You are on page 1of 15

PENGENALAN

Perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskannya daripada
penjajhan disebut sebagai semangat kebangsaan. Kesedaran kebangsaan ini ialah
kesedaran yang merentasi kampung, daerah dan negeri. Dalam konteks tanah melayu atau
british malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa
mereka berada di belenggu penjajahan british. Semangat kebangsaan di tanah melayu
boleh dikesan sejak awal kurun ke 20 lagi. Iaitu setelah pihak british mengesuai seluruh
tanah melayu, dibawah sistem pemerintahan yang dibahagikan kepada negeri-negeri
selat, negeri-negeri tidak bersekutu, negeri-negeri bersekutu.

Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud
di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke dua, kaum-kaum cina dan
mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah
terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia
orang india adalah terhadap negara india. Maka orang melayu sahaja yang memikul
tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah british,
pada tahap-tahap awal. Maka perbincangan dibataskan kepada peranan yang dimainkan
oleh orang melayu, sehingga tahun 1941, iaitu sehingga Jepun menawan tanah melayu
dan british mengundurkan diri buat sementra waktu.

Nasionalisme menurut DBP, iaitu perasaaan cintakan negara sendiri yang


mendalam dan pergerakan untuk mencapai kebebsan ekonomi dan politik daripada
kuasa asing. Kesedaran kebangsaaan pula yang berkaitan secara keseluruhan
nasional semangat.
Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan semangat kebangsaan di kalangan orang
melayu iaitu faktor dalaman dan luaran.

FAKTOR-FAKTOR DALAMAN

Gerakbalas Terhadap Pentadbiran British Menjelang akhir abad ke 19.

Pihak british telah berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan
kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak british kemudian telah memulakan
proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua
aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat
dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu. Akibat daripada keadaan ini, institusi
melayu tradisional dan elit melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil
peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula,
pihak british telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran
untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh
masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun
1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu,
511000 adalah orang melayu, 495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini
menyebabkan kaum pendatang mula menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu
mulai sedar yang mereka telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial
dimana orang bukan melayu menjadi peserta yang kuat.

Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai
rakyat pribumi sedikit demi sedikit dianmbil alih oleh pihak pendatang dan kaum
penjajah. Perkembangan Pendidikan Menjelang akhir kurun ke 19, terdapat sekolah-
sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan
bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat
dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british
bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalangan orang melayu.
Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu menjadi lebih pandai sedikit
daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah Inggeris pula ialah anak-anak
golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan
pentadbir bawahan sahaja.

Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini


bukan satu yang ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang
sesuai. Maka surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran,
umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J. Wilkonson
selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar melayu
bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap kemajuan intelek dan
material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar, telah
membuka mata orang melayu, terutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang
mempengaruhi orang melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok


dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem
pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan
kuasa british dan kemasukan kaum imigran. Namun demikian sekolah-sekolah seumpama
ini kurang memainkan peranan untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap
awal. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi,
maka barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum melayu
terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di tanah melayu.
Kesimpulannya, perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah
memainkan peranan penting dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Perkembangan Sistem Perhubungan Dan Media Massa

Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi kepentingan
ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu menyelesaikan
halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya, pada tahun 1910,
terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat
membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat
melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu
sama lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu,
yang seterusnya mewujudkan identiti kebangsaan.

Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan


tersebar dengan pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui
sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Selain daripada perkembangan sistem
perhubungan yang digunakan sebagai jalan penyaluran semangat kebangsaan,
media massa, terutamanya, surat khabar turut digunakan sebagai medan untuk
menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka
sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya raja
Ali Haji yang disusun pada tahun 1858. Karya ini membicarakan budaya melayu yang
kian berubah akibat pengaruh british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga
memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu seagai
alat menyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.

