Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu, atau

melakukan sesuatu. Dengan kata lain, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah dibahagikan kepada empat jenis. Pembahagian kepada empat jenis ini berdasarkan perkataan yang digunakan dalam ayat tersebut. Empat jenis ayat perintah tersebut ialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat suruhan diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah. Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila, atau jemput; manakala ayat permintaan pula ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong. Dalam ayat perintah bahasa Melayu, predikat lebih dipentingkan daripada subjek; dan oleh itu, partikel -lah diletakkan di bahagian predikat. Tujuannya, tidak lain adalah untuk melembutkan suruhan di samping menegaskan predikat ayat berkenaan. Oleh demikian, partikel -lah ialah partikel pementing predikat sebagaimana partikel -kah dalam ayat tanya. Itulah sebabnya apabila partikel -lah diimbuhkan kepada unsur dalam predikat, maka predikat yang dipentingkan itu mesti dikedepankan sehingga terbentuklah ayat songsang. Perhatikan perbezaan ayat penyata biasa dengan ayat songsang (ayat suruhan) yang berikut: 1. Anda pergi ke rumahnya. 2. Awak berdiri di situ. 3. Kamu tersenyum. Anda, awak dan engkau ialah subjek ayat, manakala pergi, berdiri dan tersenyum predikat ayat. Ketiga-tiga ayat itu disongsangkan susunannya menjadi predikat/subjek dengan predikatnya (pergi, berdiri, tersenyum) diakhiri oleh partikel -lah seperti ayat (1a), (2a) dan (3a): 1a. Pergilah anda ke rumahnya. 2a. Berdirilah awak di situ. 3a. Tersenyumlah kamu. Oleh sebab yang diperintah ialah orang yang kedua, maka kata ganti diri kedua anda, awak dan kamu sebagai subjek ayat (1), (2) dan (3) itu boleh dilenyapkan. Dengan hal yang demikian, terbentuklah ayat suruhan yang berikut: 1b. Pergilah ke rumahnya. 2b. Berdirilah di situ. 3b. Tersenyumlah. Telah dinyatakan bahawa subjek dalam ayat perintah digugurkan atau dipenggalkan. Oleh itu, ayat-ayat suruhan (1b), (2b) dan (3b) disebut juga sebagai ayat penggalan. Ayatayat (1b) hingga (3b) ini terbit daripada ayat aktif (1) hingga (3) dengan kata kerja tak transitif (pergi, berdiri, tersenyum). Dengan demikian, ayat-ayat (1b) hingga (3b) itu dikenal juga sebagai ayat perintah aktif. Harus diingat, jika kata kerja dalam ayat perintah pasif mestilah kata kerja pasif, yakni kata kerja yang tidak berawalan me-. Misalnya: 4. (Anda) Bacalah novel itu. bukan *(Anda) Membacalah novel ini. 5. (Engkau) Terimalah barang ini. bukan *(Engkau) Menerimalah barang ini. Kata kerja berawalan ber- dan me- untuk ayat perintah aktif tidak boleh

Berjalan kakilah. Janganlah tersenyum. Demikian huraian tentang beberapa bentuk susunan ayat perintah bahasa Melayu. bukan sebaliknya. Kata menjadi dan berjalan dalam ayat (8) dan (9) ialah kata kerja tak transitif dalam ragam ayat aktif manakala guru dan kaki merupakan pelengkap kepada kata kerja menjadi dan berjalan. Menjadi gurulah. bukan *Larilah. Berlarilah. akan terbentuk ayat suruhan yang tidak gramatis. bukan *Janganlah senyum.ditiadakan awalannya seperti kata kerja untuk ayat perintah pasif kerana jika ditiadakan. dapatlah kiranya para pelajar menjadikannya sebagai panduan untuk berbahasa. bukan *Berjalanlah kaki. . 7. Kedudukan -lah terletak di akhir kata pelengkap (guru dan kaki). Akhir sekali. bukan *Menjadilah guru. Dengan huraian yang ringkas ini. 9. Contohnya: 6. Contohnya: 8. harus juga diingat bahawa tidak boleh dipecahkan frasa kerja terikat dalam ayat aktif dengan menyisipkan partikel -lah di antara kata kerja dengan pelengkap ayat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful