You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B.

TUAN
LIM GUAN ENG SEMPENA PERSIDANGAN INTERGRITI
KEBANGSAAN 2010, 7 OGOS 2010 DI HOTEL EASTIN

Salutasi :
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

YB Puan Elizabeth Wong

YB Dato' Abdul Halim Hussain
Speaker Dewan Undangan Negeri

YB Dato’ Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri I

YB Tuan Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri II

YB Dato' Zainal Rahim bin Seman
Setiausaha Kerajaan Negeri

Moderator dan Speaker Kehormat
YBM Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim,
Pengasas Transperansi Kebangsaan Malaysia

Y.B. Mr. Sivarasa Rasiah,
Peguan dan Aktivis Hak Asasi Manusia

Asst. Prof. Dr. Abdul Latif Abdul Razak,
Ketua Jabatan Pengajian Am, Pengetahuan Kuliyah Islam dan Sains
Manusia, Universiti Islam Malaysia

Assoc. Prof. Dr. Lim Hong Hai,
Prof. Madya Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Sosial, Universiti Sains
Malaysia

Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin,
Pensyarah Kanan Pengajian Islam dan Pengajian Tamadun Manusia,
Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

Dr. Humayon Dar,
Ketua Pegawai Eksekutif, BMB Islamic UK Limited

Dr. Muhammad Habib Chirzin
Presiden Forum Islam Mengenai Keamanan, Keselamatan dan
Pembangunan Manusia, Jakarta

Mr. Suresh Chandra
Pengarah Kewangan Situs, Intel Malaysia

Yang berhormat ahli-ahli Exco,

Yang Berhormat ahli-ahli Parliment dan ahli-ahli majlis,

Y.Bhg. Ketua Bahagian dan Agensi Kerajaan,

Y.Bhg. Dato'-dato', Datin-datin,

Pihak media massa,

Saudara-saudari sekalian.

1. Selamat datang ke Persidangan Intergriti kebangsaan Kalifah Umar
bin Abdul Aziz 2010 yang bakal menfokuskan kepada Penciptaan
Semula Pemerintahan Yang Baik.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pengerusi penganjur, Y.B. Abdul Malek Abdul Kassim dan
barisan jawatankuasa yang telah menjayakan persidangan ini. Kepada
para pembicara, saya percaya bahawa majlis ini bakal menyuntik
pelbagai ilham demi kebaikan bersama.

3. Sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik boleh digambarkan
bagaimana sesebuah institusi awam menjalankan urusan awam serta
penggunaan sumber awam di dalam usaha bagi menjamin realisasi
hak asasi manusia. Tanpa pemerintahan yang baik di dalam sesebuah
Kerajaan, visi untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah
bandaraya yang menjadi lokasi pilihan pelabur, destinasi pilihan para
pelancong dan habitat pilihan untuk kehidupan yang mapan boleh
dilupakan.

4. Sebuah Kerajaan yang baik memerlukan beberapa bahan-bahan
teras : pematuhan kepada undang-undang, pengukuhan pengurusan
sektor awam, transparensi dan akauntabliti dan strategi yang sesuai
bagi memerangi rasuah.

5. Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB yang berlangsung di Asia
Pasifik sebelum ini menyatakan bahawa sesebuah Kerajaan yang baik
memerlukan lapan karektoristik utama termasuk pembabitan
berorientasikan konsensus ; akauntabel ; telus ; responsif ; efektif dan
efisien ; adil dan inlusif dan patuh kepada kedaulatan undang-undang.
Lazimnya, nilai-nilai ini menjamin bahawa aktiviti rasuah dapat
diminimakan, pandangan kaum minoriti diambil kira dan suara-suara
rintihan masyarakat didengar sebelum sesuatu keputusan dibuat
sebagai responsif terhadap keperluan sekarang dan masa depan
masyarakat.

6. Dengan ini, saya ingin memperjelaskan sebahagian karektoristik
dinyatakan bagi sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik :
a) Penglibatan
Penglibatan ataupun penyertaan perlu dimaklumkan dan
diorganisasikan. Ini membabitkan dua aspek utama iaitu kebebasan
berpersatuan serta berekpresi dan masyarakat awam terancang.

b) Kadaulatan undang-undang
Pemerintahan yang baik memerlukan rangka undang-undang yang adil
dan dikuatkuasakan secara saksama. Pada masa sama, ia juga perlu
merangkumi perlindungan penuh hak asasi manusia terutamanya
terhadap kaum minoriti. Pelaksanaan undang-undang secara saksama
memerlukan sebuah sistem kehakiman yang bebas dan pasukan polis
yang tidak korup.

c) Transperansi
Transparensi bermakna bahawa keputusan yang dicapai dan langkah
penguatkuasaan yang dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan
ditetapkan. Pada masa sama, ia juga bermaksud bahawa ketercapaian
serta penyaluran maklumat secara mudah menggunakan saluran
media tertentu kepada mana-mana pihak yang bakal dipengaruhi oleh
sebarang keputusan serta penguatkuasaan yang bakal dicapai.

d) Responsif
Pemerintahan yang baik memperuntukan sesebuah institusi melayani
semua pemegang saham di dalam jangka masa ditetapkan.

e)Orientasi konsensus
Pemerintahan yang baik memerlukan pengantaraan sempurna bagi
mencapai perspektif konsensus lebih meluas di dalam sebuah
masyarakat yang berbeza fahaman.

