You are on page 1of 11

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 269

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


LITERASI BAHASA MELAYU

Mahzan Arshad
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Today, technology plays an important role in the classroom literacy teaching


However, technology usage by Malay language teachers is still new and not
as encouraging as expected due to lack of technical skills and experience
among them. This article discusses some important concepts related to
technology usage in Malay language literacy teaching, which can be used
as a guideline for Malay language teachers who are interested in exploring
technology usage in enhancing their students' language performance.

Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam
pendidikan literasi masakini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung
kepada bahan yang diambil daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan
pelbagai bahan bercetak untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tetapi kini teknologi telah merubah teknik pengajaran guru di bilik darjah.
Ini kerana pelajar hari ini bukan sahaja telah banyak didedahkan dengan pel-bagai
teknologi moden yang serba canggih malah banyak juga yang begitu bergantung kepada
teknologi moden tersebut dalam kehidupan harlan mereka.
Sebagai guru pendidikan literasi hari ini, kita amat beruntung kerana mendapat
banyak peluang dan pendedahan mengenai teknologi moden ini, berbanding suatu ketika
dahulu kita hanya dapat melihat penggunaan teknologi moden di dalam filem sains
fiksyen semata-mata. Artikel ini akan membincangkan sejauh manakah teknologi boleh
digunakan dalam membantu mempercepatkan dan meningkatkan mutu proses pengajaran
dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu di sekolah di negara kita.

Teknologi dalam Pendidikan


Teknologi dalam pendidikan telah didefinisikan oleh pelbagai badan pendidikan dunia
dalam pelbagai perspektif serta konteks keperluan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Majlis Teknologi Pendidikan, United Kingdom mendefinisikan
teknologi dalam pendidikan sebagai suatu pembentukan, penerapan, dan penilaian sistem,
teknik dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat
Kebangsaan Pembelajaran Terancang, United Kingdom pula mendefinisikan teknologi
dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga
syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan
latihan (Cowen, 1980). Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA sebaliknya
mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk
merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan
komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk
membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).
270 Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya

Definisi pertama menegaskan teknologi dalam pendidikan adalah satu alat; definisi
kedua memberi penerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan
definisi ketiga mengatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu bentuk sains atau cara
yang sistematik dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, Sekalipun
ketiga-tiganya memberi penekanan yang berbeza, tetapi satu unsur yang tidak dapat
ditinggalkan daripada semua definisi tersebut adalah tujuan teknologi dalam Pendidikan -
untuk memperbaiki pencapaian dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar di sesebuah bilik darjah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam
pendidikan adalah suatu alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalarn merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi yang dapat
membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau memperolehi matlarnat
pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran. Definisi
ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu seperti bahan
bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain dalam
membantu pendidik mencapai matlamatnya.
Sehubungan dengannya, guru literasi Bahasa Melayu mempunyai tanggungjawab
besar dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran literasi Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Mereka bertanggungjawab
dalam menentukan pelbagai objektif pengajaran mahupun memilih pendekatan dan
teknik yang sesuai untuk mencapai setiap objektif tersebut dengan menggunakan
teknologi. Guru perlu menentukan teknologi mana yang dapat membantu mereka dalarn
langkah atau pelaksanaan pengajarannya supaya objektif yang telah dirancang dapat
dicapai. Dalam soal ini, guru berperanan dalarn merancang, melaksana dan menilai
keberkesanan sesuatu sesi pengajaran berbantukan teknologi terkini.
Guru perlu juga ingat bahawa peranan teknologi adalah untuk membantu melicinkan
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya menjadi matlamat atau objektif dalam
melaksanakannya. Ini bermakna, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu berjaya
dihasilkan pada masa ini tetapi ia tidak dapat menggantikan peranan guru dalarn sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran.

