1.0.

PENGENALAN Teori sastera dapat disebut sebagai bidang ilmu yang meneliti sifat-sifat yang

terdapat dalam teks kesusasteraan yang berkait dengan teori itu sendiri. Membantu mempermudahkan sesuatu karya atau ciptaan seni itu dinilai, ditanggapi dan dipertanggungjawabkan secara ilmiah. Bidang teori memberi pendedahan kepada para pengkaji dan penganut sastera untuk memasuki laman teks kesusasteraan bagi memahami apa juga fenomena baik secara instrinsik mahupun ekstrinsik. Para sarjana cenderung memahami sastera dengan cara mengemukakan tanggapan dan andaian-andaian terhadap sesuatu fenomena yang terhasil daripada karya kesusasteraan.

2.0.

LIMA PILIHAN TOKOH TEORI KESUSASTERAAN Dalam tugasan ini, saya telah memilih lima orang tokoh moden kesusasteraan

untuk diperhalusi dari aspek biografi, ciri-ciri teori yang dikemukakan dan contoh-contoh karya yang menggunakan teori tersebut. Lima tokoh teori kesusasteraan yang dimaksudkan ialah Anwar Ridhuwan, Shafie Abu Bakar, Muhammad Haji Salleh, S. Othman Kelantan dan Usman Awang.

1

3.0.

ANWAR RIDHUWAN 3.1.
1

Biodata

Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia.

Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera ( 1973 ) dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera ( 1983 ) dan Ijazah Doktor Falsafah ( Ph.D ) pada tahun 1988. Semualulusan akademiknya diperoleh daripada Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan ( 5 Ogos 1949 - ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke - 10 yang dianugerahkan pada 11 Ogos 2009 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus ( 1985 ) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984 / 1985. Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir ( 1971 ), Dunia adalah Sebuah Apartmen ( 1973 ), Sesudah Perang ( 1976 ) dan Dari Kiev ke Moskova ( 1992 ). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000 / 2001.
2

Anwar Ridhwan juga telah memenangi beberapa Hadiah Karya Sastera Malaysia

- Cerpen Perjalanan Terakhir ( 1971 ), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia

1 2

http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ridhwan http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ridhwan

2

Adalah Sebuah Apartmen ( 1973 ), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang ( 1976 ), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran, dan Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat ( 1982 ).

3.2.
3

Hasil ± Hasil Karya

Anwar Ridhuwan telah menghasilkan beberapa buah novel. Antaranya ialah

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman pada tahun 1979. Sebuah lagi novelnya Arus telah dihasilkan pada tahun 1985. Novel yang seterusnya ialah Naratif Ogonshoto yang telah disiapkan di Jepun pada tahun 2001.
4

Selain novel, Anwar ridhuwan juga telah menghasilkan cerpen. Antara cerpen

yangdihasilkan ialah Perjalanan Terakhir ( 1971 ), Dunia adalah Sebuah Apartmen ( 1973 ), Sesudah Perang ( 1976 ) dan Dari Kiev ke Moskova ( 1992 ). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

3.3.

Aplikasi Teori : Teori Sosiologi

Anwar Ridhuwan telah menggunakan Teori Sosiologi. Selain teori tersebut, Anwar Ridhuwan juga mengaplikasikan Terakhir Seorang Seniman dan Arus.
6 5

Teori Teksedialisme dalam novel Hari-Hari

Dalam konteks Kesusasteraan Melayu, konsep Sosiologi Sastera merangkumi

tiga bentuk pemahaman dan penerapan. Pemahaman yang pertama bertolak daripada teks
3 4 5

http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ridhwan http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ridhwan Hajijah Jais, 2006 : 44

3

sastera yang berandaian bahawa teks sastera bebas daripada tuntuan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian berpusatkan teks semata-mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat yang terdapat dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh daripada kajian instrinsik yang lumrah ditemui. Namun begitu, kajian intrinsic ini ditumpukan kepada latar masyarakat yang terdapat dalam sepanjang perjalanan cerita dalam teks yang dikaji. Pemahaman kedua berkisarkan kepada penghujahan bahawa persekitaran mempunyai kaitan langsung dalam karya yang dihasilkan. Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut memepengaruhi karya yang terhasil dari segi isi dan bentuknya. Pemahaman yang ketiga pula ialah pemahaman yang lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigm tertentu untuk mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera.
7

Teori Sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang

menggunakan prinsip-prinsip Teori Sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspekaspek historikal iaitu aspek sejarah menjadi latar belakang yang mendasar teks. Ia juga mengambil kira aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan pengkaryanya serta masyarakat pembaca. Falsafah pemikiran Auguste Comte ( 17981875 ) yang meletakkan Sosiologi sebagai ilmu yang tertinggi dan patut dipelajari, maka kritikan sastera dan penulisan teksnya juga turut dipengaruhinya. Pemikiran Auguste

6 7

Ungku Maimunah Ungku Tahir, 2006 : 3 http://teorisastera.blogspot.com/2010/05/pendekatqan-sosiologi.html

4

Comte ( 1798-1875 ) telah mendapat sambutan yang hangat dan turut mempengaruhi pemikiran ahli falsafah Inggeris iaitu John Stuart Mill. Lanjutan daripada pemikiran inilah berkembangnya pengaruh positivisme dan aliran Realisme dalam kesusasteraan Perancis dan Barat. Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi.
8

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam

masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat. Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli Sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan antara kita, dan juga untuk membentuk µ penawar ¶ kepada perpecahan atau krisis moral masyarakat. Para Sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal. Ahli Sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model-model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli Sosiologi pula berpendapat kaedah
8

Noremawati Ajis, 2009 : 57

5

kuantitatif seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses sosial.
9

Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua-dua kaedah secara serentak.

