, Malaysia masih belum mempunyai 'industrial elite' dan masyarakat perindustriannya sendiri. Malaysia perlu mempunyai kedua-dua ini jika mahu terus maju setanding dengan negara-negara perindustrian yang lain. Objektif

Dasar

Industri Berat dijangka objektif-objektif

akan

mencapai berikut:

Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih sophisticated untuk memajukan teknologinya sendiri. Dengan itu, perindustrian di Malaysia tidaklah hanya setakat memproses dan menghasilkan barang-barang pengguna yang mudah, tetapi sebaliknya dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah serta jenterajentera perindustrian dan barang-barang gantian import untuk keperluan negara secara kompetitif. (2) Mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing. Dengan ini, negara boleh menyelamatkan tukaran wang asing dan seterusnya mengasaskan langkah berjaga-jaga ke atas ketidak-tentuan harga dan bekalan bahan-bahan keperluan strategik. (3) Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju terhadap barangan yang dihasilkan oleh perindustrian intensif buruh negara-negara membangun. (4) Industri berat dijangka dapat meningkatkan keupayaan industri-industri kecil dan industri sokongan di samping mengwujudkan industri-industri pertengahan yang baru. Pengalaman di negara-negara lain menunjukkan bahawa pelaburan dan gunatenaga yang diwujudkan oleh industri-industri pertengahan, sokongan dan kecil ini adalah lebih besar dari yang ditimbulkan oleh industriindustri berat itu sendiri. (5) Mengwujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam bidang-bidang kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan. Strategi Pelaksanaan

(1)

Industri berat memerlukan modal besar, teknologi yang tinggi dan sophisticated dan pekerja mahir. Selain dari Kerajaan, tidak ada pelabur-pelabur tempatan yang sanggup melabur modal dalam projek-projek yang sebegini besar. Pelabur-pelabur tempatan juga tidak mempunyai teknologi yang diperlukan. Dengan demikian, pelaburan dalam bidang ini terpaksa diusahakan oleh Kerajaan dan pelabur-pelabur asing. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980. Peranan HICOM adalah untuk mengenalpasti, memulakan, melaksanakan dan menguruskan projek-projek

dalam bidang industri berat. Berikutan dari ini beberapa projek tajaan Kerajaan dengan usaha sama pelabur asing telah dilancarkan. Ini termasuk logi simen, besi panas dan pancang keluli, projek kereta nasional, logi enjin kecil, palpa dan kertas dan kompleks kejuruteraan. Kesemua projek-projek ini adalah memerlukan bahan-bahan atau komponen-komponen tertentu dalam pengeluarnnya. Di sini timbullah peranan yang patut dimainkan oleh industri-industri sokongan dan kecil untuk membekalkan bahan-bahan tersebut. Dengan itu, perlaksanaan program industri berat mempunyai serampang dua mata; iaitu mengwujudkan projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau mengwujudkan industri-industri baru. Di sini pelabur-pelabur tempatan (swasta) haruslah memainkan peranan aktif bagi mengwujudkan 'secondary industries' yang berasaskan 'high-teknologi' dan berkeupayaan mempercepatkan pertumbuhan industri pertengahan dan sederhana. Dengan tidak secara langsung ianya akan mengwujudkan industri gantian import pusingan kedua dan 'resource-based industries' untuk eksport. Oleh kerana industri berat memerlukan teknologi yang sophisticated dan kemahiran yang tinggi di mana ianya menjadi masalah di Malaysia, dasar ini memerlukan pengimportan kedua-dua sumber itu secara mengadakan usahasama dengan pelabur asing. Rakan perkongsian asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan dalam melatih pekerja, pengendalian dan pengurusan projek. Ini adalah bagi menentukan pemindahan teknologi berjalan dengan berkesan dan projek mencapai kejayaan. Insentif berbentuk kredit, tariff atau subsidi patutlah diberi kepada projek-projek ini bagi membolehkan industri ini berdiri buat permulaannya. Pengeluaran juga haruslah bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi hendaklah juga ditujukan kepada pasaran dunia. Dari segi ini, tindakan pemasaran yang agresif hendaklah dijalankan dan usaha-usaha dibuat dalam penyelidikan dan pembangunan demi mengurangkan kos pengeluaran agar barangan menjadi lebih kompetitif. Kajian juga hendaklah dibuat bagi mengenalpasti projekprojek yang sesuai dan paling bermunafaat kepada Malaysia dan menentukan pilihan teknologi yang akan digunakan. Penutup Oleh kerana bentuk perindustrian berat yang rumit itu tidak menggalakkan penglibatkan sektor swasta dalam negeri, maka Kerajaan nampaknya terpaksa mengambil daya utama untuk menjalankan industri ini dan membiarkan

pelabur swasta menjalankan industri sampingan bagi komplimen industri berat itu. Ini dengan sendirinya akan mempertingkatkan proses perindustrian dan memperluaskan asas perindustrian yang diperlukan bagi industri berat. Buat beberapa ketika pergantungan kepada tekno- logi asing tidak dapat dielakkan, tetapi dengan penyusunan cara pemindahan teknologi yang teratur, ianya akan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Malaysia boleh mengwujudkan teknologinya sendiri. Selain dari itu, langkah yang patut diambil ialah dengan memberikan intensif yang sesuai kepada industri dalam negeri bagi membolehkan ia merangka 'capital saving equipment' melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka. Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi dalam dasar perindustrian negara selama ini, dasar industri berat ini juga akan mencapai kejayaan yang sama jika pendekatan yang sesuai dibuat.

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA Latarbelakang Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983. Semenjak itu dasar ini telah banyak dikupas dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga gulungan intelektual. Rasional Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik. Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama

dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan. Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini ujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta. Objektif Persyarikatan Malaysia bertujuan mengujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh keduadua pihak. Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya bersama berkongsi maklumat, tanggongjawab, cabaran serta memahami polisi, objektif dan prosediur-prosediur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat ini sebenarnya akan menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat dikecapi bersama-sama melalui cukai dan penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta. Strategi Pelaksanaan Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:

i. ii.

Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu menjaga maruah negara dan tidak hanya satu pihak sahaja yang akan bersungguh membangunkan negara.

iii.

Peraturan dan prosediur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosediur yang ada.

iv.

Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.

Dalam hubungan ini, pihak INTAN telah mengadakan beberapa siri forum, seminar dan perbincangan dalam usaha-usaha mendapatkan pandangan-pandangan pertukaranpertukaran maklumat di peringkat persekutuan dan negeri-negeri. Beberapa syarikat swasta juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar yang serupa. Dalam usaha mengujudkan kerjasama yang lebih erat dan penglibatan pihak swasta dalam penggubalan dasar dan prosediur, secara lebih berkesan, satu Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1984 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara telah dikeluarkan, mengarah supaya semua Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan Pejabat Daerah menubuhkan Perundingan di antara pihak swasta dan pihak awam. Selain dari itu beberapa program-program lain juga telah dijalankan seperti menempatkan pegawai kerajaan ke syarikat swasta. Sebagai permulaannya seramai 18 orang pegawai telah ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade Association (BMITA) mulai tahun 1984 yang lalu dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu mempelajari selok belok pengurusan sektor swasta tentangnya dibidang perniagaan, perdagangan dan

industri. Penutup Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju. Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->