2

KATA ALUAN PENULIS
نيحسلا ىبوحسلا ا نسث
يه ، بٌلبوعأ تبئيس يه ّ بٌسفًأ زّسش يه لبث ذْعً ّ ٍسفغتسً ّ ٌَيعتسً ّ ٍدوحً ل دوحلا ىإ
ّ ، َل كيسش ل ٍدحّ ا لإ َلإ ل ىأ دِشأ ّ ، َل يدبُ لف للضي يه ّ ، َل لضه لف ا ٍدِي
اسيثك بويلست نلسّ َجحصّ َلآ ىلع ّ َيلع ا ىلص َلْسز ّ ٍدجع دوحه ىأ دِشأ .
!..!.. _·¦ ¦.`..¦´. ¦.1.¦ ´<¦ _> .«.!1. N´. _·..· N| ...¦´. _..l`.¯. ¸¸'
!..!.. '!.l¦ ¦.1.¦ `.>`.´¸ _¦ >1l> . ±. :.>´. _l>´. !... !±>.¸ ´±.´.
!´.·... Nl>¸ ¦¸..´ ´.!.·´. ¦.1.¦´. ´<¦ _¦ _.l´.!.. .«. »l>¯¸N¦´. _| ´<¦ _l´
¯.>.l. !´.,·´¸ ¸
!..!.. _·¦ ¦.`..¦´. ¦.1.¦ ´<¦ ¦.l.·´. N¯.· ¦´.... ¯¸ ~l`.`. ¯.>l ¯>l..s¦ ¯,±-.´.
¯.>l ¯.>...: .´. ×L`. ´<¦ .`..´¸´. .1· ¸!· ¦´¸¯.· !.,Ls ¯¸
، دعث مأ
Penulisan ini adalah bertujuan memahamkan masyarakat Muslim kearah
kefahaman Ramadhan yang benar. Justeru, buku ini dinamakan "Feqah
Ramadhan" yang bermaksud, "Kefahaman Ramadhan".
Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan para pembaca sekelian
mendapatkan manfaat darinya seterusnya menyampaikan risalah Islam
dan kemudahannya kepada seluruh pelusuk dunia bermula dengan
individu, keluarga dan masyarakat.
Dikesempatan ini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
seluruh umat Islam yang membantu saya dalam meneruskan pengajian
di bumi Mesir ini, khususnya kepada, kedua ibupa saya,Hj. Mohd Yatim
bin Din dan Hajjah Monah binti Abdur Rahim, ahli keluarga yang sentiasa
memberi semangat dan dorongan, para guru dari Sekolah Rendah
Kelibang, Langkawi, Sekolah Rendah Kuala Perlis, Sekolah Rendah



3
Seberang Ramai, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Maahad At-
Tarbiah Al-Islamiah ( Matri-Perlis ),dan Sekolah Menengah Ibnu
Khaldun.
Tak lupa juga para GO , NGO dan individu yang membantu dari segi
kewangan dan penajaan .
Semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada seluruh umat Islam, dan
saya mengharapkan anda menunggu kemunculan buku yang seterusnya
yang masih berkaitan dengan puasa bertajuk " Suara Ramadhan dari
Lidah yang Mulia " yang menghimpunkan hadis-hadis Rasulullah SAW
berkaitan puasa.
Yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang lemah dan kurang itu, atas
kelemahan diri saya sendiri.
Waallahu `alam
Syihabudin Ahmad,
Kuliah Dirasat Islamiah wal Arabiah,
Syukbah Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar , Dumyat,
Republik Arab Mesir











4
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
KATA ALUAN PENULIS 2-3
MADRASAH RAMADHAN UNTUK TAQWA, JIHAD DAN
KEMENANGAN
5
TAWARAN ISTIMEWA RAMADHAN MULIA 6
FATWA RASULULLAH BERKENAAN DENGAN RAMADHAN 7
KELEBIHAN BERPUASA 8
HUKUM ORANG YANG TIDAK MAMPU BERPUASA 9
SIAPAKAH YANG DIHARAMKAN DARI BERPUASA? 10
HUKUM MAKAN ATAU MINUM SECARA TIDAK SENGAJA 11
HUKUM MENGELUARKAN MANI DENGAN SENDIRI 12
DISUNATKAN MEMPERCEPATKAN BERBUKA 12
DISUNATKAN BERSAHUR DAN MELAMBAT-
LAMBATKANNYA
13
PERKARA HARUS UNTUK ORANG BERPUASA 14-15
HUKUM BERSETUBUH DISIANG HARI BULAN
RAMADHAN
16
HUKUM ORANG YANG BERBUKA PUASA UNTUK
BERSETUBUH
16
MEMPERBANYAKKAN AMALAN KEBAIKAN 17
SOLAT TARAWIKH 17
SEPULUH MALAM TERAKHIR 17
LAILATUL QADAR 18-19
ZAKAT FITRAH 19
HARI RAYA DARI PETUNJUK NUBUWWAH 20
SUNNAH NABI SAW DI HARI RAYA 21
KEUTAMAAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL 22-23