Faedah Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu


Kepentingan penggunaan teknologi dalarn pendidikan literasi Bahasa Melayu dewasa ini
tidak dapat disangkallagi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat
bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar
menguasai aspek bahasa dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990;
Mahzan Arshad, 2003). Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan
bahawa teknologi memberikan kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dalam
penulisan, pembacaan dan penuturan, selain membantu pelajar memperoleh maklumat
dengan lebih berkesan. lni kerana kesan daripada pemerolehan maklumat menerusi deria
penglihatan adalah peratusan yang terbesar berbanding menerusi cara yang lain, iaitu 83
peratus dari jumlah semua deria yang digunakan. Hanya 11 peratus maklumat yang diberi
dapat dicerap atau diterima pelajar apabila guru hanya menggunakan teknik syarahan
sahaja. lni menunjukkan teknologi membantu merangsangkan semua deria pelajar,
terutama deria penglihatan di mana kesannya lebih tinggi dalam proses pembelajaran
berbanding lain-lain deria seperti dalarn Jaduall (Heinich, 1996):
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 271

Berikut adalah kelebihan-kelebihan penggunaan teknologi dalam pendidikan literasi


bahasa:

1. Meningkatkan kualiti pembelajaran literasi atau darjah penguasaan kemahiran literasi


yang ingin dicapai pada sesuatu sesi pengajaran berdasarkan perkembangan semasa
dan teknologi terkini;
2. Menggunakan masa dengan berkualiti dalam suasana persekolahan yang terhad
tempohnya untuk mencapai matlamat dalam sesuatu sesi pengajaran literasi;
3. Meningkatkan kualiti pengajaran guru dan keberkesanannya dalam situasi
pembelajaran yang bersifat pelbagai atau jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam
sesuatu kelas literasi;
4. Mempelbagaikan teknik pengajaran tanpa mengorbankan kualiti kandungan dan
kmahiran literasi yang hendak dicapai; dan
5. Membantu guru dalam meningkatkan minat pelajar terhadap bahan yang digunakan
dalam kelas literasi khususnya, dalam keadaan persekitaran yang tidak menggalakkan
serta membosankan.

Pemilihan Bahan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu


Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
literasi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru literasi hams mempunyai pengetahuan
yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam
sesuatu sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga harus mengetahui
bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi, terutamanya yang
berkaitan dengan perisian yang boleh digunakan untuk membantu pencapaian objektif
pembelajaran. Pemilihan bahan teknologi bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan
sekiranya guru mempunyai banyak pengalaman dalam menggunakan bahan
seumpamanya, selain kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar
setelah sesuatu bahan digunakan.
Berikut adalah antara beberapa pertimbangan yang perlu dilakukan dalam
menentukan kesesuaian bahan teknologi yang digunakan dalam kelas literasi:

Objektif Pembelajaran
Objektif merupakan faktor yang penting mengapa sesuatu bahan teknologi itu diperlukan
dalam sesuatu pengajaran. Sekiranya objektif pengajaran bertujuan memperkukuhkan
272 Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya

penguasaan lisan maka teknologi yang diperlukan tentulah berkaitan dengan bahan audio
kerana bahan teknologi ini boleh membantu memperkukuhkan pendengaran dan sebutan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa bahan audio dapat meningkatkan kemahiran lisan
pelajar berbanding teknik pengajaran tradisional (Mahzan Arshad, 2003).
Bagaimana pun, guru harus mengelak pembaziran dalam penggunaan teknologi.
Contohnya, pelajar dapat menjawab soalan kefahaman berdasarkan bahan yang dibaea
adalah objektif pembelajaran. Soalan kefahaman tersebut dibuat dalam bentuk
persembahan elektronik dan ditayangkan di hadapan kelas, sedangkan soalan tersebut
telah ada dalam buku teks atau kertas edaran yang diberikan. Ini bermakna usaha guru
bertindih dengan bahan lain yang telah sedia digunakan.

Tahap Pencapaian Pelajar


Guru harus sentiasa ingat bahawa kadar peneapaian setiap pelajar adalah berbeza, tidak
kira sarna ada antara seorang individu pelajar dengan individu pelajar yang lain at au pun
antara satu kumpulan pelajar dengan kumpulan pelajar yang lain. Banyak kajian
berbentuk eksperimental menunjukkan bahawa kumpulan pelajar yang berpencapaian
amat tinggi dan juga kumpulan pelajar yang berpencapaian amat rendah tidak
menunjukkan kesan yang signifkan dalam pencapaian apa sahaja bentuk intervensi yang
dijalankan (Christensen, 1997). Biasanya, pencapaian kumpulan pelajar yang baik,
sederhana dan lemah sahaja dengan signifikan meningkat apabila dilakukan intervensi
dalam proses pengajaran.
Sebahagian daripada kajian eksperimental pula menunjukkan bahawa kumpulan
berpencapaian amat tinggi dan amat rendah merupakan sebahagian keeil sampel dalam
sesuatu kajian sedangkan sampel yang besar biasanya terdiri daripada pelajar yang
berpeneapaian baik, sederhana, dan rendah, Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bahan
teknologi lebih banyak membantu pelajar di dalam kelas yang normal dan bukannya di
dalam kelas eemerlang ataupun kelas pemulihan. Bagaimana pun, terdapat juga perisian
yang dikhususkan bagi pelajar dalam kumpulan istimewa ini. Para gum boleh melawat
laman Web, education.com dan cikgu net, untuk mendapatkan maklumat lanjut perisian
khusus bagi kumpulan pelajar istimewa ini.

Menentukan lsi Kandungan dan Domain Kemahiran Literasi


Untuk menggunakan bah an teknologi dengan berkesan, guru perlu menyesuaikan bahan
dengan isi kandungan pengajaran dan juga domain kemahiran literasi yang hendak
diperkukuhkan dalam sesuatu sesi pengajaran Bahasa Melayu. Guru harus
mempertimbangkan adakah kandungan pengajaran dan sesuatu domain kemahiran itu
sesuai dengan bahan yang hendak digunakan. Sekiranya gum ingin meningkatkan domain
afektif contohnya, maka bahan teknologi yang dapat meningkatkan emosi dan bahan
sastera amat sesuai digunakan. Rakaman terhadap deklamasi sajak atau lagu puisi amat
berkesan menimbulkan emosi di kalangan pelajar. Jika guru hanya mahu memberi
penekanan terhadap domain kognitif, maka bahan teknologi dalam bentuk bereetak
berserta grafik dan deskriptif amat sesuai digunakan. Contohnya, bahan iklan di Internet
boleh digunakan untuk meningkatkan daya analisis dan keupayaan membuat
perbandingan di kalangan pelajar.
Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 273

Menentukan Aspek Teknikal


Guru perlu menentukan bahan teknologi berfungsi sebelum sesuatu sesi pengajaran
berjalan. Seseorang guru juga harus mempunyai pelan sampingan atau pelan B sekiranya
sesuatu bahan teknologi tidak berfungsi bertujuan mengelakkan gangguan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, selain memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berterusan hingga ke akhir sesi. Jika memilih bahan audio misalnya, pastikan bunyinya
.cukup.kuat.untuk didengar.oleh pelajar.yangduduk.di penjuru palingjauh dalamkelas.
Tetapkan trek yang mana sesuatu cekera padat itu akan dimainkan untuk sesi tersebut
supaya tidak berlaku kesilapan ketika guru mula memainkan sesuatu bunyi audio tersebut
yang boleh berlaku kekecohan di kalangan pelajar apabila mereka mendengar sesuatu
yang mereka tidak seharusnya dengar.