Jelas bahawa, perkembangan sistem perhubungan dan media massa turut


memainkan peranan penting dalam menentukan masyarakat melayu bergerak ke arah satu
identiti iaitu identiti kebangsaan dan bukan lagi mengikut identiti kekampungan ataau
kedaerahan.
FAKTOR LUARAN

Gerakan Pemulihan Di Timur Tengah

Menjelang dekad pertama kurun ke 20, Gerakan reformasi islam telah sampai ke tanah
melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan wahabi oleh sheikh muhammad abduh
dan syed jamaluddin al-afghani. Syeikh muhammad abduh telah menyesuaikan prinsip-
prinsip islam menurut kehendak zaan moden, ettapi tidak terkeluar dari prinsip dan
semangat agama islam yang sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajara allah
dan rasul seperti yang tercatit di dalam al-quran dan al-haddis. Yang diesuaikan ialah
perkara-perkara dan hal-hal takwil serta pentafsiran islam mengenai sesuatu pendapat
atau hukum di dalam al-quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru, prgresif dan
revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

Konsep pan-islamisme telah mula diutarakan oleh syed Jamaluddin al-Afghani,


seorang pemuda reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir
abad ke 19. Konsep ini mempunyai matlamat untuk melahirkan nasionalisme yang
berteraskan agama islam yang mengaku dan menghendaki satu bangsa yang berdasarkan
agama islam dan sebuah negara islam yang besatu padu dan berdaulat. Pada masa itu
juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke timur tengah
untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji.
Perkembangan reformisme di timur tengah itu telah memengaruhi keduadua kumpulan
tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu
berlandaskan agama islam.

Perkembangan di timur tengah merupakan sumber llham bagi pertumbuhan


kesedaran yang semain meresapi masyarakat melayu. Keadaan ini telah dipelopori oleh
penuntut-penuntut melayu yang telah pergi ke timur tengah seperti syeikh Jalil
Jalaluddin. Syed al-Hadi dan syeikh Muhammad Salim al-Kalali. Mereka berusaha
menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam.
Kekalahan Rusia Ke Tangan China

Dalam peperangan yang berlaku di antara rusia dengan jepun (1904-1905) menyaksikan
jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan kesedaran
kepada orang asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang
digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak
mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti jepun melalui kemajuan teknologi dan
pendidikan.

Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah
menghasilkan karya berjudul 'mataharai memancar' (the rising sun) yang menceritakan
sejarah jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa kamal
dari turki yang asalnya daripada bahasa arab. Menurut za'ba (modern development, hlm
148), karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan bangga
dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini termasuklah kepada pembaca
melayu.

Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya teknologi dan


pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang british dari tanah melayu.
Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di tanah melayu. Di antara mereka
ialah syed sheikh al-hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka
dalam aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran islam. Perkembangan di jepun
mengalahkan kuasa rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu
juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh pihak
british.

Pergerakan Kebangsaan Di Indonesia

Gerakan kemerdekaan rakyat indonesia menentang pemerintahan belanda telah memberi


semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan
british. Sarekat islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, dengan tujuan memelihara
kebajikan dan ekonomi orang indonesia serta menyatukan orang islam dengan
menyebarkan ajaran islam. Parti ini amat popular di pulau jawa. Parti ini mendesak
penjajah belanda supaya memberi pemerintahan sendiri kepada rakyat indonesia.

Orang melayu di tanah melayu amat tertarik dengan ideologi parti tersebut,
tambahan pula terdapat persamaan ketara dari segi agama, bahasa dan kebudayaan, di
antara masayarakat islam di indonesia dan mayarakat melayu di negeri-negeri melayu,
jadi orang melayu di negeri-negeri melayu mendapat banyak ilham daripada perjuangan
yang dilakukan oleh sarekat islam di Indonesia. Di samping itu pelajar yang sedang
belajar di timur tengah, telah berhubung dengan pelajar indonesia yang turut belajar di
situ. Tujuan mereka ialah untuk berganding dan sama-sama memperoleh pembebasan
daripada penjajah.

PERKEMBANGAN KESEDARAN KEBANGSAAN DI TANAH MELAYU

Perkembangan kesedaran kebangsaan di tanah melayu telah dipeloori oleh tiga kumpulan
elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah yang lebih baik.
Kumpulan yang pertama ialah golongan yang berpendidikan arab yang ingin
mengetengahkan islam sebagai jalan memajukan keadaan orang melayu. Golongan ini
dipengaruhi oleh reformasi islam yang berlaku di timur tengah. Kumpulan kedua ialah
yang berpendidikan melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang lebih
radikal. Kebanyakan merekeka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan elit
melayu yang ketiga ialah yang berpendidikan inggeris, mereka terdiri daripada kelompok
pentadbir dan pegawai am dari kalangan bangsawan melayu.

Golongan Berpendidikan Arab

Sejarah kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan orang melayu boleh dikesan sejak
awal abad ke 20 sebagai gerak balas terhadap gerakan yang dilakukan oleh beberapa
tokoh yang pulang dari timur tengah dan mesir. Oleh yang demikian, pergerakan pada
tahap awal ini lebih bercorak keagamaan.
Golongan ini kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dan walaupun sebilangan
mereka kecil, tetapi mereka sangat berpengaruh di kalangan masyarakat melayu. Meraka
adalah orang melayu yang berketurunan arab, India, jawa dan sumatera. Mereka telah
berhijrah ke tanah melayu selepas bermulanya pentadbiran british di sini, dan mula
menetap di pulau pinang, melaka dan singapura.

Di antara meraka, golongan yang utama ialah imigran arab yang telah berkahwin
dengan wanita melayu tempatan. Walaupun mereka masih mengekalkan sebahagian
daripada tradisi kearaban mereka, seperti berpakaian jubah, namun meraka di terima ke
dalam masyarakat kerana persamaan agama. Mereka dididik dengan baik dan berilmu
pengetahuan, terutama yang bergelar syed dan syeikh. Kebanyakan mereka merupakan
pedagang yang kaya. Maka pengaruh mereka terserlah di kalangan masyarakat tempatan.

Golongan kedua yang terpenting ialah orang islam dari india dan berkahwin
dengan wanita tempatan. Mereka dikenali sebagai jawi peranakan. Mereka merupakan
pedangang dan pekedai yang berjaya. Mereka juga menganggotai pentadbiran british
sebagai kerani, penterjemah, jurubahasa dan guru-guru bahasa melayu yang bergelar
'munshi'. Sumbangan utama jawi peranakan ialah terhadap bidang penerbitan majalah dan
akhbar yang berfungsi sebagai alat penyaluran untuk menyebarkan idea-idea pemulihaan
dan disuarakan oleh golongan keturunan arab. Pada tahun 1876, sekumpulan jawi
peranakan telah membuka jabatan percetakan dan mula mengeluarkan akhbar mingguan
dalam bahasa melayu bernama ‘jawi peranakan’ akhbar ini sering memaparkan berita-
berita luar negeri, dalam negeri dan berusaha memupuk pendidikan melayu (foster
vernacular education).

Selama tiga puluh tahun seterusnya, pejabat ini telah mengeluarkan enam belas
jurnal berbahasa melayu, aspek yang sering ditekankan ialah potensi pendidikan dan peri
pentingnya kemajuan diri dan kemajuan komuniti masyarakat melayu, seperti yang
dilaungkan oleh golongan keturunan arab. Disamping itu, golongan keturunan arab sering
menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu di timur tengah, pertamanya di
universiti al-azhar di mesir. Semasa menuntut, pelajar-pelajar ini telah terpengaruh
dengan idea-idea syeikh Muhammad Abduh dan gerakan pan-islamisme yang sedang
berkembang di asia barat. Sekembali ketanah air, mereka turut menyebarkan idea-idea
tersebut. Di antara pemimpin golongan ini yang terkenal ialah syeikh mohd. Tahir
jalalluddin al-kalali, syed syeikh al-azhari, dan syekh mohd kassim al-kalali, bergelar
kaum muda.

Pada bulan julai 1906, syed sheikh al-hadi bersama rakan-rakannya telah
mengusahakan majalah al-imam (pemimpin) di singapura. Majalah ini kemudiannya
menjadi lidah rasmi untuk membawa pembaharuan sosial dan agama di kalangan orang
melayu. Tujuan utama majalah ini ialah untuk ' mengingatkan mereka yang lalai,
membangkitkan mereka yang tidur, memimpin mereka yang sesat dan memberikan suara
kepada mereka ang berfikiran bernas. Pada keseluruhannya rencana-rencana dan
makalah-makalah yang tersiar dalam al-imam adalah berkisar pada persoalan agama yang
seringkali berupa seruan menyedarkan umat islam yang sekian lama dihanyutkan oleh
politik dan tipu helah penjajah.

