P. 1
Petua Untuk Anda Amalkan

Petua Untuk Anda Amalkan

|Views: 107|Likes:
Published by eez99

More info:

Published by: eez99 on Aug 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

PETUA UNTUK ANDA AMALKAN PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH) Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas

air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut- turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. PENAWAR RESDUNG Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan. MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali. MENEGANGKAN KULIT MUKA Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar... MENGHILANGKAN CAGU Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih. MENYERIKAN WAJAH Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut. MELEBATKAN RAMBUT Ambil daun bunga raya yg bersih. sapukan lendirnya pada bulu mata. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. . Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa. lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.MENGHALUSKAN KULIT Buah tomato dikisar halus. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit. Setelah agak lama. cuci muka dgn air suam. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan dua kali seminggu. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Amalkan selalu. kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. MERAWAT KULIT BERKEDUT Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. Biarkan sehingga kering. Selain itu utk meningkat tenaga wanita. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan sehingga berkesan. BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM air rebusan serai dan halia (yg dititik). Lakukan selama dua minggu. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. MELEMBUTKAN RAMBUT Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Amalkan selalu. MENGHILANGKAN BAU BADAN Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. Masukkan dlm bekas. ramas sehingga keluar lendir. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Jgn terlalu cair. sapukan pada tempat yg berparut. MELENTIKKAN BULU MATA Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur. kulit kayu manis dan lada hitam. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selepas itu. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.

Embunkan semalaman. gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. (2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. licin dan harum. MENGHILANGKAN KETUAT Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. InsyaAllah. senggugut akan hilang. KULIT CERAH DAN LICIN Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi. . basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut MENGURANGKAN DENGKUR Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam .AWET MUDA Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. MERAWAT SENGGUGUT Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. MENGEMPISKAN PERUT (1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. masukkan ke dalam segelas air suam.3 jam kemudiannya. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. Lakukan beberapa kali. kulit akan cerah. RAMBUT LEBAT Setelah selesai makan. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit. Amalkan setiap pagi. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi. jangan disulami dengan air. amalkan setiap malam. lumurkan atau sapu dekat perutsahaja. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung.

Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . cuci bersih. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Kemudian. 1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah. tapis airnya. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun .MENGEKALKAN KECANTIKAN Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Di samping itu. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. Ini adalah pengalaman saya. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan . dibuat air mandi ataupun minuman. Amalkan setiap hari. untuk mengekalkan kecantikan. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH Ambil beberapa helai daun sireh muda. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. MENGATASI SENGGUGUT Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . MENAIKKAN SERI MUKA Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam.Menghasilkan Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Selepas itu. 2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut tapi saya amalkan minum air suam . Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Ramas. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. MENYEGARKAN MATA Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika.

MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.MERAWAT PANAU Ambil sepotong halia.Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun . tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. MENGELAK RAMBUT GUGUR Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. setiap kali lepas mandi. parut akan beransur hilang. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. InsyaAllah. Selain itu. MENGHILANGKAN BAU KETIAK Amalkan semasa mandi. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah. SIHAT TUBUH BADAN Setelah solat Subuh. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. lakukan senaman ringan. Lakukan 2 kali seminggu. sapu rata di bahagian berparut. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. anda akan melihat hasilnya. Lakukan sekerap yg mungkin. sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak. gosok ketiak di atas kepala lutut. MELANGSINGKAN TUBUH Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Setelah sebati. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. . Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam . Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Minum dua kali sehari. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Lama-kelamaan. hitam dan berkilat semulajadi. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala. MENGHILANG SAKIT KEPALA Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Selain itu. . Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. RAMBUT GUGUR Rendamkan kacang hijau semalaman. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Masukkan ke dalam peti ais. Basuh dgn air suam. MENGHILANG KETUMBIT MATA Gesel 2 batang sudu. MENURUNKAN BERAT BADAN (1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Amalkan sebelum mandi. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. (2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. elakkan mengikat rambut dgn getah. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. MENGATASI TUMIT PECAH Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Di samping itu. Kemudian berus tumitkaki dengan berus lembut.

amalkan petua ini. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah. w. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. MEMERAHKAN BIBIR Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. esok terjaga dengan sendirinya. MENGHILANGKAN JERAWAT Campur bedak sejuk dan asam jawa. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Selepas itu barulah dibilas. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. Bakar hingga jadi abu. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Amalkan setiap hari urutan ini. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat.AWET MUDA (1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin. a. Selawat pada Nabi 3 kali. Khamis dan Jumaat. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. MELURUSKAN RAMBUT KERINTING Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. jerawat akan beransur hilang. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah. Lakukan 3 kali seminggu. tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. Amalkan selalu. MUDAH BANGUN PAGI Sebelum tidur. (2) Sejurus bangun pagi. sebelum mandi dan gosok gigi. . Selain itu. MENGHALUSKAN KULIT MUKA (1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi.

rasa lelangit kita dengan lidah. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka. pastikan sebelum menjamah makanan . cengkam gigi sekuat tenaga. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan. Untuk mengelakkan santau melaui angin. MENGHILANGKAN BAU MULUT Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian. . MENGELAK SANTAU Untuk mengelakkan santau melalui makanan. Biarkan ia sejuk. Lakukannya tiga hari sekali. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. MENGUATKAN GIGI Selepas membuang air besar. MENGHILANGKAN LEBAM MATA Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.TEGANGKAN PAYUDARA Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Rendamkan kaki anda selama ½ jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Insyaallah mujarab. duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali . Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. MENGHALUSKAN KULIT MUKA (2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli. Lalu disapukan kepada muka. berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Amalkan selalu. jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. anda berdiri seketika. Selepas itu.

Jika rambut anda selalu gugur serta nipis. 2. Tetapi jika anda berambut kerinting. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca. Amalkan sekurang. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Caranya. Kalau anda berambut lurus. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat. Kemudian. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. sapukan ratarata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA Ambil sebiji bawang putih. bancuh sedikit minyak kelapa. Esok. Cuci rambut seperti biasa. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. bolehlah disikat terus. Lakukan tiga kali seminggu. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Amalkan dua kali seminggu. lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur.kurangnya seminggu. barulah dibasuh bersihbersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ). bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Biarkan selama setengah jam. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. syampu rambut dan bilas sehingga bersih. 3. . Untuk itu amalkan cara ini. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.MEMINIMAKAN GANGGUAN SEMASA TIDUR Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya. Pada setiap pagi. hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Lap rambut anda sehingga hampir kering. cuba amalkan petua ini. 4. sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. PETUA MENCANTIKKAN RAMBUT 1. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang.

NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU Kita sering mendengar orang sesat di hutan. .Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin. melekit. Ambil segenggam kacang hijau. Ambil kayu cendana. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami".Jauhkan membuang air kecil di dalam air. dan lemah buah pinggang. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. 6. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan. setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.PETUA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT MUKA 1. parut tomato atau epal yang cukup masak. dan kering. dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan". basahkan dengan air dan asah pada batu. Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Setelah lebih kurang 15 minit. 3. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut.Tetapi generasi hari ini.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri. Caranya. Caranya. jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh mendatangkan musibah yang tidak diduga. 2. Jika diamalkan. Ambil segelas susu segar. 5. Caranya. sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. 4. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan. basuh muka dengan menggunakan air suam. sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin. Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh. kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.DURI.Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang. DAN TULANG IKAN . jangan sekali. PERUT MASUK ANGIN Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. . Amalkan selama 1 bulan.Buatlah selama beberapa hari. RESDUNG Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Buatlah sebanyak 3 kali sehari. Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas. kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM. Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur .Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Apabila sudah agak panas. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. BAU MULUT Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa. tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.kali melihat kemaluan isteri Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat. KUNYIT MENGURANGKAN RABUN MATA Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit. kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Selepas air itu sejuk minumlah.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu. RAMBUT BERUBAN Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. seelok-eloknya sewaktu hendak tidur. b.PERUT MEMULAS Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Setelah rambut anda dicuci bersih. RAMBUT UBAT KAKI PECAH Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam.Amalkan sedemikian setiap hari. Telingga bernanah Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor. JERAWAT a. MELEBATKAN TUMBUH RAMBUT Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sedemikian setiap hari.Waktu mahu tidur malam. .Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering. lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1bulan. mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.Kemudian cucilah dengan air sejuk. giling hingga lumat. MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT Basuh muka dengan air kelapa muda. MUKA KASAR DAN BERBINTIK-BINTIK HITAM Cari buah mentimum.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP Ambil getah daun kemboja.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap. angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu. KUDIS BUTA Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu. DAUN PETAI CINA UBAT SERI MUKA Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur. diparut dan diperah lalu diambil airnya. BULU KETIAK Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.Selepas itu barulah tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Pada sebelah petangnya.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah. .Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi. MENGHILANGKAN URAT-URAT YANG TIMBUL DI KAKI Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Selain itu setiap kali mahu tidur. bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.

GATAL-GATAL MALAM Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa. Menghilangkan parut cacar air Ambil segengam beras dan dibersihkan. MENGHILANGKAN BAU KETIAK Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh. .Lakukan secara kerap setiap hari.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning. rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur. Gatal-gatal pada kemaluan perempuan Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.CACAR AIR Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut GATAL KULIT Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut. UBAT PANAU Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untukdijadikan bedak.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu. campurkan keduaduanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. BISA-BISA TULANG Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari. kemudian dipotong dan dicuci. bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.angkat dan sejukkan.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya. Amalkan memakan jering sebagai ulam. setiap kali diminum kira-kira ¾ gelas. Anda boleh amalkan. kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari. . basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru. LEMAH JANTUNG DAN DARAH TINGGI Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.MENGHILANGKAN BULU KETIAK Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda. KENCING MANIS Ambil sekati rebung buluh kuning.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.kira 4 setengah gelas minuman.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. SAKIT SIPLIS Ambil lobak putih dalam sekati. SAKIT BAHAGIAN BUAH PINGGANG Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh. minum setiap pagi untuk sekali sehari. penyakit anda akan sembuh.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian. Insya-allah.

Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari. . PENYAKIT KUNING Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal DEMAM PANAS DAN DEMAM BIASA SERTA DOA PENAWARNYA a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis.DEMAM KUNING Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Kemudian digosok.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. PENING KEPALA Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam. panasnya akan turun segera b.Beri minum air zam-zam dan lap badannya b.Insya-Allah. kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut CARA-CARA MENGURANGKAN DEMAM a.Lakukan selama 3 hari berturutturut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi. mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.gosokkan pada dahi dan pelipis. gunakan cara ini satu atau 2 kali. DEMAM BERDARAH a. terlalu banyak bekerja.sembuhkanlah hambamu.wahai Allah.Beri pesakit minum air yang banyak b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air c.Tumbuk sampai halus. tempoh 7 hari tetap akan sembuh.dan benarlah rasulmu" Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah: "Dengan nama Allah.

Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Badan berbau amat memalukan. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. ambil sebiji limau dan belah dua. Sapukan pada ketiak setelah bercukur. ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang. Lakukan tiga kali seminggu. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi. . 2. 3. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. PETUA UNTUK IBU HAMIL & KANAK-KANAK 1.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari. dibersih dan diparut halus. Sebelum anda memulakan kerja. bila telah lumat terus ditelan. setelah anda selesai mandi. PETUA UNTUK MASALAH BADAN BERBAU 1.selepas itu cepatcepat meneguk air hangat segelas. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi. Selain menghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Cara mengatasinya. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. PETUA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS 1. ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah. 2. Cuba cara ini. Setelah mendidih. 3. setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas. Ambil lobak putih. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Apabila hendak minum campurkan sedikit gula. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda. dimulakan dengan selawat. Sapukan pada ketiak. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. basuh dan rebus hingga kembang. Cuba cara ini. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Masukkan sebuku garam. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. angkat serta bubuh sedikit garam. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda sembuh. ambil segenggam barli. 4. 4. campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak.

perap ikan bersama asam gelugur. rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. Selain hampas kelapa. Mencuci kerang memang susah. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu. Setelah lebih kurang 25 minit. Untuk itu. cuba petua ini.2. 5. anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa. sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Biarkan seketika agar daki tadi kembang. Insya-Allah ruam beransur hilang. Gunakan tiga jari anda (ibu jari. Untuk mengembalikan kesegarannya. jari telunjuk dan jari hantu). Kemudian goreng seperti biasa. masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalam secawan air masak. KHASIAT DARI TUMBUHAN 1. Untuk menghilangkan pahitnya. Seeloknya diamalkan ketika hamil. Baca selawat tiga kali. Setiap kali mandi dan membasuh rambut. potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. kemudian uparuparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari. Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak. bancuhlah dengan air suam. PETUA UNTUK MASAKAN 1. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. 2. ikan tidak melekat lagi. Setelah beberapa ketika. 5. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin. minyak bayi juga boleh digunakan. Hasilnya. 4. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini. Hasilnya. Selain mengembalikan kesegaran. Tauhu akan melekat jika digoreng. 4. Ketika menggoreng ikan. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. 3. Ia juga boleh . Untuk menghilangkannya bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam. Kemudian goring asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberi minum kepada bayi. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. tauhu tidak melekat lagi. kesegarannya akan hilang. 3. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan. 6. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. kerang akan bersih memutih. Peria memang pahit. kemudian bolehlah digosok daki itu. Untuk menghilangkannya.

tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Caranya. bisul tadi akan beransur pulih. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Caranya. 3. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali. Caranya. ambil beberapa kuntum bunga melur. ambil beberapa helai daun inai. samada luka luaran mahupun dalaman. 2. basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata. 4. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. . sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Jika kulit kita terluka. 5. kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rendam seketika didalam air. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk. ambil beberapa helai daun atiati.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->