Tentukan Ciri Fizikal Sesuatu Bahan Teknologi


Tugas guru termasuklah menentukan bahan teknologi yang akan digunakan dapat diurus
dengan mudah dalam aspek pengangkutannya; pengalihannya dari satu tempat ke satu
tempat yang lain; dan tugas menyimpannya semula setelah digunakan. Kadang kala,
terdapat guru membawa bahan teknologi dengan membimbit naik melalui tangga hingga
tidak cukup tangan untuk memegang semua bahan pengajaran yang diperlukan dalam
sesuatu sesi pengajarannya. Oleh itu, beg beroda boleh digunakan sekirannya perlu dan
aturkanlah pertukaran kelas dengan Penolong Pengetua Kurikulum untuk mendapat kelas
di tingkat bawah sekiranya perlu membawa bahan pengajaran yang berat dan besar ke
dalam bilik darjah. Semua ini memerlukan perancangan yang rapi dan teliti dalam
memudahkan tugas guru. Dengan itu, mereka akan dapat menurnpukan perhatian
terhadap proses pengajaran

Jenis Teknologi dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Literasi Bahasa Melayu
Terdapat pelbagai bahan teknologi terkini yang boleh digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu. Antaranya:

Papan Tulis Elektronik


Suatu ketika dahulu, papan tulis dipanggil papan batu, papan kapur atau papan hitam
kerana papan ini ditulis menggunakan pelbagai alat tulis. Papan batu ditulis
menggunakan kapur batu, papan kapur atau papan hitam ditulis menggunakan kapur
putih atau kapur warna. Sebaliknya, sekarang ini papan dengan fungsi yang sarna ditulis
menggunakan pen sinar letrik atau sinar laser. Terdapat pelbagai bentuk papan tulis jenis
ini digunakan di sekolah. Ada yang kekal melekat pada dinding; ada yang boleh
digelongsor dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah; ada yang diletakkan di atas kaki
penyokong; dan ada yang boleh digulung dan sebagainya.
Walaupun teknologi telah banyak berubah, papan tulis tetap digunakan kerana
beberapa kelebihannya: 1) Boleh digunakan dengan rnudah dan lebih bersifat mesra
pengguna. Guru yang baik akan dapat menyatakan pemikirannya dan mencungkil
pemikiran pelajar dalam bilik darjah dan menonjolkannya secara spontan sarna ada dalam
bentuk grafik atau perkataan di papan tulis. Guru boleh terus menunjukkan idea yang
diperkatakannya atau diperkatakan oleh pelajarnya di atas papan tulis untuk tatapan
semua, sama ada dalam tempoh yang lama atau sebentar; 2) Harga dan kos menjaganya
274 Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya

tidak begitu mahal; 3) Mudah diperolehi dan disediakan dalam bilik darjah; 4) Guru tidak
perlu latihan yang khusus dan terlalu teknikal untuk menggunakannya tetapi tidak begitu
bagi papan tulis elektronik terkini di pasaran; 5) Guru dan pelajar boleh menampal lain-
lain bahan untuk ditayangkan kepada pelajar yang lain, malah ada papan tulis yang boleh
dilekatkan dengan magnet bagi memudahkan bahan dipaparkan kepada kelas. Sifat papan
tulis yang mesra pengguna inilah mendorong penggunaannya dalam pelbagai lapis an dan
bentuk proses pengajaran dan pembelajaran literasi bahasa hingga ke hari ini.

Bahan Grafik, Gambar, dan Carta


Bahan grafik, gambar dan carta boleh banyak. digunakan untuk membantu guru
menjelaskan suatu konsep yang sukar untuk dijelaskan dalam bentuk kata-kata. Konsep-
konsep yang sukar tersebut lebih mudah dijelaskan dengan menggunakan gambar, grafik,
atau carta. Terdapat pelbagai bahan grafik dan carta yang berteknologi terkini seperti
menggunakan grafik dan animasi komputer boleh digunakan dalam pendidikan literasi.
Sebagai contoh, bagi menunjukkan hubungan antara pelbagai jenis kata dalam Bahasa
Melayu, guru boleh menggunakan carta alir yang mudah difahami daripada hanya
menerangkan jenis perhubungan tersebut berjam-jam lamanya. Rajah 1 menunjukkan
jenis kata nama dalam bahasa Melayu:

Rajah 1. Kata nama khas

Carta mudah seperti Rajah 1 membantu guru menjelaskan pecahan kata nama khas dalam
satu rajah yang mudah difahami dengan menggunakan animasi komputer yang lebih
menarik dan berinteraktif. Begitu juga dengan graf dan gambar yang lebih realistik dan
pelbagai dimensi boleh dilakukan menggunakan perisian komputer yang terdapat di
pasaran.