5
MADRASAH RAMADHAN UNTUK TAQWA, JIHAD DAN KEMENANGAN
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
ىْقتت نكلعل نكلجق يه ييرلا ىلع تتك بوك مبيصلا نكيلع تتك اٌْهاء ييرلا بِيأي
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-
orang yang sebelum kamu, semoga kamu termasuk di dalam
kalangan orang-orang yang bertaqwa"
Perkataan 'semoga' di dalam ayat di atas sepatutnya menggerunkan kita,
bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa, mungkin sebahagian
beroleh taqwa dan mungkin pula sebahagian yang lain hanya mewarisi
lapar dan dahaga. Sabda Nabi SAW:
عْجلا لإ َهبيص يه سيل نئبص ةز
"Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah
mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan
kelaparan."
[ diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah ]
Sabda Nabi SAW lagi:
"Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang
mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan
ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta
dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan
amin' maka kuucapkan, 'Amin.' "
(HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
Lantas dengan peringatan ini, marilah kita bersama-sama mengambil
peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah
SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan kita melayani pengajian
dan urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan
tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana
kata Saidina Ali RA:



6
"Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula
adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang
untuk beramal"

TAWARAN ISTIMEWA RAMADHAN MULIA
Ramadhan kembali muncul membawa janji-janji Allah yang tidak
mungkin terabai oleh mereka yang sedar lagi berfikir. Alangkah adilnya
Allah SWT, dijadikanNya kita ini tidak segagah dan sepanjang usia umat-
umat yang terdahulu, tetapi diberikanNya saham pelaburan yang mudah
untuk melipatgandakan amalan. Hanya dengan mengeluarkan secebis
tenaga meredah kemalasan menuju ke masjid untuk solat berjemaah,
digandakanNya pahala sebanyak 25 atau 27 kali ganda. Maka Ramadhan
pula muncul dengan gandaan-gandaan yang lebih besar dan utama,
terutamanya malam Lailatul Qadar yang disebut sebagai lebih utama
dari kebajikan 1000 bulan atau kira-kira 83 tahun! Amalan-amalan yang
lain pula diberikan pahala sebanyak 10 kali ganda berbanding dengan
amalan yang sama tetapi dilakukan di luar bulan Ramadhan. Allah Yang
Maha Kaya... pemberian yang tidak menyusutkan keagungan, kurniaan
yang tidak mengurangkan perbendaharaan.
Walau bagaimanapun, soal banyak mana Allah SWT mahu memberikan
kelebihanNya kepada kita adalah soal kedua. Imam Al-Ghazali di dalam
kitab kecilnya yang bermakna besar menyebut tentang perihal
pentingnya kita meninggalkan 'khulasatul 'amal' iaitu dengan melakukan
ibadat sebanyak-banyakkan tanpa dihitung berapa atau banyak mana
yang akan diperolehi. Janji-janji Allah itu sepatutnya lebih dilihat sebagai
targhib (galakan) untuk kita memanfaatkan bulan tarbiah, madrasah
Ramadhan ini.









7
FATWA RASULULLAH BERKENAAN DENGAN RAMADHAN
Seorang sahabat bertanya kepada Baginda SAW:
"Wahai Rasulullah, Saya lupa sehingga makan dan minum,
padahal saya sedang berpuasa." Baginda SAW menjawab :
"Allah telah memberimu makan dan minum" (HR. Abu Daud).
Dan dalam riwayat Ad-Daruquthni dengan sanad shahih disebutkan
"Sempurnakan puasamu dan kamu tidak wajib mengqadhanya,
sesungguhnya Allah telah memberimu makan dan minum"
peristiwa itu terjadi pada hari pertama di bulan Ramadhan. Pernah juga
Baginda SAW ditanya tentang benang putih dan hitam, jawab Baginda
SAW :
"Iaitu terangnya siang dan gelapnya malam." (HR. An-Nasa 'i).
"Seorang sahabat bertanya: "Saya mendapati solat subuh dalam
keadaan junub, lain saya berpuasa -bagaimana hukumnya-? Jawab
Baginda SAW : "Aku juga pernah mendapati Subuh dalam keadaan
junub, lantas aku berpuasa. "Ia berkata: "Engkau tidak seperti kami
wahai Rasulullah, karena Allah telah mengampuni semua dosamu baik
yang lalu atau pun yang terdahulu. Nabi shallallahu halaihi wasallam
menjawab : "Demi Allah, sungguh aku berharap agar aku menjadi orang
yang paling takut kepada Allah dan paling tahu akan sesuatu yang boleh
dijadikan alat bertakwa . "(HR. Muslim).
Baginda SAW pernah ditanya tentang puasa di perjalanan, maka Baginda
SAW menjawab :
"Terpulanglah kepada kamu, boleh berpuasa dan boleh pula
berbuka "(HR. Muslim).
Hamzah bin 'Amr pernah bertanya:
"Wahai Rasulullah, saya mampu berpuasa dalam perjalanan, apakah
saya berdosa?" Baginda SAW menjawab : "Ia adalah rukhshah
(keringanan) dari Allah, barangsiapa mengambilnya maka baginyalah
kebaikan dan barangsiapa lebih suka berpuasa maka ia tidak berdosa. "
(HR. Muslim).



8
Sewaktu ditanya tentang soal mengqadha puasa dengan tidak berturut-
turut, Baginda SAW menjawab :
"Hal itu terpulang kepada dirimu (bergantung kepada kemampuanmu),
bagaimanakah pendapatmu jika salah seorang di antara kamu
mempunyai tanggungan hutang lalu membayarnya (secara beransur-
ansur) dengan satu dirham dua dirham, tidakkah itu merupakan bentuk
pelunasan? Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf dan Pengampun. " (HR.
Ad-DaYuquthni, isnadnya hasan).

K e t i k a d i t a n y a o l e h s e o r a n g w a n i t a :
"Wahai Rasulullah, ibu saya telah meninggal dunia sedangkan ia
berhutang puasa nazar, bolehkah saya berpuasa untuknya? Baginda
SAW menjawab :
"Bagaimana pendapatmu jika ibumu memiliki tanggungan hutang lantas
kamu melunaskannya, bukankah itu menyelesaikan hutangnya?" la
berkata, 'Benar'. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasalah
untuk ibumu." Hadits Muttafaq 'Alaih) (Lihat I'laarnul Muwaqqii'in 'An
Rabbil 'Aalamiin, oleh Ibnul Qayyim, 4/266-267)

KELEBIHAN BERPUASA
لاق ملس و هٌلع ا ىلص ًبنلا نع هنع ا ًضر دٌعس نب لهس نع :
( ( مهرٌغ دحأ هنم لخدٌ ل ةماٌقلا موٌ نومئاصلا هنم لخدٌ ناٌرلا هل لاقٌ اباب ةنجلا ًف نإ
لاقٌ : دحأ هنم لخدٌ ملف قلغأ اولخد اذإف مهرٌغ دحأ هنم لخدٌ ل نوموقٌف ؟ نومئاصلا نٌأ ) )
[ هٌلع قفتم ]
Daripada Sahal bin Said RA, dari Nabi SAW bersabda :
Sesungguhnya di syurga nanti akan terdapat sebuah pintu yang dikenali
sebagai Ar-Rayyan , pintu itu akan dimasuki oleh orang yang berpuasa di
Hari Kiamat kelak, bahkan tidak akan ada orang yang lain akan
memasukinya melainkan mereka, mereka diseru : dimanakah orang
yang berpuasa? Maka mereka bagun dan memasukinya, tiada orang lain
yang memasuki pintu tersebut kecuali mereka, apabila semua mereka



9
telah masuk, ditutup rapat pintu tersebut hingga seorang pun tidak
dibenarkan memasukinya.
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
لاق ملسو هٌلع ا ىلص ًبنلا نع هنع ا ًضر ةرٌره ًبأ نع :
( ( و انامٌإ ناضمر ماص نمو هبنذ نم مدقت ام هل رفغ اباستحا و انامٌإ ردقلا ةلٌل ماق نم
هبنذ نم مدقت ام هل رفغ اباستحا ) )
[ هٌلع قفتم ]
Daripada Abi Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda :
Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan pengharapan, maka akan diampuni segala dosanya yang
telah berlalu. Dan barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan
dan pengharapan maka akan diampuni dosanya yang telah berlalu .
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
HUKUM ORANG YANG TIDAK MAMPU BERPUASA
Bagi orang yang tidak mampu berpuasa seperti orang yang sudah terlalu
tua, perempuan yang lemah akibat hamil dan menyusu,dan orang yang
sakit yang memudaratkan jika dia berpuasa , maka mereka tidak perlu
berpuasa bahkan mereka perlu memberi makan kepada orang miskin
sebanyak 60 orang ataupun dengan kadar 60 orang . ini adalah
berdasarkan ayat Al-Quran yang menyebut :
نٌكسم ماعط ةٌدف هنوقٌطٌ نٌذلا ىلع و ( ةرقبلا : 184 )
Dan bagi orang yang tidak mampu berpuasa, maka wajiblah bagi
mereka memberi makan kepada orang miskin.
Ini juga dapat difahami dari kisah Anas bin Malik RA yang mengalami
sakit yang berat sebelum beliau meninggal dunia sehinggakan beliau
tidak mampu berpuasa setahun atau dua tahun, maka beliau mengambil
sebuah bekas yang dipenuhi makanan , dan beliau memanggil 30 orang
miskin dan mengenyangkan mereka semua .
[ disebut juga oleh Imam Bukhori secara mu`alaq dan diriayatkan oleh
Darul Qutni dengan sanad yang Sahih ]



10
Begitu juga orang yang hamil dan menyusu, sekiranya beliau risaukan
keselamatan dirinya dan anaknya maka haruslah baginya untuk tidak
berpuasa dan mengganti puasa pada hari-hari yang beliau tidak
berpuasa.
SIAPAKAH YANG DIHARAMKAN DARI BERPUASA?
Menjadi haram hukumnya bagi orang yang berhaid dan nifas berpuasa
sehinggalah mereka telah bersih dari darah tersebut , maka mereka
perlu mengganti puasa yang ditinggalkan secara wajib itu tanpa
menggantikan solat yang ditinggalkan juga secara wajib.
Nabi SAW bersabda :
( ( ؟مصت ملو لصت مل تضاح اذإ سٌلأ ) )
Tidakkah orang yang berhaid itu , tidak bersolat dan berpuasa?
[ sebahagian dari hadis riwayat Imam Bukhori ]
Persoalannya, ramai wanita yang mengetahui darah haid, namun ramai
dikalangan mereka yang masih tidak memahami apakah iti darah
istihadhah dan nifas sehinggakan mereka bertindak meninggalkan solat
dan puasa padahal pada ketika itu mereka berada dalam keadaan
istihadhah.
Oleh itu, dengan kelemahan yang ada, saya menyediakan sebuah jadual
yang diharapkan mudah untuk difahami :
Haid Istihadhah Nifas
Pengenalan Darah kotor
yang keluar dari
rahim wanita
pada waktu-
waktu tertentu
Darah sakit yang
keluar dari rahim
wanita pada
bukan waktu haid
ataupun nifas
Darah yang
keluar sesudah
bersalin, orang
melayu
menamakannya
darah pantang
Tempoh paling
singkat
Sehari suntuk
(sehari
semalam)
Sebelum sehari
semalam
Beberapa hari
Tempoh paling
lama
15 hari suntuk Tiada masa 60 hari





11
Tempoh biasa 6 hingga 7 hari Selepas 15 hari
haid atau 60 hari
nifas
40 hari
Hukum Tidak boleh
berpuasa dan
bersolat
Wajib berpuasa
dan bersolat
setelah
membersihkannya
Tidak boleh
berpuasa dan
bersolat
Kewajipan
mengganti
Wajib
mengganti
puasa tanpa
diwajibkan
menggantikan
solat
-
Wajib
mengganti
puasa tanpa
diwajibkan
menggantikan
solat

Oleh itu boleh kita fahami, darah istihadhah adalah darah yang keluar
sebelum waktu haid atau selepas waktu haid/nifas. Barangsiapa yang
mengalami istihadhah, maka wajiblah baginya puasa dan solat.
HUKUM MAKAN ATAU MINUM SECARA TIDAK SENGAJA
Barangsiapa yang makan atau minum secara tidak sengaja atau terlupa
maka beliau tidak perlu menggantikan puasa itu dan tidak pula perlu
kafarah, tetapi beliau perlu meneruskan dan menyempurnakan puasa
yang berbaki. Ini adalah kefahaman yang diambil dari hadis Nabi SAW :
( ( هاقس و ا همعطأ امنإف ، هموص متٌلف برش وأ لكأف مئاص وهو ًسن نم ) )
[ هٌلع قفتم ]
Barangsiapa yang terlupa bahawa dia berpuasa, kemudian dia makan
dan minum, maka apabila dia sudah tersedar , maka sempurnakanlah
puasanya, sesungguhnya Allahlah yang membiranya makan dan minum
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
Hukum ini juga diterima pakai pada orang yang makan kerana tersilap
ataupun dipaksa. Ini adalah kerana keumuman hadis Nabi SAW :
( ( هٌلع اوهركتسا ام و ناٌسنلا و ءاطخلا ًتمأ نع عضو ا نإ ) )
[ هقرط عومجمب حٌحص وهو ]



12
Sesungguhnya Allah mengangkat dosa ( hukum )bagi umatku yang
melakukan kesalahan disebabkan tersilap, terlupa dan perlakuan yang
terpaksa dilakukannya.
[ hadis ini sahih dalam kebanyakkan jalan pengambilan hadis ]
HUKUM MENGELUARKAN MANI DENGAN SENDIRI
Barangsiapa yang mengeluarkan mani dengan kehendaknya seperti
menggosok-gosokkanya atau mencium isteri sehingga terkeluar air mani,
maka puasanya telah terbatal dan beliau perlu menggantikkan puasa
tersebut tanpa kaffarah.
Namun, jika perlakuannya tidak mengeluarkan mani, maka puasanya
masih sah dan beliau hendaklah meneruskan puasanya dan bertaubat.
Manakala, bagi orang yang bermimpi bersetubuh disiang hari bulan
Ramadhan atau teringat perlakuannya dengan isterinya sehingga keluar
air mani , maka puasanya tidak terbatal kerana ianya bukanlah dari
kehendak dirinya.
DISUNATKAN MEMPERCEPATKAN BERBUKA
Apabila muazzin melaungkan azan sahaja, disunatkan untuk orang yang
berpuasa untuk mempercepatkan berbuka bahkan tidak digalakkan
untuk menunggu muazzin habis melaungkan azan terlebh dahulu atau
menunggu sehingga membaca doa selepas azan kerana ianya lansung
tiada kebaikan.
Nabi SAW bersabda :
( ( رطفلا اولجع ام رٌخب سانلا لازٌ ل ) )
Tidaklah manusia membuat perkara baik apabila dia tidak
menyegerakan berbuka puasa
مئاصلا رطفأ دقف سمشلا تبرغ و انهه نم راهنلا ربدأ و انهه نم لٌللا لبقأ اذإ
[ امهٌلع قفتم ]
Apabila telah tiba waktu malam daripada sini, dan telah ditinggalkan
siang daripada sini dan terbenamnya matahari, maka berbukalah orang
berpuasa.
[ kedua-dua hadis ini disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].



13
Disunatkan pula bagi orang yang berpuasa untuk berbuka sebelum solat
dengan Rutab ( kurma lembab ), jika tidak ada maka dengan Tamar (
kurma kering ), dan jika tidak ada juga maka dengan air :
تابطر نكت مل نإف ، تابطر ىلع ًلصٌ نأ لبق رطفٌ ملسو هٌلع ا ىلص ًبنلا ناك دقف
ءام نم تاوسح اسح تارٌمت نكت مل نإف ، تارٌمتف
[ نسح دنسب يذمرتلا هاور ]
Sesungguhnya Nabi SAW berbuka sebelum solat dengan beberapa biji
kurma lembab, jika baginda tidak mendapati kurma lembab maka
baginda akan berbuka dengan beberapa biji kurma kering dan jika tidak
ada juga maka baginda akan baginda akan membasahkan mulutnya
dengan air
[ diriwayatkan oleh Imam Turmizi dengan sanad yang hasan ]
DISUNATKAN BERSAHUR DAN MELAMBAT-LAMBATKANNYA
Sahur adalah perbuatan memakan makanan bagi orang yang ingin
berpuasa pada waktu sahur, iaitu pengakhiran malam dan betul-betul
hampir dengan waktu subuh.
Bersahur adalah sunnah, dan melambat-lambatkannya sehingga dekat
dengan waktu subuh adalah cara yang terbaik dan penuh keberkatan .
Nabi SAW bersabda :
ةكرب روحسلا ًف نإف اورحست
[ هٌلع قفتم ]
Bersahurlah kamu, kerana pada waktu sahur itu ada keberkatan
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
لاق امهنع ا ًضر تباث نب دٌز نع سنأ نع و : مث ملسو هٌلع ا ىلص ًبنلا عم انرحست
تلق ، ةلصلا ىلإ ماق : لاق ؟ روحسلا و ناذلا نٌب ناك مك : ةٌآ نٌسمخ ردق
[ يراخبلا هاور ]
Daripada Anas RA dari Zaid bin Thabit RA berkata : kami bersahur
bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat, setelah itu aku
bertanya : berapa jauhkah jarak waktu antara azan dan sahur? Maka



14
Rasulullah SAW menjawab : jauhnya adalah dengan kadar 50 bacaan
ayat Al-Quran.
[ diriwayatkan oleh Imam Bukhori ]
PERKARA HARUS UNTUK ORANG BERPUASA
1. Mandi dan menyejukkan badan dengan air, begitu juga berkumur
untuk membasahkan mulut
Bagaimanapun amat dilarang kepada orang yang berpuasa dari berlebih-
lebihan dalam memasukkan air kedalam hidung ketika berwudhuk, ini
kerana ada larangan dari Nabi SAW :
( ( امئاص نوكت نأ لإ قاشنتسلا ًف غلاب و ) )
[ حٌحص دنسب ننسلا باحصأ هجرخ ]
Dan berlebih-lebihlah dalam memasukkan air kedalam hidung kecuali
jika kamu sedang berpuasa
[ dikeluarkan oleh pemilik kitab sunan hadis dengan sanad yang sahih ]
Namun , tidaklah menjadi larangan kepada orang berpuasa dari mandi di
kolam, tasik mahupun di lautan selagimana beliau boleh menjaga diri
dari air termasuk ke kerongkongnya.
2. Mengeluarkan darah dengan berbekam atau yang menyerupainya
selagimana tidak mendatangkan mudarat kepada badan, jika
mendatangkan kemudharatan maka hukumnya makruh.
3. Menggunakan Siwak
( ( ءوضو لك دنع كاوسلاب مهترمل ًتمأ ىلع قشأ نأ ل ول ) )
[ يراخبلا هاور ]
Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku, nescaya aku
mewajibkan mereka untuk bersiwak ketika setiap kali ingin berwudhuk
[ diriwayatkan oleh Imam Bukhori ]
Suka untuk diingatkan bahwa bersiwak tidak hanya harus untuk orang
berpuasa sahaja malahan ia adalah sunat secara mutlak pada setiap
bulan , samada sebelum zohor mahupun sesudahnya.



15
4. Melambatkan mandi wajib sehingga masuk waktu subuh.
موصٌ و لستغٌ مث ، هلهأ نم بنج وهو رجفلا هكردٌ ملسو هٌلع ا ىلص ًبنلا ناك دقف
[ هٌلع قفتم ]
Sesungguhnya Nabi SAW masih dalam keadaan junub ketika masuk
waktu subuh, kemudian baginda mandi dan berpuasa
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
5. Mencium isteri
Ianya menjadi sunat sunat selagimana orang yang berpuasa tersebut
boleh menahan diri dari terjerumus untuk bersetubuh.
اهنع ا ًضر ةشئاع تلاق : رشابٌ و ، مئاص وهو لبقٌ ملسو هٌلع ا ىلص ا لوسر ناك
هبرل مككلمأ ناك هنكلو مئاص وهو
[ هٌلع قفتم ]
Aisyah RA berkata : sesungguhnya Rasulullah SAW mencium sedangkan
dia berpuasa, baginda berseronok-ronok sedangkan dia berpuasa akan
tetapi baginda orang yang paling kuat menahan nafsunya.
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
6. Mengambil ubat yang tidak sampai ke kerongkong selagimana
tidak serupa dengan makan dan minum.
7. Bercelak
8. Menelan air liur
Tidak menjadi masalah untuk menelan air liur , namun hukum ini tidak
sama dengan memakan makanan yang berada dicelah-celah gigi secara
sengaja , kerana hukummemakan makanan dicelah gigi dengan sengaja
adalah haram dan terbatallah puasa pada hari tersebut maka beliau
perlu menggantikkannya.
9. Merasai makanan
Tidak menjadi masalah untuk merasai makanan yang dimasak selagi
ianya tidak ditelan sedikit pun.



16
HUKUM BERSETUBUH DISIANG HARI BULAN RAMADHAN
Barangsiapa yang berpuasa kemudian bersetubuh dengan Isterinya
secara sengaja sehingga bertemu dua tempat khatan, dan tenggelamnya
kepala kemaluan di salah satu jalan persetubuhan maka rosaklah puasa
tersebut tanpa mengira keluarnya mani ataupun tidak.
Bahkan , diwajibkan pula kepada pelakunya untuk bertaubat dan
menyempurnakan baki puasa yang tinggal, seterusnya menggantikan
puasa tersebut dibulan lain bersama dengan kaffarah yang berat
sepertimana yang terdapat didalam sebuah hadis dari Abi Hurairah RA :
لاقف لجر ءاج ذإ ، ملسو هٌلع ا ىلص ًبنلا دنع سولج نحن امنٌب : لاق ، تكله ا لوسر اٌ
: لاق ؟ كل ام : ملسو هٌلع ا ىلص ا لوسر لاقف ، مئاص انأ و ًتأرما ىلع تعقو : دجت له
لاق اهقتعت ةبقر : ل : لاق : لاق ؟ نٌعباتتم نٌرهش موصت نأ عٌطتست لهف : لاق ، ل : دجت لهف
لاق ؟انٌكسم نٌتس ماعطإ : ل .... ثٌدحلا
[ يراخبلا هاور ]
Ketika kami duduk bersama dengan Nabi SAW, datang seorang lelaki
seraya berkata : Ya Rasulullah , binasalah diriku.. berkatalah Rasulullah
SAW : kenapa dengan kamu ni? Dia berkata : aku telah mendatangi
isteriku dalam keadaan aku berpuasa, maka Rasulullah SAW bersabda :
adakah kamu mampu membebaskan hamba?, beliau berkata : tidak ,
baginda bersabda lagi : adakah kamu mampu berpuasa dua bulan secara
berturut-turut ? beliau berkata : tidak , Baginda bersabda lagi , adakah
kamu mampu member makan kepada 60 orang miskin? Beliau berkata ;
tidak… (sehingga akhir hadis tersebut.)
[ diriwayatkan oleh Imam Bukhori ]
Hukum ini adalah hukum yang sama bagi orang yang berzina, liwat dan
bersetubuh diluar tabii ( bersetubuh dengan binatang atau sebagainya )
HUKUM ORANG YANG BERBUKA PUASA UNTUK BERSETUBUH
Bagi orang yang berbuka puasa dengan sengaja dengan niat untuk
bersetubuh disebabkan mahu lari dari tanggungjawab kafarah , maka
beliau telah melakukan dosa yang amat besar dan telah mencemari
kehormatan bulan Ramadhan sebanyak dua kali, pertama kerana beliau



17
berbuka dengan sengaja malahan ingin membuat helah pada hukum
agama, dan kedua, bersetubuh dengan isterinya di waktu yang tidak
dibenarkan. Wajiblah orang yang melakukan perkara ini untuk bertaubat
dengan taubat yang sebenar-benarnya ( nasuha ).
MEMPERBANYAKKAN AMALAN KEBAIKAN
Disunatkan bagi orang yang berpuasa untuk memeberi perhatian yang
penuh dalam pembacaan Al-Quran dan pengajiannya, serta senantiasa
bersama-sama dengan orang soleh dan para ulamak, memperbanyakkan
sedekah kepada manusia yang tidak berkemampuan dan sebagainya.
SOLAT TARAWIKH
Daripada solat yang disunatkan adalah solat tarawih dibulan Ramadhan,
ianya dilakukan sebanyak 20 ataupun 8 rakaat menurut sebahagian
pendapat para ulamak, kemudian solat ini diikuti pula dengan solat
sunat witir mengikut bilangan ganjil, 1, 3, 5 dan seterusnya.
SEPULUH MALAM TERAKHIR
Para umat islam diingatkan supaya bersedia pada sepuluh malam
terakhir bahkan digalakkan untuk mengosongkan waktu itu hanya sanya
untuk beribadah kepada Allah SWT kerana Nabi SAW akan bersungguh-
sungguh menghidupkan malam-malam itu serta mengejutkan ahli
keluarganya untuk beribadah.
اهرٌغ ًف دهتجٌ ل ام رخاولا رشعلا ًف دهتجٌ ملس و هٌلع ا ىلص ناك و
[ ملسملا هاور ]
Sesungguhnya Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadah di sepuluh
malam terakhir dalam bulan Ramadhan melebihi kesungguhnnya di
bulan-bulan yang lain.
[ diriwayatkan oleh Imam Muslim ]
ناضمر نم رخاولا رشعلا فكتعٌ ملسو هٌلع ا ىلص ا لوسر ناكف
[ هٌلع قفتم ]
Sesungguhnya Rasulullah SAW akan beriktikaf di sepuluh malam terakhir
dalam bulan Ramadhan



18
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
LAILATUL QADAR
Antara sebab digesa utuk beribadah pada sepuluh malam terakhir
adalah kerana terdapat sebuah malam yang dinamakan Lailatul Qadar
padanya.
Allah SWT telah menyebut berhubung dengan kelebihan malam Lailatul
Qadar di dalam firmanNya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul
Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar
itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk
mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah
terbitnya fajar. "(Al-Qadr: 1-5)
Di dalam surah Ad-Dukhan ayat 3, Allah SWT menegaskan lagi tentang
keberkatan malam Lailatul Qadar itu dengan firmanNya:
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang
diberkati" Malam Lailatul Qadar ini juga Allah SWT menurunkan Al-
Quran berdasarkan firmanNya: "Bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan Al-Qur'an. " (Al-Baqarah: 185).
Pada malam Lailatul Qadar itu, Allah SWT menurunkan Al-Quran sekali
gus dari Luh Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu langit pertama, berdasarkan
keterangan Ibnu Abbas RA:
"Allah menurunkan Al-Quran Al-Karim keseluruhannya secara sekali gus
dari Luh Mahfudz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul
Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah
SAW sesuai dengan konteks pelbagai peristiwa selama 23 tahun."
Di dalam sebuah hadith yang sahih Rasulullah SAW menyebutkan
keutamaan melakukan Qiyamullail di malam tersebut. Baginda SAW
bersabda :
( ( هبنذ نم مدقت ام هل رفغ ، اباستحا و انامٌإ ردقلا ةلٌل ماق نم ) )
[ يراخبلا هاور ]



19
Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan pengharapan, nescaya akan diampunkan dosanya yang
telah lalu
[ diriwayatkan oleh Imam Bukhori ]
Manakala berkenaan dengan masa Lailatul Qadar itu, Nabi SAW telah
bersabda :
"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir
bulan Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).
Aisyah RA berkata,
"aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku menemui
Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Baginda
SAW menjawab, katakanlah : "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku. "
(HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadith hasan sahih).

ZAKAT FITRAH
لاق هنع ا ًضر رمع نبا نع : نم اعاص رطفلا ةاكز ملسو هٌلع ا ىلص ا لوسر ضرف
نم ، رٌبكلا و رٌغصلا و ، ىثنلا و ركذلا و ، رحلا و دبعلا ىلع ، رٌعش نم اعاص وأ رمت
ةلصلا ىلإ سانلا جورخ لبق ىدؤت نأ اهب رمأ و ، نٌملسملا
[ هٌلع قفتم ]
Daripada Ibnu Umar RA berkata : Rasulullah SAW telah mewajibkan
zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang gandum, kepada
hamba mahupun yang merdeka, lelaki mahupun perempuan, kecil
mahupun besar dari kalangan umat Islam, dan Nabi SAW menyuruh
untuk mengeluarkannya sebelum manusia keluar menunaikan solat hari
raya.
[ disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim ].
pada masa kini, kita boleh sahaja mengeluarkan zakat berupa makanan
kepada orang yang memerlukan, namun boleh juga jika kita



20
mengeluarkan zakat berupa bentuk kewangan mengikut kadar yang
ditentukan oleh pemerintah.

HARI RAYA DARI PETUNJUK NUBUWWAH
Menyentuh sedikit berhubung dengan latar belakang Hari Raya ini,
ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda SAW mendapati bahawa
kaum Ansar mempunyai dua hari istimewa yang disambut dengan suka
ria. Lalu Nabi SAW mengulas hal ini dengan sabdanya:
"Allah telah menggantikan bagi kamu semua dua hari yang jauh lebih
b a i k , i a i t u A i d i l F i t r i d a n A i d i l A d h a "
(HR. Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad hasan).

Umat Islam sekurang-kurangnya mempunyai tiga hari raya yang utama,
satu bersifat mingguan manakala dua lagi berkunjung secara tahunan.
Hari raya mingguan itu adalah hari Jumaat, yang merupakan penghulu
hari dalam seminggu. Manakala dua lagi hari raya yang dijanjikan Allah
dengan kelebihan-kelebihan yang banyak ialah Hari Raya Aidilfitri (1
Syawwal) dan Hari Raya Aidiladha (10 Dzul Hijjah).
Persoalannya ialah, apakah sebab di sebalik kegembiraan Hari Raya dan
kemenangan yang disebut-sebut itu. Aidil Fitri seharusnya menjadi hari
kemenangan ahli siyam kerana dengan tersempurnanya puasa
Ramadhan, maka terampunlah segala dosanya dan dibebaskan dari api
neraka Allah SWT. Maka atas kemurahan Allah SWT ini, disyariatkan
kepada kita supaya membanyakkan sedekah, takbir dan tahmid serta
bertasbih mengagung-agungkanNya pada hari itu.
Walau bagaimanapun, persepsi umat Islam terhadap Hari Raya Aidul
Adha mesti diperbaiki. Kedudukannya adalah lebih tinggi dan utama
berbanding Aidilfitri kerana ia adalah signifikasi penyempurnaan wakil-
wakil umat Islam yang menjadi tetamu Allah menyempurnakan ibadah
Haji yang membawa tajdid iman dan azam kepada sekalian umat Islam.
Maka kerana itulah kita disyariatkan agar memanjangkan takbir sehingga
selesai Hari Tasyri' sebagai simbol kebesaran hari ini.
(Lihat Latha'if Al-Ma'arif oleh Ibnu Rajab)



21
SUNNAH NABI SAW DI HARI RAYA
Kegembiraan umat Islam menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tidaklah
bererti kita menyambutnya sebagaimana kaum-kaum yang lain bersuka
ria pada hari-hari kebesaran mereka.
1. Sebelum pergi menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidilfitri,
Baginda SAW akan mengenakan pakaiannya yang terbaik,
kemudian menjamah tamar dengan bilangan butiran ganjil iaitu
tiga, lima atau tujuh biji. Hal ini berlainan dengan Hari Raya
Aidiladha di mana Baginda SAW imsak (tidak makan) sebelum
menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidiladha.
2. Baginda SAW akan berpesan agar kaum muslimin menyegerakan
pembahagian zakat fitrah kepada mereka yang berhak, manakala
solat sunnah Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat
mempercepatkan urusan sembelihan korban. Mengenai hal
tersebut, Allah Ta 'ala berfirman: "Maka dirikanlah solat kerana
Tuhanmu dan berkorbanlah! " (Al Kautsar: 2).
3. Ibnu Umar RA kerana mahu bersungguh menghayati sunnah Nabi
SAW, beliau hanya akan keluar untuk pergi menunaikan solat
sunnah selepas terbitnya matahari dan di sepanjang perjalanan
beliau akan terus bertakbir dan bertahmid memuji Allah SWT.
4. Nabi SAW akan mengerjakan solat sunnah itu sebelum
berkhutbah. Di dalam solat berkenaan, Baginda SAW akan
bertakbir sebanyak 7 kali dan berhenti seketika. Hanya Riwayat
Ibnu Mas'ud sahaja yang menjelaskan bahawa Nabi SAW
membaca Hamdalah dan berselawat di antara takbir-takbir itu.
Pada rakaat yang kedua, takbir adalah sebanyak lima kali.
Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Umar RA mengangkat kedua-dua
tangannya semasa bertakbir.
5. Pada rakaat pertama Nabi SAW akan membaca Al-Fatihah dan
Surah Al-Qaf dan di rakaat yang kedua pula Al-Fatihah bersama
Surah Al-Qamar. Kadang-kadang Baginda SAW akan membaca
Surah Al-A'la dan Surah Al-Ghasyiah.
6. Nabi SAW tidak mengerjakan sebarang solat sebelum atau selepas
solat sunnah hari raya itu. Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata :



22
"Sesungguhnya Nabi SAW menunaikan solat Aid dua rakaat tanpa
disertai solat yang lain baik sebelumnya mahu pun sesudahnya. " (HR.
Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).
KEUTAMAAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL
Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya
dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia
berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).
Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW
bersabda:
"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh
bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya)
sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa
selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Hibban dalam "Sahih" mereka.)
Kesimpulannya:

Puasa Syawal dan Syaaban adalah seumpama solat sunnah rawatib. Ia
berfungsi sebagai perawatan bila mana berlakunya kekurangan.
1. Membiasakan diri berpuasa setelah berlalunya Ramadhan
merupakan petanda diterimanya puasa Ramadhan, kerana
apabila Allah SWT menerima amalan seorang hamba, pasti Dia
akan menolongnya di dalam meningkatkan perbuatan baik
seterusnya. Sebahagian hukama' mengatakan bahawa: "Pahala
amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya!" Oleh
kerana itu barangsiapa yang mengerjakan kebaikan lalu
melanjutkannya pula dengan kebaikan lain, maka ia adalah
tanda terkabulnya amalan yang pertama. Begitu jugalah
sebaliknya.
2. Puasa sunnnah pada bulan Syawal merupakan persembahan
kesyukuran kita kepada Allah kerana telah memberikan
sejumlah nikmat keampunan dan kemurahan petunjuk di
sepanjang bulan Ramadhan.



23
3. Nikmat Allah SWT tidak sepatutnya dibalas dengan kelekaan,
lagha apatah lagi kekufuran dan maksiat. Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang
menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat
menjadi cerai berai kembali "(An-Nahl: 92)
4. Seorang Ulama salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-
sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika
Ramadhan berlalu mereka tidak lagi terus bersungguh-
sungguh, beliau berkomentar: "Seburuk-buruk kaum adalah
yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan
Ramadhan saja, padahal orang yang salih adalah yang
beribadah dengan bersungguh-sunggguh di sepanjang tahun."
Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan
memulai membayarnya di bulan Syawal, kerana hal itu mempercepat
proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian
dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal, dengan demikian ia telah
melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di
bulan Syawal. Ketahuilah, amal perbuatan seorang mukmin itu tidak ada
batasnya sehinggalah maut datang menjemputnya. Allah SWT berfirman
bermaksud:
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang
diyakini (ajal) " (Al-Hijr: 99)







24

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.