KESELAMATAN INDUSTRI

ETE101 UNIT 4/1

UNIT 4

KESELAMATAN KEBAKARAN

OBJEKTIF

Objektif am

:

Mengetahui konsep asas kebakaran Mengetahui bagaimana api merebak dan kaedah untuk memadam kebakaran. Memahami kegunaan Alat Pemadam Api. Mengetahui tentang pencegahan kebakaran dan alat-alat pencegahan kebakaran. Menyatakan kaedah membaca pelan tindakan keselamatan dan lokasi kebakaran
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Menyatakan bagaimana api terhasil, cara api merebak dan kaedah Membezakan kelas-kelas kebakaran dan alat memadam api. Menggunakan Alat Pemadam Api.

memadam kebakaran.  

ZBB/SAB/KKA/2005

KESELAMATAN INDUSTRI  Menyatakan risiko pengurusan kebakaran

ETE101 UNIT 4/2 dan menggunakan

peralatan pencegahan kebakaran.  Menyatakan kaedah membaca pelan tindakan keselamatan dan menyatakan lokasi kebakaran.

INPUT 4a

4.0 PENGENALAN KEBAKARAN Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul. Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba dan cahaya yang terhasil akan menghasilkan asap. SAINS KEBAKARAN Pepatah ada menyataka “Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubat”. Persoalan sekarang ialah “ Bagaimana Anda Hendak Menghalang Sesuatu Jika Anda Tidak Tahu Penyebabnya”. Justeru itu adalah wajar untuk memahami bagaimana punca kebakaran boleh berlaku. 4.1.1 Punca Kebakaran Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan api untuk membantu nyalaan
ZBB/SAB/KKA/2005

seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk

KESELAMATAN INDUSTRI membekalkan untuk menghasilkan menunjukkan segitiga tiga unsur yang bergabung akan

ETE101 UNIT 4/3 oksigen dan suhu atau haba yang tinggi api atau nyalaan. Rajah 4.1 kebakaran di mana ketigamenghasilkan kebakaran.

OKSIGEN

HABA

BAHAN API
Rajah 4.1 - Segitiga Kebakaran

Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok. Kebocoran atau mampatan gas. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

ZBB/SAB/KKA/2005

KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/4 Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut: 1. a) Faktor Semulajadi Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau. 4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius. 5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat. letupan gunung berapi.1. 3. ZBB/SAB/KKA/2005 . kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri. 4. b) Faktor Kemalangan Kejadian kebakaran kerana kelalaian . Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.2 Bagaimana dan sebab berlakunya kebakaran Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut. 2. Lebihan beban aliran kuasa Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar. c) Faktor Sengaja Dibakar Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat.

1.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/5 4.1 . Kelas kebakaran dapat dikenalpasti melalui simbol pada Rajah 4. alkohol minyak. magnesium ZBB/SAB/KKA/2005 .3 Kelas Kebakaran Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Jadual 4.kertas.aluminium.acetylene. D JENIS LOGAM . butane .2.Kelas Kebakaran KELAS KEBAKARAN A BAHAN API ALAT PEMADAM API PERMULAAN JENIS PEPEJAL. Pengetahuan mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 4. ABC Buih CO2 Air Semburan Halon ABC Air Semburan Halon (BCF) B C JENIS GAS ammonia.1. ABC kalsium. kain Air Buih JENIS CECAIR gasolin. kayu ABC(Serbuk Kering) habuk.

gas-gas yang panas ini akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga. seperti secair atau gas. Olakan haba. lubang lif dan ZBB/SAB/KKA/2005 . Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir • • • sebagainya.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/6 A B C D Rajah 4. Jika kebakaran di dalam bangunan.2 . bahangan dan terus menerus. pengaliran. Cecair atau gas yang panas akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan.Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan 4.1.4 Cara Kemerebakan Kebakaran Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba. a.

KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/7 Rajah 4. Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan sampai ke suhu nyalaan. batu. Rajah 4. • • Pengaliran. Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam. simen dinding bangunan dan lantai.4 – Kemerebakan api secara pengaliran ZBB/SAB/KKA/2005 .3 – Kemerebakan api secara olak haba b. ia terbakar dengan sendirinya.

ia akan terbakar. memadamnya anda perlu untuk ZBB/SAB/KKA/2005 . udara dan suhu. • Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api mendapat haba secara bahangan. Oleh sebab itu untuk memisahkan gabungan tersebut.1. suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan. ETE101 UNIT 4/8 Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut.5 – Kemerebakan api secara bahangan d) Terus menerus. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama ain. Rajah 4. • Bahangan.KESELAMATAN INDUSTRI c. 4. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak.5 Cara memadam kebakaran Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan. Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.

Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. iii. Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. BCF dan serbuk kering ZBB/SAB/KKA/2005 . Ini dilakukan dengan: i. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan. Melemaskan. Menyejukkan. b. c. Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/9 Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu: a. Memutuskan Rantai Tindakbalas. d. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 . ii. Memutuskan rantai kimia. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam. Melaparkan.

Senaraikan tiga unsur yang menyebabkan terjadinya api. 2. Senaraikan tiga kaedah api merebak. ZBB/SAB/KKA/2005 . Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api. Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh. 5. 3.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/10 AKTIVITI 4a • • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. Senaraikan tiga punca kebakaran yang disebabkab oleh elektrik. 4.

Lebihan beban aliran kuasa longgar. butane dan acetylene. 2. melemaskan dan menyejukan. Udara. 4.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/11 MAKLUMBALAS 4a Jawapan : 1. Melaparkan. Kelas D – terdiri dari jenis logam seperti aluminium. 3. pengaliran . 5.terdiri dari bahan perpejal seperti kertas. Kelas A. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang ZBB/SAB/KKA/2005 . gasolin dan alkohol. kayu dan kain Kelas B – terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak. bahangan dan terus menerus. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius. Kelas c – terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia. haba dan bahan. kalsium dan magnesium. a) b) Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat. Olakan haba.

Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. ii.3 menunjukkan gambarajah berlabel bagi alat pemadam api. 4. Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah:- i. Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water co2 Jenis yang mengeluarkan buih • Memadam kebakaran minyak • Kebakaran bahan alkohol (Pola) • Tabungnya berwarna krim ZBB/SAB/KKA/2005 .KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/12 INPUT 4b 4.2. Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting.1 Kategori Alat Pemadam Api Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.2 Alat Pemadam Api Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya berfungsi. Rajah 4.

C.Gambarajah alat pemadam api berlabel ZBB/SAB/KKA/2005 . ETE101 UNIT 4/13 Pedal penekan Pin Keselamatan Pemegang Hos Nozel Tabung Rajah 4. Tabungnya berwarna biru.6 . Jenis yang mengeluarkan gas Mengandungi gas karbon dioksida Agen pemadam yang bersih. • • • • Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC) Debu kering mengandungi bahan sodium bikarbonat. Terbukti selamat.KESELAMATAN INDUSTRI iii. Tidak merosakkan komponen elektrik Tabungnya berwarna hitam. Untuk Kelas A.B. • • • • iv.

Pusing atau tekan pemegang .Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan) .Tarik pin di atas alat pemadam api .Sweep . P.E Boleh beku.4.2 Cara Mengguna Alat Pemadam Api Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara alat pemadaman adalah berdasarkan Rajah 4.Aim S.90 saat Tidak sesuai jenis E GAS HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan DEBU KERING BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor 4.halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.2.Jenis alat pemadam api JENIS WARNA JARAK PANCUTAN MASA KESELURUHAN PANCUTAN Tidak 120 saat sesuai jenis B. CATATAN AIR MERAH 4 meter BUIH KUNING LANGSAT 6 meter 30 . menghalakan ZBB/SAB/KKA/2005 .Squeeze S.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/14 Jadual 4.Pull A.4.

KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/15 * Pancutan hendaklah dilakukan mengikut arah angin.Cara menghalakan pancutan ke punca api ZBB/SAB/KKA/2005 . Rajah 4.7 .

Tumpuhan minyak tanah di kedai Nyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesuai digunakan. ii. Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan oleh: i.90 saat 120 saat iii iv Biru v 120 saat MAKLUMBALAS 4b ZBB/SAB/KKA/2005 . Lengkapkan jadual di bawah JENIS AIR BUIH WARNA i KUNING LANGSAT HITAM JARAK PANCUTAN 4 meter ii 3 meter MASA KESELURUHAN PANCUTAN 120 saat 30 . ranting-ranting kayu.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/16 AKTIVITI 4b • • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. Jawab soalan-soalan yang berikut: 1.

v. 2. dan air semburan.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/17 Jawapan : 1. Jenis ABC. air atau buih. iii. iv. Jenis ABC (serbuk kering). buih. Merah 6 meter Gas Debu Kering 3-6 meter ZBB/SAB/KKA/2005 . ii. i. CO2.

Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang ZBB/SAB/KKA/2005 .3. iii. viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/18 INPUT 4c 4.3 PENCEGAHAN KEBAKARAN Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi (uncontrollable stage ) 4. berkala. bagus.1 Pengurusan risiko kebakaran Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran : i. vi. iv. Mengadakan pelan pengunsian bangunan. ii. v. vii.

ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng ZBB/SAB/KKA/2005 . menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran a. mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik. ii. • Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung. Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis: i.2 Peralatan Pencegahan Kebakaran ETE101 UNIT 4/19 Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Jenis Perlindungan Aktif i. • Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah.KESELAMATAN INDUSTRI 4. Alat pecah kaca. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan. Perlindungan pasif. Perlindungan aktif. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.3. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai.

iaitu hydran gedung. Alat pengesan asap.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/20 amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan. iv. sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan kepada zon / kawasan yang terbabit. v. ii. Ia juga berperanan kebakaran tertentu. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau iii. Alat ini beroperasi secara automatik. untuk hydran halaman ditempatkan di halaman. Sistem pili bomba (hyderant) Terdapat 3 jenis hydran. Sistem pemasangan pancur ( riser). Sistem ini dengan penggera kebakaran. Alat ini juga beroperasi secara automatik. Alat pengesan haba. Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung. vi. hydran halaman dan hydran kota. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus dihubungkan secara automatik. Ia bertindak untuk mengaktifkan sistem amaran apabila mengesan sejumlah asap yang suhu tertentu diperingkat awal kebakaran ZBB/SAB/KKA/2005 . Sistem pemasangan sprinkler.

Sistem salur Bantu mula (hosereel) Sistem gas CO2.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/21 pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air. ii. Tangga terlindung. i. Koridor terlindung Pintu rintangan api Ruang akses menentang kebakaran Lif Bomba ZBB/SAB/KKA/2005 . Sistem pemasangan tetap buih (foam) b. viii. iii. ix. v. vii. iv. Jenis Perlindungan pasif.

KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/22 AKTIVITI 4c • • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. Jawab soalan berikut: 2 soalan1A yang 3 A N Ke bawah 1. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah. Satu tindakan awal yang diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan langkah awal bagi mengelak kebakaran yang baru ZBB/SAB/KKA/2005 . 3. mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik ialah ________________________.

Beroperasi secara automatik dan akan aktifkan sistem amaran kebakaran apabila kesan sejumlah ___________________ yang berkepul naik memenuhi ruang bilik atau persekitaran. Tangga terlindung. pintu rintangan api. Melintang 1.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/23 bermula daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi dikenali sebagai pencegahan __________________. 2. koridor terlindung. ruang akses menentang kebakaran dan lif bomba adalah untuk perlindungan ______________________. ZBB/SAB/KKA/2005 .

KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/24 MAKLUMBALAS 4c Jawapan : Ke bawah 1. Aktif Kebakaran Melintang 1. 3. Asap Pasif ZBB/SAB/KKA/2005 . 2.

teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan. ii. Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/25 INPUT 4d 4. Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda. Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan. iv. Objektif PTK:i. Pengosongan premis dilakukan dengan pantas. ZBB/SAB/KKA/2005 .4 Pelan tindakan keselamatan Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul. iii.

kebocoran toksid. bangunan runtuh dan lain-lain. Kesediaan Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/26 Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran. Pemulihan Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan. letupan.4. keracunan.1 Prosedur keselamatan Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:Pencegahan Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan. Tindakan Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan. bencana alam. 4. mengganti atau membaiki peralatan yang rosak. ZBB/SAB/KKA/2005 .

3 Carta Alir Pelan Tindakan Keselamatan API YA LIHAT API YA BUNYIKAN PENGGERA YA PANGGIL BOMBA BESAR SAIZ KEBAKARAN SEMASA YA LARI TIDAK CEPAT BAHAYA ALAT PEMADAM API ADA YA LARI LARI LARI KEMEREBAKAN YA KEADAAN ASAP DAPATKAN ALAT PEMADAM API TIDAK ALAT PEMADAM API ITU SESUAI TAHU GUNA YA TIDAK LARI LARI BAWA ALAT PEMADAM API KE TEMPAT KEBAKARAN DALAM PINTU DI BELAKANG API DALAM BANGUNAN ATAU LUAR BANGUNAN YA LUAR ANGIN DI BELAKANG BERDIRI 10 KAKI DARI API ZBB/SAB/KKA/2005 YA .2 a. Berdasarkan carta alir Jadual 4. Membaca pelan tindakan kecemasan.4.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/27 4.