Model
Penguasaan bahasa adalah satu proses permodelan bahasa - berasal daripada "konsep
sokongan" oleh Vygotsky, yang merupakan konsep pengajaran bahasa yang terkenal
(Vygotsky, 1978). Konsep ini amat menegaskan penguasaan bahasa menerusi meniru -
orang yang lebih dewasa digalakkan memberikan sokongan kepada pelajar bahasa yang
lebih muda. Apabila pelajar bahasa tersebut telah mempunyai bahasa yang kukuh maka
sokongan tersebut harus dilepaskan. Oleh yang demikian, penggunaan model bahasa
amat penting dalam pengajaran literasi bahasa.
Model boleh dibuat dalam pelbagai bentuk menggunakan teknologi terkini. Contoh
model bahasa yang paling mudah ialah penulisan guru itu sendiri, atau penulisan pelajar
lain kelas yang baik yang dipaparkan dalam laman Web atau Local Area Network (LAN)
Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 275

untuk ditiru oleh pelajar; model pengucapan guru atau pelajar lain kelas dibuat dalarn
bentuk rakaman di Internet; model buku skrap guru; model tatabahasa cerita sebuah
cerpen yang dibina oleh guru; dan juga model TMP guru terhadap sebuah bahan bacaan
ekspositori. Semuanya boleh dimuatkan dalam laman Web guru atau laman Web sekolah.
Model yang paling baik ialah objek yang sebenar. Dalam konteks pendidikan literasi,
objek sebenar ialah perlakuan guru itu sendiri dalam pembacaan, penulisan, pengucapan,
dan sebagainyayangbolehdijadikan modeloleh para pelajardalam menguasaibeberapa
kemahiran literasi bahasa di dalam bilik darjah yang telah dirakamkan lebih awal dalam
bentuk JPEG atau MP4 dan dimuatkan dalam laman Web atau LAN. Model ini
digunakan sebagai percontohan yang baik untuk diikut pelajar dalam sesebuah kelas
literasi pada bila-bila masa sahaja selain boleh ditonton berulang-ulang.

Alat Pandang Dengar Elektronik


Alat ini.amatpopulur di kalanganpendidikliterasi bahasadi seluruh duniadewasa ini.
Terdapat pelbagai alat pandang dengar elektronik yang boleh dibincangkan dalam buku
ini bagaimana pun, ruang tidak mengizinkan. Antara alat pandang dengar yang biasa
digunakan ialah: perakam kaset, compact disc, video compact disc, digital compact disc,
projektor filem, video kamera, projektor LCD, projektor episkop dan MP3. Sejauh
manakah guru dapat menggunakan alat pandang dengar elektronik ini bergantung kepada
dinamiknya seseorang guru tersebut.
Memang banyak teknologi lama dan terkini dalam kehidupan kita hari ini. Sejauh
mana kita dapat menggunakan teknologi tersebut dengan berfaedah dalam membantu
proses pembelajaran pelajar dalam kemahiran literasi arnat penting dipertimbangkan oleh
para pendidik.

Komputer dan Internet


Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak keistimewaan sarna ada
dalam kehidupan harian atau pun dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, komputer boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan teknik. Guru yang
berbakat dapat menggunakan komputer secara kreatif dan kritis untuk membantunya
mencapai objektif pembelajaran (Giesert & Futrell, 1990). Sekiranya komputer digunakan
dengan secara sistematik dan terancang, proses pengajaran akan berjalan lebih lancar,
selain sebarang masalah yang rumit dalarn penyampaian dapat diselesaikan dengan
mudah (Heinich, 1996). Dengan kata yang lain, kehadiran komputer sebenarnya telah
memperkayakan teknik pengajaran dan memudahkan proses tersebut di dalam bilik
darjah.
Kehadiran komputer penjadi penyebab utama banyak kemajuan telah dapat dicapai
dalarn usaha meningkatkan mutu dan keupayaan pelajar untuk menguasai pelbagai
kemahiran literasi dalam bidang pendidikan literasi bahasa. Komputer antaranya boleh
digunakan untuk membantu pelajar mempercepatkan penguasaan asas dalam kemahiran
membaca dan menulis; membantu guru menerapkan kemahiran membuat rujukan dan
penyelidikan di kalangan pelajar literasi bahasa - yang dahulunya agak sukar
dilaksanakan kerana bahan rujukan yang terhad; dan membantu pelajar menguasai
kemahiran khusus seperti membuat persembahan atau menjadikan rekaan lebih menarik,
sarna ada dalam bentuk visual grafik ataupun audio.
Pelbagai program khusus telah dicipta untuk membantu pelbagai tahap pembelajaran
276 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

literasi: dari tahap yang rendah, hinggalah ke tahap yang paling tinggi. Di samping itu,
banyak peri sian telah dicipta untuk membantu pelajar yang memerlukan dalam
menguasai pelbagai aspek kemahiran bahasa yang sukar dilakukan dengan mengguna-
kan peralatan lain. Komputer telah berjaya menggantikan banyak peralatan membantu
mengajar yang dahulunya perlu disediakan secara berasingan; dan sekiranya dibeli setiap
satu secara berasingan memerlukan kos yang tinggi. Ringkasnya, komputer telah
membawa banyak perubahan dalam senario kelas literasi bahasa yang dahulunya hanya
terkongkong dengan bahan bercetak: kepada sebuah kelas literasi yang menggunakan
teknologi yang selaras dengan perkembangan terkini. Tambahan pula, harga komputer
pada masa ini semakin menurun dan ramai yang mampu membelinya.
Sekiranya kemudahan Internet dapat dibawa masuk ke bilik darjah bererti satu
perubahan yang amat besar boleh dilakukan dalam pengajaran literasi bahasa hari ini.
Jika pada awal abad ke-20 televisyen dianggap suatu ciptaan agung, komputer merupakan
ciptaan agung pada akhir abad ke-20, dan Internet pula adalah ciptaan agung di awal abad
ke-21 ini. Semua ciptaan tersebut telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan
manusia hari ini malah perubahan ini tidak dapat dihalang lagi oleh sesiapa pun. Sebagai
seorang guru literasi, kita juga tidak dapat menghalang pengaruh Internet dalam
kehidupan generasi barn. Walaupun terdapat banyak perbahasan mengenai kebaikan dan
keburukan Internet, sebagai warga pendidik yang perlu mengikuti perkembangan semasa,
kita perlu memikirkan pelbagai cara menggunakan Internet dengan berfaedah di dalam
bilik darjah. Jika kita gagal berbuat demikian, para pelajar mungkin mempunyai
kecenderungan menyalahgunakan Internet dalam kehidupan mereka.
Berikut adalah antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran literasi bahasa dengan menggunakan komputer dan Internet:

Komputer sebagai Bahan Simulasi


Guru boleh menggunakan program yang mudah seperti persembahan elektronik untuk
dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti antaranya, menulis dan menyediakan
bahan persembahan audio dan visual. Di samping itu, program seperti Real Adobe juga
boleh digunakan sebagai bahan simulasi untuk membantu pelajar dalam latihan
pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan.

Tatabahasa dan Ejaan


Dewan Bahasa dan Pustaka (1998) telah membina program pembetulan tatabahasa dan
ejaan dalam Bahasa Melayu. Edisi pertama telah diterbitkan pada tahun 1998 dan kini
edisi terbaru 2004 telah siap dibina. Walaupun program ini tidak mencukupi untuk
mengajar pelajar menguasai tatabahasa dan ejaan Bahasa Melayu, namun program
tersebut boleh membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam bilik darjah.
Malah, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan MIMOS, kini perisian pejabat
Microsoft Windows terdapat dalam Bahasa Melayu yang boleh dimuat turun secara
percuma.

Penerbitan
Sebelum komputer diperkenalkan di bilik darjah, penerbitan bagi tulisan-tulisan mata
pelajaran literasi Bahasa Melayu selama ini tidak dilakukan secara lebih menarik. Dengan
adanya program untuk kerja-kerja penulisan yang menarik seperti Page Maker misalnya,
penerbitan bahan penulisan para pelajar dapat dilakukan dalam bentuk sebuah
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 277

buku atau majalah sebenar. Penerbitan juga boleh dijadikan lebih menarik di laman Web
yang dicipta dan dikendalikan oleh sekumpulan pelajar di dalam bilik darjah. Oleh kerana
itu, pelajar masa kini telah dapat didedahkan dengan dunia penerbitan seawal sekolah
rendah lagi.

Penyelidikan
Menialankan penyelidikan adalah satu kemahiran yang sangat penting pada zaman ini.
Latihan menjalankan penyelidikan boleh dilakukan pada tahap awal persekolahan.
Terdapat dua jenis penyelidikan yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan
menggunakan komputer dan Internet: 1) Penyelidikan perpustakaan - pe1ajar melayari
melayari laman Web mencari bahan-bahan bacaan tertentu untuk sesuatu tugasan yang
diberi oleh guru. Contohnya, guru memberi satu tajuk untuk dibincangkan atau ditulis di
dalam bilik darjah. Pelajar akan mencari pelbagai bahan seperti isi-isi penting, maklumat
berkaitan, dan penulisan.yang khusus menerusi laman Web di komputer masing-
masing.Bahan-bahan ini dikumpul untuk dijadikan bahan perbincangan bertujuan
membantu memperkayakan penulisan pelajar; 2) Mengumpulkan data menggunakan
sistem komunikasi menerusi perisian komunikasi seperti emel. Contohnya, pelajar boleh
menghantar emel kepada individu/seksyen tertentu dalam jabatan kerajaan/swasta untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan sesuatu tugasan. Pengumpulan
maklumat/data boleh juga dilakukan menggunakan komunikasi-siber. Contohnya, pelajar
boleh menghantar borang soal selidik bertujuan mengumpulkan pendapat mngenai
sesuatu isu. Data yang diperolehi boleh dianalisis dengan mudah menggunakan program
Microsoft Excel dan penulisan laporan penyelidikan boleh dibuat terhadap dapatan
penyelidikan tersebut.

RUMUSAN
Artikel ini telah membincangkan dengan terperinci bagaimana teknologi boleh digunakan
dalam proses pengajaran dalam pembelajaran literasi Bahasa Melayu. Guru yang kreatif,
dengan secara bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk membantu mereka
mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi teknologi boleh
digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran literasi bahasa. Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan
teknologi dengan sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan
tersebut. Pengetahuan mengenai bahan teknologi dan cara penggunaannya perlu dikuasai
guru supaya mereka sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak
ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa semakin maju.

RUJUKAN
Bjerstedt, A. (1972). Educational technology. New York: Wiley.
CET. (1979). The contribution of educational technology to higher education in the
1990s. London: Council of Educational Technology.
Christensen, L. B. (1997). Experimental methodology (Cet. 7). Boston: Allyn.
Cowen, 1. (1980). Is system curriculum design always feasible? Programmed Learning
and Educational Technology, 17(2), 115-117.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Dewan eja 98. Kuala Lumpur: DBP.
Dowling, C. .(1999). Writing and learning with computers. Melbourne, Victoria: Acer.
278 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Giesert, P., & Futrell, M. (1990). Teachers, computers and curriculum. Boston: Allyn.
Heinich, P. (Ed.). (1996). Instructional media and the new technologies of instruction.
New York: Macmillan.
Mahzan Arshad (2003). Penggunan karnera video bagi meningkat kemahiran berko
munikasi dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan, 23,113-122.
Merrill, F. 1. (1996). Computer in education. Boston, MA: Allyn. Vygotsky, L. S. (1978).
Mind in society. Cambridge, MA: Harvard UP.