You are on page 1of 9

Mahathir bin Mohamad 1

Mahathir bin Mohamad

Yang Amat Berbahagia Tun


 Mahathir bin Mohamad

Dalam pejabat
15 September 1978 – 16 Julai 1981

Perdana Menteri Malaysia ke-4

Timbalan Perdana Menteri Malaysia


ke-4
Dalam pejabat
15 September 1978 – 16 Julai 1981

Didahului oleh Hussein Onn

Digantikan oleh Musa Hitam

Lahir 20 Disember 1925 (umur 84)


Alor Star, Kedah Darul Aman
Parti politik UMNO

Pasangan Dr. Siti Hasmah

Pekerjaan Doktor

Agama Islam

Tandatangan

{{#if:|
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ‫دمحم نب ريضحم‬, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar
sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal
kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang
amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang
berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau
sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau
adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai
alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Mahathir bin Mohamad 2

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek
Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang
telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau
dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai
Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di
Asia Tenggara.

Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) dilahirkan pada 20
Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan
Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang
Malayalee Muslim (yang berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan
awal di sekolah laki-laki melayu di sebeerang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di
sekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus
kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang
berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara.
Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari
dituduh bersifat kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan
kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh
negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC),
yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang
telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct
2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat
besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari
Indonesia.

Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau
kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor
Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu
Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai
kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau
ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Mahathir bin Mohamad 3

Kerjaya dan keluarga


Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis
sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5
Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :
• Marina Mahathir
• Mirzan Mahathir
• Melinda Mahathir
• Mokhzani Mahathir
• Mukhriz Mahathir
• Maizura
• Mazhar
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang
terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik
persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke
1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen
menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama
mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau
dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana
Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon
untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon
yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas
menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis
Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa,
dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina
untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12
Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik
cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi
itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan
pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac
1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974,
yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran
dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun
1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk
Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang
disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan
menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara
Mahathir bin Mohamad 4

dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.


Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah
kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung
UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir
kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[1]

Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital
Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.
Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung
setelah saluran darah arteri tersumbat.
Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas kesukaran
bernafas pada jam 4.00 petang.
Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam.
Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr.
Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik
Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali
ke-2.
Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika ini beliau
berusia 82 tahun.[2]

Kontroversi

Krisis perlembagaan
Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja
dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki
mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi
undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk
undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa
mereka.
Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir dipercayai merencanakan
pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk
menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang
sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri
urusan badan kehakiman ketika itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim


Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah
laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan
Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa
Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas
melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.
Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya
Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi
Mahathir bin Mohamad 5

lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila
hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti
tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008
dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNO
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[3] . Beliau bertindak demikian kerana
hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr
Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan
mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy adalah Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga
membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di
Alor Star, Kedah.
Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk
mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan
dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei
2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir
tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[4] .
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam berkata
'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO
tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[5] .
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr.
Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang
untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara
yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.
Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di
dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut.[6] . Dato'
Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak
dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di
dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22
tahun.

Penulisan blog
Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The Appointment of
Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya.[7]
Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/ [8].

Garis masa
• 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
• 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
• 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
• 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai
Universiti Malaya) di Singapura;
• 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan
Hospital Perlis.
Mahathir bin Mohamad 6

• 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
• 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS,
Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara
Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
• 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
• 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
• 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan
Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau
tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;
• Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku
Abdul Rahman;
• Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
• 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini
diharamkan dengan serentak.
• 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
• Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
• 1973: Dilantik sebagai senator.
• 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
• Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa
bertanding;
• Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
• 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47
undi.
• 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
• 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
• Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian
Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
• 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan
perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
• Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri;
• Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang
ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");
• Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan
Malaysia Timur;
• Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
• Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
• Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional
Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang
200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
• 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang
diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang
Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
• Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
• 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari;
• Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
• Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri;
Mahathir bin Mohamad 7

• Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara
Israel.
• 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang
nipis sekali pada 24 April;
• Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri
Malaysia.
• 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan
tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa
itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
• 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan
Perdana Menteri.
• 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
• Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez;
• Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating
mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan
APEC.
• 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.
• 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2
September;
• Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke
mahkamah pada 2 November;
• Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat,
merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
• Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;
• Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos
sebanyak RM13 bilion;
• Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar
yang tertinggi di dunia;
• Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
• 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri
ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
• Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor
Raya Multimedia Malaysia.
• 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan
Perdana Menteri.
• 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains,
mulai tahun 2003;
• Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi
telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.
• 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk
Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan
terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
• Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
• 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
Mahathir bin Mohamad 8

Rujukan
[1] Mahathir dan Abdullah akan hadir perasmian Perhimpunan Agung Umno (http:/ / mstar. com. my/ berita/ cerita. asp?file=/ 2009/ 10/ 13/
mstar_berita/ 20091013181821& sec=mstar_berita)
[2] Dr. Mahathir masuk semula ke ICU (http:/ / www. utusan. com. my/ utusan/ content. asp?y=2007& dt=0916& pub=Utusan_Malaysia&
sec=Politik& pg=po_01. htm), Utusan Online.
[3] Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta (http:/ / www. bernama. com/ bernama/ v3/ bm/ news. php?id=333937),
Bernama. Dicapai 19 Mei 2007
[4] (http:/ / www. themalaysianinsider. com/ mni/ dr-ms-final-move-to-topple-abdullah. html), Malaysian Insider, 19 Mei 2008
[5] Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar' (http:/ / www. malaysiakini. com/ news/ 83099), Malaysiakini, 19 Mei 2008
[6] Nur Jazlan, The Umno curse strikes, again (http:/ / www. themalaysianinsider. com/ mni/ the-umno-curse-strikes-again. html), Malaysian
Insider, 19 Mei 2008
[7] (http:/ / dr-chedet. blogspot. com/ ), Blog lama.
[8] http:/ / www. chedet. cc/

• Victor A. Pogadaev. 20 Tahun Yang Mengubah Wajah Malaysia. Berita Harian, 13. 3. 2002

Pautan luar
• (Melayu) Blog Mahathir - Che Det (http://www.chedet.com/)
• (Melayu) Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir (http://www.ipdm.uum.edu.my/index.htm)
• (Melayu) http://www.tunmahathir.com (http://www.tunmahathir.com)
• (Melayu) Laman sokongan Tun Mahathir. (http://http://www.geocities.com/tokoh_agung/
TokohPMMahathirbinMohammad.htm)
• (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Mahathir bin Mohamad (http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/
Mahathir_bin_Mohamad)

Penyandang Perdana Menteri Malaysia Penyandang Kemudian


Terdahulu 16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003

Hussein Onn Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad


Badawi

Penyandang Presiden UMNO Penyandang Kemudian


Terdahulu 28 Jun 1981 – 30 Oktober 2003

Hussein Onn Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad


Badawi

Penyandang Timbalan Perdana Menteri Penyandang Kemudian


Terdahulu Malaysia
5 Mac 1976 – 15 Julai 1981
Tun Hussein Onn Musa Hitam

Penyandang Menteri Kewangan Malaysia Penyandang Kemudian


Terdahulu 1 Jun 2001 – 31 Oktober 2003

Tun Daim Zainuddin Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad


Badawi
Article Sources and Contributors 9

Article Sources and Contributors


Mahathir bin Mohamad  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=1187844  Contributors: Abdullah Ahmad Badutwi, Acs4b, Adikhebat, Aku statik7, Alistair, Aminijk, Andre
Engels, Aurora, Azienmat, Azme ahmad, Bryan See, Bsadowski1, Cassiopeta7, Che090572, Deisler2020, Didie, Edmundwoods, Emrrans, FUCK MALAYSIA, Fkcu ti, GrooveDog, Hezery99,
Jaguh Batang Ai, Jaguh Kampung, KOmandO8164, Kamalzack, Kekacang, Khalidrizuan91, Kulim, Kurniasan, Kurosagi7, MALINGSIA IS COUNTRY OF BITCHES, Malaysia has claimed
Poco Poco, lol, Malekhanif, Master2841, Menj, Mentifisto, Mhby87, Mr Tan, PM Poon, Piecemealcranky, Polar, RANCANGAN MALAYSIA, Siber79, Spacebirdy, Suparman, Syarikat
Pemunggahan Rencana, Tiptoety, Victor Pogadaev, Whjayg, Yk Yk Yk, Yosri, Zamwan, 181 anonymous edits

Image Sources, Licenses and Contributors


Image:Mm_un.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Mm_un.jpg  License: Public Domain  Contributors: 2T, AxeEffect, Cheeseritz, Mr Tan, Óðinn, 1 anonymous edits
Image:Mahathir Mohamad signature.svg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Mahathir_Mohamad_signature.svg  License: Public Domain  Contributors: User:Tebu.an

Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
http:/ / creativecommons. org/ licenses/ by-sa/ 3. 0/