P. 1
Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

Nota PTK Isu-Isu Semasa Dalam Bidang Perubatan dan Kesihatan

4.77

|Views: 11,163|Likes:
Published by kiedd_04
Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian:
Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema pertamanya penyakit-penyakit kardiovaskular.
Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian:
Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema pertamanya penyakit-penyakit kardiovaskular.

More info:

Published by: kiedd_04 on Jun 23, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

8. ISU-ISU SEMASA DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN a. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam bidang: i.

Kempen Cara Hidup Sihat. ii.PROSTAR. iii.Pendermaan Organ. iv.Penswastaan perkhidmatan sokongan hospital. v.Peranan NGO dalam bidang kesihatan.

RANGKA NOTA :
KEMPEN CARA HIDUP SIHAT

Kempen Cara Hidup Sihat 1991 – 2002
1 | Page

Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun 1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema pertamanya penyakit-penyakit kardiovaskular. Objektif jangka pendek dan sederhana kempen ini adalah:• • Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat dan Untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan.

Manakala objektif jangka panjang adalah hasil daripada perubahan-perubahan di atas dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup. Kempen Cara Hidup Sihat telah dilaksanakan dalam 2 fasa yang mana setiap satunya berjalan dalam tempoh 6 tahun dengan satu tema setiap tahun. Fasa 1 (1991 – 1996) lebih fokus kepada tema-tema yang berasaskan penyakit seperti :Tema Tahun • • • • • • Penyakit Kardivoskular 1991 Pencegahan dan Kawalan AIDS/STD 1992 Kebersihan Makanan 1993 Promosi Kesihatan Kanak-Kanak 1994 Kanser 1995 Diabetes 1996

Bagi setiap tema, faktor-faktor risiko berkaitan cara hidup seperti pemakanan yang tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, merokok dan stres menjadi mesej utama yang disampaikan kepada masyarakat umum. Fasa ke 2 kempen ini pula lebih memberi penekanan terhadap tingkahlaku tertentu yang mana dapat memberi kesan jangka panjang terhadap cara hidup. Pendekatan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan untuk menambahkan kemahiran rakyat dalam mengamalkan tingkahlaku-tingkahlaku yang sihat. Tema-tema untuk fasa ini adalah :Tema Tahun • • • • • Promosi Pemakanan Sihat 1997 Promosi Senaman dan Kecergasan Fizikal 1998 Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan 1999 Promosi Kesihatan Mental 2000 Promosi Keluarga Sihat 2001
2 | Page

Promosi Persekitaran Sihat 2002

Kempen Cara Hidup Sihat 2003 Kempen Cara Hidup Sihat yang berjalan sekarang akan berakhir pada penghujung tahun 2002 dengan tema “Promosi Persekitaran Sihat” akan diteruskan dengan tujuan mempromosi tingkahlaku yang sihat agar rakyat Malaysia dapat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Di bawah tema umum “Sihat Sepanjang hayat”, fokus akan diberikan kepada 4 elemen asas yang berkaitan dan penting dengan konsep cara hidup sihat iaitu :• • • • Makan secara sihat Senaman dan Kecergasan Fizikal Tidak Merokok Menangani Stres

Tema “Sihat Sepanjang Hayat” akan menjadi tema umum untuk kempen di tahun-tahun seterusnya. “Sihat Sepanjang Hayat” menggambarkan penekanan dan fokus kempen terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk mempromosikan kesihatan mereka. Tema ini juga menegaskan konsep yang jelas dalam promosi kesihatan bahawa masyarakat boleh diperkasa untuk mengambil tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan. Setiap tahun, kempen ini akan memfokus kepada satu `setting’ tertentu beserta warganya.

PROSTAR
PROSTAR adalah singkatan kepada “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”. Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

KONSEP PROSTAR
PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS

3 | Page

mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

OBJEKTIF PROSTAR
1. Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya. 2. Menyemai sikap positif dikalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala social yang melanda remaja masa kini. 3. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV. 4. Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke Arah Cara Hidup Sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. 5. Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat social dalam member khidmat sokongan kepada remaja.

