You are on page 1of 2

Pengertian Ramadhan

Kelebihan Ramadan Al-Mubarak


1. Kamu akan dinaungi Ramadhan.(bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari
seksa kubur)
2. Bulan penuh keberkatan
3. Di malamnya adalah lebih baik daripada seribu bulan
4. Solat sunat sama dengan solat fardhu
5. Solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7. Bulan menambah rezeki
8. Memberi banyak pahala
9. Bulan keampunan
10. Doa paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa dan di sepertiga malam
11. Bau mulut orang berpuasa adalah lebih harum daripada bau kasturi disisi Allah

AMALAN DIBULAN RAMADHAN


1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2. Menempahkan pakaian untuk Ramadhan
3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4. Hendak tidur bacalah 4 ayat akhir surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5. Berazam untuk melakukan terawikh 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7. Solat jemaah setiap waktu
8. Solat jemaah di masjid / surau
9. Amalkan Qiyamullail walaupun sekejap
10. Melewatkan-lewatkan bersahur
11. Sahur – untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12. Kurangkan tidur
13. Tunaikan solat sunat fajar (solat sunat subuh)
14. Tunaikan solat sunat dhuha
15. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum zohor)
16. Tunaikan solat rawatib
17. Jaga pancaindera
18. Elakkan gosok gigi pada waktu petang
19. Hadiri majlis ilmu
20. Buat baik pada ibu bapa
21. Banyakkan besedekah
22. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
23. Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
24. Elakkan berbelanja berlebihan
25. Kuatkan kesabaran
26. Banyakkan Selawat, Istighfar, Bertasbih
27. Berazam beramal pada malam Lailatul Qadar
28. Mengejut anak dan isteri pada 10 malam terakhir
29. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
30. Berdoa dengan nada lembut dan merayu
31. Mendoakan ibu bapa dan orang mukmin sama ada yang masih hidup atau
meninggal dunia
32. Solat diawal waktu
33. Elakkan bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar sebelum berbuka
34. Elakkan banyak berhutang
35. Melepaskan perasaan sedih untuk meninggalkan Ramadhan kerana takut tidak
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
36. Tunaikan zakat fitrah

Perkara Yang Mengurangkan Pahala Puasa

1. Mengumpat
2. Berbohong
3. Mengadu domba ( batu api )
4. Sumpah pada benda-benda yang salah
5. Melihat sesuatu perkara dengan penuh syahwat

You might also like