Keputusan daripada kedua-dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial. Secara ringkasnya, pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya.
10

Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan

tentang pengkarya. Aspek Sosiologi pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu. Menggunakan Teori Sosiologi dalam kritikan kesusasteraan mengkehendaki pengkritik mendalam ilmu Sosiologi. Pengkritik perlu mahir mengenal pasti aspek-aspek Sosiologi yang berkaitan dengan teks dan pengkarya di samping mampu menghubungkan Sosiologi itu dengan kesusasteraan. Pendekatan Sosiologi memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidak dapat

9 10

Noremawati Ajis, 2009 :58 Noremawati Ajis, 2009 : 59

6

lari dari menuntut dan membicarakan tentang pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan isi karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat. Karya yang baik adalah karya yang mampu memberi pengajaran dan mempunyai isi yang mempersoalkan pembentukkan masyarakat dan individu yang baik.
11

Teori Sosiologi Sastera menuntut pengarang mengumpul sebanyak mungkin

pengalaman dalam kehidupan kerana pengalaman dalam kehidupan akan mempengaruhi daya kreativiti sesorang. Pengalaman luas dalam diri pengarang akan membolehkan menghasilkan teks yang unggul. Ini kerana kepelbagaian pengarang akan menyediakan pelbagai pilihan dan membolehkan pengarang membuat pilihan yang terbaik. Pengalaman boleh dikutip melalui peristiwa dalam kehidupan harian, sama ada yang dialami sendiri, melalui pengamatan, pendengaran, bacaan, penyelidikan dan sebagainya. Pengalaman yang pelbagai ini pula menuntut proses penyaringan, pemilihan, dan kesepaduan agar ia dapat mencapai keseimbangan baik dari segi isi, teknik mahupun nilai estetika. Kehadiran bakat sebagai pengarang dan dibekali kehadiran pengalaman, menjadikan Anwar Ridhuwan seorang pengarang yang yang berkemampuan untuk melahirkan karya yang baik.
12

Teori sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang

menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspekaspek historical sebagaimana yang dibincangkan dalam teori historikal sebelum ini, ia juga mengambil kira aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya,

11 12

Hajijah Jais, 2006 : 45 Noremawati Ajis, 2009 : 58

7

dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan pengkaryanya serta masyarakat pembaca.

4.0.

SHAFIE ABU BAKAR 4.1.
13

Biodata

Shafie Abu Bakar telah dilahirkan pada 27 Mei 1942, di Paka, Dungun,

Terengganu Darul Iman. Alamat tempat tinggal beliau yang terkini ialah di No. 11, Jalan 1/3K, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Shafie Abu Bakar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kampung Nyiur, Paka, Terengganu Darul Iman dari tahun 1949 hingga 1955 dan di Sekolah Arab Kuala Berang dari tahun 1956 hingga 1958. Pada tahun 1958 hingga 1962 Shafie belajar di Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan lulus Ibtidai Lima dan Thanawi Sembilan. Semasa menjadi guru Sekolah Menengah Agama di Terengganu ( 1963±1970 ), Shafie Abu Bakar belajar secara persendirian dan lulus Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1964, Sijil Pelajaran Malaysia ( 1966 ) dan Sijil Tinggi Pelajaran ( 1969 ).

Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) ditubuhkan pada tahun 1970, Shafie Abu Bakar adalah antara mahasiswa sulungnya. Di situ beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Satu pada tahun 1974. Shafie Abu Bakar turut memperoleh Diploma Pendidikan dengan Kepujian dari universiti yang sama pada tahun 1975. Kemudian pada tahun 1977, beliau mendapat Ijazah Sarjana Persuratan dan akhirnya pada tahun 1991 Shafie Abu Bakar juga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah juga dari UKM. Selepas menamatkan pengajian menengah, beliau menjadi guru dan
13

ms.wikipedia.org/wiki/Shafie_Abu_Bakar

8

mengajar di beberapa buah sekolah menengah agama di Terengganu dari tahun 1963 hingga 1970, termasuklah di Sekolah Menengah Arab di Sekolah al-Ma¶arif Kampung Raja Mohamad Arif, Besut dan Sekolah Menengah Arab Sultan Ismail, Dungun. Pada tahun 1974 hingga 1976, Shafie menjadi pengajar di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM. Beliau menjadi pensyarah bergelar Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu, UKM dan bidang pengajaran beliau ialah Falsafah Islam dan hubungannya dengan pemikiran Melayu. Selepas bersara pada 28 Mei 1999, beliau bergiat dalam Parti Islam se-Malaysia ( PAS ) dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ( Kajang ) mulai November 1999. Shafie Abu Bakar mula menulis pada tahun 1962, iaitu sewaktu dalam Kelas Thanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin. Semangat menulisnya banyak didorong oleh penulis ± bekas pelajar sekolah tersebut seperti Ibrahim Fikri, Misbaha dan Alias Ali. Beliau pernah menyertai peraduan menulis cerpen untuk kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) tetapi gagal memenangi sebarang hadiah. Namun Shafie tidak berputus asa. Beliau terus menghantar karyanya ke DBP dan maklum balas yang diperoleh begitu

memberangsangkan. Akhirnya, hasil daripada ketekunan dan kesabarannya, puisi beliau yang berjudul Asas Peribadi mendapat tempat dalam majalah Dewan Bahasa, Mac 1971. Sejak itu, puisi dan esei beliau sering disiarkan dalam Dewan Masyarakat, Mastika, Dian, Kiblat, Al-Islam, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia.
14

Banyak tulisan ilmiah beliau yang menyentuh sastera Islam dan Islam sebagai buku ilmiah. Sejak tahun 1993, Shafie

ad-Din diterbitkan dalam pelbagai

memperkenalkan pula Teori Takmilah, iaitu teori sastera Islam berasaskan perspektif
14

ms.wikipedia.org/wiki/Shafie_Abu_Bakar

9

sastera Melayu. Beliau kini giat mengolah dan memperkembangkan teori tersebut sebagai usaha menemukan satu bentuk sastera Islam yang bersumberkan estetika dan pemikiran dalam sastera Melayu.