ZBB/SAB/KKA/2005 . jalan keluar mendatar – struktur yang terdapat pada bangunan yang melibatkan bahagian seperti ‘protected lobby’ dan ‘protected corridor’ ii. batu-bata dan ‘building board’. Jalan keluar terakhir – tempat keluar bagi jalan terus daripada sesuatu bangunan yang mengadakan akses terus ke laluan atau tangga terbuka.5 Mengenalpasti lokasi kebakaran Terdapat beberapa lokasi di sekitar anda yang mungkin berisiko tinggi untuk menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemerebakan api. iii. jalan keluar menegak – elemen struktur bagi membolehkan penghuni melarikan atau menyelamatkan diri keluar dari tingkat atas ke tingkat bawah terus ke tempat selamat. Antaranya ialah:• • • • Makmal sains/tempat simpanan bahan kimia Tempat memasak/makmal penyediaan makanan Struktur bangunan lama yang mudah terbakar Bahan binaan bangunan seperti kayu.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/28 YA TIDAK UJI ALAT PEMADAM API LARI BERFUNGSI PADAM KEBAKARAN b. Jalan keluar ini terbahagi kepada tiga iaitu: i. 4. Contoh seperti tangga keselamatan. Laluan keselamatan Konsep ini merupakan kemudahan struktur dalam bangunan yang memudahkan penghuni melarikan atau menyelamatkan diri daripada bahaya kebakaran dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.

5. Senaraikan objektif pelan tindakan keselamatan. Berikan maksud laluan keselamatan. 2. Nyatakan 2 cara untuk membaca pelan tindakan kecemasan. Nyatakan faktor-faktor prosedur keselamatan bagi sesebuah organisasi.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/29 AKTIVITI 4d • • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. 4. Berikan maksud pelan tindakan kecemasan. 3. ZBB/SAB/KKA/2005 .

d. Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan. Objektif PTK:a. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/30 MAKLUMBALAS 4d Jawapan : 1. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan. Pengosongan premis dilakukan dengan pantas. Faktor-faktor prosedur keselamatan bagi sesebuah organisasi. 2. teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan 3. c. a. b. Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda. Pencegahan ZBB/SAB/KKA/2005 .

2 cara membaca pelan tindakan kecemasan a. ZBB/SAB/KKA/2005 . Tindakan d. Kesediaan c. Pemulihan ETE101 UNIT 4/31 4. laluan keselamatan 5. Laluan keselamatan merupakan kemudahan struktur dalam bangunan yang memudahkan penghuni melarikan atau menyelamatkan diri daripada bahaya kebakaran dengan sendiri tanpa sebarang bantuan. berdasarkan carta alir b.KESELAMATAN INDUSTRI b.

Terdapat 3 kaedah pemadaman kebakaran iaitu melaparkan. bahangan. faktor kemalangan dan faktor sengaja dibakar. Punca-punca kebakaran di tempat kerja adalah seperti percikan api kimpalan. udara dan haba. kebocoran atau mampatan gas dan haba mekanikal yang terjadi akibat geseran. api ubat nyamuk. menyejukkan dan melamaskan. olak haba dan kebakaran terus menerus. ZBB/SAB/KKA/2005 . Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran ialah faktor semulajadi. Kemerebakan api boleh melalui 4 cara iaitu pengaliran.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/32 FAKTA KUNCI Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba dan cahaya yang terhasil akan menghasilkan asap sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan api. buih. Alat pemadam api (APA) dapat dikelaskan kepada 4 kategori iaitu yang berasaskan air. bunga api. mancis.gas dan debu kering. putung rokok.

mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik. sistem pemasangan sprinkler. mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah Perlindungan aktif. sistem pemasangan pancuran. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak. pili bomba dan salur bantu mula. Jenis perlindungan pasif ialah tangga terlindung. alat pengesan haba. pintu rintangan api. ZBB/SAB/KKA/2005 . Perlindungan pasif. ruang akses menentang kebakaran dan lif bomba. alat pengesan asap.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/33 Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula. Jenis perlindungan aktif ialah alat pecah kaca. koridor terlindung.

Dengan bantuan gambarajah yang sesuai. Nyatakan ketiga-tiga unsur tersebut.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/34 PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan! Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini. ZBB/SAB/KKA/2005 . 2. terangkan bagaimana menggunakan menggunakan Alat Pemadam Api. 3. sila berbincang dengan pensyarah anda. Alat pemadam tersebut mestilah tidak mengotorkan kenderaan anda apabila digunakan. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai. Api terhasil daripada tiga unsur. Selamat mencuba semoga berjaya !!!` 1. Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api permulaan untuk kenderaan anda. Jika ada masalah yang timbul .

Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan) . CO2 (Gas) . Haba dan Udara(oksigen) Pedal penekan Pin Keselamatan Pemegang Hos Nozel Tabung Gambarajah alat pemadam api berlabel P.KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/35 Maklumbalas kepada penilaian kendiri 1.Pusing atau tekan pemegang .halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam. 2. Bahan Api. ZBB/SAB/KKA/2005 .Aim S.Squeeze S.Sweep 3.Tarik pin di atas alat pemadam api .Pull A.

KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/36 ZBB/SAB/KKA/2005 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful