You are on page 1of 4

PERATURAN KESELAMATAN UNTUK MELAKUKAN KERJA

KIMPALAN DAN MENGGUNAKAN ALAT OXY-


ACETYLENE

o Sebelum melakukan kerja


kimpalan, pemeterian, pemotongan
dan pemanasan dengan
menggunakan mesin kimpal atau
alat Oxy-Acetylene, anda
dikehendaki untuk mendapatkan
kebenaran daripada pegawai anda
dengan mengisi borang ‘Hot Work
Permit’.
 Kerja kimpalan arka perlu
dikendalikan oleh pekerja teknikal
yang berkelayakan dan mahir.
 Alat perlindungan keselamatan
yang sesuai iaitu alat perlindungan
muka dan mata seperti welding
shield dan safety goggles, sarung
tangan dan kasut keselamatan
serta lain-lain alat perlindungan
dipakai di sepanjang masa kerja.
 Kerja kimpalan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai
pengaliran udara yang baik untuk mengurangkan
pendedahan dan terhidu asap kimpalan serta untuk
mencegah kewujudan kadar oksigen yang tinggi serta wap
beracun.
 Tempat kerja mesti beralaskan lantai yang kalis api seperti
lantai konkrit dan ianya mesti jauh daripada sumber-sumber
yang mudah terbakar.

Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan


Arka

 Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh.


 Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan
mengalirkan arus
 Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan
berada di dalam keadaan yang baik.
 Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau
lembap. Jika ianya tidak dapat dielakkan, pakai kasut getah
dan berdiri di atas platform yang kering
 Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang
dikimpal dan seberapa dekat yang boleh dengan tempat
kimpalan dilakukan.
 Gunakan pemegang elektrod yang mempunyai salutan
penebat
 Pastikan semua sambungan elektrik adalah kemas, bersih,
kering dan berpenebat
 Jangan cuba untuk membaiki bahagian elektrik di dalam
mesin kimpalan atau di dalam panel kawalan.
 Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan
mempunyai salutan penebat. Jangan belitkan kabel di
keliling badan anda.
 Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah
atau terkoyak
 Pastikan kabel mesin kimpalan tidak menghalang laluan
pekerja lain dan gulungkan kabel tersebut selepas
digunakan.
 Matikan suis mesin kimpalan apabila tidak digunakan
 Awas! Pancaran arka boleh merosakkan mata dan
membakar kulit
 Lindungi mata anda daripada pancaran arka. Pakai pelindung
muka (welding shield) yang mempunyai penapis gelap (filter
shade) yang sesuai
 Pakai alat perlindungan keselamatan yang sesuai untuk kerja
kimpalan dan pastikan ianya berada di dalam keadaan yang
baik
 Jangan lakukan kerja kimpalan berdekatan dengan tempat
operasi menukar gris kerana pancaran arka boleh
menukarkan wap menjadi gas yang bahaya
 Lindungi orang lain daripada pancaran arka dengan
menggunakan skrin pelindung atau penghadang.
 Awas! Wap dan gas yang wujud semasa proses
kimpalan boleh membahayakan kesihatan anda.
 Jauhkan kepala anda dari terhidu asap kimpalan. Jangan
berada terlalu dekat dengan arka.
 Adakan pengudaraan (ventilation) atau penyedutan asap
(exhaust) yang mencukupi untuk mengalihkan asap dan gas
dari zon pernafasan anda.
 Awas! Arka kimpalan dan pemotong api mengujudkan
kawasan besuhu tinggi dan nyalaan terbuka yang
boleh mengakibatkan kebakaran.
 Pastikan tempat kerja bersih, kering dan jauh daripada
sebarang bahaya.
 Adakan alat pemadam api yang bersesuaian berdekatan
dengan sumber api, bersedia untuk tindakan dan perlu tahu
menggunakannya.
 Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan cecair atau gas
yang mudah terbakar, mudah meruap atau mudah meletup.
 Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan
bahaya terbakar daripada kawasan kimpalan.
 Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki
bahanapi.
 Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang
mengandungi bahan mudah terbakar atau bahan yang
merbahaya.

Langkah keselamatan semasa menggunakan alat Oxy-


Acetylene

 Gas bertekanan tinggi tidak boleh digunakan terus daripada


selinder tanpa alat pelaras pengurangan tekanan. (Pressure
Reducing Regulator)
 Awas! Minyak atau gris akan menjadi sangat mudah
terbakar atau meletup dengan kehadiran oksigen
 Sentiasa pastikan alat pelaras bebas dari minyak atau gris.
Jangan gunakan minyak atau gris pada alat pelaras, selinder
dan sambungan.
 Jangan rosakkan “relief valve” atau alihkannya daripada alat
pelaras. Relief valve bertindak sebagai pelindung kepada
kawasan tekanan rendah pada pelaras daripada tekanan
tinggi.
 Pastikan selinder sentiasa berada didalam keadaan tegak
dan terkawal
 Jangan hentam, jatuhkan atau kenakan api pada mana-mana
injap di selinder.
 Sentiasa pastikan tudung keselamatan untuk injap berada
pada kedudukannya semasa selinder dipindahkan atau
distorkan (samada penuh ataupun kosong)
 Jangan berdiri di hadapan atau di belakang alat pelaras
semasa membuka injap selinder; sebaiknya berdiri di dalam
keadaan injap selinder berada di antara anda dan alat
pelaras.
 Sentiasa buka injap selinder dengan perlahan dan cermat
 Sentiasa adakan ujian kebocoran pada sistem sebelum
muncung (torch) dinyalakan. Periksa kebocoran pada alat
pelaras dan sambungan injap selinder. Jangan lakukan ujian
dengan menggunakan api, sebaliknya gunakan larutan khas
untuk mengesan kebocoran.
 Semasa menyalakan gas, arahkan nyalaan jauh dari orang,
perkakasan dan sebarang bahan yang mudah terbakar.
 Apabila kerja telah selesai, periksa tempat lerja daripada
kemungkinan api atau bahan yang membara.