Kaum muda tersebut juga menyarankan orang melayu untuk mempelajari satu
sistem pelajaran agama yang bercorak liberal dengan memasukkan mata pelajaran moden
bahasa inggeris di samping bahasa arab. Mereka juga berpendapat bahawa kaum wanita
harus diberi pendidikan dan peluang memainkan peranan di dalam masyarakat. Pendapat
ini dijelaskan melalui karya novel 'faridah hanum' yang ditulis oleh syed syeikh al-hadi.

Mereka menekankan fikiran yang waras dan rasional tanpa


mencampuradukkan ajaran-ajaran agama dengan adat dan kepercayaan yang
karut. Untuk memperluaskan lagi ajaran dan cara pemikiran mereka. Kaum muda telah
menubuhkan sekolah-sekolah agama seperti madrasah al-mashyur (pulau pinang),
madrasah al-hadi (melaka) dan madrasah al iqabal al-khariah (singapura). Mereka juga
turut menyumbangkan tulisan dalam majalah dan akhbar seperti neraka (1911), al-manar
(1914), al ikhwan(1926) dan saudara (1928). Mereka turut emndapat sokongan daripada
pelajar di timur tengah yang menulis dalam majalah 'seruan al-azhar' (1928) dan 'pilihan
timur' (1927-29).
Idea islah kaum muda telah mendapat tentangan hebat dari golongan pihak
rasmi agama dan tradisional yang dikenali sebagai kaum tua. Kaum tua
menganggap idea kaum muda itu membahayakan suasana masyarakat, politik dan
agama yang sedia ada. Mereka bertindak balas dengan menerbitkan majalah pengasuh.
Majalah ini diterbitkan oleh majlis agama dan adat istiadat kelantan. Oleh kerana kuatnya
pengaruh kaum tua, majalah-majalah terbitan kaum muda diharamkan dibeberapa buah
kerajaan negeri. Majalah-majalah ini hanya dibenarkan dinegeri-negeri yang tidak ramai
penduduk melayu seperti di negeri-negeri selat. Pemimpin-pemimpin kaum muda juga
dilarang daripada berucap di masjid-masjid.

Walau bagaimanapun, idea pemulihan kaum muda yang berpendidikan arab ini
mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang melayu
mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat membangun.

Golongan Berpendidikan Melayu

Tahun-tahun 1920 an memperlihatkan pertamabahan bilangan orang melayu yng


berpelajaran, sebagai hasil perkembangan sekolah-sekolah melayu, dan penubuhan
maktab perguruan sultan idris (mpsi), yang telah ditubuhkan pada tahun 1922. Pelajar-
pelajar maktab ini terdiri daripada anak-anak kaum tani dan keluarga melayu yang rendah
mobiliti sosialnya. Namun mpsi dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjiwa
kebangsaan mereka menitik beratkan masalah-masalah ekonomi dan sosial yang
membelenggu masyarakat melayu. Namun soal-soal agama tidak diabaikan oleh mereka.
Pergerakan kesedaran kebangsaan yang diteruskan oleh golongan berpendidikan melayu
ini bermarkas di mpsi, yang merupakan pusat pengajian tertinggi bagi pelajar yang
berpendididkan melayu di zaman penjajah british. Selepas elajar, mereka dihantar ke
sekolah-sekolah melayu di seluruh negara.

Semasa di mpsi, pelajar-pelajar bakal guru ini telah disuburkan menganai


semangat kebangsaan oleh guru-guru melalui syarahan sera mata pelajaran sejarah. Di
antara guru-guru yang terkenal ialah cikgu abdul hadi haji hassan yang berasal dari
melaka. Selepas ditempatkan disekolah-sekoalh melayu, guru-guru lepasan mpsi ini
secara tidak langsung mengembangkan fahaman kebangsaan kepada murid-murid di
sekolah menerusi pengajaran meraka. Dalam masa yang singkat saja, mereka dapat
menyedarkan kaum melayu bahawa mereka adalah bangsa melayu bumiputera di tanah
melayu.