4.2.
15

Hasil Karya

Shafie Abu Bakar telah menghasilkan pelbagai puisi. Antaranya ialah Antologi

Puisi - Puisi Bangi pada tahun 1978. Selain itu, Antologi Puisi - Puisi Nusantara telah dihasilkan 1981 dan Antologi Titian Zaman telah dihasilkan pada tahun 1982. Seterusnya, Antologi Bahasa Alam dan Antologi Bintang Mengerdip pula telah dihasilkan pada tahun 1984. Pada tahun 1986, Antologi Bunga Gerimis telah dihasilkan. Shafie Abu Bakar telah menghasilkan Kumpulan Puisi Malaysia 1975-1985 pada tahun 1985. Antologi Mengenang-Mu : Puisi - Puisi Melayu Berunsur Islam telah dihasilkan pada tahun 1989. Selain itu, Antologi Puisi Baharu Melayu 1961-1986 telah dihasilkan pada tahun 1990. Wajah Diri telah dihasilkan pada tahun 1995. Antologi Puncak Rindu telah dihasilkan pada tahun 1996 dan Antologi Madu Ilmu pada tahun 1999.

4.3.

Aplikasi Teori : Teori Takmilah
16

Teori Sastera Islam yang diutarakan oleh Shafie Abu Bakar pada

awalnya tidak menggunakan istilah Takmilah tetapi beliau telah mengemukakan tajuk µ Sastera Islam: Teori Pengindahan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid ¶. Kertas kerja ini dibentangkan dalam satu seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Port

15 16

ms.wikipedia.org/wiki/Shafie_Abu_Bakar www.scribd.com/doc/9627432/Teori-Takmilah

10

Dickson pada 29 hingga 31 Oktober 1992. Lanjutan daripada seminar tersebut, Shafie Abu Bakar kemudiannya menjelaskan rangka idea mengenai teori Takmilah dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang diadakan pada 5 hingga 8 September 1993. Beliau membentangkan kertas kerja yang berjudul µ Teks Hadiqat Al-Azhar Wa Al-Rayahin : Sebagai Model Sastera Islam ¶.
17

Menurut Shafie Abu Bakar, Takmilah merupakan istilah yang bertalian dengan

sifat kamal Allah yang bererti sempurna. Dari akar kata ini, lahir nama terbitannya Takmilah yang bererti menyempurnakan. Ini bererti dengan menggunakan teori lagi dan pendekatan tersebut, Dalam sesuatu itu akan menjadi karya sempurna sastera,

menyempurnakan.

konteks

penghasilan

sesebuah

penggunaan teori Takmilah ini akan menjadikannya sebuah karya yang sempurna terutama apabila memenuhi prinsip - prinsip yang digariskan. Pada peringkat awal pembinaan teori ini, Shafie Abu Bakar mengemukakan lima prinsip asas iaitu berada dalam ruang lingkup falsafah tauhid. Teks tidak terpisah daripada nilai yang berasaskan keislaman. Selain itu, antara pengarang dengan teks mempunyai pertalian dalam kaitannya dengan nilai keislaman. Adanya unsur-unsur yang menganjur ( secara tersirat ) ke arah kebaikan seperti pendidikan, dakwah, takwa, keluhuran, kemurnian hidup, kecintaan kepada Ilahi dan pembelaan terhadap yang tertindas. Pada peringkat seterusnya, Shafie Abu Bakar telah memperhalus dan memperjelas teori Takmilah dengan lebih terperinci iaitu dengan mengutarakan tujuh prinsip seperti yang berikut: Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal. Prinsip
17

www.scribd.com/doc/9627432/Teori-Takmilah

11

kerasulan sebagai insan Kamil. Prinsip keislaman yang bersifat Akmal. Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul. Prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah. Prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri. Prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil. Rangka teori Takmilah yang telah diperinci ini dikatakan bersifat holistik yang melibatkan ketuhanan, kenabian, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak.
18

Teori ini diperkukuh daripada pelbagai prinsip keislaman dan persuratan. Ia

tidak hanya bersifat awang-awangan tetapi dapat dibuktikan daripada realiti yang berlaku dalam persuratan Islam itu sendiri. Namun istilah-istilah yang digunakan bagi tujuh prinsip ada perbezaannya iaitu Kamal, Kamil, Akmal, Takamul, Takmilah dan Istikmal demi kesesuaian penggunaan pada prinsip-prinsip berkenaan, namun kesemuanya dari kata Kamal ( sempurna ) yang darinya diambil istilah Takmilah ( menyempurnakan ). Teori dan pendekatan Takmilah kini sudah menjangkau usia hampir 16 tahun iaitu apabila ia mula diperkenalkan oleh Dr Shafie bin Abu Bakar pada 29 hingga 31 Oktober 1992. Pada awalnya beliau tidak menggunakan istilah Takmilah tetapi menggunakan tajuk µ Sastera Islam: Teori Pengindahan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid ¶. Kertas kerja ini dibentangkan dalam satu seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Port Dikson. Lanjutan daripada itu beliau telah menjelaskan idea mengenai teori Takmilah dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 hingga 8 September 1993. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk µ Teks Hadiqat AlAzhar Wa Al-Rayahin: Sebagai model Sastera Islam ¶. Shafie Abu Bakar menggunakan
18

www.scribd.com/doc/9627432/Teori-Takmilah

12

istilah Takmilah dengan pengolahan teks yang dipilih tetapi bukan sebagai judul utama kertas kerja.
19

Penggunaan istilah Takmilah sebagai judul kertas kerja dikemukakan oleh

beliau dalam satu Nadwah Sastera Islam Antarabangsa, juga dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1 hingga 3 Disember 1993. Kertas kerja itu bertajuk µ Takmilah: Teori Sastera Islam ¶. Kertas kerja ini disiarkan dalam majalah Dewan Sastera terbitan bulan Ogos dan September 1994. Aplikasi teori ini kemudianya telah dilakukan oleh Shafie Abu Bakar terhadap kumpulan puisi µ Kau dan Aku ¶ karya A. Aziz Deraman dengan judul µ Kau dan Aku: Analisis Takmilah¶. Ia dijadikan esei kritikan dan disiarkan dalam majalah Dewan Sastera keluaran bulan Januari 1995, seterusnya beliau terus mengaplikasi teori Takmilah dengan menganalisis puisi-puisi melayu moden berunsur tasawuf hingga beliau menamatkan pengajian peringkat Ph.D pada tahun 1996. Penerapan dan aplikasi teori ini terus dilakukan hingga kini menjadi projek penyelidikan pelajar pada peringkat Bachelor, Sarjana, dan Doktor Falsafah sama ada di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya malah di Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Menurut Shafie Abu Bakar teori Takmilah yang dibina secara berhubung rapat dengan falsafah dan prinsip-prinsip keislaman adalah bersifat syumul ( menyeluruh ) dan holistik. Sifat syumul dijelaskan iaitu ia mesti bertolak dari falsafah tauhid yang bersifat doktirinik yang kukuh dalam islam. Dari sifat µ Kamal Allah ¶ yang menjadi unsur bagi Takmilah sebagai elemen mendidik dan takmilah ( keindahan / estetik ) sebagai elemen
19

http://teorisastera.blogspot.com/2010/07/kritik-teks-berasaskan-pendekatan.html

13

seni dan sastera yang meningkatkan martabat insan seperti yang tergambar pada sifat Rasulullah S.A.W.
20

Beliau menegaskan ada dua komponen utama iaitu Komponen Falsafah yang

mewarnai nilai-nilai seperti kebaikan, kebenaran, kemuliaan, dan ketinggian serta Komponen Seni yang mewarnai karya melalui teknik-teknik berkarya itu sendiri. Keduadua komponen ini merangkumi nilai baik dan buruk yang ditegaskan dalam teori ini adalah sebagai pendorong Shafie Abu Bakar . Beliau juga mengenengahkan nilai-nulai yang tidak diketemui dalam teori-teori kesusasteraan yang terdahulu agar dapat digunakan dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu-Islam. Teori ini dikatakan bersifat holistik kerana prinsip-prinsipnya yang tujuh melibatkan segala aspek iaitu Ketuhanan, Kenabian, Keislaman, Keilmuan, Karya, Pengkarya dan Khalayak.
21

Tujuh prinsip tersebut sebagai mana diutarakan melalui Dewan Sastera 1996

dan diperhalusi dalam kertas kerja yang dibentangkan pada tahun 2000 adalah seperti yang berikut: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal. Prinsip kerasulan sebagai insan Kamil. Prinsip keislaman yang bersifat Akmal. Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul. Prinsip sastera sendiri yang bercirikan estetika dan bersifat Takmilah. Prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri. Prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka kearah insan Kamil.

20 21

http://teorisastera.blogspot.com/2010/07/kritik-teks-berasaskan-pendekatan.html http://teorisastera.blogspot.com/2010/07/kritik-teks-berasaskan-pendekatan.html

14

Analisis puisi ini akan merujuk kepada tujuh prinsip yang berteraskan teori Shafie Abu Bakar telah mengaplikasikan Teori Takmilah dalam kumpulan puisi Anismas AR karya Samsina Bt Hj Abdul Rahman yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008. Tujuh prinsip telah diutarakan dan diperhalusi untuk mengesahkan semua puisi yang dikaji menepati Teori Takmilah.

5.0.

MUHAMMAD HAJI SALLEH 5.1.
22

Biodata

Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat

pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, ( UM ) Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph.D. Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun. Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan Universiti Sains Malaysia ( USM ). Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM, UKM dan UM. Malah, beliau pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan
22

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Haji_Salleh

15

Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima fellowship dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara, iaitu pada tahun 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.

5.2.
23

Hasil Karya

Muhammad Haji Salleh sejak 1960-an lagi, telah banyak menghasilkan koleksi

- koleksi sajaknya dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Sajak - sajak Inggerisnya telah dipublikasi didalam majalah - majalah di Malaysia, singapura, Australia, England dan juga Amerika Syarikat. Manakala sajak - sajak Melayunya banyak di terbitkan di Malaysia dan juga Indonesia dan terjemahannya pula telah diterbitkan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Russia, Italy, Tahiland, Jepun dan Korea.
24

Pada tahun 1973, beliau telah menghasilkan Sajak-sajak Pendatang

merupakan koleksi sajaknya yang pertama dalam perjalanan untuk mengenali dirinya. Selain itu, Muhammad Haji Salleh telah menghasilkan beberapa karya puisi seperti Buku Perjalanan Sitanggang 11 ( 1975 ), Ini Juga Duniaku ( 1977 ), Time And Its People ( 1978 ), Dari Seberang Diri ( 1982 ), Kalau, Atau dan Maka ( 1988 ), Sajak-Sajak Sejarah Melayu ( 1992 ), Watak Tenggara ( 1993 ), Beyond The Archipelego ( 1995 ),

Sebuah Unggu Di Tepi Danau ( 1996 ), Aksara Usia ( 1999 ), Meraih Ruang dan Salju Shibuya ( 2004 ).

23 24

http://www.xs4all.nl/~ldolk/MHS/ http://www.xs4all.nl/~ldolk/MHS/bm_poem//webpage/depan1.htm

16

5.3.
25

Aplikasi Teori : Teori Puitika Melayu

Hakikat bahawa tiadanya risalah dan perbincangan tentang konsep- konsep,

nilai-nilai dan teknik mengarang mengembalikan seorang ahli teori sastera Melayu kepada kata, baris dan bait karya sastera itu sendiri kerana setiap karya ini mengandaikan beberapa konsep, dasar dan nilai, yang dalam gabungannya menerangi daerah gelap puitika sastera ini. Puitika ini ialah hasil ciptaan suatu persekitaran, suatu masyarakat, pandangan dan cara hidup dan menuntut kritikawan melihat keseluruhan konteksnya. Kajian ini cuba memperlihatkan perlunya pentakrifan kesusasteraan dari sudut pandangan orang-orang Melayu yang lebih menekankan pengajaran dan bimbingan moral. Tambahan pula kesusasteraan lebih membawa konotasi ecriture, tanpa batas biasa kesusasteraan. Dalam konsep teks sastera, orang-orang Melayu mengalami suatu tegangan binari. Di suatu pihak karya itu suci-mulia, dicipta oleh leluhur yang membawa kebenaran, tetapi di pihak lainnya pergerakan waktu, bahasa, gaya dan konteks menuntut perubahan dan penyesuaian. Genre-genre lama, terutama sekali, sering dikategorikan secara tegar, manakala unsur-unsur antara-genre sering hadir dalam setiap bentuk. Malah hampir semua genre ini bersifat campuran dan tidak tulen, serta bebas pula berkongsi kekayaan dan sumber bersama. Seperti konsep-konsep teks dan genre konsep pengarang juga perlu dilonggarkan kerana pengarang-pengarang Melayu bukan saja penulis asli buku dan kitab tetapi juga dalang, penglipur lara, bomoh, bidan dan penyalin yang menggubah kembali dari warisan bersama. Khalayak tradisional pula dengan jelas dilihat sebagai mempengaruhi penyusunan dan panjang-pendek bahagian-bahagian cerita, suasana hati pengarangnya dan mutu teks. Mereka menyumbang kepada penciptaan dan
25

http://teorisastera.blogspot.com/2009/11/te0ri-puitika-sastera-melayu.html

17

makna sesebuah karya. Akhirnya, estetika Melayu mempelihatkan pelbagai nilai yang agak asing kepada teori-teori Barat. Dalam estetika Melayu sifat-sifat didaktik, kepadatan, kemerduan irama, bahasa dan persembahan, kesesuaian dan kesederhanaan dan µ hairan¶ dilatardepankan.
26

Pendekatan Puitika Melayu ialah pendekatan kritik yang berasaskan kepada Muhammad Haji Salleh, melayu

prinsip-prinsip teori Puitika Sastera Melayu oleh

meletakkan prinsip puitika ( keindahan ) dalam kesusasteraan Melayu tradisional sebagai dasasr teori. Tulisan penting Muhammad Haji Salleh tentang teori ini termuat dalam bukunya berjudul Puitika Sastera Melayu yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini sebenarnya merupakan hasil pemurnian dan pemantapan gagasan idea awal yang termuat dalam syarahan pengukuhan sebagai profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Syarahan ini dimuatkan dalam sebuah buku kecil dengan judul Puitika Sastera Melayu: Suatu Pertimbangan yang diterbitkan oleh Penerbit UKM pada tahun 1989. Secara keseluruhan daripada buku ini, dapat dirumuskan, estetika ( keindahan ) menjadi induk yang mendasar pemikiran Muhammad terhadap kesusasteraan Melayu. Keindahan yang ditonjol sebagai asas yang menteorikan kesusasteraan Melayu itu digali daripada genre puisi dan prosa Melayu klasik. Salah satu kekuatan dan keunggulan kesusasteraan Melayu klasik pada Muhammad ialah kerana nilai keindahan yang terpadu di dalam karya-karya kesusasteraanya. Mendekati teks kesusasteraan berasaskan teori ini, bermakna pengkritik meletakkan diri mereka pada landasan puitika dengan hasrat untuk membuktikan kehadiran ciri-ciri estetika yang membina makna teks. Muhammad Haji Salleh menjelaskan secara terperinci ciri-ciri
26

http://teorisastera.blogspot.com/2009/11/te0ri-puitika-sastera-melayu.html

18

keindahan yang menjadi teras puitika kesusasteraan Melayu.Antara cirri-ciri keindahan yang dikemukakan ialah keindahan dalam mengajar atau mendidik, keindahan dalam pengungkapan kesedihan dan kesusahan, keindahan dalam penceritaan, keindahan dalam rasa dan keindahan yang asli.
27