KUMPULAN SASAR
1. Secara umumnya, program ini ditujukan kepada remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajina tinggi, remaja lepasan sekolah dan remaja harapan (Berisiko).

STRATEGI
Bagi mencapai objektif program, strategi berikut digunakan: 1. Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi a. Melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan korporat, badan professional dan lain-lain dalam merancang, melaksanakn dan menilai program PROSTAR secara perkongsian pintar. b. Jaringan kerjsama meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia, perkhidmatan dan kewangan. 2. Pendekatan komunikasi secara intensif
4 | Page

a. Menggunakan kaedah komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah lain termasuk peringkat. 3. Promosi a. Menggunakan pelbagai jenis media seperti media cetak, media eletronik, media luar (Outdoor media) dan teknologi maklumat dalam menyebarkan maklumat bagi mempromosi PROSTAR. media massa yang bersesuaian secara meluas di setiap

PENDERMAAN ORGAN
Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang.Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit. Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita

Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ? Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

Apakah Itu Pendermaan Organ? Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia. Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami
5 | Page

kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia. Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan? Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit. Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi? Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu. Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma? Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.

Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama? Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia. Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma? organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami. Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah? Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan
6 | Page

tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah. Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ? Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa. Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda? Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak. Mati Otak dan Pendermaan Organ Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesekit yang mengalami mati otak tersebut.

Apakah yang dikatakan MATI OTAK? Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.

PERANAN NGO DALAM BIDANG KESIHATAN
Senarai NGOs Kesihatan No
1

Nama Persatuan
Heart Foundation Of Malaysia Yayasan Jantung Malaysia http://www.yjm.org.my/

Alamat

No: Tel/ Faks/Emel

Tingkat 2, Tel: 03-2693 4709 Block B, Faks:03-2693 3267 Anjung Felda, Jalan Maktab, Off Jalan Semarak, 54000 Kuala Lumpur
7 | Page

2

Kiwanis Down Syndrome Foundation Lot 13940, Jln http://www.kdsf.org.my/ Jenjarum, Off SS23/1, Taman SEA, 47400 Petaling Jaya Malaysia Energy Healing Portal Meditation, Reiki stress reduction http://www.meditation.com.my/

Tel: 03-7803 0179 Faks: 03-7806 4862 Emel: info@kdsf.org.my

3

19, Jalan Mesui, Tel:03-2143 2966 Off Jalan Emel:darreck@meditation.com.my Nagasari, Kuala Lumpur

4

Malaysian AIDS Council - MAC Umbrella body of 32 NGOs working on AIDS education care & support http://www.mac.org.my/

No. 12, The Tel: 03-4045 1033 Boulevard Shop Faks: 03-4043 9723 Office Emel:maf@mac.org.my Jalan 13/48A, off Jalan Sentul 51000 Kuala Lumpur, MALAYSIA
2 Lorong Syed Tel: 03-2274 3070 Putra Kiri, 50460 Faks: 03-2274 4156 Kuala Lumpur Email:maptb@po.jaring.my Persatuan Tel: 03-7957 4062 Diabetis Malaysia Faks: 03-7960 4514 2, Lorong 11/4E, Emel: info@diabetes.org.my 46200 Petaling Jaya 10-2, Jln 25/70A Desa Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur Malaysia Tel: 03-2300 3455 Faks: 03-2300 3452 Emel: enquiries@liver.org.my

5

Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis - MAPTB TB http://www.maptb.org.my/ Malaysian Diabetes Association http://diabetes.org.my

6

7

Malaysian Liver Foundation - MLF Yayasan Hepar Malaysia http://www.liver.org.my/

8

Malaysian Menopause Society http://www.menopause.org.my/

Wisma Goshen (Ground & 1st Floor) 60 & 62, Jalan SS 22/21 Damansara Jaya 47400 Petaling Jaya Selangor

Tel : 03-7726 2828 ext 19 (Ms. Hee) Faks : 03-7728 9986 Emel: mms@ryt.com.my

9

Malaysia Mental Health Association http://www.mentalhealth.org.my/

8 Jalan 4/33, Off Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya Kompleks MAB,

Tel: 03-7782 5499 Faks: 03-7783 5432 Emel: mmha@streamyx.com
Tel: 03-2272 2677

10 Malaysian Association for the Blind

8 | Page

(MAB) http://www.mab.org.my/

Jalan Tebing, Off Faks: 03-2272 2676 Jalan Tun Emel: info@mab.org.my Sambanthan 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

11 Malaysian Federation of the Deaf MFD - Persekutuan Orang Pekak Malaysia http://www.mfd.org.my/

No. 6-13A, Tel : 03-8070 9308 / 8930 Menara KLH, Faks : 03-8076 1090 Bandar Puchong Email: epekak@pd.jaring.my Jaya, 47100 Puchong.

12 Malaysian Psychology Center 25-1, Jalan Desa, Tel: 03-7982 4424 http://www.malaysianpsychology.com/ Taman Desa, Faks: 03-7980 3841 58100 Kuala Emel:info@malaysianpsychology.co Lumpur

m
13 National Cancer Society of Malaysia Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia http://www.cancer.org.my/ 14 National Diabetes Institute (Nadi Diabetes Malaysia) Institut Diabetes Negara http://www.nadidiabetes.com.my/ 15 National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) http://www.nkf.org.my/ 66 Jalan Raja Tel: 03-2698 7300 Muda Abdul Aziz, Faks: 03-2698 4300 50300 Kuala Emel:contact@cancer.org.my Lumpur No1, Jalan SS3/50, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 70, Jalan 14/29, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Tel : 03-7876 1676 / 77 Faks: 03-7876 1679 Emel: nadi@nadidiabetes.com.my Tel: 03-7954 9048 / 9049 Faks: 03-7957 7328 Emel:info@nkf.org.my

16 nutriWEB Malaysia Nutrition Society of Malaysia http://www.nutriweb.org.my/

Division of Tel: 03-4402384 Human Nutrition, Faks: 03-2943575 Institute for Emel:president@nutriweb.org.my Medical Research, 50588 Kuala Lumpur, Malaysia

17 Persatuan SLE Malaysia - Systematic Persatuan SLE Tel: 03-7957 7672 Lupus Erythematosus Malaysia Faks: 03-7957 0407 http://www.lupusmalaysia.org Tingkat. 3, Emel:pslem@streamyx.com Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah 16, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia 18 MAKNA : Majlis Kanser Nasional http://www.makna.org.my BG 03A & 05, Tel: 03-4256 9178 Ground Floor, Faks: 03-4256 9203 Megan Ambassy, Emel: makna@makna.org.my 225,Jalan

9 | Page

Ampang, 50450 Kuala Lumpur. 19 Persatuan Penggalak Penyusuan Susu Ibu Malaysia(PPPIM) 7A, Jalan Kolam Air, Kg. Klang Gate Baru 53100 Kuala Lumpur. 3201 Jalan Syers, Off Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur. Tel : 03-4107 3678 Faks : 03-4107 2862 E-mel: ppplm@susuibu.org

http://www.susuanibupk.gov.my/index.html
20 Pengasih Malaysia http://pengasih.net/

Tel : 03-6201 3179 / 0287 Faks: 03-6201 3013 Emel:info@pengasih.net

21 Yayasan MedicAlert® Malaysia (The MedicAlert® Foundation Malaysia) http://www.ummc.edu.my/ 22 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia http://www.redcrescent.org.my/

c/o University Tel: 03-7960 1355 Malaya Medical Faks: 03-7960 1355 Centre Hotline: 03-79575111 59100 Kuala Lumpur, Malaysia

National Headquarters, No 32 Jalan Nipah off Jalan Ampang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
No.2,Jalan 10 A, Pekedai Luar Bandar, Lembah Jaya Selatan, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-42578122 ext. 130/131/105/118 Faks: 03-4253 3191 Emel:secgen@redcrescent.org.my

23 Persatuan Juruteknik Perubatan Kecemasan dan Trauma Selangor dan W.Persekutuan Kuala Lumpur (Paramedik-EMT)

Tel/Faks : 03- 4280 1796 Emel:paramedik_emt@yahoo.com.my

10 | P a g e

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->