Seorang guru lepasan mpsi bernama ibrahim haji yaakub dari pahang telah
memulakan perjuangan ala politik. Pada masa bertugas di kuala lumpur beliau bersama
ishak haji muhammad, hassan manan, abdul karim rashid dan isa mahmud telah
menubuhkan parti politik bercorak kebangsaan pada tahun 1938. Pertubuhan ini dikenali
sebagai kesatuan melayu muda (kmm). Tujuan kmm di tubuhkan ialah untk berjuang
mencapai kemerdekaan tanah melayu daripada pihak british. Ideologi merek ialah tidak
mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan. Pertubuhan ini juga inginkan penggabunagn
dengan indonesia untuk membentuk melayu raya. Iiatu tanah air yang serumpun bangsa
yang lebih luas.

Pada tahun 1939, Ibrahim haji Yaakub telah membeli akhbar warta malaya di
singapura dengan bantuan wang dari jepun. Beliau menjadi ketua pengarangnya.
Semenjak itu terbitlah rencana-rencana yang mengandungi isu-isu anti british. Banyak
cawangan kmm telah ditubuhkan di seluruh tanah melayu. Keadaan ini amat
membimbangkan pihak btitish.

Pada tahun 1940, british telah membuat serbuan mengejut beberapa markas kmm
dan menangkap lebih daripada seratus orang pemimpin-pemimpin dan anggota kmm,
termasuk Ibrahim haji Yaakub. Dengan itu british telah mengharamkan kmm. Keadaan
ini berlanjutan sehingga kedatangan jepun pada tahun 1941 dan pemimpin-pemimpin
dibebaskan. Sungguhpun kmm terdiri daripada pemimpin-pemimpin melayu yang
dinamis dan berwawasan tinggi, namun petubuhan ini tidak berjaya menarik sokongan
ramai seperti petani dan nelayan. Golongan ini masih mengharapkan kepimpinan
golongan bangsawan.
Golongan Berpendidikan Inggeris

Pergerakan yang dipimpin oleh golongan ini telah wujud akibat daripada kebimbangan
orang melayu terhdap penguasaan bangsa asing, terutamanya british, cina dan india.
Mereka terdiri daripada golongan bangsawan dan orang kaya yang mendapat pendidikan
inggeris dari maktab melayu kuala kangsar. Mereka lebih bersikap sederhana dan
bekerjasa dengan pihak british. Oleh kerana keturunan meraka, maka mereka dianggap
pemimpin yang sah oleh orang melayu. Kesedaran tentang hak-hak orang melayu
dikalangan golongan ini dibangkitkan oleh tiga perkara iaitu desentralisasi, zaman
kemelesetan dan tuntutan persamaan hak oleh orang cina.

Pada tahun-tahun 1920an, sultan-sultan sendiri telah menyuarakan tentang


pencerobohan yang nyata oleh pihak british ke atas kuasa-kuasa mereka. Ini
menyebabkan pihak british menganjurkan dasar pengagihan kuasa pusat. Tetapi
pedagang-pedagang cina dan eropah telah membantah kerana mereka bimbang akan
kehilangan peluang menikmati hasil ekonomi jika beberapa buah jabatan seperti jabatan
perhutanan dan perlombongan di letakkan di bawah penguasaan negeri. Bantahan ini
merupakan satu amaran kepada orang melayu bahawa jika mereka tidak sedar daripada
kelalaian mereka. Maka tuntutan asing akan menamatkan hak istemewa orang melayu
sebagai rakyat peribumi.

Zaman kemelesetan pula pada tahun 1920an dan 30 an juga menyaksikan


keburukan kedudukan ekonomi orang melayu. Mereka terpaksa berhutang kepada orang
pertengahan serta peminjam wang berbangasa cina dan india. Akibat kemelesetan,
apabila kerajaan cuma mengurangkan kakitangannya, wakil kaum melayu di dalam
majlis mesyuarat persekutuan yang berpendidikan inggeris telah menuntut supaya orang
melayu di beri pertimbangan khas dan mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan.

Langkah seterunya ialah mempertahankan kepentingan orang melayu telah


bermula disingapura apabila Mohammad Yunos abdullah dilantik sebagai anggota
melayu yang pertama dalam majlis perundangan negeri-negeri selat. Beliau telah
mendapat pendidikan di sekolah melayu di kampung gelam dan melanjutkan pelajarn ke
raffles institution. Pada tahun 1893 -94, semasa di singapura mohammad Yunos abdullah
mendapati dikalangan orang islam sendiri, masarakat melayu terpaksa menerima
kepimpinan orang arab dalam hal ehwal agama, perniagaan dan penerbitan majalah.

Mohammad Yunos abdullah sedar tentang keperluan satu parti politik untuk
menjaga hal-hal orang melayu. Pada tahun 1926, kesatuan melayu singapura telah
dibentuk dan ianya merupakan tanda awal bagi petubuhan parti politik di tanah melayu
pada tahun 1940an. Tujuan peubuhan parti ini ialah untuk meningkatkan pencapaian
ekonomi dan sosial orang melayu dan jJuga untuk mewakili hak orang melayu dalam
kerajaan. Pendek kata penubuhan kesatuan melayu singapura merupakan 'turning point'
terhadap pemikiran politik di kalangan orang melayu. Disinilah juga masyarakat melayu
mula bersatu padu untuk menyuarakan hajat mereka.

Kejayaan pertama melalui perwakilan ini tercapai pada tahun 1928, apabila
kerajaan memperuntukkan satu kawasan tanah yang luas bagi orang melayu untuk
mendirikan sebuah kampung. Ini adalah satu langkah untuk memastikan orang melayu
turut mendapat faedah daripada harga tanah yang kian meningkat. Cawangan kms telah
ditubuhkan di Melaka dan Singapura pada tahun 1937. Disamping itu telah wujud
kesatuan-kesatuan lain yang dianggotai oleh pegawai-pegawai melayu berpangkat tinggi
dalam kerajaan. Timbul pula kesatuan-kesatuan dan kelab-kelab baru sseperti kelab
persaudaraan pena (1937) yang menekankan perlunya usaha-usaha bersama bagi
mengatasi masalah-masalah bersama.

Langkah selanjutnya ke arah perpaduan orang melayu telah dibuat apabila satu
kongres kebangsaan bagi persatuan-persatuan seperti persatuan melayu pahang, persatuan
melayu selangor telah diadakan dikuala lumpur pada tahun 1939. Kongres ke dua telah
diadakan pada tahun 1940. Tujuan kongres ini ialah untuk memperkuatkan lagi usaha
untuk memajukan orang melayu. Walau bagaimanpun mereka masih belum lagi
mendapat persetujuan mengenai penubuhan persatuan bersifat kebnagsaan daripada pihak
kerajaan menjelang tahun 1941.
KESIMPULAN

Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak berjaya membebaskan tanah
melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan ini berjaya meninggalkan
beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada kemerdekaan pada tahun 1957. Kesan
yang pertama ialah, fahaman kebangsaan, kedaerahan dan kenegerian dapat dihapuskan
dan diwujudkan pula semangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat
menyedari bahawa mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka
sindiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya, mereka menyedari tentang
kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum petani
dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah melayu dan
inggeris. Kesan akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan kebangsaan ini teah
diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang berpendidikan inggeris seperti
raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga berjaya mendaapat kemerdekaan dari pihak
inggeris.
RUJUKAN

Andaya Barbara Watson Dan Leonard , Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1983

Buyong Adil, Perjuangan Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983

Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Utusan Publications & Distributors, Kuala
Lumpur, 1978

R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, Nasionlisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit


Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985

Radin Soernano, Malay Nationalism, 1900-1945, J S E A H , V. 1 March, 1960

Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia Dan Singapura, Penerbit Fajar Bakti, 1975/1979

William R Roof, The Origins Of Malay Nationalism, Universiti Malaya Press, Kuala
Lumpur, 1967