Ciri-ciri keindahan yang ditemui oleh Muhammad Haji Salleh kemudiannya

mewajarkan hasil penerokaan oleh I.V.Braginsky yang menghalusi teks kesusasteraan Melayu klasik pelbagai genre bagi mencari asas-asas untuk membina konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu klasik. Ruang lingkup keindahan yang ditumpukan dalam teori agak luas. Oleh kerana itu, pengkritik perlu lebih teliti memilih teks-teks yang benar-benar sesuai yang memiliki kesemua unsur keindahan yang disebutkan itu. Untukb membuktikan unsur keindahan yang bersifat mengajar, mendidik; keindahan yang mengungkapkan kesedihan dan kesusahan dan keindahan dan penceritaan tentu tidak sukar bagi seseorang pengkritik, namun untuk membuktikan keindahan dalam rasa, pengkritik memerlukan ilmu bantu yang lain yang dapat dijadikan piawai mengukur atau menjeniskan rasa. Demikian juga dengan keindahan yang asli. Sejauh manakah pengkritik mampu membuktikan keaslian cerita dalam sesebuah teks, sedangkan pengkritik kti sendiri jauh daripada teks tersebut dan mungkin jauh daripada pengalaman sebenar pengarang ?.
28

Untuk menggunakan pendekatan ini, maka pengkritik wajar memberi

pertimbangan pada dua perkara terakhir yang saya sebutkan itu. Walau bagaimanapun, unsur keindahan dalam pengajaran, penceritaan dan pengungkapan kesedihan itu tidak

27 28

http://teorisastera.blogspot.com/2009/11/te0ri-puitika-sastera-melayu.html http://teorisastera.blogspot.com/2009/11/te0ri-puitika-sastera-melayu.html

19

sukar untuk ditelusuri dalam teks, khususnya teks prosa, baik yang moden atau yang tradisional.

6.0.

S. OTHMAN KELANTAN 6.1.
29

Biodata

S. Othman Kelantan Kelantan atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed

Omar dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera pada tahun 1979 dan Sarjana Sastera pada tahun 1983 dari Universiti Sains Malaysia ( USM ). Kemudian pada tahun tahun 1995 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Setelah lulus Ijazah Sarjana, S. Othman Kelantan Kelantan berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya ( UM ) pada tahun 1997 hingga 1999. Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute ( Francais UUM ). Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paruparu berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.

29

http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Othman_bin_Syed_Omar

20

6.2.
30

Hasil Karya

S. Othman Kelantan Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei /

kritikan. Sehingga kini, S. Othman Kelantan telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian ( 1966 ), Pertentangan ( 1967 ), Angin Timur Laut ( 1969 ), Perjudian ( 1973 ), Juara ( 1973 ), Perwira ( 1980 ), Ruang Perjalanan ( 1989 ), Wajah Seorang Wanita ( 1990 ), Ustaz ( 1991 ), Nagogho Astana ( 1997 ), dan Orang Kota Bharu ( 2003 ). Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina. Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Selain menulis cerpen dan novel, S. Othman Kelantan Kelantan turut menghasilkan esei dan kertaskertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei / kritikan.
31

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat

dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis

30 31

http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Othman_bin_Syed_Omar http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Othman_bin_Syed_Omar

21

Kelantan ( PPK ) pada tahun 1973 hingga 1976, Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan ( PUSPA ).
32

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia

kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi ( sagu hati ), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 ( cerpen ) dan 1984 ( esei ), S.E.A. Write Awards ( 1990 ), Pingat Bakti ( PB ) oleh DYMM Sultan Kelantan ( 1973 ), Pingat Ahli Mangku Negara ( A.M.N ) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong ( 1974 ), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan ( 2003 ), dan Anugerah Sastera Negara ( 2003 ). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, S. Othman Kelantan Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

6.3.
33

Aplikasi Teori : Teori Kritikan Sastera

Dalam kritikan sastera, kita sering bertemu dengan istilah pendekatan. Dalam

bahasa Inggeris bermaksud approach. Pendekatan tidak dibincangkan atau jrang diperkatakan dalam topik teori, sebaliknya dalam perbincangan dan perbahasan tentang kritikan teks atau kaedah untuk mengktitik teks, peroslan pendekatan ini timbul. Apakah itu pendekatan dalam konteks kritikan sastera?. Secara mudah, pendekatan dapat difahami sebagai cara sesebuah teks kesusasteraan itu didekati bagi tujuan membuat penilaian. Untuk mendekati teks, pengkritik memerlukan alat ( teori ) yang boleh

32 33

http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Othman_bin_Syed_Omar http://teorisastera.blogspot.com/2010/01/apa-itu-pendekatan.html

22

menyampaikannya atau membolehkan pengkritik melakukan kritikan. Sekiranya, pengkritik menggunakan alatan daripada teori Formalisme, maka, pada waktu itu dapat dikatakan, pengkritik itu mengkritik teks menggunakan pendekatan Formalisme. Menggunakan pendekatan Formalisme bererti, cara memahami, cara menginterpretasi dan cara menghuraikan hasil analisis berpandukan kepada prinsip-prinsip atau dasardasar teori Formalisme. Demikianlah halnya `sekirnya, pengritik menggunakan prinsipprinsip teori yang lain dalam kritikannya.
34

Pendekatan Formalisme berasaskan idea `bentuk` yang pelopori pendokong

teori Formalisme. Pada dasarnya, pendekatan ini hampir sama sahaja dngan pendekatan Struktural dan Kritikan Baharu. Malah pendekatan Formalisme ini juga disebut sebagai pendekatan struktural, yang berteraskan idea dan struktur dalam kritkan teks.Teori Fromalisme percaya bahawa teks kesusasteraan mempunyai bentuknya tersendiri. Bahasa merupakan salah satu bentuk yang mengungguli teks. Teori ini juga percaya, bahasa merupakan teras tekstual yang meletakkan kesusasteraan tinggi nilainya.

Menggunakan pendekatan ini bermakna, pengkritik hanya memberi tumpuan kepada aspek tekstual teks, khusus aspek bahasa. Pengkritik haruslah memahami dasar utama Formalisme iaitu keanehan dan kejelian makna. Pengkritik akan memberi tumpuan kepada aspek teknikal dalam penggunaan bahasa. Melhat bagaimana aspek bahasa itu dianehkan sehingga menjadi teks kesusasteraan itu indah dan unik.

Sekiranya mengkritik aspek bahasa, pengkritik tidak perlu memperkaitkannya dengan aspek-aspek atau struktur lain dalam teks, cukup dengan hanya memberi kepada aspek bahasa semata-mata secara terperinci dan mendalam. Sewaktu menganalisis aspek
34

http://teorisastera.blogspot.com/2010/03/pendekatan-formalisme.html

23

bahasa, pengkritik perlu membuat pembacaan yang mendalam dan terperinci bagi mengesan setiap kehadiran aspek bahasa di dalam teks dan bagaikmana makna berubah disebabkan oleh penganehan berlaku pada bahasa dalam teks.

Pengkritik juga harus berfikir bahawa teks terdiri daripada komponen formal dan struktur yang membinanya. Struktur atau bentuk formal teks biasanya terdiri daripada tema, bahasa, plot, watak,latar dan sebagainya. Aspek linguistik (bahasa) merupakan unsur formal teks yang paling dipentingkan oleh Formalisme, berbanding saspek lain. Oleh itu, pendekatan Formalisme ini lebih sesuai diaplikasikan terhadap teks puisi berbanding prosa. Pendekatan ini membenarkan pengkritik menganalisis aspek struktur teks secara terpisah-pisah dan bergantung sepenuhnya dengan autonomi bahasa. Oleh itu, pendekatan ini juga memberi perhatian yang sangat tinggi terhadap aspek teknik dan penganehan. Berbeza dengan pendekatan Struktural yang mementingkan kesepaduan dan

pengintegrasian semua aspek struktur yang terdapat di dalam teks.

7.0.

USMAN AWANG 7.1.
35

Biodata

Usman Awang telah dilahirkan pada 12 Julai 1929di Kampung Tanjung

Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Dikenali juga dengan gelaran Pejuang Sastera, Sasterawan Negara, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant. U.A. dan juga Zaini. Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat diperkatakan. Kerana itulaha nama Usman Awang paling terkenal di kalangan pengkaji
35

http://ron-novel.blogspot.com/2009/03/biodata-dr-usman-awang.html

24

dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili ( 1936 ), Mersing ( 1937 ), dan Bandar Maharani Muar ( 1940 ) hingga lulus darjah VI. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani di Segamat, tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun dan selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi µ budak pejabat¶ di Pejabat Tali Air Segamat dalam zaman Jepun dan kemudiannya memasuki pasukan Polis Jepun ( Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani, latihan Jepun menyerah kalah. Usman Awang telah menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulong. Di Singapura, Usman diterima berkerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu. Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu, mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961 Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur buat beberapa waktu. Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan
25

Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ), mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan sastera. Mulai Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

7.2.
36

Hasil Karya

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia kesusasteraan Melayu

moden dengan menulis puisi. Puisi-puisinya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah puisinya menjadi bahan yang amat menarik bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya, malah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi puisi. Antara puisinya yang cukup popular termasuklah Bunga Popi, Gadis di Kuburan, Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, dan Salam Benua. Usman adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam puisipuisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya dan pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah antara keistimewaan Usman Awang. Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama ditinggalkannya sejak akhir tahun 1960an lagi. Cerpen yang banyak dihasilkan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih
36

http://ron-novel.blogspot.com/2009/03/biodata-dr-usman-awang.html

26

banyak memperlihatkan sikap dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep µ Seni untuk Masyarakat ¶ yang didukungnya sebagai anggota ASAS 50. Maka itu apa yang terlihat dalam cerpen-cerpennya hanyalah berupa rakaman pengalaman, pergaulan dan pemerhatian serta pemikiran untuk mendedahkan segala kejelikan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas dari memperlihatkan pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantik dan idealis. Dengup Jantung adalah satu-satunya cerpen setakat ini.

7.3.
37

Aplikasi Teori : Teori Konseptual Kata Kunci

Pendekatan Konseptual Kata kunci bertujuan untuk menemukan konsep-konsep

asas yang mendasari idea teks dan pengarang. Pendekatan ini bersesuaian dengan prinsip yang dipegang oleh Hashim Awang dalam artikelnya yang berikut :
38

«menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya dan pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan«. Pendekatan kritik ini bersandarkan idea Teori Konseptual Kata kunci yang percaya bahawa setiap pengarang mempunyai kerangka konseptual terhadap sesuatu perkara yang dilihat dan diamatinya. Daripada kerangka ini pengkritik dapat mengarahkan tendensi linguistik kepada suatu konsep yang boleh membuktikan signifikasi makna teks dan menjustifikasikan tujuan pengarang. Jelasnya, kerangka konseptual ini dapat dikaji dan dibuktikan menerusi perkataan-perkataan yang dipilih oleh pengarang di dalam teksnya dan membuktikan makna teks dan tujuan pengarang.
37 38

http://teorisastera.blogspot.com/2010/08/pendekatan-konseptual-kata-kunci.html http://ron-novel.blogspot.com/2009/03/biodata-dr-usman-awang.html

27

Teori konseptual Kata Kunci percaya bahawa pengarang tidak memilih perkataan secara rambang atau tanpa sebab-sebab yang tertentu dan khusus sewaktu menulis sesebuah karya kesusasteraan. Ada suatu elemen linguistik terencana yang disirat oleh kata-kata tertentu yang menjadi kunci sesuatu konsep yang lebih menyeluruh dan memberi makna. Kerana itu, untuk mendapatkan makna, maka pengkritik perlu memahami dengan pasti perkataan-perkataan yang menjadi mata rantai kepada kunci sesuatu konsep. Contohnya penggunaan perkataan miskin, melarat, peminta sedekah, kais pagi makan pagi merupakan rantai diksi yang boleh memahamkan makna kemiskinan. Kemiskinan menjadi salah satu kata kunci yang akan mewajarkan pengkritik menyimpulkan tema dan persoalan sesebuah teks. Pendekatan ini tentu memberi fokus yang sangat tinggi terhadap aspek tekstual dengan tidak melupakan aspek kontekstual. Untuk mendapatkan signifikasi makna, kata-kata yang menjadi kata kunci yang mendokong sesuatu konsep itu perlu dikaitkan dengan fenomena di luar teks. Pengarang juga terheret dalam analisis pendekatan ini. Sekurang-kurangnya, pengarang dilihat tidak terlalu berangan-angan atau didominasikan imaginasi semata-mata, sebaliknya

mendokong visi tertentu dalam penulisannya. Pendekatan ini akan menjadi lebih bermakna dalam konteks untuk membuktikan makna dan tujuan pengarang sekiranya dilengkapkan dengan ilmu bantu yang lain seperti sosio linguitik dan sejarah. Pendekatan ini sesuai diaplikasikan ke atas teks prosa. Menggunakan pendekatan ini juga tidak dapat memisahkan pengkritik daripada idea teori Struktural yang menitikberat soal perkaitan, transformasi dan keseluruhan. Teori Konseptual Kata Kunci juga menitikberatkan soal perkaitan di antara satu kata kuncidengan satu kata kunci yang lain dan rantaian kata kunci itu pula berkait dengan sesuatu konsep yang terhasil. Berlaku
28

juga proses transformasi rantaian kata kunci kepada pembentukan istilah baharu atau konsep. Kaedah praktis pendekatan ini bersifat linguistik mekanis kerana melibatkan beberapa aspek teknikal bahasa seperti pemilihan kata, pembentukan kata dan pemaknaan kata.

8.0.

KESIMPULAN Teori menyediakan huraian dan ramalan bagi menjawab sesuatu persoalan.

Huraian dan ramalan tersebut menyebabkan penteori akan berteori. Sesebuah teori kesusasteraan yang baik ialah teori yang sifatnya aplikatif mendokong sesuatu gagasan ketika berhadapan dengan teks dan dapat membuka dinamikanya kepada pandanganpandangan baharu dalam amalan kritik sastera. Teori kesusasteraan yang tidak digunakan dalam apa juga aplikasi kritikan adalah sebuah teori yang beku, kekurangan daya sistemikalnya dan statik.

29

9.0. Buku

BIBLIOGRAFI

Dinsman dan Sutung Umar RS. (1990). Sikap dan Pemikiran Usman Awang. Petaling Jaya, Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hajijah Jais. (2006). Navel-Novel Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Sohaimi Abdul Aziz. (2003). Sasterawan Negara : Muhammad Haji Salleh, Pencari dan Pemikir. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jurnal / Atikel Noremawati Ajis. (2009). Unsur-Unsur Kritikan Dalam Puisi Melayu Tradisional ( Seloka ). Ungku Maimunah Ungku Tahir. (2006). Pemahaman Dan Penerapan Pendekatan Sosiologi Sastera. Akademika 69.

Laman Web / Laman Blog http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ridhwan. (n.d.). http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Haji_Salleh. (n.d.). http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Othman_bin_Syed_Omar. (n.d.). http://ron-novel.blogspot.com/2009/03/biodata-dr-usman-awang.html. (n.d.). http://teorisastera.blogspot.com/2009/11/te0ri-puitika-sastera-melayu.html. (n.d.). http://teorisastera.blogspot.com/2010/01/apa-itu-pendekatan.html. (n.d.). http://teorisastera.blogspot.com/2010/03/pendekatan-formalisme.html. (n.d.). http://teorisastera.blogspot.com/2010/05/pendekatqan-sosiologi.html. (n.d.). Pendekatan Sosiologi. http://teorisastera.blogspot.com/2010/07/kritik-teks-berasaskan-pendekatan.html. (n.d.). http://teorisastera.blogspot.com/2010/08/pendekatan-konseptual-kata-kunci.html. (n.d.).
30

http://www.xs4all.nl/~ldolk/MHS/. (n.d.). http://www.xs4all.nl/~ldolk/MHS/bm_poem//webpage/depan1.htm. (n.d.). ms.wikipedia.org/wiki/Shafie_Abu_Bakar. (n.d.). www.scribd.com/doc/9627432/Teori-Takmilah. (n.d.).

31

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful