You are on page 1of 5

BAB 1: Pengenalan Kepada Keusahawanan

Pengenalan
Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang
terbaik kerana para usahawan merupakan individu-individu yang mempunyai sikap d
inami, kreatif dan inovatif. Mereka bersedia menghadapi pelbagai cabaran melalu
i kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Mereka mempunyai sikap ya
ng positif bahawa sentiasa ada peluang untuk mencapai kejayaan dan yakin mereka
mampu untuk merebut peluang tersebut.

Definisi Usahawan
Perkataan keusahawan atau usahawan atau ’entreprendre’ (Perancis) atau ‘entrepre
neur’ (Inggeris adalah berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud ‘memikul t
ugas atau mencuba’. Manakala dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya
berasal dari perkataan “usaha”. Menurut Kamus Dewan, usaha adalah daya upaya te
rmasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain untuk melaksanakan atau menyem
purnakan sesuatu pekerjaan.
Peter Drucker (1998) mendefinisikan keusahawanan sebagai proses pengwujudan dan
pengembangan perniagaan. Keusahawanan berperanan mengumpul dan menggunakan sumb
er tetapi sumber yang dikumpul mestilah menjurus kepada peluang bukannya masalah
. Sumber yang digunakan untuk menangani masalah adalah bertujuan untuk memastika
n kecekapan pentadbiran. Usahawan adalah seseorang yang berupaya memindahkan su
mber ekonomi daripada sektor yang kurang daya produktivitinya kepada sektor yang
lebih tinggi daya produktivitinya.
Suhaimi Mansor mentakrifkan keusahawanan sebagai satu aktiviti yang unik yang di
jalankan oleh seseorang sebagai kerjaya untuk mendapatkan keuntungan dan ia meme
rlukan gabungan perkara-perkara asas serta keperibadian, pengalaman, pemikiran,
keupayaan, model dan pengetahuan.
Barjoyai Bardai didalam bukunya Keusahawanan dan Perniagaan mengatakan bahawa us
ahawan adalah orang yang lebih berpandangan luas dalam mencari peluang-peluang p
erniagaan. Usahawan mempunyai keistimewaan yang membolehkannya mewujudkan pelua
ng pelaburan dan mengenalpasti projek-projek yang dianggap menguntungkan.
Kesimpulannya usahawan merupakan individu yang menyusun, mengurus dan mengambil
risiko terhadap sesuatu bidang usaha atau perniagaan. Ia merangkumi sesiapa yan
g mengendalikan perniagaan, tanpa mengambil kira saiz perniagaan tersebut. Usah
awan juga sentiasa peka kepada kewujudan peluang-peluang dalam persekitar
annya, yang
orang lain mungkin tidak menyedarinya. Usahawan juga merupakan individu atau sek
umpulan individu yang berterusan menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri se
rta mengembangkannya demi kemakmuran masyarakat. Usahawan adalah seorang yang be
rinisiatif, kreatif, inovatif, pengambil risiko, mencipta pasaran baru dan ingin
kan kejayaan serta dinamik.
Manakala keusahawanan pula sebagai proses pengwujudan dan pengembangan perniagaa
n yang secara terkumpul boleh membentuk daya tenaga pembangunan negara demi kema
kmuran masyarakat. Ia merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran, pengetahuan, keb
olehan dan kemampuan yang berkaitan dengan perniagaan.
Asas Keusahawanan
Asas yang perlu ada dalam bidang keusahawanan. Diantaranya:-
1. Keusahawan sebagai satu proses
Seseorang tidak dilahirkan sebagai usahawan dan ia tidak boleh diwarisi. Dianta
ra proses yang perlu dilalui ialah:-
Dimulakan dengan keinginan dalaman
Berlaku secara tersendiri atau berkumpulan
Dirancang atau tidak dirancang
Melibatkan perubahan sikap, peronaliti dan persekitaran
Memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan rohani
Kesediaan untuk merebut peluang
Kesedaran betapa pentingnya peranan usahawan
Didorong untuk melihat perubahan secara berterusan.
2. Penekanan kepada kreativiti dalam mengolak sumber firma
Kreativiti merupakan nadi kejayaan seorang usahawan. Kekuatan kreativiti ini di
bangunkan melalui kekuatan imaginasi, pengalaman dan pendedahan. Dengan daya kr
eativiti yang dimiliki membolehkan usahaan mengoptimumkan sumber-sumber terhad y
ang dimiliki melalui:-
Keunikan tersendiri
Memanfaatkan ancaman dan cabaran yang dihadapi
Memaksimumkan penggunaan sumber-sumber yang ada seperti kewangan dan ase
t-aset yang lain, manusia, masa, maklumat-maklumat dan reputasi atau jaringan
Mempunyai alternatif kepada setiap permasalahan yang dihadapi
Kesediaan untuk mencabar tradisi dan kebiasaan
3. Mahu meningkatkan kesejahteraan
Tindak-tanduk usahawan akan menentukan kesejahteraan dan kemakmuran serta kemusn
ahan dunia ini. Usahawan hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa dunia hari i
ni bukan milik mereka tetapi dipinjamkan oleh generasi akan datang untuk dibangu
nkan dan memastikan kesejahteraan masa hadapan. Seseorang usahawan juga perlu se
ntiasa memikirkankan usaha meningkatkan kesejahteraan:-
Diri sendiri – tanpa membelakangkan kesihatan dan harga diri
Keluarga – tanpa mengabaikan tanggungjawab
Masyarakat – tanpa membelakangkan kesejahteraan umum
“stake-holders” – memastikan pulangan pelaburan setinggi mungkin
Negara – meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran
Ummah – memastikan pencapaian keredhaan Allah
Ciri Asas Keusahawanan
Mengikut Kirby (1992) terdapat empat ciri asas yang perlu dimiliki oleh setiap u
sahawan. Ciri-ciri berkenaan ialah mengenalpasti peranan, berkemampuan, bermoti
vasi dan kesediaan untuk berubah.
1. Mengenalpasti peranan
Ia merujuk kepada keberkesanan individu mengakui hakikat keusahawanan merupakan
suatu jaringan proses dan bukan tindakan secara bersendirian. Proses ini termas
uk membuahkan, menilai, membangun dan melaksanakan idea yang telah terbentuk.
2. Berkemampuan berfikir secara intuitif dan rasional
Usahawan perlulah mempunyai kemampuan untuk berfikir secara intuitif dan rasiona
l. Berfikir secara intuitif atau melalui gerak hati merupakan suatu kemampuan m
enyedari tentang keperluan persekitaran dan melihat sesuatu sama ada masalah ata
u peluang dari pelbagai dimensi. Manakala berfikir secara rasional melibatkan l
ogik, urutan, analisis dan penumpuan.
3. Bermotivasi
Motivasi merupakan daya penggerak yang akan membezakan diantara usahawan yang be
rpotensi dengan usahawan melepas batuk di tangga. Penjelasan mengenai motivasi b
anyak berhubung dengan keperluan hierarki oleh Maslow, teori keperluan kepada ke
jayaan oleh Mc Clelland dan teori jangkaan pencapaian matlamat oleh Vroom. Kese
mua teori ini menjelaskan bahawa keperluan dan matlamat individu adalah berbeza
tetapi desakan ke arah pencapaian akan bertambah kuat apabila seseorang melihat
hasil tindakan mampu untuk memnuhi keperluan dan kehendaknya.
4. Kesediaan melakukan perubahan
Usahawan hari ini hendaklah mampu dan bersedia untuk menangani perubahan kerana
ia akan memberi kesan yang signifikan kepada perniagaannya. Perkara ini merupak
an faktor yang penting dalam membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Us
ahawan perlulah peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku disekitarnyadari
sefi sosio ekonomi, kedudukan kitaran perniagaan, kekangan-kekangan yang dihadap
i dan perkembangan teknologi pengeluaran terkini. Jika mereka tidak mempunyai k
umpulan pakar dalam membuat kajian pemasaran, maka mereka perlu bergantung kepad
a pembacaan, pendengaran dan kajian pemasaran yang perlu dilakukan sendiri oleh
mereka.

Perbezaan Usahawan Dan Peniaga


Memandangkan pengertian keusahawanan itu dilihat dalam konteks perniagaan maka y
ang tidak menubuhkan perniagaan bukanlah usahawan. Namun begitu tidak semua pen
iaga adalah usahawan. Ini bermakna terdapat perbezaan ketara antara pengertian
seorang peniaga dan seorang usahawan.
Seorang peniaga adalah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau m
elakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peni
aga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli baran
gan dengan harga yang lebih randah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi u
ntuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidma
tan, ia juga akan mendapatkan keuntungan daripada perkhidmatan yang ditawarkanny
a. Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan keuntungan disamping untuk mencapa
i matlamat peribadi.
Ciri-ciri peniaga
1. Membeli barang untuk dijual semula.
2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula,
selalunya lebih tinggi.
3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya me
mpu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur da
n sistematik.
4. Tidak mencipta barang-barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli ba
rang dari usahawan untuk dijual.
Jadual Perbezaan Usahawan dan Peniaga

USAHAWAN
PENIAGA
Seorang usahawan adalah juga seorang peniaga.
Melibatkan diri dalam usaha mencipta barangan keluaran sendiri.
Mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata.
Mengikuti segala pembaharuan untuk menambah kreativiti.
Memperkenalkan barangan baru yang boleh menembusi pasaran.
Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan.
Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual beli.
Sentiasa berusaha untuk menambahkan keuntungan.
Tidak tertarik dengan perkembangan teknologi dan perubahan-perubahan.
Menjual barangan yang sedia ada dalam pasaran.

Persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk ter
us hidup.
Berpandangan jauh dan sentiasa inginkan kemajuan pada masa hadapan.
Mementingkan keuntungan jangkamasa panjang.
Individu yang mempunyai sifat kreatif dan tingkah laku inovatif serta m
empraktikkan pengurusan strategik dalam perniagaannya.
Memperuntukkan sepenuh masa dan komitmen terhadap kerja.
Menghadapi persaingan sebagai cabaran biasa.

Bentuk dan saiz asal perniagaan dikekalkan tanpa membesarkan ataupun mem
pelbagaikan kegiatan.
Mementingkan keuntungan jangkamasa pendek.
Individu yang menubuhkan dan menguruskan perniagaan untuk mencapai matla
mat peribadi.

Peruntukan masa dan komitmen tidak menjadi perkara utama.

Peranan Usahawan

1. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat


Pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang berbagai untuk memenuhi citarasa dan
kehendak pengguna. Mereka membekalkan pelbagai jenis barangan dan membuat pengu
bahsuaian terhadap barangan sedia ada atau mencipta barangan baru untuk menampun
g kehendak pengguna yang semakin bertambah dan sentiasa berubah.
2. Mewujudkan peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh golongan usahawan telah berjaya mengatasi
masalah pengangguran di negara ini. Penggunaan kepakaran dan tenaga fizikal ma
syarakat yang lebih produktif juga telah meningkat. Kepakaran dan pengalaman se
rta latihan yang disediakan oleh usahawan kepada masyarakat pekerja berupaya mel
ahirkan anggota masyarakat yang mahir dan berkeupayaan tinggi dalam sesuatu bida
ng yang diceburi. Contohnya, ramai pekerja profesional yang dihantar oleh usaha
wan ke negara asing seperti Jepun untuk menimba pengalaman dan kepakaran tertent
u. Usaha ini membolehkan pekerja mempertingkatkan kepakaran dan daya produktivi
tinya.
3. Meningkatkan taraf hidup rakyat
Dengan adanya peluang pekerjaan yang banyak, anggota masyarakat dapat menikmati
pendapatan yang lumayan. Pendapatan tersebut digunakan untuk membeli pelbagai j
enis barangan yang diperlukan untuk meningkatkan keselesaan hidup mereka. Usaha
wan juga sering menghasilkan barangan baru yang canggih untuk membantu masyaraka
t meningkatkan taraf hidup mereka
4. Penyumbang kepada pembangunan ekonomi
Dengan pembukaan industri baru, menyediakan peluang pekerjaan dan mempelbagaikan
pengeluaran. Dengan berkurangnya pengangguran maka pendapatan negara akanturut
meningkat kerana setiap individu yang bekerja akan membayar cukai pendapatan dan
berbelanja untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan tertentu.
5. Menghasilkan pendapatan untuk negara
Usahawan akan meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai pendapatan
kepada kerajaan. Malahan usahawan juga dapat meningkatkan pendapatan negara de
ngan menyumbang kepada pembayaran duti kastam, iaitu cukai import dan eksport.
6. Menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang baru
Mencipta dan memperbaharui barangan akan dapat membantu penduduk menikmati hidup
yang lebih berkualiti.
7. Sokongan kepada industri besar
Menjadi pembekal barangan komponen kepada industri besar seperti kereta proton –
komponen-komponennya disediakan oleh syarikat-syarikat yang kecil (vendor).
8. Membangunkan sektor ekonomi tertentu
Usahawan yang melibatkan diri dalam sektor ekonomi tertentu, misalnya sektor per
industrian dan perniagaan akan mencuba sedaya upaya untuk membangunkan sektor ek
onomi tersebut contohnya usahawan telah membangunkan industri pembuatan kenderaa
n sehingga kita dapat mengeluarkan kereta, van, lori dan motosikal untuk kegunaa
n tempatan dan juga untuk dieksport.
9. Mempelbagaikan ekonomi negara
Usahawan tidak akan terlibat dalam satu-satu industri sahaja. Mereka biasanya m
elibatkan diri dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perkhidmatan, makanan, p
embuatan, pelancungan dan lain-lain. Ini menyebabkan ekonomi negara tidak perlu
bergantung kepada sesuatu sektor tertentu sahaja. Oleh itu ekonomi negara akan
sentiasa kukuh salah satu sektor mengalami masalah untuk berkembang.
10. Mengembangkan tingkat teknologi
Dengan melakukan pembaharuan dan pengubahsuaian seseorang usahawan itu melakukan
R&D dan secara langsungnya dapat memperbaiki teknik pengeluaran dan kualiti bar
angan dan perkhidmatan.

You might also like