f)Inkuiti dan keterbukaan
Kesejahteraan sesebuah masyarakat adalah bergantung serta
memastikan bahawa semua ahli memiliki kepentingan dan tidak
disisihkan di dalam aliran utama masyarakat.

g) Keberkesanan dan efisiensi
Keberkesanan bermakna proses dan penghasilan hasil menggunakan
sumber kuasa yang ada demi memenuhi keperluan masyarakat.
Efisiensi merangkumi penggunaan sumber asli secara kekal
berasaskan perlindungan alam sekitar.

h) Akauntabliti
Akuantabliti kepada mana-mana pihak yang dipengaruhi oleh sesuatu
keputusan dan tindakan. Akauntabliti tidak boleh dikuatkuasakan
tanpa transparensi dan kedaulatan undang-undang.

7. Adalah tidak perlu mencipta semula sesebuah roda pentadbiran
Kerajaan bagi menyesuaikan dengan konsep pemerintahan yang baik.
Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah kehendak politik.

8. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan urus tadbir
berasaskan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) atau amar
maaruf nahi mungkar. Sebagai sebuah Kerajaan CAT, kita
mempraktikkan prinsip bahawa tidak mengira seekor kucing itu hitam
ataupun putih selagi ia boleh menangkap tikus.

9. Dengan mengadaptasikan sistem tender terbuka dan melawan
amalan-amalan rasuah secara berterusan dalam usaha
mempromosikan nilai intergriti, Pulau Pinang telah berjaya mengubahh
defisit anggaran RM35 juta pada tahun 2008 kepada rekod lebihan
RM88 juta. Pada tahun 2009, dengan lebihan RM77 juta terhadap
unjuran defisit RM40 juta. Lebihan ini membolehkan Kerajaan Negeri
membayar dividen anti-rasuah secara tunai kepada golongan warga
emas pada setiap tahun dan juga urusan pengurusan jenazah yang
tidak pernah dipraktikkan sebelum ini.

10. Pencapaian Pulau Pinang lazimnya dipuji oleh Transparency
International – Kerajaan pertama di Malaysia yang memperoleh
pengktirafan tersebut. Saya yakin bahawa pemerintahan adalah satu
set bahan asas yang memerlukan seseorang pemimpin dan sesebuah
Kerajaan bagi membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada
rakyat.

11. Sokongan rakyat adalah perlu bagi meyakinkan masyarakat umum
mengenai manfaat sesebuah pemerintahan Kerajaan yang baik.
Pemerintahan Kerajaan yang baik boleh dicapai melalui pembetukan
peradaban yang menyokong nilai-nilai kebenaran, ketaqwaan kepada
Tuhan yang mengganggap kehidupan sebagai bantuan timbal balik
dan bukannya konfrontasi langsung.

12. Sebagaimana saya nyatakan, adalah tidak perlu mencipta semula
sebuah roda pentadbiran – apa yang diperlukan adalah kehendak
politik. Masyarakat hanya boleh diyakinkan bahawa sesebuah Kerajaan
adalah serius apabila terdapat sebuah pimpinan contoh berasaskan
kepimpinan efektif dan kukuh dengan nilai integriti dan perbelanjaan
berasas.

13. Teladan dan contoh pemerintahan yang baik dapat dibuktikan
melalui Kalifah Umar Abdul Aziz. Beliau telah memperkenalkan
kepelbagaian reformasi ; pentadbiran, fiskal dan pendidikan. Inspirasi
kejujuran dan integriti menjadi intipati kepada pemerintahan pendek
beliau di dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut,
pemerintahan beliau telah banyak mempengaruhi sejarah tamadun
manusia.

14. Bayangkan bagaimana seorang yang jujur yang sanggup
memadamkan lampu ketika melakukan kerja-kerja peribadi. Kita tidak
akan terpesong sekiranya mengikut warisan yang diperturunkan oleh
beliau di dalam mempromosikan corak pemerintahan yang baik di
dalam pentadbiran kami.

15. Apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz
yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru
kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan
bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang
tidak boleh dibinasakan.

16. Berasaskan faktor-faktor ini, saya sama sekali tidak setuju dengan
kenyataan Presinden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menggambarkan
negara-negara Islam secara negatif iaitu sebagai negara yang tidak
progresif, korup, miskin dan terbelakang. Dr. Chua sepantutnya
mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang
mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada
empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran,
pengenalan angka, algebra dan astronomi.

17. Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan
China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta
tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini
dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunai
sebagai kuasa ekonomi.

18. Saya percaya bahawa negara-negara Islam dapat meraih kembali
kegemilangan mereka sebelum ini seperti China dan India. Sekiranya
terdapat sebuah pemerintahan yang baik seperti Islam yang memiliki
pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di bawah pemerintahan
Umar Abdul Aziz. Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model
intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model
alternatif berasaskan rasuah dan diktator.

19. Kita mempunyai ramai pembicara terkemuka yang amat arif
mengenai topik ini, maka, justeru, kita perlu segerakan dan tidak lagi
perlu tunggu untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam
mempromosikan pemerintahan yang baik.

20. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga semua
pihak yang telah menumbang kepada kejayaan serta kelancaran
Persidangan Integriti Kebangsaan 2010.

Terima kasih.

LIM GUAN ENG